You are on page 1of 23

Manpeet Singh

Bidang: Alam Sekitar


Tajuk: Kitar Semula
Matlamat:
1)Mengurangkan sikap prihatin terhadap keadaan
alam sekitar.
2)Mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
3)Melahirkan warganegara yang mencintai alam
sekitar.
Perjalanan Projek
Aktiviti kitar semula bersama keluarga
dijalankan pada 23 Julai 2016 iaitu pada hari Sabtu
dari 10 pagi hingga 4 petang. Saya telah
melakukan aktiviti ini di rumah saya sendiri.
Sebelum memulakan aktiviti tersebut, kami telah
merancang untuk mendapatkan bahan tidak
terpakai yang dapat dikitar semula.Dalam
perbincangan, saya telah mendapat idea untuk
mengumpulkan bahan tersebut dari rumah saya
sendiri memandangkan kita ada bahan tersebut.
Saya tidak mengabaikan mana-mana bahan yang
dapat dikitar semula kerana itu tanggungjawab kita
bersama. Pada pukul 4 petang, semua bahan yang
telah dikumpul dan dikategorikan telah dihantar ke
tong kitar semula untuk dikitar semula.

Manpeet Singh

Peranan Saya
Saya telah menyumbangkan idea agar
mengumpul bahan yang boleh dikitar semula. Saya
juga telah menyumbang
tenaga bersama dengan keluarga saya untuk
mengumpul bahan tersebut. Kita telah meluangkan
masa kira-kira 3jam untuk melakukan aktiviti
tersebut. Saya bertanggungjawab untuk
memastikan bahan tersebut dimasukkan ke tong
kitar semula yang betul. Sikap rajin telah dipupuk
dalam diri kita waktu kita sedang menjalankan
aktiviti tersebut. Secara tidak langsung sifat
kepimpinan terserlah diri saya ketika itu. Sikap
toleransi dalam keluarga kita telah memudahkan
kerja tersebut. Kita melaksanakan tugas tersebut
kerana prihatin terhadap alam sekitar. Saya juga
mengawal keadaan dengan bantuan ibu bapa.
Kesan Yang Diperolehi
Aktiviti kerja amal iaitu kitar semula
bersama keluarga telah membuatkan saya insaf
tentang kepentingan memelihara dan memulihara
alam sekitar. Saya dapat memahami bahawa jika
isu pengeluaran sumber bumi tanpa terhad ini
terus berlaku, maka sampah sarap akan
bertambah. Kita sebagai manusia haruslah

Manpeet Singh

mengamalkan sikap kesederhanaan agar sampah


sarap dapat dikurangkan. Hal ini juga memberi
saya kesedaran bahawa tugas memelihara dan
memulihara alam sekitar bukan sahaja
tanggungjawab pihak kerajaan tetapi setiap
individu.

Bidang:Alam Sekitar
Tajuk:Gotong-royong di padang kawasan
perumahan
Penganjur: Ibu Bapa
Matlamat: Mewujudkan suasana padang di
kawasan perumahan yang bersih dan selesa untuk
digunakan .
Objektif:
1)menunjukkan sikap prihatin terhadap keadaan
kawasan perumahan.
2)Menjalin hubungan yang harmoni antara
manusia dengan alam sekitar .
3)Melahirkan masyarakat yang mencintai
kebersihan persekitaran .

Manpeet Singh

Perjalanan Projek
Pada 30 Julai 2016, aktiviti gotong-royong di
padang kawasan perumahan dijalankan iaitu pada
hari Sabtu dari jam 11pagi hingga 1petang.
Keluarga saya telah turut menyertai aktiviti gotong
royong tersebut. Sebelum memulakan aktiviti
tersebut, kami telah mengadakan perbincangan
tentang agihan tugas. Semasa perjalanan aktiviti,
saya dan ahli keluarga saya telah bekerjasama
untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.
Tepat pada pukul 1petang, semua sampah sarap
yang dapat dikitar semula telah dihantar ke tong
kitar semula
mengikut jenis. Keadaan padang telah dipulih
menjadi bersih.
Peranan Saya :
Semasa aktiviti gotong-royong di kawasan
perumahan dijalankan, secara tidak langsung sifat
kepimpinan terserlah dalam diri saya. Saya telah
menyumbangkan idea bahawa sampah-sarap yang
dapat dikitar semula dihantar ke tong kitar semula
selapas itu. Selain itu, saya meluangkan masa
mengutip sampah sarap di sekitar padang. Saya
bertanggungjawab untuk mengkategorikan
sampah sarap kepada jenis-jenis barang yang

Manpeet Singh

boleh dikitar semula. Kita telah menyumbangkan


tenaga untuk mengutip sampah-sarap.
Kesan Yang Diperolehi :
Aktiviti kerja amal ini iaitu gotong-royong di
padang kawasan perumahan telah membuatkan
saya berasa insaf tentang kepentingan menghargai
dan menjaga kebersihan alam sekitar. Hal ini juga
memberi kesedaran kepada saya bahawa tugas
menjadi kebersihan kawasan perumahan
merupakan tanggungjawab penduduk. Iktibar yang
saya dapat ialah kita patut mengamalkan nilai
menyayangi dan menghargai alam sekitar untuk
menjamin kesejahteraan hidup bersama. Akhirnya,
saya bersyukur kerana aktiviti kerja amal ini telah
mempengaruhi saya untuk sentiasa menghargai
dan menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Bidang:Kekeluargaan
Tajuk:Persediaan Jamuan Dengan Keluarga
Penganjur: Ibu Bapa
Matlamat:Menyediakan suasana yang sesuai untuk
meraikan kejayaan ayah dalam bidang kerjanya .
Objektif:

Manpeet Singh

1)Mewujudkan kerjasama dan menjalin hubungan


yang erat di kalangan anggota keluarga.
2)Melahirkan anggota keluarga yang sanggup
melaksanakan kewajipan terhadap keluarga.
3)Menunjuk kasih sayang terhadap anggota
keluarga .
Perjalanan Projek :
Aktiviti persediaan jamuan dengan keluarga
dijalankan pada 23 Julai 2016 iaitu pada hari Sabtu
dari 7.30pagi hingga 8.30petang. Saya sekeluarga
telah melibatkan diri dalam aktiviti persediaan
meraikan kejayaan ayah saya dalam bidang
kerjanya dengan mengadakan jamuan makan
malam di rumah. Kami telah mengagihkan tugas
untuk membeli bahan, mencuci sayur, masak dan
menyusun lauk-pauk. Tepat pada pukul
7.30petang, semua tugas telah kami siapkan.

Peranan Saya :
Semasa aktiviti persediaan jamuan makan
malam dilancarkan, saya bertanggungjawab untuk
memastikan semua tugas yang diarahkan oleh ibu
dilakukan dengan baik. Saya telah menyumbang
idea agar menyediakan makanan kegemaran ayah

Manpeet Singh

saya untuk jamuan tersebut.Saya telah


meluangkan masa kira-kira 2jam untuk
menyiapkan tugas saya. Saya juga telah
bekerjasama dengan ibu saya untuk menjayakan
jamuan tersebut. Kita sanggup untuk melakukan
demikian kerana prihatin terhadap konsep
menyayangi ahli keluarga kita. Saya turut
menyumbangkan tenaga untuk tolong mengangkat
bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.
Kesan Yang Diperoleh:
Aktiviti kerja amal iaitu persediaan jamuan
makan malam telah membuatkan saya berasa
insaf tentang kepentingan meraikan sesuatu
dengan keluarga. Saya dapat memahami jikalau
anggota keluarga tidak mengamalkan
tanggungjawab ini, situasi keluarga akan menjadi
kurang aman. Hal ini juga memberikan kesedaran
kepada saya bahawa tugas persediaan sebelum
sesuatu raikan merupakan tanggungjawab setiap
anggota keluarga. Iktibar yang saya dapat ialah
kita patut mengamalkan nilai kasih sayang
terhadap keluarga. Akhirnya, saya juga bersyukur
kerana aktiviti kerja amal ini telah mengubah sikap
saya bagi sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti
keluarga supaya kesejahteraan hidup dapat dicapai
.

Manpeet Singh

Bidang: Perkembang Diri


Penganjur: Ibu Bapa

Manpeet Singh

Matlamat:
1)Membantu meringankan beban ibu bapa.
2)Mewujudkan suasana yang bersih dan selesa di
rumah.
3)Membersihkan rumah dengan
bertanggungjawab.
Objektif:
1)Melahirkan pendirian yang amanah dalam
melaksanakan tugas
2)Mewujudkan sikap bertanggungjawab dalam diri
untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai
seorang anak.
3)Mewujudkan hubungan yang erat di kalangan
anggota keluarga.
Perjalanan Projek :
Pada tarikh 26 Julai 2016 iaitu pada hari
Selasa, saya telah mambantu ibu saya untuk
membersih rumah dari 2petang hingga
5.30petang. Semasa menjalankan aktiviti tersebut
saya berusaha untuk mengawal keadaan dengan
meminta bantuan pembantu rumah untuk
membantu saya. Akhir sekali pada pukul

Manpeet Singh

5.30petang saya pun telah menghabiskan aktiviti


yang dirancang.
Peranan Saya :
Semasa aktiviti pembersihan rumah
dilancarkan, saya telah menyumbangkan idea
dalam melaksanakan tugas-tugas untuk
mengemaskan rumah. Saya menyumbangkan
tenaga untuk membantu ibu dan pembantu
membersihkan rumah. Saya telah meluangkan
masa saya kira-kira tiga jam setengah untuk
menjalankan aktiviti tersebut. Tugas-tugas yang
dilaksanakan telah memupuk sikap rajin dalam diri
saya. Pembantu rumah saya sanggup bekerjasama
menolong saya amat dihargai. Saya juga
mengawal keadaan dengan meminta bantuan
daripada pembantu rumah saya.
Kesan Yang Diperolehi :
Aktiviti kerja amal iaitu pembersihan rumah
telah membuatkan saya berasa insaf tentang
kepentingan meringankan beban ibu bapa kita
yang telah mengorbankan masa, tenaga dan wang
mereka untuk menjaga kita. Saya memahami
bahwa kesederhanaan juga perlu dititikberatkan
apabila kita ingin menolong ibu bapa kita. Kita
mestilah membantu ibu bapa kita tanpa

Manpeet Singh

menyusahkan mereka. Iktibar yang saya dapat


ialah kita patut mengamalkan nilai
bertanggungjawab. Akhirnya, saya bersyukur
kerana aktiviti kerja amal ini telah mengubah sikap
saya bagi sentiasa melaksanakan tugas saya
sebagai seorang anak yang bertanggungjawab.

Tugasan 1 :
No Soalan: 1
Tajuk:Aktiviti kokurikulum memberi banyak
manfaat kepada murid. Bincangkan
Tingkatan: 4
Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah
pelajar dapat memanfaatkan masa lapang mereka
dengan bijak. Dengan melakukan aktiviti
kokurikulum, kita tidak akan melakukan perkara
yang tidak berfaedah, seperti merokok, melepak,
mencuri dan lain-lain. Contohnya, jika kita aktif
dalam bidang sukan kita akan membuat latihan
pada setiap petang dan akan mengisi masa lapang
dengan berfaedah. Ini menunjukkan nilai harga diri
kerana memuliakan maruah diri. Kebaikan ini akan
memberi banyak manfaat kepada pelajar di
peringkat sekolah dan juga pada masa hadapan.

Manpeet Singh

Justeru, semua pelajar digalakkan supaya bergiat


aktif dalam kokurikulum.
Seterusnya, dengan menyertai kokurikulum
kita juga dapat membentuk disiplin diri. Disiplin
sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar
yang tidak disiplin susah untuk berjaya. Contohnya
kita akan dilatih menepati masa, bekerjasama,
berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama
ada peraturan perkhemahan, bersukan dan
sebagainya. Di sini kita dapat mempelajari nilai
berdisiplin. Kokurikulum adalah sebentuk aktiviti
yang dirancang seperti unit beruniform, persatuan
kelab atau permainan.Kegiatan kokurikulum dapat
menukarkan pandangan seseorang pelajar
terhadap sekolah. Jika pelajar menyertai aktiviti
perkhemahan unit beruniform pula, pelajar dapat
pengalaman tentang bermalam dalam khemah dan
aktiviti berkhemah di hutan. Di sini kita dapat
mempelajari nilai berdikari dan bertolak ansur.
Di samping itu, kegiatan kokurikulum akan
mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum. Setiap
persatuan dan kelab mempunyai banyak ahlinya
dan ahli-ahli tersebut terdiri daripada pelbagai
kaum seperti Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain.
Dalam aktiviti yang dijalankan kita boleh
berbincang atau bertukar-tukar pendapat serta

Manpeet Singh

bekerjasama. Nilai hidup secara aman dan harmoni


ditunjukkan di sini.
Oleh itu, penyertaan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum seperti sukan akan menjadikan tubuh
pelajar itu sihat dan cergas. Hal ini kerana pelajar
akan berpeluh apabila bersukan dan sisa toksik
akan keluar daripada badan melalui peluh. Pepatah
mengatakan bahawa otak yang cerdas ada pada
badan yang sihat membuktikan pelajar yang
terlibat dalam aktiviti kokurikulum lebih bijak dan
pandai.

Kesimpulannya,terdapat banyak
kebaikannya jika pelajar menyertai aktiviti
kokurikulum. Oleh itu, ibu bapa perlu
bertanggungjawab untuk memberi dorongan
kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti
kokurikulum. Pada pandangan saya, aktiviti
kokurikulum telah dapat menghasilkan pelajar
yang berkualiti dan seimbang daripada segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sesungguhnya,
negara amat memerlukan pelajar yang berkualiti
bagi memajukan negara pada masa hadapan.

Manpeet Singh

Tugasan: 2
No Soalan: 2
Tajuk: Kemudahan pengangkutan awam yang
canggih banyak memberi kebaikan kepada
masyarakat dan negara.
Tingkatan: 4E
Pada era globalisasi ini, ramai penduduk
Malaysia tanpa mengira umur berkehendak untuk
membeli kenderaan supaya bergaya dan

Manpeet Singh

mementingkan diri bahawa pengangkutan awam


hanya untuk penggunaan warganegara yang tidak
berkemampuan. Hal ini kerana pengangkutan
awam amat penting dalam kehidupan orang ramai
dan penduduk Malaysia haruslah memupuk nilai
sayang akan negara.
Kebaikan menggunakan pengangkutan awam
ialah kita akan mengurangkan pencemaran udara.
Hal ini tidak dapat dinafikan kerana apabila
kenderaan di atas jalan raya semakin berkurangan
dan kita dapat mengurangkan pencemaran dan
menyayangi atau mewujudkan nilai menghargai
alam sekitar. Banyak pokok-pokok bunga dapat
hidup subur. Alam sekitar yang bersih juga akan
memberikan ketenangan jiwa. Selain itu, kita juga
dapat menjimat kos masa perjalanan dan wang
pengangkatan awam satu alatan yang
kesederhanaan untuk menjimatkan kos seseorang
itu, Pada hari ini kita juga boleh menikmati kopi
dan membaca buku apabila menaiki kereta api
elektrik. Di samping itu, dapat menenangkan
fikiran sambil menikmati pemandangan yang indah
apabila pulang ke kampung .
Antara kebaikan menggunakan
pengangkutan awam ialah kita akan dapat
menjimatkan perbelanjaan. Dengan menaiki bas,

Manpeet Singh

kita juga akan dapat menjimatkan perbelanjaan


minyak kenderaan dan dapat mengurangkan
kenderaan di atas jalan raya serta dapat
mengurangkan pencemaran udara. Dengan ini, kita
dapat memupuk nilai menyayangi dan menghargai
alam sekitar. Sesungguhnya, harga petrol dan
diesel pada masa sekarang adalah tinggi.
Peribahasa yang sesuai digunakan untuk situasi ini
ialah SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM TERLAMBAT
Kesimpulannya, terdapat beberapa kebaikan
jika kita menggunakan pengangkutan awam. Oleh
itu, semua rakyat Malaysia perlulah menggunakan
pengangkutan awam. Kewujudan pengangkutan
awam yang canggih dan selesa di bandar Kuala
Lumpur pasti akan menarik lebih ramai pengguna
sekaligus menaikkan imej negara.

Tugasan : 3
No Soalan: 3

Manpeet Singh

Tajuk:Laman sosial memberi banyak kebaikan dan


keburukan kepada remaja . Jelaskan
Tingkatan: 4
Dalam era globalisasi ini, banyak benda sudah
maju, salah satu ialah kemajuan alat
telekomunikasi. Masa dahulu kita hanya boleh
berkomunikasi dengan telefon sahaja, tetapi
sekarang semua sudah berubah, laman sosial telah
dikenalkan. Laman sosial seperti Facebook ,
Twitter, Instagram dan sebagainya. Laman
sosial yang canggih dapat menarik remaja untuk
mengisi masa lapang mereka serta memberikan
kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup
mereka.
Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan
laman sosial dapat menambah kenalan yang baru
di samping hubungan yang telah lama terputus
dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu
telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah
menyebabkan mereka telah terputus hubungan
antara sama lain. Laman sosial digunakan sebagai
suatu medium utama untuk mencari kenalan lama
yang telah terputus. Di sini terdapat nilai kerajinan
kerana pihak laman sosial kemajuan media sosial
supaya dapat eratkan hubungan.

Manpeet Singh

Selain itu, ramai remaja juga menghabiskan


masa mereka dengan laman sosial, bagi mereka
yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada
antara mereka membuat bisnes dan membuat
promosi melalui laman sesawang sosial. Mereka
dapat menambahkan pendapatan bulanan mereka
dengan cara tersebut dan ia menunjukkan nilai
berdikari.Di samping itu, dapat meringankan beban
ibu bapa .
Penggunaan laman sosial bukan sahaja
mendatangkan kesan positif malah mendatangkan
kesan negatif. Seperti golongan remaja menjadi
lalai dalam melakukan sesuatu tugasan.Contohnya,
pelajar yang membuangkan masa dalam laman
sosial akan mendapat keputusan peperiksaan yang
merosot akibat meluangkan masa yang banyak
dan tidak mempunyai masa untuk mengulang kaji
pelajaran. Bak kata pepatah melayu Masa Itu
Emas , justeru haruslah digunakan dengan sebaikbaiknya dan perlu memupuk nilai
bertanggungjawab. Kepelbagaian permainan yang
terdapat dalam laman sosial mampu menarik
minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini

Manpeet Singh

menyebabkan penggunaan akan berasa seronok


sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan
urusan mereka.

Kesimpulannya, laman sosial membawa


kedua-dua kebaikan dan keburukan. Oleh itu,
sebagai seorang manusia yang mempunyai nilai
bertanggungjawab perlu berfikir membuat sesuatu
sebelum terlambat. Ibu bapa harus memberi lebih
perhatian kepada anak anak mereka kerana sikap
yang dilakukan oleh ibu bapa akan menjadi ikutan.
Bak kata papatah melayu Bagaimana Acuan
Begitulah Kuihnya membuktikan bahawa anakanak akan mewarisi sikap dan kelakuan ibu
bapanya. Remaja juga merupakan aset negara
pada masa hadapan yang amat ternilai.

Manpeet Singh

Tugasan: 4
No Soalan: 4
Tajuk: Statistik menunjukkan kesedaran
masyarakat terhadap amalan kitar semula masih
rendah. Bincangkan punca dan cara mengatasi
masalah ini.
Tingkatan: 4E
Pada masa kini konsep kitar semula ini kurang
ditetapkan dalam diri masyarakat kerana
masyarakat pada hari ini lebih mengamalkan sikap
tidak mencintai alam sekitar. Antara punca dan
halangan utama yang menyebabkan amalan kitar
semula ini tidak mendapat sambutan ialah sikap
individu di mana terhadap segelintir masyarakat
yang tidak peduli dan dari memberi kasih sayang
terhadap amalan kitar semula ini. Pihak kerajaan

Manpeet Singh

juga giat melaksanakan kempen kitar semula di


kalangan masyarakat sejak beberapa tahun yang
lalu. Selain daripada itu, kurangnya pengetahuan
di kalangan masyarakat dan kerajaan menjaga dan
menghargai alam sekitar masa kini dan membuang
bahan kitar semula kerana mereka tidak sedar
betapa pentingnya amalan kitar semula. Ini
menunjukkan nilai menghargai dan menyayangi
alam sekitar haruslah disemai dari kecil oleh setiap
manusia.Contohnya tin-tin kosong, aluminium,
kertas-kertas dan botol-botol, plastik boleh dikitar
semula dan digunakan .
Di samping itu, kurangnya pusat
penyampaian bahan kitar semula juga menjadi
punca utama mengapa amalan kitar semula ini
tidak mendapat sambutan. Langkah-langkah
seperti mengadakan kempen bagi melahirkan
masyarakat yang lebih prihatin dan bertindak
wajar dengan nilai rasional serta menghargai alam
sekitar. Selain itu, program kitar semula dapat
menambahkan pendapatan kita. Bahan-bahan
buangan seperti plastik, kertas dan besi ada
harganya di pasaran. Kita akan memperolehi wang
apabila menjual barang-barang ini kepada pihak
kilang kitar semula. Wang yang kita perolehi ini
boleh digunakan untuk membeli barang-barang

Manpeet Singh

keperluan harian dan buku-buku rujukkan. Dengan


melakukan aktiviti kitar semula, kita juga dapat
memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah
bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar.
Melalui amalan berjimat cermat, kita akan
menggunakan bekas plastik sehingga rosak dan
tidak membazir. Amalan bertanggungjawab pula,
kita akan mengitar semula barangan yang boleh
dikitar semula dan tidak akan membuang ke dalam
semak atau ke dalam sungai.

Kesimpulannya, aktiviti kitar semula


mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat
dan negara. Oleh itu, semua pihak mesti
berganding bahu untuk menjayakan aktiviti kitar
semula. Pada pendapat saya, kempen kitar semula
mesti diteruskan oleh pihak kerajaan agar dapat
memberikan kesedaran yang berpanjangan kepada
masyarakat. Pihak sekolah juga wajar menjadikan
aktiviti kitar semula sebagai program tahunan
sekolah untuk memupuk amalan kitar semula di
kalangan pelajar .

Manpeet Singh

You might also like