You are on page 1of 3

Sejarah Awal Semporna.

semporna- dulu n kini

Sabah

Tong Talun adalah merupakan nama asal bagi daerah Semporna yang bererti
Hujung Hutan dalam istilah Suku Kaum Bajau. Orang yang bertanggungjawab
untuk menamakan Tong Talun ialah Panglima Uddang, Panglima Sallehangni dan
Panglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang. Ini kerana pada ketika itu daerah
Semporna diliputi/diselubungi oleh hutan belantara di awal penemuannya.
Kemudian, Tong Talun telah ditukar dengan nama SEMPORNA yang membawa
pengertian Tempat Yang Aman atau Damai sehinggalah sekarang.

Daerah Semporna berada dibawah jajahan takluk Kesultanan Sulu, sebuah kuasa
politik yang dominan pada suatu masa dahulu. Jajahan takluknya meliputi
sebahagian Filipina (sebelah selatan) dan Borneo Utara. Pada1876 kawasan yang
dikenali dengan Borneo Utara ini telah diperintah oleh Syarikat British North Borneo
Chartered Company yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan British. Bermula dari
itu, Sultan Sulu telah menyerahkan Sabah secara untuk selamanya dan
berkekalan kepada syarikat ini sebagai wilayah kuasa urus-tadbir mereka.

Kuasa lain yang pernah cuba menakluk Semporna termasuklah Belanda, namun
mereka gagal berbuat demikian kerana kehadiran syarikat British disini. Pada tahun
1963, Sabah telah bersatu dengan Persekutuan Malaya untuk membentuk Malaysia.

Pulau Umaral (Omadal), sebuah pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik
penting sejarah Semporna. Ini kerana Pulau Omadal merupakan tempat asal suku
kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang Bajau Pulau Omadal merupakan
pelaut/ nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali
berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Buktibukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran/tulisan di batu
nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam.

Daerah Semporna juga adalah kawasan kediaman suku kaum nomad (orang-asli)
laut yang dikenali dengan Palauh. Kaum ini masih wujud di Semporna hingga kini
dan boleh dilihat di perairan Semporna. Mereka tinggal di bot-bot tradisi di laut dan
sentiasa berpindah-randah dari satu pulau ke pulau yang lain. Kaum palauh hanya

akan singgah ke tanah besar Semporna jika memerlukan barangan harian atau
sebab kematian. Kini sesetengah mereka telah berubah kepada kehidupan yang
moden.

Daerah Semporna, Sabah dikenali dengan air laut jernih, cahaya matahari yang
muncul disebalik horizon dan keputihan pepasir yang mengelilingi pulau-pulaunya.
Terumbu karang, paya bakau dan lambaian pepohon kelapa menyerikan lagi
panorama ini. Ia masih tidak terganggu, tidak terusik dan asli, bagaikan masa tidak
pernah berdetik walau sesaat tatkala kebanyakkan tempat sudahpun membangun
pesat.

Selamat Datang ke Semporna. Setanding maksudnya dalam bahasa Melayu dan


Bajau, ianya sungguh sempurna sekali. Daerah Semporna berada pada kedudukan
pantai timur Sabah, lebihkurang 1 jam perjalanan udara daripada Bandaraya Kota
Kinabalu dan anda akan sampai ke Lapangan Terbang Tawau. Dari situ, anda cuma
perlukan 1 jam lagi untuk sampai ke daerah cantik ini.

Daerah Semporna mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113,412 hektar
(282,880 ekar) dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Tanah Besar Semporna dan
Kawasan Pulau yang dikenali sebagai Pulau Bum-Bum dan pulau-pulau sekitarnya.
Daerah Semporna berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu
Filipina dan Indonesia.

Anda mungkin bertanyakan apa istimewanya Semporna? Dan pertanyaan ini


bagaikan terjawab sebaik sahaja anda menjejak kaki ke sini. Dari jauh kelihatan
pulau-pulau peranginan yang berbalam seolah-olah terapung dipermukaan laut.
Terdapat 49 pulau keseluruhannya yang menjadi tapak kepada 119 kampung orangorang tempatan. Apabila anda mengalihkan pandangan ke arah samudera, ia
bagaikan lukisan, kelihatan air laut sejernih kristal yang bertukar dari hijau zamrud
ke hijau tua, dari biru muda ke biru tua. Dasar lautnya jelas kelihatan dengan
terumbu karang, ikan-ikan berwarna-warni dan pasir halus memutih bagai
melambai-lambai perasaan anda untuk sama-sama terjun menikmati keindahan
alam semulajadinya.

Di sini terdapat sebuah pekan yang juga dikenali dengan Semporna. Pekan
Semporna menyediakan segala kemudahan dari jabatan kerajaan ke syarikat
swasta, dari kedai kecil ke gedung perniagaan besar. Bayu laut yang meniup lembut
ke muka anda tatkala anda mundar-mandir di sini melengkapkan lagi suasana
lawatan anda. Di pekan Semporna, anda akan melihat percampuran pelbagai
budaya, bahasa dan bangsa Bajau, Suluk, Melayu, Cina, Kadazan dan Palauh

hidup harmoni sejak dahulu lagi. Deretan bot-bot penambang, kapal-kapal besar
dan perahu-perahu layar tradisional memenuhi ruang gigi airnya.

Daerah Semporna menempatkan Pulau Sipadan yang terkenal kepada penyelam


dalam dan luar negeri. Ramai ahli samudera dan penyelam professional datang
saban tahun untuk meneroka keindahan lantai lautnya. Kehidupan marin di sini
adalah pelbagai, dari hidupan mikro ke kerang gergasi, dari ikan buran ke jerung
harimau dan dari udang geragau ke lobster menjadi sebab mengapa penyelam ini
datang ke mari. Tarikan lain seperti dinding dan gua melengkapkan lagi penerokaan
bawah laut anda. Pulau peranginan lain yang terkenal ialah Pulau Mabul, Kapalai,
Mataking dan Sibuan

You might also like