You are on page 1of 22

11.

Sains Tingkatan 1 Bab 7 : Tajuk: Haba (Kaedah Pemindahan Haba)

Diagram 11.1 shows four situations of heat transfer P ,Q , R and S.
Rajah 11.1 menunjukkan empat situasi pemindahan haba P,Q,R dan S .

S
Rajah 11.1

( a ) Based on your observations, state one characteristic of each situation of heat

transfer P, Q, R or S.
Berdasarkan pemerhatian anda, nyatakan satu ciri pada setiap situasi pemindahan
haba P,Q,R atau S .

Heat transfer
Pemindahan haba
P

Characteristics
Ciri

Q
R
S

[ 4 markah ]

Penjanaan tenaga elektrik daripada sinaran Matahari bukanlah suatu perkara yang baru. Malah
panel solar telah berada di pasaran sejak 50 tahun yang lalu. Tahun 50an dan 60an adalah tahun
pengeluaran awal teknologi panel solar, tetapi tidak mendapat sambutan meluas kerana banyaknya
sumber minyak ketika itu terutama di kawasan timur tengah. Namun menjelang tahun 1970
masyarakat dunia mulai sedar akan kesan kebergantungan kepada minyak. Dalam era 80an dan
90an sumber-sumber minyak mula diperoleh secara paksaan atau melalui tawaran. Malah, ahli
sains juga telah membuktikan punca utama perubahan cuaca dunia adalah daripada pencemaran
udara CO2 yang terhasil daripada kegiatan manusia dan penggunaan bahan api fosil.
(b)

Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan dua kelebihan penggunaan panel solar

berbanding bahan api fosil.

_________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
[4 markah]
(c)

Tenaga yang dijana daripada Panel Solar Photovoltaic (PV) merupakan sumber tenaga
yang bersih kerana ianya hanya mengunakan sinaran matahari bagi menghasilkan tenaga
elektrik.
Malaysia merupakan negara yang paling sesuai menggunakan Panel Solar
Photovoltaic.
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Wajarkan dengan hujah munasabah.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[2 markah]

12.

Sains Tingkatan 1 Bab 7 : Tajuk: Haba (Pemancaran Haba)

Termos ialah bekas penyimpan cecair panas atau sejuk untuk beberapa jam. Ia juga dikenali
sebagai kelalang vakum atau kelalang Dewar. Termos mempunyai beberapa saiz, berbeza
mengikut kapasiti, iaitu daripada 60 mililiter hingga 60 liter. Ia juga mempunyai pelbagai
kegunaan. Termos lazimnya digunakan untuk membawa minuman seperti kopi, jus, susu,
ataupun sup. Termos juga digunakan dalam kerja perubatan dan saintifik untuk menyimpan
ubat-ubatan dan bahan kimia, memindahkan tisu dan organ dan untuk mengawet plasma
darah. Botol dan Kelalang Vakum Termos boleh dibuat daripada plastik, aluminium ataupun
keluli tanpa karat.

(a) Termos boleh menyimpan air panas hanya untuk beberapa jam. Lama-kelamaan air yang
disimpan akan menjadi sejuk. Terangkan kaedah pemindahan haba yang berlaku dalam
termos sehingga menyebabkan air itu menjadi sejuk selepas beberapa jam.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[2 markah]

(b) Pada pendapat anda, mengapakah Kelalang Vakum termos diperbuat daripada plastik atau
aluminium? Jelaskan.

_________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[3 markah]

(c) Sekiranya kelalang termos dicat dengan warna hitam di bahagian dalam dan luar dinding
bekasnya, ramalkan perubahan suhu air yang berlaku. Beri alasan anda.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[3 markah]

(d) Malaysia merupakan negara yang terletak di tengah-tengah garisan khatulistiwa. Malaysia
terkenal dengan cuaca yang panas. Malaysia pernah mencatatkan suhu tertinggi 38.5C
hingga 41C. Ini menimbulkan rasa tidak selesa kepada penduduknya. Cadangkan tindakan
yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk mengurangkan haba panas di dalam
kediaman mereka.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[2 markah]

13.

Sains Tingkatan 3 Bab 3 : Tajuk: Perkumuhan (Ginjal)

Di negara ini, statistik menunjukkan setiap tahun pesakit buah pinggang semakin bertambah. Pakar
Perunding Kanan Nefrologi, Jabatan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Dr. Abd. Halim Abd. Gafor berkata, peningkatan
jumlah pesakit buah pinggan setiap tahun bukan sahaja kerana semakin ramai yang menghidap
penyakit tersebut, tetapi juga disebabkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk melakukan
saringan kesihatan rendah. Katanya, apabila ada kesedaran individu-individu yang mempunyai
masalah dengan buah pinggang dapat dikesan.
Jika mengikut statistik yang dikeluarkan setiap tahun, angka pesakit buah pinggang semakin
meningkat kerana ramai yang telah menjalani saringan kesihatan.
Daripada saringan tersebut pesakit-pesakit buah pinggang dapat dikesan dan jelas membuktikan
bahawa masyarakat hari ini telah mempunyai kesedaran untuk menjalani saringan kesihatan.
Yang pasti, pengesanan pada peringkat awal dapat menyelamatkan nyawa, ujarnya ketika ditemui
di pejabatnya baru-baru ini. Tambah Dr. Abd. Halim, seperti kebanyakan penyakit kronik lain,
penyakit buah pinggang dianggap pembunuh senyap kerana pesakit mengetahui penyakit yang
dihidapi setelah mencapai peringkat akhir.Disebabkan alasan itu juga, Dr. Abd. Halim menyarankan
agar mereka yang berumur 35 tahun dan ke atas menjalani saringan kesihatan setiap tahun untuk
mengetahui tahap kesihatan badan masing-masing.Beliau memberitahu, setiap individu seharusnya
mengambil tahu setiap inci tahap kesihatan tubuh badan masing-masing, kerana apa juga penyakit
yang mungkin dihidapi boleh dirawat sekiranya dapat dikesan pada peringkat awal.
Berbicara lebih lanjut mengenai penyakit buah pinggang, beliau berkata, antara penyebab buah
pinggang bermasalah ialah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, dan batu karang. Untuk
pengetahuan, di negara ini penyebab utama penyakit buah pinggang ialah komplikasi daripada
penyakit kencing manis. Selain itu, penghidap darah tinggi dan batu karang juga perlu menjalani
ujian saringan kesihatan buah pinggang kerana kedua-dua penyakit ini juga antara penyebab
kepada penyakit buah pinggang. Pada masa yang sama, ada juga penyakit buah pinggang
disebabkan oleh keturunan. Untuk itu, kepada sesiapa yang mempunyai ahli keluarga berpenyakit
buah pinggang segeralah jalani saringan kesihatan sebelum terlambat, katanya. Ulas beliau,
dengan adanya kencing manis atau tekanan darah tinggi atau kedua-duanya sekali, penyakit buah

pinggang mungkin akan menjadi lebih teruk sehingga membawa kepada kegagalan fungsi tahap
akhir buah pinggang.

Sumber: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/saringan-awal-buah-pinggang-

(a)

Selain daripada ginjal, nyatakan satu lagi organ perkumuhan manusia.

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

[1 markah]
(b)

Berdasarkan petikan di atas, terangkan punca penyakit buah pinggang.

_______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[3 markah]

(c)

(i) Sekiranya anda seorang Pakar Nefrologi, cadangkan saranan kaedah perawatan yang
sesuai untuk pesakit buah pinggang. Terangkan bagaimana kaedah itu dilakukan.

____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

[4 markah]

(ii) Adakah kaedah perawatan yang anda nyatakan di c(i) dapat menyembuhkan penyakit
buah pinggang. Beri alasan munasabah.

____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

14

Sains Tingkatan 2 Bab 2: Tajuk: Nutrisi (Amalan Pemakanan Sihat)

250,000 kanak-kanak kebuluran

JUBA, 17 Jun (AFP) Suku juta kanak-kanak berdepan kebuluran di Sudan Selatan yang dilanda
peperangan, dengan usaha menamatkan konflik 18 bulan itu masih lagi belum membuahkan
sebarang hasil, menurut ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diusir
semalam.Enam bulan lepas, kami fikir keganasan dan penderitaan sudah di kemuncaknya dan
sudah diambang damai. Namun kami silap, kata Toby Lanzer, yang diusir dari negara itu awal bulan
ini selepas memberi amaran mengenai kemelesetan ekonomi.
Keengganan melaksanakan kompromi politik menyebabkan damai jauh panggang dari api, perang
masih berlarutan dan menjurus kepada keruntuhan ekonomi.
Peperangan saudara bermula pada Disember 2013 apabila Presiden Salva Kiir menuduh bekas
timbalannya Riek Machar merancang rampasan kuasa, mencetuskan pembunuhan tindak balas di
seluruh negara sekali gus memburukkan lagi kacau-bilau yang sedia ada. Ia diburukkan lagi dengan
insiden pembunuhan beramai-ramai etnik, rogol dan penggunaan tentera kanak-kanak.

Kajian oleh PBB menunjukkan nisbah seorang dalam tiga orang kanak-kanak di Sudan Selatan
adalah berdepan kekurangan zat makanan yang teruk terutama di kawasan Juba. AFP
Separuh daripada populasi negara itu, nisbah seorang dalam tiga orang kanak-kanak adalah
kekurangan zat makanan yang teruk dan 250,000 kanak-kanak berdepan kebuluran, tambah
lanzer, dalam laporan yang menggesa para penderma menyumbang bagi rayuan bantuan sejumlah
AS$1.63 bilion, sambil berkata Sudan Selatan berada pada rangking rendah dari segi kemajuan
kemanusiaan berbanding negara-negara lain di dunia.
Dua pertiga dari sejumlah 12 juta penduduk negara itu memerlukan bantuan, dengan 4.5 juta orang
berdepan kekurangan bekalan makanan, menurut PBB.
Pertempuran paling terbaru menyaksikan kejadian pembakaran rumah kediaman, tindakan
meruntuhkan bangunan sekolah, hospital dan pos kesihatan, pencurian beribu-ribu haiwan
ternakan, pemusnahan kawasan bekalan air, serta serangan lain ke atas prasarana dan aset yang
diperlukan di kawasan pedalaman, tambah laporan itu.
Kelihatannya tiada sebarang usaha dibuat untuk menghentikan tentera daripada menyasarkan
orang awam, dengan berleluasanya pengeboman pusat populasi dan penembakan secara
semberono ke kawasan penempatan.
Sumber : http://mediapermata.com.bn/index.php/2015/06/250000-kanak-kanak-kebuluran/

(a) Berdasarkan petikan akhbar online di atas, terangkan punca kebuluran di Sudan.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

[3 markah]

(b) Kebuluran mendatangkan kesan negatif kepada pertumbuhan kanak-kanak di Sudan. Kajian
oleh PBB menunjukkan nisbah seorang dalam tiga orang kanak-kanak di Sudan Selatan
adalah berdepan kekurangan zat makanan yang teruk terutama di kawasan Juba.

(i)

Berikan satu contoh penyakit malnutisi yang bakal dihidapi oleh kanak-kanak di
Juba.

___________________________________________________________________

[1 markah]

(ii)

Nyatakan dua gejala atau simptom penyakit yang anda nyatakan di b (i).

___________________________________________________________________

__________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (lebih dikenali sebagai MERCY Malaysia) adalah
sebuah organisasi bukan untung yang memberi bantuan perubatan, pembangunan
kesihatan dan pengurangan risiko bencana yang mampan untuk masyarakat yang
memerlukan dalam situasi krisis dan bukan krisis.

10

Sekiranya anda merupakan ahli MERCY Malaysia dan diarahkan oleh persatuan untuk
membantu kanak-kanak di Sudan, cadangkan khidmat nasihat yang sesuai untuk mengatasi
masalah ketidakseimbangan gizi yang berlaku.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
[2 markah]

(d) Nyatakan dua kepentingan mengamalkan amalan pemakanan yang sihat.

________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
[2 markah]

11

11

Sains Tingkatan 2 Bab 2: Tajuk: Nutrisi (Amalan Pemakanan Sihat)

(a) Berdasarkan rajah di atas, Malaysia merupakan negara yang mempunyai paling ramai
rakyat mengalami masalah obesiti. Terangkan tiga punca masalah tersebut.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
[3 markah]

12

(b) Terangkan tiga kesan buruk yang bakal dialami oleh mereka.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
[3 markah]

(c) Anda merupakan Pakar Perunding Pemakanan di salah sebuah hospital. Apakah cadangan
anda kepada pesakit obesiti?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
[4 markah]

12.

Sains Tingkatan 1 Bab 5 :Tajuk : Udara di Sekeliling Kita (Pencemaran Udara)

13

Kawasan catat IPU tidak sihat menurun kepada 15 setakat 9 pagi

Bernama |

September 16, 2015 11:16 MYT

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sri Aman mencatatkan bacaan IPU paling tinggi iaitu
171, meningkat daripada 169 malam tadi, diikuti Samarahan 147 daripada 140, Kuching 146
daripada 136, Sarikei 145 daripada 143 dan Sibu 132
daripada 121.

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di seluruh negara setakat 9 pagi ini semakin reda apabila hanya
15 kawasan masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, berbanding 18
kawasan malam tadi. Bagaimanapun beberapa kawasan di Sarawak mencatat peningkatan bacaan
berbanding malam tadi. Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sri Aman mencatatkan bacaan
IPU paling tinggi iaitu 171, meningkat daripada 169 malam tadi, diikuti Samarahan 147 daripada
140, Kuching 146 daripada 136, Sarikei 145 daripada 143 dan Sibu 132 daripada 121.Sementara
kawasan lain yang mencatat penurunan bacaan IPU termasuk Kemaman, Terengganu dan Balok
Baru, Kuantan masing-masing 129Kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah
Paka (126), Tawau (125), Kapit (112), Jerantut (110), Shah Alam (108), Bintulu (103), Indera
Mahkota (102) dan Kuala Terengganu (102). Sementara itu, beberapa kawasan yang mencatatkan
bacaan IPU tidak sihat semalam berubah kepada bacaan sederhana pagi ini antaranya Pelabuhan
Klang (98), Petaling Jaya (98), Bandaraya Melaka (92), Muar (92), Banting (91), Batu Muda (90),
Cheras (89), Pasir Gudang (88), Bukit Rambai (84), Larkin Lama (82) dan Putrajaya (81).
Pembenihan awan oleh Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi
Malaysia, selama tiga hari bermula semalam diteruskan hari ini dengan memfokuskan operasi
tersebut di bahagian utara Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Lembah Klang dan Kuching.
Menurut sumber daripada Jabatan Meteorologi, perancangan awal pembenihan awan pada hari
kedua dijangka dilakukan antara 12 tengah hari dan 2 petang ini, namun ia bergantung kepada
keadaan cuaca dan awan yang sesuai. Dua pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Diraja
Malaysia berpangkalan di Subang dan Kuching digunakan dalam operasi itu.
IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah
tidak sihat, 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat dan 300 ke atas adalah berbahaya.
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
(a) Nyatakan penyebab utama keadaan jerebu di atas.

_________________________________________________________________________
[1 markah]

14

(b) Jerebu menjejaskan kesihatan. Terangkan kesan jerebu kepada manusia.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
[2 markah]

(c)

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200
adalah tidak sihat, 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat dan 300 ke atas adalah
berbahaya.

(i) Sekiranya kawasan kediaman anda sudah mencapai IPU 150, huraikan langkah keselamatan yang
akan anda lakukan.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[3 markah]

15

(ii) Dalam usaha menangani masalah jerebu, semua pihak harus bekerjasama. Cadangkan tindakan
yang boleh diambil oleh pihak berkuasa bagi menyelesaikan masalah ini.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[2 markah]

(d) Kaedah pembenihan awan yang dilaksanakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia
merupakan satu langkah penyelesaian jerebu untuk jangka masa pendek. Pencemaran
udara perlu diatasi demi kesejahteraan rakyat.

Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk menangani masalah pencemaran udara untuk
suatu jangka masa yang panjang dan berkesan. Bincangkan satu kaedah.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[2 markah]

16

13

Sains Tingkatan 2 Bab 4:Tajuk : Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup

(Interaksi)

PADI - KAWALAN PEROSAK MESRA ALAM

Perosak Tanaman sering kali menjadi penghalang
kepada pengusaha-pengusaha tanaman untuk mereka
mendapatkan hasil pendapatan yang baik. Biasanya
serangan perosak boleh menyebabkan kerugian
antara 20 - 30 peratus dalam penanaman padi jika tidak
dijaga baik. Penulis juga sering mendengar dimana bagi
keadaan yang teruk maka perosak tanaman boleh juga
menyebabkan kerosakan tanaman yang menyeluruh
(Total loss). Racun Perosak (Pesticide) ialah input paling
utama pertanian terutama bagi tanaman padi dan sayursayuran. Penggunaan racun selalunya merupakan
pilihan pertama bagi petani yang mengamalkan
pengawalan perosak secara konvensional. Namun kaedah penggunaan racun mengikut kalendar
seperti semburan sekali atau dua kali seminggu tidak digalakkan. Tambahan cara pengawalannya
adalah tidak mesra alam dan boleh menyebabkan kesan sisa baki racun yang tinggi pada hasil
tanaman. Kesan toksik ini juga akan mendedahkan bahaya kepada pengguna sekiranya tidak
dibasuh dengan betul sebelum mengambil produk makanan tersebut. Beberapa jenis sayuran
merupakan antara jenis sayuran yang banyak menggunakan racun dan ianya tidak disedari oleh
pihak pengguna. Pengguna hanya memilih sayuran yang licin, elok dan cantik sahaja sedangkan ia
sebenarnya mengandungi kesan sisabaki racun yang tinggi.
Sumber: http://animhosnan.blogspot.my/2015/07/padi-kawalan-perosak-mesra-alam.html
(a) Namakan satu contoh perosak tanaman padi.
_________________________________________________________________________
[1 markah]
(b) Nyatakan jenis interaksi yang berlaku antara perosak yang anda namakan di (a) dengan
padi.
________________________________________________________________________
[1 markah]
(c) Tuliskan satu rantai makanan yang mungkin wujud di ekosistem sawah padi.

[1 markah]
(d) Penggunaan racun dalam mengawal populasi perosak mendatangkan kesan mudarat
terhadap kesihatan tubuh. Sekiranya bilangan serangga seperti pepatung, lelabah, kumbang
kura-kura (lady bird) adalah tinggi maka tindakan kawalan yang menggunakan racun
perosak adalah tidak perlu.

17

(i)

Bagaimanakah serangga seperti pepatung, lelabah, kumbang kura-kura boleh

membantu menangani masalah perosak tanaman padi. Terangkan.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
___________________________________________________________________
[3 markah]

(ii)

Selain daripada serangga di atas, nyatakan dua organisma lain yang boleh
membantu mengurangkan perosak tanaman padi.
___________________________________________________________________
__________________________________________________________________
[2 markah]

(iii)

Terangkan dua kelebihan kaedah yang dinyatakan di atas.

___________________________________________________________________
__________________________________________________________________
[2 markah]

14

Sains Tingkatan 3 Bab 4:Tajuk : Pembiakan (Teknologi Reproduktif)

(a) Kaedah bayi tabung uji

atau IVF merupakan satu
teknologi bagi membantu
pasangan yang mengalami
masalah kesuburan. Nyatakan dua jenis masalah kesuburan yang seringkali dialami oleh
wanita sehingga menyebabkan ia mengalami kesukaran untuk hamil.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[2 markah]
(b) IVF merupakan kaedah permanian beradas yang dilakukan di luar tubuh. Terangkan
langkah-langkah yang terlibat dalam kaedah IVF.

18

_________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[2 markah]
(c) Rokiah sudah mempunyai 10 orang anak. Beliau tidak berhasrat untuk menambah bilangan
anak lagi. Sebagai seorang Pakar Sakit Puan, bincangkan kaedah yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah Puan Rokiah.
_________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[4 markah]
(d) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa mengadakan kempen kesedaran dan
pendidikan kesihatan dalam pembentukan keluarga yang terancang. Dewasa ini, kesedaran
kepentingan perancangan keluarga oleh masyarakat adalah tinggi berbanding berbanding
30-40 tahun yang lalu. Huraikan kepentingan perancangan keluarga kepada masyarakat.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[2 markah]

Sains Tingkatan 3 Bab 8:Tajuk : Penjanaan Tenaga (Pengagihan Tenaga Elektrik)

19

11.

Baca petikan dibawah.

SebuahSebuah stesen janakuasa elektrik selalunya menjana 11 kV tenaga elektrik.

Kemudian, voltan itu dinaikkan kepada 132 kV, 275 kV atau 500 kV oleh transformer
berdekatan stesen janakuasa. Tenaga elektrik bervoltan tinggi kemudiannya mengalir ke
lapangan suis sebelum diagihkan oleh Rangkaian Grid Nasional melalui kabel
pengagihan yang diperbuat daripada logam kuprum.
Rangkaian Grid Nasional terdiri daripada banyak litar bervoltan tinggi yang
berhubung dengan beberapa stesen janakuasa elektrik. Daripada Rangkaian Grid
Nasional tenaga elektrik setersunya diagihkan kepada pencawang utama.
Di pencawang utama tenaga elektrik diturunkan kepada 11kV atau 33 kV.
Kemudian, voltan diturunkan lagi kepada 240V atau 450 V sebelum sampai kepada
pengguna.
(a) Lengkapkan carta alir di bawah yang menunjukkan laluan pengagihan tenaga elektrik
dari stesen janakuasa kepada pengguna.
Stesen janakuasa

Pengguna

lapangan suis

`(i)

(iii)

(ii)

Pencawang
utama

[3 markah]
(b) Apakah yang akan berlaku jika voltan pada stesen janakuasa tidak dinaikkan. Jelaskan.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[2 markah]
(c) Jika sebuah stesen janakuasa ditutup untuk penyelenggaraan, pengguna masih lagi
menerima bekalan elektrik daripada Rangkaian Grid Nasional. Bagaimanakah keadaan
ini boleh berlaku?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[2 markah]

20

Rajah
11.1
(d) Rajah 11.1 menunjukkan bacaan meter elektrik sebuah pejabat pada bulan Januari.
(i)

Berdasarkan Rajah 11.1, berapakah unit tenaga elektrik yang digunakan pada
bulan Januari 2013.

[1 markah]
(ii)

Berikut ialah tarif harga tenaga elektrik yang dikenakan oleh TNB.
100 unit pertama
200 unit kedua
Unit tambahan

RM 0.20
RM 0.25
RM 0.30

Kirakan jumlah kos yang perlu dibayar oleh pejabat itu.

[2 markah]

21

Nelayan Kuala Kedah guna sonar bantu kesan

MH370
ALOR SETAR - Nelayan Kuala Kedah menggunakan teknologi sonar pada bot mereka bagi membantu
mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang sejak empat hari lepas.
Timbalan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kuala Kedah, Mohd Sam Mohd Zuki berkata, teknologi
tersebut digunakan untuk mengesan ikan dan boleh digunakan untuk mengesan sebarang objek yang
berada dalam laut.
Katanya pihaknya meminta lebih 30 bot nelayan zon C dan C2 yang menangkap ikan di kawasan Selat
Melaka di sepanjang perairan negeri ini dan Perlis membantu mencari pesawat itu.
"Alat ini (sonar) boleh kesan hingga ke dasar laut dan turut berupaya mengesan haba atau tindak balas
haba daripada pesawat itu. Selain sonar kita juga menggunakan sistem kedudukan sejagat atau GPS
(Global Positioning System)," katanya kepada pemberita di jeti pendaratan ikan di sini hari ini.
Katanya nelayan mempunyai alat perhubungan seperti walkie talkie bagi memudahkan untuk berhubung
terus dari kawasan tengah laut dengan mereka yang berada di tanah besar.
"Kalau ada maklumat kita akan berhubung dengan nelayan atau tauke bot yang ada di darat dan mereka
boleh terus berhubung denga pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat berkaitan dengan pesawat
yang hilang," katanya.
Sabtu lepas, pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang
termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu hilang dari imbasan radar pada 1.30 pagi, kira-kira sejam
setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.
Pesawat itu membawa penumpang terdiri daripada warga 14 negara dengan lebih separuh merupakan
warga China dan 38 rakyat Malaysia. - Bernama

Sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/nelayan-kuala-kedah-guna-sonar-bantukesan-mh370-1.259219

(a)

22

You might also like