Professional Documents
Culture Documents
Fauziah Md.Jaafar
Bidang Pendidikan , Kolej Sastera dan Sains,
Universiti Utara Malaysia
Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk memperolehi maklumat tentang kekerapan aktiviti
bermain di kalangan kanak-kanak prasekolah bagi daerah Kubang Pasu,Kedah. Kajian
ini juga ingin mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara
prasekolah dan KEMAS. Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Kajian
ini melibatkan 80 orang sampel yang terdiri 33 dari guru prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia dan 47 orang dari guru tabika Kemas. Data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan T-test. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan aktiviti bermain
berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang dijalankan. Dari
perbandingan di antara Prasekolah dan KEMAS didapati pelaksanaan aktiviti bermain
di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis main kecuali
permainan kumpulan. Ini selari dengan dapatan kajian Hamzah Dadu (1994)
menyatakan aktiviti main di prasekolah dijalankan dengan baik kerana faktor
kelengkapan alat permainan di sesebuah prasekolah itu. Namun begitu aktiviti
permainan kumpulan kalau dilihat tidak memerlukan peralatan lengkap sebagaimana
permainan lain. Oleh itu aktiviti permainan kumpulan bagi Tabika KEMAS minnya lebih
tinggi dari prasekolah.
Kata kunci : aktiviti bermain, pendidikan prasekolah, permainan kumpulan.
PENGENALAN
Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka
belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi
(Morrison, 2000; & Spodek, 1973) dan sejak bayi lagi mereka sudah cenderung untuk
memanipulasikan anggota badan mereka sendiri, (Piaget, 1962). Bermain adalah satu
aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk
meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala
undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti
yang mereka main.(Isenberg and Jolongo, 1997).
Bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa,
guru, pengusaha tadika atau taska dan juga masyarakat perlu memainkan peranan
penting dalam usaha agar kanak-kanak ini mendapatkan hak tersebut. Bagi tujuan ini
Huraian Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (2003) telah memberi
penekanan tentang pendekatan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah. Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi
fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan
pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.
Pernyataan Masalah
Dalam kajian Asmah (2001), Play in Brunei Preschool classrooms mendapati bahawa
guru prasekolah di Brunei lebih memfokoskan pengajaran mereka pada konsep
membaca, menulis dan mengira berbanding kaedah bermain kerana permintaan ibu
bapa. Begitu juga dengan kajian Hussin (1996), menunjukkan
pengajaran di
prasekolah Malaysia lebih kepada pendekatan formal. Hasil kajian Hamzah Dadu
(1994) juga menunjukkan senario yang sama. Oleh itu, pengkaji akan mengkaji
sejauhmanakah
pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah dijalankan setelah
semakan huraian kurikulum prasekolah ini dibuat.
Objektif Kajian
Pada umumnya objektif bagi kajian ini ialah seperti berikut:
1. Mengkaji jenis dan tahap kekerapan aktiviti bermain di kalangan kanak-kanak
prasekolah.
2. Mengenal pasti perbezaan antara pelaksanaan aktiviti main antara
prasekolah dan KEMAS.
Soalan Kajian
1. Apakah jenis aktiviti permainan di kalangan kanak-kanak prasekolah?
2. Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan di antara KEMAS dan
Prasekolah?
3. Apakah contoh-contoh permainan yang cenderung dilaksanakan oleh guru
prasekolah?
Menurut Rubin et.al.(1983) dan Frost (1992) permainan mempunyai beberapa faktor
disposisi yang boleh membezakan main dengan tingkah laku atau aktiviti yang lain. Iaitu
main merupakan suatu yang dimotivasikan secara dalaman,fokus aktiviti main adalah
proses aktiviti itu sendiri dan bukan hasil atau aktiviti tersebut, permainan adalah satu
aktiviti bebas dari peraturan luaran bukanlah satu tugas yang dipaksa, permainan
menentukan penglibatan diri individu secara aktif , permainan selalu melibatkan kesan
perasaan positif seperti gembira dan seronok yang selalu disertai dengan gelak ketawa
dan main juga mempunyai ciri-ciri imaginasi, simulatif, pura-pura atau olak-olak.
Kepentingan aktiviti aktiviti permainan bagi kanak-kanak prasekolah dapat dilihat
berdasarkan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada
peringkat ini yang lebih menekankan pendekatan Belajar Melalui Bermain kerana ia
boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari berbagai aspek iaitu fizikal,
kognitif, mental, bahasa dan sosio emosi. Bagi tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang
perlu memberi keutamaan kepada semua aspek perkembangan sebagai landasan
bagi membantu mengembangkan aspek-aspek yang lainnya (Huraian Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan, 2003) di samping dalam masa yang sama kanak-kanak akan
menggunakan objek di sekitarnya sebagai lambang atau simbol sebenar mengikut
Cronbachs Alpha ( )
Bilangan Item
Kumpulan
0.711
Kreatif
0.774
Bebas
0.738
Imaginasi
0.779
Berstruktur
0.790
Fizikal
0.807
11
min
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0
struktur
fizikal
kreat
kump
imag
bebas
Rajah 1 menunjukkan min bagi keseluruhan bagi setiap jenis permainan. Min bagi jenis
permainan kreativiti menunjukkan min paling tinggi iaitu 2.801 berbanding permainan
yang lain. Ini diikuti min bagi jenis permainan fizikal 2.753 , min bagi jenis permainan
kumpulan 2.634 dan seterusnya diikuti jenis permainan imaginasi, struktur dan bebas.
Soalan Kajian 2 : Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan di antara
Kemas dan Prasekolah?
3 .5
3
2 .7
8
2 .9
2
2 .6
3
2 .8
5
7
2 .5
2
1 5
.
2 7
.
2 .5
2
.7
.5
2
.6
2
.8
1
P ra s k
e o
la h
1
Ke m
a s
0 5
.
0
t u
S
k
r tu r
F z
i a
k l
Ke
r a
t fi
u
K mp
Im a
g n
i s
a i
e
Ba
b s
**p<0.01
PERBINCANGAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru prasekolah dan Kemas ada menjalankan
aktiviti bermain berdasarkan min keseluruhan bagi setiap jenis permainan yang
dijalankan namun mereka menghadapi berbagai kekangan dalam melaksanakannya
iaitu permintaan ibu bapa yang lebih fokus pada sistem 3M ( Hussin,1996;Hamzah
Dadu, 1998; Asmah, 2001).
Dari perbandingan di antara Prasekolah dan KEMAS didapati pelaksanaan aktiviti
bermain di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis main
kecuali permainan kumpulan iaitu KEMAS 2.72 dan prasekolah 2.50. Menurut Hamzah
Dadu (1998) perbezaan ini disebabkan faktor kelengkapan alat permainan di sesebuah
prasekolah itu. Namun begitu aktiviti permainan kumpulan kalau dilihat subkategori
permainan ini ianya tidak memerlukan peralatan lengkap sebagaimana permainan lain.
Oleh itu min aktiviti permainan kumpulan bagi Tabika KEMAS lebih tinggi dari
prasekolah.
Dapatan kajian menunjukkan min bagi permainan imaginasi hanya 2.62 (keempat) yang
kurang diberi perhatian dan penekanan oleh guru. Ini bertentangan dengan dapatan
teori kognitif Piaget (1962) tentang main juga menunjukkan bahawa kanak-kanak di
peringkat praoperasi lebih menekankan permainan simbolik melalui proses asimilasi
dan akomodasi dalam skema pemikiran mereka.
Perincian terhadap contoh permainan secara spesifik juga dikaji oleh penyelidik.
Contoh permainan yang popular dilaksanakan oleh guru prasekolah iaitu main
peranan. Menurut Johnson (1999) dan Morrison ( 2000) menyatakan bahawa
permainan sedemikian merupakan antara yang digemari oleh kanak-kanak kerana
mereka dapat melahirkan perasaan dan main peranan seperti orang dewasa ketika
bermain . Di samping, mudah dilaksanakan oleh guru di dalam kelas dan kanak-kanak
akan merasakan seolah-olah mereka berada di rumah sendiri.
Bagi kajian akan datang diharapkan dapat memberi fokus pada faktor-faktor yang
mempengaruhi aktiviti main. Dapatan ini penting bagi melihat faktor-faktor yang
menghalang guru menjalankan aktiviti main di prasekolah.Dalam kajian ini penyelidik
menggunakan kaedah soal selidik sahaja. Kajian lanjutan dicadangkan supaya
menggunakan kaedah lain untuk mengumpul data. Misalnya, kajian kualitatif, penyelidik
menggunakan kaedah pemerhatian,uji kaji atau temu bual untuk mendapatkan
maklumat yang lebih lengkap dan jitu daripada responden. Bagi kajian akan datang,
dicadangkan juga penyelidik melihat perbezaan aktiviti bermain ini adakah dipengaruhi
oleh perbezaan jantina lelaki dan perempuan, lokasi yang berbeza seperti prasekolah
luarbandar dan di bandar apa jenis permainan yang menjadi kecenderungan mereka
serta perbezaan status tadika sama ada prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran,
swasta dan juga di bawah badan berkanun.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan kekerapan aktiviti main di
kalangan kanak-kanak prasekolah adalah sederhana. Permainan kreatif, fizikal,
kumpulan dan imaginasi adalah menjadi kecenderungan guru dan kerap dijalankan di
prasekolah berbanding permainan jenis berstruktur dan bebas. Diharapkan dapatan
kajian ini dapat membantu pihak tertentu melihat kekangan yang mempengaruhi
pelaksanaan aktiviti main ini dan kesedaran tentang kepentingannya pada
perkembangan kanak-kanak.
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin & Rohaty Mohd Majzub (1989). Pendidikan
prasekolah.Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Asmah Morni (2001). Play in Brunei preschool classrooms: In journal of Applied
Research in Education, 2002, Vol.2,No.4,203-213.
Frost, J.L. (1992). Play and Playscapes. New York : Delmar.
Hamzah Dadu (1994). Pola-pola permainan dan pengurusan aktiviti permainan di
pusat pendidikan kanak-kanak prasekolah. Tesis Sarjana Pendidikan
(tidak diterbitkan). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hussain Ahmad (1996). Dasar, status perlaksanaan dan masa depan pendidikan
prasekolah di Malaysia. Seminar Kebangsan Pendidikan Prasekolah.
Pulau Pinang: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.