You are on page 1of 9

Komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian kita.

Walau di mana kita sedang


berada, kepakaran dan pengetahuan bagaimana untuk berkomunikasi amat penting bagi
menjamin kesefahaman antara satu sama lain. Komunikasi berlaku apabila apa-apa maklumat
yang penting dapat dipindahkan daripada diri kita kepada orang sekeliling kita yang
menerima maklumat yang ingin disampaikan. Kedua-dua pihak perlu mempunyai
kesefahaman agar maklumat tersebut dapat dikongsi bersama. Asas perhubungan
interpersonal adalah satu komunikasi untuk menghubungkan antara seseorang individu
dengan individu yang perlu maklumat tersebut.
Menurut

Kamus

Dewan

Edisi

Empat,

komunikasi

dapat

ditakrifkan

sebagai perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~
massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya;
berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll),
mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll). Manakala
menurut

Verdeber

&

Verdeber

(2002)

and

Hybels

&

Weaver

(2001)

mendefinisikan kommunikasi adalah proses membentuk dan berkongsi makna, perasaan dan
idea dalam ucapan, interaksi kumpulan bertulis atau ucapan awam. Proses biasa melibatkan
individu dan interaksi mereka dengan unsur-unsur konteks, mesej, saluran, bunyi bising
(gangguan) dan maklum balas digunapakai.
Komunikasi berlaku secara sehala apabila individu berkomunkasi tanpa perlu
maklumbalas individu lain iaitu menyebabkan tindakan terus oleh penerima mesej yang
disampaikan. Selain itu komunikasi juga boleh berlaku melalui dua hala yang memerlukan
penerima memberi maklum balas terhadap mesej yang diterima. Mesej yang telah
disampaikan itu boleh diperbaiki sekiranga mesej tidak tidak tepat atau kurang infomasi
perkara yang dibincangkan. Ini bagi memastikan tindakan seterusnya dilakukan dengan betul.
[Type text]

Page 1

Di dalam arus peradaban dan tamadun dunia yang semakin hari semakin berkembang
pesat, ia turut sama membabitkan perkembangan industri media dan teknologi dalam
merancakkan arus modenisasi dunia hari ini. Perkembangan ini selanjutnnya memberi kesan
dan impak yang sangat tinggi dalam kehidupan masyarakat hari ini. Kepada sesiapa yang
tertinggal daripada menikmati dan terbabit dengan limpahan kemajuan teknologi, boleh
diibaratkan sebagai golongan katak di bawah tempurung. Semua orang berlumba lumba
dalam mengejar kemajuan teknologi terutama yang melibatkan bidang komunikasi.
Teknologi komunikasi pula bolehlah disifatkan sebagai pencapaian atau modenisasi
yang dialami dalam ketamadunan berkomunikasi itu sendiri. Ia sudah jauh berkembang dari
abad ke abad. Dari zaman paleolitik hinggalah ke abad millinium ini, teknologi untuk
berkomunikasi itu telah mengalami terlalu banyak perubahan dan penambah baikkan. Sistem
jaringan untuk berkomunikasi itu sendiri telah dicapai dalam belbagai sudut dan bentuk. Ia
bukan lagi hanya perhubungan lisan interpersonal yang melibatkan dua orang individu secara
serentak. Ia telah berkembang dengan belbagai kaedah dan cara. Menurut Rogers ( 1991 ),
teknologi komunikasi adalah alat perkakasan, struktur organisasi dan nilai nilai sosial yang
dialami oleh individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar tukar informasi dengan
individu individu lain.

Oleh yang sedemikian, kita dapat lihat hari ini bagaimana salah satu teknologi
komunikasi yang telah berkembang dengan pesat iaitu penggunaan telefon yang mana
penemuannya telah diasaskan oleh Alexander Graham Bell pada tahun 1876, ia telah
berkembang daripada telefon berwayar kepada telefon tanpa wayar dan seterusnya kini
sedang menuju ke arah penggunaan telefon maya yang mana teknologi ini akan
diperkembangkan dari masa ke semasa. Inilah yang dimaksudkan bagaimana teknologi
komunikasi itu mengalami perubahan demi perubahan.
[Type text]

Page 2

Masyarakat menurut Kamus Dewan ( 1996 ) menyatakan bahawa masyarakat adalah


sekumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara hidup
tertentu. Secara amnya, ia bolehlah disifatkan sebagai satu entiti yang mendiami sesebuah
kawasan dan mengamalkan cara hidup dan budaya yang sama atau hampir sama. Ia sedikit
demi sedikit akan mengalami proses asimilasi dan berkembang, membiak ke arah pola yang
jauh lebih besar untuk membentuk sesebuah negara. Maka masyarakat ini pula akan
berbentuk berpuak puak dan berbilang bangsa serta kaum. Sebagaimana contoh negara kita
Malaysia, ia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Dengan itu,
perkongsian idea dan proses interaksi itu akan menjadi lebih besar dan kompleks. Maka
disinilah akan dilihat bagaimana media dan teknologi komunikasi itu saling berkaitan rapat
antara satu sama lain dalam memudahkan proses komunikasi di dalam masyarakat. Proses
interaksi di dalam masyarakat kini banyak didominasikan oleh perkembangan teknologi dan
media.

Kita tidak lagi terikat dengan gaya komunikasi konvensional yang memerlukan
interaksi dua hala secara bersemuka. Hari ini penggunaan Twitter, Facebook, talian bimbit,
ruang chatting, emel dan perkongsian maklumat menerusi pelbagai sumber media massa
telah menjadi satu fenomena dan kewajipan. Dari orang dewasa hingga kepada anak anak
disekitar umur 6 7 tahun, kebanyakkannya kini wajib mempunyai sebuah talian bimbit bagi
tujuan komunikasi. Ini yang dinamakan sebagai teknologi komunikasi itu telah menular dan
menjadi keutamaan dalam masyarakat hari ini.

Meskipun, komunikasi merupakan salah satu kepentingan dalam interaksi antara


masyarakat namun tidak dapat dielakkan akan terjadinya masalah-masalah terutama dalam

[Type text]

Page 3

kestabilan dan pembangunan negara. Ini adalah kerana disebabkan talian komunikasi yang
semakin canggih akan menyumbang kepada penyebaran maklumat tanpa sempadan dan
berleluasa. Persoalannya sekarang, bagaimana perkembangan teknologi komunikasi ini
memberi masalah dalam kestabilan dan pembangunan pada hari ini. Di dalam tugasan kali ini
analisis kritikal yang akan ditekankan adalah masalah-masalah komunikasi di dalam
kestabilan dan pembangunan sesebuah negara.

Dalam menyediakan tugasan kali ini jurnal bertajuk Kebebasan Media Komunikasi
Menurut Perspektif Islam yang telah ditulis oleh Aminudin Basir @ Ahmad, Mohamad Sabri
dan juga Haron Nik Yusri Musa telah dipilih sebagai rujukan dalam mengenalpasti masalahmasalah komunikasi dalam pembangunan dan kestabilan Negara. Senario pada masa kini
memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku
dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala
menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya
dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan
mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga. Media
komunikasi mampu memberi pelbagai impak terhadap individu, masyarakat dan Negara sama
ada baik mahupun buruk..
Pada dasarnya media dan komunikasi adalah perkara yang sama kerana kedua-dua
membawa mesej yang akan dihantar dari sumber kepada penerima maklumat (Musa Abu
Hasan 1996). Menurut McLuhan pula, media adalah lanjutan daripada deria manusia seperti
mata dan telinga. Sementara itu, menurut penjelasan Heinrich, Molenda dan Russell (Musa
Abu Hasan 1996), media komunikasi adalah apa-apa yang membawa maklumat di antara
sumber dan penerima tujuan media adalah untuk memudahkan komunikasi. penjelasan
menunjukkan di atas bahawa mesej atau maklumat adalah asas yang disalurkan melalui
[Type text]

Page 4

media komunikasi kepada penerima untuk mencapai perubahan tertentu sama ada yang
berkaitan dengan sikap,sains dan amalan. Dalam erti kata lain, komunikasi media
membekalkan mesej atau maklumat sama ada bermanfaat atau sebaliknyakepada seseorang
dengan niat untuk mempengaruhi sesuatu perkara.
Dalam konteks menyebarkan mesej, biasanya medium komunikasi memerlukan kebebasan,
supaya mana-mana maklumat atau mesej yang boleh berkesan kepada orang ramai. Ini adalah
salah satu penyumbang masalah komunikasi di dalam kestabilan Negara kerana masyarakat
terlalu bebas dalam menyebarkan maklumat tanpa mengkaji sama ada maklumat yang
diterima tersebut adalah sahih mahupun tidak. Sebagai contoh yang paling mudah adalah
media sosial Facebook, pemilik akaun terlalu mudah menekan butang kongsi jika mereka
mendapat maklumat tanpa mencari kesahihan maklumat yang dibaca atau diterima.
Kebebasan manusia menyebar maklumat boleh membawa kepada salahfaham dan kebenaran
di dalam maklumat tersebut. Ini boleh menjejaskan imej Negara sekiranya isu yang dikongsi
berkaitan isu sensitif berkaitan Negara. Secara fitrahnya, tindakan manusia perlu dibimbing
dan dikawal agar setiap tindakan atau perlakuan tersebut dapat mendatangkan manfaat
kepada diri manusia itu sendiri.
Media dan komunikasi memainkan peranan yang penting dalam pembangunan
masyarakat. Dalam aspek ini media dan komunikasi, merupakan ejen mendekati masyarakat
dan peranan pasti sangat penting. Ini adalah kerana media dan komunikasi memberi kesan
dalam proses perubahan gaya hidup pelbagai lapisan masyarakat. Mesej yang disampaikan itu
mampu menyentuh dan mempengaruhi pemikiran dan sikap yang tertentu di kalangan
individu yang melihat dan mungkin menyebabkan kemarahan, terutama apabila gaya hidup
yang diserlahkan bertentangan dengan nilai-nilai. Kajian yang dijalankan antara belia dan
media komunikasi jelas menunjukkan pengaruh komunikasi media member cengkaman
begitu kuat pada jiwa remaja (Azizan Bahari 1998). Menurut beliau media mampu
[Type text]

Page 5

mempengaruhi sebilangan besar golongan belia melalui pelbagai program dibentangkan.


Walaupun tidak semua program ini akan membawa kesan negatif, tetapi tanpa bimbingan dan
didikan yang baik serta pemilihan dan saringan program untuk lebih berhati-hati, dikhuatiri
fikiran yang semakin meningkat dijajah oleh media. Begitu juga, kajian yang dijalankan oleh
Musa Abu Hasan (1996) mendapati bahawa komunikasi media mempunyai kesan mendalam
menukar belia yang melibatkan tiga aspek utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.
Sebagai contoh rancangan-racangan dan maklumat yang tidak ditapis dari media
mempengaruhi golongan belia kerana belia cenderong untuk memcuba sesuatu yang baru
bagi mereka. Rancangan televisyen juga boleh dikategorikan sebagai komunikasi kerana
melalui jalan cerita tersebut maklumat disampaikan, sebagai contoh cerita perperangan ia
mendorong kepada keganasan dalam pemikiran para penonton.
Masalah komunikasi dalam pembangunan dan kestabilan Negara juga adalah kerana
komunikasi memberi kesan yang mempengaruhi masyarakat. Paul F. Lazarfeld dan Robert K.
Merton (Schramm & Roberts 1993) menjelaskan bahawa sebahagian besar masyarakat kini
merasai bahawa media massa atau komunikasi adalah alat yang cukup berkesan untuk
mempengaruhi rakyat sama ada untuk tujuan kebaikan atau kejahatan dan jika tidak dikawal
dengan sebaiknya, kejahatan mungkin menjadi lebih dominasi situasi. Berdasarkan Schramm
& Roberts, 1993 menjelaskan bahawa media massa merupakan sumber utama maklumat
tentang kejadian yang berlaku di seluruh dunia. media massa selalunya adalah medium utama
penyampaian berita kejadian yang berlaku dalam negara kepada masyarakat dan mereka
mampu memberikan bermacam status. maka ia berkuasa membentuk tanggapan masyarakat
mengenai banyak hal bahkan penerimaan masyarakat terhadap tingkah laku seseorang
menerusi insiden tertentu menggambarkan betapa ia mampu mempengaruhi seseorang agar
mempercayai bahawa berita yang dipaparkan itu adalah benar. Masalah yang dihadapi
maklumat dari pemberita adalakala bercanggah dengan situasi sebenarnya. Pemberita
[Type text]

Page 6

selalunya cenderung memanipulasi maklumat untuk membuatkan berita yang disalurkan oleh
pihak mereka kelihatan gempak dan . Ini menyumbang pemasalahan kepada masyarat kerana
mendapat maklumat yang tidak betul dan mendorong kepada berlakunya salah faham dan
perpecahan dalam masyarakat. Sebagai contoh, pada 5 Januari 2006, media komunikasi
menyiarkan berita berhubung kes kononnya seorang wanita warga China diarah melakukan
ketok ketampi dalam keadaan berbogel di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada
23 November 2005. Kemudian ia ditayangkan pula di Parlimen selama 30 saat oleh Ahli
Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim. Persoalannya adakah wajar berita sebegini
dipaparkan di khalayak umum di Parlimen. Di mana letaknya penghayatan terhadap etika
media komunikasi dengan menyebarkan berita sedemikian, apakah sumbangan dan nilai
berita yang sebegini rupa dan juga apakah pandangan negara luar terhadap kewibawaan
negara Malaysia. Akhirnya media komunikasi menjelaskan bahawa wanita berkenaan adalah
seorang wanita Melayu dan bukannya warga China seperti yang disiarkan pada awalnya.
Perkara sebegini pernah dibangkitkan oleh A. Samad Ismail, beliau menegaskan adakalanya
seseorang yang memperolehi sesuatu berita itu perlu membuat pertimbangan yang
sewajarnya sebelum disiarkan atau dihebhkan, walaupun mungkin berita itu didapati benar
mengandungi nilai berita, namun dalam konteks tertentu, berita itu tidak layak untuk
disiarkan demi menjaga imej negara dan sesuatu perkara. Beliau mengambil contoh dalam
satu kes yang berlaku, iaitu sebuah berita khalwat telah disiarkan dengan memaparkan
gambar katil, tempat individu berkenaan ditangkap. Walaupun berita itu lengkap ujarnya,
namun ia tidak manis untuk disiarkan dan ditonton kerana berita ditonton oleh pelbagai
lapisan masyarakat dari kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga golongan berumur.

Masalah komunikasi dalam pembangunan dan kestabilan Negara adalah dari segi
memfitnah dan mengumpat. Fitnah pada umumnya merujuk kepada segala sesuatu yang

[Type text]

Page 7

buruk daripada perbuatan manusia seperti kufur, dosa, membunuh, menyebar berita buruk,
perkara yang berkait dengan zina, lucah, pencabulan dan sebagainya (al- Asqalaniy 1987).
Dalam hubungan media komunikasi dengan fitnah, segala bentuk mesej yang bertujuan
menyebarkan sesuatu yang palsu dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Fitnah
yang tersebar atau berleluasa dalam masyarakat hanya menjadikan masyarakat dalam
ketakutan dan kehairanan, ia amat berbeza dengan situasi atau suasana masyarakat yang
diinginkan oleh Islam, iaitu negara / masyarakat yang harmoni serta mendapat limpahan
keampunan daripada Allah s.w.t. Apatah lagi fitnah adalah suatu perkara yang dilarang dalam
semua agama serta apa jua keturunan bangsa sekalipun. Fitnah atau defamation ditakrifkan
sebagai satu pengucapan ataupun penerbitan yang menyebabkan seseorang itu dibenci, dikeji
atau dihina atau yang boleh menyebabkan seseorang dipulaukan ataupun menjatuhkan
maruahnya dikalangan ahli masyarakat yang berfikiran waras dan yang membawa ataupun
memungkinkan kesan buruk ke atas pekerjaan atau perniagaannya (Mansor Ahmad Saman
1983).
Masalah komunikasi dalam pembangunan dan kestabilan Negara juga kerana adanya
unsur-unsur negatif dalam penyampaian maklumat dari segi agama, memelihara nyawa,
memelihara akal, memelihara keturunan

RUJUKAN
AHMAD, A. B. (2009). KEBEBASAN MEDIA KOMUNIKASI MENURUT PERSPEKTIF
ISLAM. JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA .

[Type text]

Page 8

[Type text]

Page 9

You might also like