You are on page 1of 6

Soalan 1: Menganalisis perkembangan kerjaya guru secara jelas dan terperinci.

Berliner (1988) telah mengemukakan model lima peringkat perkembangan


guru yang memberi fokus terhadap pemikiran guru berdasarkan tingkah laku guru
dalam bilik darjah. Model perkembangan Berliner (1995) mentafsir perkembangan
guru sebagai satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap
kepakaran dan kecemerlangan (Sani dan Norzaini, 2007, 218). Antara peringkat
perkembangan guru dalam Model Berliner adalah seperti berikut peringkat novis,
peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir dan peringkat pakar.
Peringkat perkembangan guru yang mendahului peringkat-peringkat yang lain
ialah peringkat novis dimana ia merupakan peringkat pertama untuk mencapai
penguasaan dalam bidang yang diceburi. Peringkat ini bermula apabila anda
berdaftar sebagai pelajar pendidikan guru (teacher education students) dalam
program Ijazah Perguruan. Pada peringkat ini, novis berusaha mempelajari faktafakta yang spesifik secara objektif serta menguasai konsep asas dan peraturan asas
untuk bertindak. Guru novis sedang belajar dan berusaha untuk membentuk suatu
pandangan menyeluruh untuk memahami pengertian menjadi seorang guru.
Mereka mulai memperoleh beberapa kemahiran asas, menguasai peristilahanperistilahan yang berkaitan dengan profesionnya serta menghimpunkan idea-idea
awalan tentang tugas-tugas mengajar.
Namun demikian, kefahaman novis tentang fungsi guru dengan erti kata
sebenar masih tidak lengkap. Guru novis belum memiliki kemahiran-kemahiran yang
diperlukan untuk mengendalikan pengajaran didalam sesebuah kelas.Terdapat
beberapa ciri-ciri kelemahan guru novis. Antaranya ialah kurang kemahiran dalam
menguruskan aktivti kokurikulum dan aktiviti sukan serta kurang teori dan amalan
latihan, Selain itu, mereka tidak jelas tentang peraturan dan disiplin sekolah dan juga
kurang keyakinan dalam mengawal disiplin dalam bilik darjah.Mereka kurang
kemahiran

sosial

dimana

sukar

bergaul

dengan

guru-guru

di

sekolah

tersebut.Mereka juga tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam menggunakan


pusat sumber.
Walaupun begitu, boleh dirumuskan bahawa guru novis telahpun berjaya
membentuk satu peta kognitif tentang tugas-tugas am seorang guru professional

melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan mereka seperti
pengenalan kepada psikologi dan perkembangan kanak-kanak,falsafah pendidikan
dan sejarah perkembangan pendidikan Negara.
Peringkat Novis Lanjutan merupakan peringkat kedua dalam perkembangan
penguasaan guru. Pada peringkat ini, pelajar pendidikan guru berterusan
mengumpul

dan

menambah

pengetahuan

berbentuk

fakta,mengenali

dan

membetulkan fakta yang sebelum ini tidak difahami. Di samping itu, novis lanjutan
juga berusaha menambah maklumat berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran, memantapkan pengetahuan tentang peristilahan, prinsip dan konsepkonsep yang berkaitan dengan profesionnya.
Dalam peringkat ini juga, guru diberi pendedahan kepada situasi sebenar
sekolah melalui program seperti Pengalaman Berasaskan Sekolah dan Praktikum di
mana guru novis lanjutan ini memperoleh pengalaman membantu guru sekolah
dalam melaksanakan tugas-tugas hariannya. Pengalaman dan pendedahan awal
kepada realiti sekolah akan dapat membantu guru novis lanjutan mendalami
kefahaman tentang kehendak dan tuntutan profesion keguruan.
Guru novis lanjutan mempunyai semangat yang tinggi untuk mempraktikkan
apa jua yang telah dipelajari secara teori, namun jika reality bilik darjah tidak seperti
yang dijangkakan, besar kemungkinan mereka patah semangat dan mula
mempersoalkan kebolehan diri. Untuk memastikan guru novis terus berkembang ke
peringkat seterusnya, program pementoran dan pencerapan klinikal dapat
menyokong dan membantu guru novis membina keyakinan dan kemahiran
mengajar. Guru mentor yang berpengalaman dan bersikap positif boleh membantu
guru novis lanjutan mengharungi peringkat ini dengan jayanya.
Seterusnya , peringkat ketiga ialah peringkat cekap (competent) dimana
seorang guru mencapai peringkat keterampilan dalam bidang yang diceburi. Guru
tersebut telahpun memiliki sijil atau ijazah dalam bidang keguruan untuk memenuhi
keperluan kelayakan yang ditetapkan. Kecekapan (competence) sebenarnya
merupakan tahap minimum untuk seseorang berfungsi sebagai pendidik yang
bertauliah.Pada peringkat ini , guru mula mengenali lebih banyak prinsip dan konsep
di luar konteks dan juga elemen-elemen dengan merujuk kepada situasi yang
khusus. Mereka menjadi guru cekap dari segi kecekapan profesionalisme,

kecekapan melaksanakan visi dan prinsip, Dengan erti kata lain, guru mampu
memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi
yang khusus.
Ciri-ciri peribadi guru cekap ialah mereka mempunyai matlamat,berfikiran
positif,yakin dan sabar. Dari segi mengajar pula, mereka mempunyai gaya
tersendiri,mempunyai kepakaran dan bermotivasi.Ciri-ciri intelektual seorang guru
cekap ialah mereka suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyai
kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.
Prinsip guru cekap pula ialah Do It Right First Time iaitu setiap kerja mesti
cekap dan kurang silap.Prinsip kedua ialah, guru mengajar murid belajar

iaitu

mengajar, membuat persediaan dan beri murid semangat belajar bersungguhsungguh.Prinsip-prinsip yang lain ialah berkongsi visi yang sama, penambahbaikan
berterusan dan akhirnya ialah mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan
masalah.
Pada penghujung peringkat ini, guru mula memiliki kemampuan untuk
menyelesaikan masalah P&P yang dihadapinya.Guru yang cekap dapat menyiasat
amalan sendiri melalui refleksi yang mungkin berbunyi, Saya telah mencuba ini,
tetapi hasilnya bukan seperti yang saya kehendaki. Apakah yang patut saya buat
sekarang ? Sebenarnya, peringkat kompeten ini bermula apabila anda menerima
lantikan ke jawatan guru.Seringkali ,guru memerlukan antara dua hinggan lima tahun
pengalaman mengajar dan pada masa yang sama bersikap terbuka terhadap
pembelajaran

baharu

atau

bersedia

menerima

latihan

tambahan

semasa

perkhidmatan, kemungkinan besar mereka tidakpun mencapai peringkat kecekapan.


Peringkat keempat ialah peringkat mahir. Guru-guru yang sampai ke
peringkat mahir boleh dikatakan berada dalam golongan terbaik dalam bidang
profesionnya. Mereka mahir dalam bidang iaitu memiliki kemampuan dan keahlian
khusus dalam bidang keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi
sebagai guru dengan kemampuan maksima.
Hanya peratusan kecil dalam kalangan guru yang berjaya ke peringkat ini.
Guru-guru mahir sentiasa diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar mereka sebagai

guru yang telah mempengaruhi kehidupan mereka secara positif dan dapat
meninggalkan kesan yang mendalam.
Guru yang mahir dengan mudahnya dapat mengenal pasti elemen-elemen penting
dalam sesuatu tugas. Guru mahir mempunyai kemampuan kognitif yang tinggi untuk
mencerakin dan menganalisis persekitaran pembelajaran secara kreatif dan
tersendiri.Guru mahir ialah guru yang berintelek yang mempunyai sifat ingin tahu,
yang akan mendorong diri mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia
pendidikan yang sering berubah-ubah (up to date).
Beliau

mempamerkan

gaya

lancar yang

membolehkannya

membuat

keputusan berdasarkan intuisi. Hal ini kerana, guru mahir mempunyai pengalaman
yang cukup banyak dan dapat membantunya memahami situasi yang dihadapinya.
Kefahamannya mengenai sesuatu tugas tersebut sudah begitu sebati/terbatin
(internalized) dalam dirinya sehingga kadangkala guru mahir ini menghadapi
masalah untuk menjelaskan kepada orang lain tentang pemikiran atau tindakannya.
Pada peringkat ini, guru mahir mempamerkan gaya pengajarannya tersendiri.
Pengalamannya (bukan latihan yang diterimanya) merupakan penentu utama
prestasi dan kualiti pengajaran seorang guru mahir. Guru mahir mempunyai
kebolehan untuk membimbing dan menjadi mentor kepada guru novis. Mereka boleh
berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran melalui forum, kursus latihan dalam
perkhidmatan, seminar penyelidikan, diskusi intelek dan sebagainya.
Peringkat yang terakhir sekali ialah peringkat pakar. Guru pakar ialah guru
yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata
pelajaran khususnya dalam p & p. Dalam peringkat ini, guru merupakan bintang
yang menyerlah dalam bidangnya. Guru pakar menggunakan pengalamannya
seperti mana pada peringkat mahir tetapi secara holistik. Hal ini bermakna beliau
boleh memahami dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai serta masih
dapat mempamerkan gaya pengajaran yang lancar.Hal yang sedemikain belum lagi
ditunjukkan oleh guru walaupun di peringkat cekap.Apa jua yang dilakukan oleh
seorang guru pakar sentiasa berjaya berbanding dengan guru mahir yang kadangkadang masih melakukan kesilapan .
Guru pakar mempunyai sahsiah terpuji dimana mereka adalah seorang yang
berketrampilan, berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan
awam, peka dan prihatin kepada keperluan pelajar. Mereka dijadikan sebagai Role

model kepada warga pendidikan. Guru pakar boleh dianggap sebagai jurucakap
atau orang yang berautoriti dalam profesionnya. Seringkali,idea dan kemahiran yang
ada pada guru pakar boleh mempengaruhi polisi-polisi berkaitan dengan
pengendalian pengajaran di bilik darjah.
Guru pakar adalah seorang yang sangat berpengetahuan.Mereka menguasai
dan menghayati kandungan mata pelajaran serta menjadi pakar rujuk p & p.Mereka
adalah seorang yang bijak mengurus masa, bahan dan sumber

dan mampu

mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar. Selain itu, mereka sentiasa


meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan juga memiliki kemahiran
komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan mesej yang berkesan.
Akhir sekali,boleh dikatakan guru pakar merupakan penyumbang utama
kepada kemajuan pendidikan Negara serta berupaya menjana idea baru dalam mata
pelajaran

atau

bidang

pengkhususan

meningkatkan mutu pendidikan negara.

dan

berkongsi

idea

tersebut

bagi

Bibliografi

http://psv07kdri.blogspot.com/2010/09/edu-3108-peringkat-

perkembangan-guru.html
http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-

4_peringkat-perkembangan-guru.pdf
Noriati A.Rashid,Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional
Guru

You might also like