You are on page 1of 11

SET LATIHAN BERFOKUS UPSR 2016

SOALAN MURID GALUS


BAHASA MALAYSIA - PEMAHAMAN
Masa : 1 jam 15 minit
Nama :_________________

Kelas :______

BAHAGIAN A
(20 markah)
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Jangan apa-apakan _____, kata Maria kepada perompak yang memakai topeng itu.
A. kami

B. aku

C. mereka

D. awak

2. Jika _____ izinkan, sekarang juga ______ akan melaksanakan tugas itu, sembah Hang Lekir
kepada sultan.
A. betahamba

B. tuankuhamba

C. tuankupatik

D. baginda.tuan hamba

3. Encik Bala dan isterinya akan makan angin ke Turki ____ bulan hadapan.
A. pada

B. kepada

C. oleh

D. di

4. Kanak-kanak yang malang itu lemas kerana terjatuh ke ______ sungai.


A. luar

B. penjuru

C. tepi

D. dalam

5. Encik Zakaria mengalirkan air mata kerana terlalu _____ mendengar berita tentang
kemalangan itu.
A. sedih

B. hairan

C. terkejut

D. gembira

6. Setiap pagi, Pak Deris akan pergi ke dusun untuk _____ buah durian yang gugur.
A. mengutip

B. menjolok

C. menyambut
1

D. mengait

7. Pelajar dialu-alukan berjumpa dengan guru _____ andainya terdapat sebarang masalah.
A. bertugas

B. ditugaskan

C. tugasan

D. menugaskan

8. Datuk tidak dapat mendengar dengan jelas kerana ______ telinganya telah rosak.
A. jejari

B. gegendang

C. rerambut

D. lelangit

9. Encik Chong menjual empat ______ sate ayam dengan harga RM 2.00.
A. batang

B. bilah

C. cucuk

D. pucuk

10. Ayah kelihatan terlalu uzur. _________, dia tetap membanting tulang empat keratnya untuk
mencari rezeki demi anak-anaknya.
A. Kalau begitu
lebih lagi

B. Lantaran itu

C. Namun demikian

D.

Lebih-

11. Guru Besar menyampaikan ________ kepada penceramah motivasi itu sebagai tanda
penghargaan.
A. cenderamata

B. tandatangan

C. kakitangan

D. tanggungjawab

12. Ayah pergi ke kedai tayar untuk menggantikan tayar keretanya yang sudah _______.
A. uzur

B. haus

C. usang

D. kering

13. Makanan yang sangat masin itu tidak ________ olehnya.


A. terusik

B. tertelan

C. terteguk

D. tersedut

14. Dia berasa ______ membuat pilihan pakaian yang dipamerkan di gedung beli-belah itu.
A. rambang mata

B. puteri lilin

C. buaya darat

D. mencolok mata

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


15. Cikgu Johari mengarahkan para peserta perkhemahan supaya berbaris dalam kumpulan
masing-masing.
A. Para peserta perkhemahan berbaris dalam kumpulan masing-masing setelah diarahkan
oleh Cikgu johari.
B. Para peserta perkhemahan diarahkan oleh Cikgu Johari supaya berbaris dalam kumpulan
masing-masing.
C. Para peserta perkhemahan Cikgu Johari diarahkan supaya berbaris dalam kumpulan
masing-masing.
D. Para peserta perkhemahan dalam kumpulan masing-masing diarahkan oleh Cikgu Johari
supaya berbaris.
Pilih ayat yang betul.
16. A. Yuran yang dikenakan untuk menyertai karnival usahawan cilik itu bukan mahal
sangat.
B. Kebanyakan peserta yang terlibat dalam karnival itu berasal daripada Selangor.
C. Setengah peserta yang terlibat dalam karnival itu ialah murid sekolah.
D. Sila dapatkan butir-butir terperinci tentang karnival itu di pejabat kami.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pemindahan organ? Pemindahan organ ialah
rawatan bagi menggantikan organ yang tidak berfungsi daripada tubuh orang yang masih hidup
dengan organ daripada tubuh orang lain yang masih hidup atau yang telah mati.
Pemindahan organ yang pertama di Malaysia telah dilakukan di Hospital Kuala Lumpur
pada 15 Disember 1978. Pemindahan organ bertujuan untuk memberi peluang kepada pesakitpesakit yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, buah pinggang, paru paru,
mata dan hati untuk meneruskan hidup.
Di negara kita, jumlah pesakit yang memerlukan rawatan pemindahan organ semakin
meningkat. Malangnya, jumlah penderma organ adalah sedikit dan tidak mampu untuk
menampung keperluan perubatan pada hari ini.
Seterusnya, masalah pemindahan organ juga berkait rapat dengan kekurangan penderma
kadaverik. Penderma kadaverik terdiri daripada orang yang telah meninggal dunia. Namun
begitu, organ hanya boleh diambil jika si mati telah meninggalkan wasiat tentangnya ataupun
telah mendapat keizinan daripada ahli keluarganya.
Hakikatnya, pemindahan organ ini masih kurang mendapat sambutan dalam kalangan
masyarakat di negara kita. Malahan, mereka memandang negatif akan kesan yang bakal diterima
akibat pemindahan organ kerana kurangnya maklumat tentang perkara ini.
3

Namun begitu, berlainan pula keadaannya di negara-negara seperti Indonesia, India dan
Filipina. Penjualan organ dalam kalangan penduduk miskin dilaporkan semakin meningkat.
Keadaan ini terjadi disebabkan kesempitan hidup serta nilai dan harga organ yang sangat tinggi
di pasaran. Kebiasaannya, internet dijadikan medium untuk menjual organ dan bagi
mendapatkan harga yang paling tinggi.

17. Apakah penyakit yang dapat diselamatkan melalui pemindahan organ?


A. strok

B. hati

C. mulut

D. otak

18. Organ penderma kadaverik hanya boleh diambil jika


A. organ dibeli dengan harga yang tinggi.
B. pihak hospital telah memaksa waris si mati mendermakannya.
C. ada pesakit kronik yang memerlukan pemindahan organ dengan segera.
D. si mati meninggalkan wasiat atau mendapat keizinan waris.

19. Mengapakah masyarakat di negara kita masih memandang negatif terhadap pemindahan
organ?
A. masyarakat tidak mengetahui tentang nilai dan harga organ di pasaran
B. masyarakat tidak sedar akan risiko pemindahan organ
C. masyarakat kurang pendedahan tentang pemindahan organ
D. masyarakat tidak yakin dengan kepakaran doktor-doktor tempatan
20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A. Pemindahan organ di negara ini mendapat sambutan hangat.
B. Terdapat banyak penjual organ di negara kita.
C. Organ orang mati boleh diambil sesuka hati oleh pihak hospital.
D. Penduduk miskin di Indonesia, India dan Filipina sanggup menjual organ.

BAHAGIAN B
(30 markah)
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberikan.

di
dan

yang
kerana

supaya
amat

masih
untuk

Sifat berjimat cermat perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka __________ kecil lagi.
Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak mereka. Anakanak harus diajar supaya menyimpan wang __________ membelanjakan wang dengan cara yang
betul. Amalan ini ________ baik sekiranya diamalkan oleh mereka. Sebagai ibu bapa pula,
sebaik-baiknya bukalah satu akaun simpanan ____________ mereka.
(4 markah)
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
Jawapan : Pihak sekolah mengenakan tindakan tatatertib terhadap murid itu kerana murid
itu ponteng sekolah.
(2 markah)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

Beta menerima utusan dari Pasai yang


meminta bantuan untuk mengalahkan
musuh. Hantarkan segera tentera ke
sana.

______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(2 markah)
c. Tulis ayat majmuk pancangan komplemen berdasarkan ayat tunggal yang diberikan.
i. Samy menyatakan (sesuatu)
ii. Dia akan pulang esok.
Ayat majmuk : ________________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)

Soalan 23
a. Padankan simpulan bahasa dengan maksud yang sesuai.
cangkul angin

keturunan

jantung hati

orang yang amat disayangi

anak cucu

perbuatan yang sia-sia

(2 markah)
b. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi gambar di atas.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(2 markah)

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pada suatu hari, aku telah menaiki sebuah bas untuk ke rumah sepupu aku. Bas yang aku naiki
bergerak dengan laju sekali. Aku mula berasa gerun. Para penumpang yang lain turut panik
dengan situasi tersebut. Aku pasti sesuatu yang buruk akan berlaku.
Sangkaan aku tepat sekali apabila bas yang aku naiki itu tiba-tiba terbabas dan aku jatuh
tergolek di dalam bas. Aku dapat rasakan cecair merah mula mengalir dari kepala aku apabila
sudah beberapa kali kepala aku terhantuk pada lantai dan kerusi. Suara penumpang yang
menjerit meminta tolong membuatkan suasana di dalam bas menjadi kelam-kabut.
Aku berusaha untuk bangun apabila bas mula berhenti bergerak. Aku berasa sangat
terkejut apabila mendapati bas itu berada di dalam gaung. Keadaan di sekeliling dipenuhi
belukar. Aku menggagahkan diri untuk mendaki ke atas dan cuba mendapatkan bantuan
daripada orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut.
Keadaan di dalam bas begitu menyayat hati. Para penumpang mengerang kesakitan. Ada
juga yang tidak sedarkan diri. Aku bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Aku berjaya naik ke atas dan mendapatkan bantuan. Aku berasa lega apabila sebuah kereta yang
melalui kawasan tersebut berhenti untuk menghulurkan bantuan.
Ambulans, polis dan bomba sampai di tempat kejadian tidak lama selepas itu. Anggota
bomba segera mengeluarkan mangsa kemalangan daripada bas tersebut. Semua penumpang
yang terlibat dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Aku hanya dirawat sebagai
pesakit luar kerana luka di kepala aku hanya luka ringan.
Semua penumpang bas selamat. Menurut pihak polis, kemalangan itu berpunca daripada
brek bas yang telah rosak.

a. Aku menaiki sebuah bas untuk pergi ke rumah __________________.


(1 markah)
b. Bagaimanakah suasana di dalam bas ketika bas terbabas ke dalam gaung?
______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________.
(2 markah)

c. Bagaimanakah aku mendapatkan bantuan?


______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________.
(2 markah)
d. Adakah pihak polis wajar mengambil tindakan ke atas pemandu bas tersebut? Mengapa?
______________________________________________________________________________

(3 markah)

Soalan 25
9

Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Kelapa gading buahnya muda,
Manis airnya laksana gula;
Buatlah baik kepada ibu bapa,
Kerana mereka banyak berjasa.
Petani tua tekun bekerja,
Keringat mengalir basah di dada;
Budi guru tidak terhingga;
Jangan dilupa anak-anak bangsa.
Menangguk haruan di tepi paya,
Beredup sebentar di pohon sena;
Ringankan tangan usah berkira,
Kelak kita dipandang mulia.
Ikan gelama dimasak cuka,
Enak rasanya ditambah lada;
Jiran tetangga bertegur sapa,
Saling membantu hidup sentosa.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?


______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________.
(2 markah)
b. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan
pantun tersebut.
Berkira apabila menghulurkan bantuan

Bertegur sapa dengan jiran tetangga


(1 markah)

10

c. Apakah perkara yang tidak wajar dilupakan oleh anak-anak bangsa?


______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________.
(2 markah)

Jiran tetangga bertegur sapa,


Saling membantu hidup sentosa.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.


______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________.
(3 markah)

11

You might also like