You are on page 1of 9

Tajuk:Peraturan peraturan di sekolah

Defenisi peraturan sekolah


Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh
warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkahlaku manusia yang berada di
dalamnya. Maksud peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk
menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti
dalam masyarakat atau sekolah. Tujuan peraturan ini dibuat adalah bagi
mengawal tingkahlaku dan melicinkan perjalanan hidup warga sekolah supaya
proses pembentukan jati diri dan pendidikan berjalan lancar tanpa ada sebarang
gangguan. Apabila terdapat gangguan yang tidak diingini berlaku ianya akan
menyebabkan sistem pendidikan yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan
teratur dan secara tidak langsung ianya juga membantutkan usaha pembentukan
nilai-nilai murni. Usaha pembentukan nilai murni ini adalah penting bagi para
pelajar untuk menhadapi situasi yang sebenar dalam alam kehidupan sebenar.
Peraturan sekolah
1.Masa persekolahan
1.1 Pelajar dilarang meninggalkan kawasan sekoalh ketika masa belajar dan
waktu rehat tanpa mendapat kebenaran Pengetua atau Penolong-Penolong
Kanan
1.2 Setiap pelajar wajib menghadiri semua kelas .Sekiranya seseorang pelajar
jatuh sakit atau memerlukan rawatan kecemasan ,Sijil Rawatan atau Surat
Penjelasan daripada ibubapa /penjaga/Doktor Perubatan hendaklah
dikemukanan kepada Guru Tingkatan.
1.3 Pelajar wajib memakai Tag Nama Pelajar samasa berada dalam kawasan
sekolah atau samasa mewakili sekoalh pada majlis-majlistertentu.
2 Kuku dan rambut pelajar
2.1 Dilarang merwarnakan ,mestilah pendek dan kemas .
2.2 Rambut pelajar lelaki
a.Dilarang berambut panjang.idak melebihi garisan di bawah cuping kedua
telinga .
b.Tidak menutup garisan tengah dahi .

c. Tidak menutup kedua-dua atau sebahagian daripada telinga dan sideburn


melebihi garisan tengah hidung .
d.Tidak melebihi 6cm panjang .
2.3 Tidak dibenarkan bermisai dan berjanggut .
2.4 Rambut pelajar perempuan
a.Tidak melebihi bahu .
b.Pelajar yang berambut panjang mestilah diikat dengan reben berwarna
hitam.
3.1 Adab ketika perempuan
a.Tidak berbuat bising .
b.Berkelakuan baik dan bersopan
3.2 Lagu Kebangsaan Negaraku,Lagu Kebersanan Negeri Sarawak dan Lagu
Sekolah hendaklah dinyanyikan dengan penuh semangat dan dihayati oleh
setiap pelajar.
3.3 Dua wakil pengawas akan mengetuai pelajar dalam bacaan Doa.
3.4 Dua orang wakil pengawas akan mengetuai pelajar dalam melafazkan Ikrar
Pelajar .
3.5 Pelajar digalakkan memakai pakaian seragam pertubuhan masing-masing.
4.Pakaian pelajar lelaki
4.1 Memakai seluar panjang berwarna hijao .
4.2 Sekiranya bertali pinggang ,mestilah berwarna hitam atau gelap dan
kepalanya tidak besar (iaitu tidak melebihi saiz tali pinggang)dan berhias.
4.3 Baju berwarna putih berlengan pendek atau panjang dan sentiasa
dimasukkan ke dalam seluar
4.4 Diwajibkan menggunakan tali leher yang berlogo sekolah semasa waktu
persekolahan /berada dalam kawasan sekolah.

4.5 Mesti memakai kasut kanvas dan stokin berwarna putih .


4.6 Dilarang memakai barang emas .
5.Pakaian pelajar perempuan
5.1 Pelajar bukan islam
a.Dibenarkan memakai Pinafore Tunicberwarna turquoise.
b.Labuhnya ke paras lutut .
c.Blaus berwarna putih berlengan pendek/panjang
5.2 Pelajar islam
a. Diwajibkan memakai baju kurung .
b.Kain srung berwarna turquoise.
c. Kain berkilat /satin tidak dibenarkan
d. Penggunaan singlet dalam diwajibkan.
e.Baju mestilah dibutangkan
f.Digalakkan memakai tudung/mini telekung berwarna putih
Nota:Pengawas memakai vest,kasut dan stokin warna hitam .
6.Pakaian ketika bersenam dan bersukan
6.1 Dimestikan memakai T-shirt PJK sekolah ,berseluar panjang berwarna
gelap ,dan kasut yang sesuai
7. Penggunaan kemudahan di sekolah
7.1 Pelajar dilarang menggunakan telefon sekolah kecuali untuk panggilan
kecemasan
7.2 Semua pelajar dilarang menggunakan tandas guru dan kakitangan sekolah
7.3 Pelajar-pelajar boleh pergi ke tandas sebelum kelas bermula atau pada
waktu rehat
7.4 Pelajar yang perlu keluar kelas atau hendak ke tandas semasa kelas
dijalankan dihendaki mendapat kebenaran daripada guru mata pelajaran bagi
mendapatkan Pas Kebenaran Keluar.

8.Kantin atau kedai sekolah


8.1 Makanan dan minuman boleh dibeli hanya pada waktu rehat,sebelum atau
selepas kelas.
8.2 Makanan dan minuman mesti dimakan di kawasan kantin dan tidak boleh
dibawa ke dalam kelas
8.3 Setiap pelajar hendaklah beratur ketika membeli makanan dan minuman.
8.4 Pembungkus makanan dan bekas minuman mestilah dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan
8.5 Pelajar dilarang membawa dan memakan kuaci atau gula-gula getah
kawasan .

di

9.Kebersihan kawasan sekolah dan bilik darjah


9.1 Semua pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekitar kawasan
sekolah
9.2 Membersih bilik darjah adalah tanggungjawab setiap pelajar dalam kelas
masing-masing .Pelajar yang dijadualkan bertugas mestilah membersih cermin
tingkap,menyapu lantai dan koridor/tangga/longkang berdekatan bilik darjah
9.3 Pelajar dilarang merosak atau mengoyakkan notis-notis yang dipamerkan di
papan kenyataan sekolah atau di sekolah .
10.Rawatan perubatan /kemalangan
10.1 Pelajar yang sakit
-Tidak perlu hadir ke sekolah
-Dapatkan rawatan klinik/hospital
-Surat perakuan pelajar boleh didapati dari pejabat am.
10.2 Jika berlaku sebarang kemalangan di kawasan , sila laporkan segera ke
Pejabat Sekolah untuk tindakan selanjutnya.
10.3 Peti pertolongan cemas yang lengkap boleh didapati di Bilik Kaunselor atau
Pejabat
10.4 Jika sakit semasa di sekolah ,laporkan segera kepada guru atau terus ke
Pjabat Am

11 Kerosakan dan kecurian harta benda sekolah


11.1 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah .Sebarang
kerosakan yang dilakukan oleh pelajar hendaklah diganti atau dibayar oleh
pelajar sendiri
11.2
Kerosakan yang berlaku hendaklah segera dilaporkan kepada Guru
Tingkatan yang berkenan .Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan
seluruh kelas membayar ganti ruginya .
11.3 Pelajar-pelajar yang terus
persekolahan atau dibuang sekolah

melakukan

kerosakan

akan

digantung

11.4 Mencuri adalah kesalahan jenayah .Mereka yang terlibat dalam kegiatan
ini akan diserahkan kepada polis
11.5
Pelajar-pelajar mestilah menjaga barang-barang sendiri.Pihak sekolah
tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan dan kecurian wang atau
barang-barang pelajar.
12.Peraturan-peraturan khusus
12.1 Setiap pelajar mestilah mematuhi peraturan-peraturan khusus di bilik-bilik
berikut:
a.Peraturan Makmal Sains,Makmal Komputer ,Bilik Tayangan,Pusat
Sumber,Perpustakaan ,Bilik Ekonomi Rumahtangga,Pusat Akses.
b.Peraturan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.
c.Peraturan Bilik Sembahyang .
d.Peraturan bilik-bilik lain yang dikeluarkan oleh pihak sekolah
13.Aktiviti di luar sekolah /lawatan sambil belajar
13.1 Setiap pelajar yang ingin mengikuti aktiviti di luar sekolah diwajibkan
mengisi
boring
kebenaran
dan
mestilah
ditandangani
oleh
ibubapa/penjaga.Tanpa surat izin ,pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta.
14.Kegiatan sosial di luar sekolah
14.1 Pelajar tidak dibenarkan menyertai mana-mana aktiviti tanpa kebenaran
Pengetua

15.Kesalahan-kesalahan tatatertib yang dianggap


menyebabkan pelajar digantung atau dibuang sekolah

berat

yang

boleh

15.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram/gangster.


15.2 Membawa senjata yang berbahaya dengan tujuan /niat jahat
15.3. Memukul guru atau kakitangan sekolah.
15.4 Mengancam pelajar lain ,guru dan kakitangan sekolah.
15.5 Merosakkan harta benda Kerajaan /Sekolah dengan sengaja.
15.6 Mencuri
15.7 Memeras ugut.
15.8 Mengisap rokok ,menghidu gam dan mengambil dadah.
15.9 Berjudi
15.10 Minum minuman keras yang memabukkan dalam kawasan sekolah
15.11 Berdua-duaan di tempat sunyi/berkhalwat/berzina atau berkelakuan
sumbang.
15.12 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitive dangan tujuan
menimbulkan kacau bilau atau perpecahan kaum.
16.Peraturan am
16.1 Pelajar dilarang berlegar-legar di kawasan kelas atau makmal semasa kelas
dijalankan.
16.2 Pelajar tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah selepas pukul 7.00
malam tanpa kebenaran Pengetua atau Penolong-Penolong Kanan.
16.3 Seseorang yang ingin ke Pejabat Pengetua ,Bilik PK ,Pejabat Am,Bilik
Darjah atau bilik-bilik khas lain mestilah terlebih dahulu mengetuk pintu.Mereka
hanya boleh dibenarkan masuk setelah diberi kebenaran.
16.4 Pelajar dilarang membawa orang luarmasuk ke kawasan sekolah tanpa
kebenaran Pengatua,Penolong-Penolong Kanan atau guru bertugas .Kehadiran
orang yang tidak dikenali di kawasan sekolah hendaklah dilaporkan segera
kepada Pentadbiran Sekolah atau Pengawai Keselamatan .

16.5 Pelajar yang menggunakan motosikal dikehendaki meletakan motosikal di


tempat letak motosikal pelajar.Motosikal pelajar akan dirantai bermula jam 7.30
pagi hingga 12.00 tangah hari untuk keselamatan motosikal pelajar.
16.6 Pelajar-pelajar yang didapati melakukan kes berat di kawasan masjid skan
diambil tindakan tegas.
16.7 Pelajar dilarang
pembelajaran.

menggunakan

songkok

semasa

pengajaran

dan

Peraturan yang sering dilanggar oleh murid


1. Datang lewat
2. Pakaian tidak sesuai aturan
3. Rambut gondrong untuk lelaki
4. Ngobrol pada saat kelas
5. ponteng kelas
6. Menyontek pada saat ujian
7. Pura-pura sakit pada saat upacara
8. Mesum di ruang uks
9. Tawuran antar sekolah
10. Bullying
Kepentingan mematuhi peraturan sekolah
Mutahir ini, masalah salah laku dan disiplin dalam kalangan pelajar semakin
hangat diperkatakan dari sehari ke sehari. Secara umumnya, kita telah
mengetahui kejayaan seseorang bermula daripada sikap peribadi yang dimiliki.
Justeru itu, untuk memiliki sikap yang baik dan disiplin diri yang mantap
merupakan tonggak utama kejayaan pelajar. Perlaksanaan peraturan sekolah
kepada para pelajar adalah salah satu cara mnelahirkan pelajar yang berjaya.

Antara kepentingan peraturan di sekolah ialah mendidik pelajar supaya


berdisiplin. Mematuhi peraturan bukanlah untuk menyusahkan pelajar tetapi
mendidik mereka supaya peka dengan persekitaran. Sebagai contoh, ketika

perhimpunan rasmi pelajar di didik supaya menghormati majlis yang diadakan


dengan menjaga tingkah laku supaya sentiasa senyap dan memberi tumpuan.

Selain itu, mematuhi peraturan dapat melahirkan pelajar yang berjaya.


Dalam hal ini, bukan sahaja sekolah malah negara juga turut berbangga kerana
dapat membentuk modal insan kelas pertama yang berkualiti sekaligus dapat
menjadi pemagkin negara pada masa akan datang. Disiplin dalam diri juga
merupakan persediaan pelajar sebelum memasuki alam perkejaan. Bak kata
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Akhir sekali, peraturan yang dilaksanakan dapat melahirkan pelajar yang


bertanggungjawab dalam nengurus masa, menghargai kemudahan pendidikan
yang disediakan serta insan disekeliling mereka. Hal ini dapat mendidik mereka
supaya bertanggungjawab dalam memikul amanah sebagai seorang pelajar.
Sebagai contoh, semua pelajar diminta hadir ke sekolah 5 minit awal sebelum
waktu persekolahan bermula. Ini menunjukkan bertapa pentingnya pengurusan
masa.
Tuntas bicara, pelaksanaan peraturan sekolah banyak memberi kebaikan
kepada pelajar. Hal ini bukan sahaja memudahkan guru untuk mengajar tetapi
memdidik pelajar supaya memiliki matlamat yang jelas untuk berjaya dan tidak
menjadi seperti kapal patah haluanya.
Gambar alatan berbahaya yang tidak boleh dibawa oleh murid ke sekolah

Gambar kesalahan yang dibuat oleh murid

You might also like