You are on page 1of 6

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PUSAT AKSES

SK. DATUK ABDULLAH, GEMENCHEH.


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
Matlamat
1. Mewujudkan kalangan murid yang celik komputer.
2. Meningkatkan pencapaian teknologi dalam kalangan murid-murid.
3. Melahir dan memupuk perasaan tanggungjawab terhadap pentingnya
mempelajari bidang ICT supaya tidak ketinggalan zaman.
4. Membantu murid meningkatkan pengetahuan komputer dan
memupuk sikap positif terhadap ICT dan perkomputeran.
5. Merapatkan komuniti setempat dengan pihak sekolah untuk
meningkatkan pengetahuan IT dalam urusan harian.

Objektif
1. Mempertingkatkan tahap pengetahuan murid-murid terhadap ICT dan
komputer.
2. Memastikan murid-murid memahami asas komputer dan cara
mengendalikannya dengan cara yang betul.
3. Memastikan murid mahir perisian-perisian asas yang dapat
membantu murid dalam pembelajaran.
4. Mengaplikasikan pengetahuan perkomputeran dalam kaedah
pembelajaran.
5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri dalam proses membuat
keputusan bijak dalam kehidupan.

PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH


Objektif Penubuhan Makmal dan Kelab Komputer Sekolah adalah untuk :
Meningkatkan literasi komputer di kalangan pelajar.
Menggalakkan minat dan rasa ingin tahu mengenai komputer.
Menyediakan peluang dan kemudahan mempelajari pengatucaraan komputer

kepada pelajar dan guru.


Menggalakkan perkongsian idea, maklumat dan pengetahuan di kalangan pelajar

antara kelab dan individu dalam masyarakat.


Menggalakkan penyertaan , kerjasama dan motivasi dalam proses pembelajaran
Menggalakkan penggunaan komputer untuk membantu aktiviti sekolah dan

masyarakat.
Membantu pelajar berhadapan dengan kehidupan yang semakin berorientasikan

komputer.
Memupuk sikap yang positif dan mengurangkan kekeliruan mengenai penggunaan

komputer dalam kehidupan.


Meningkatkan penglibatan pelajar dalam pendidikan komputer dengan
menggalakkan penggunaan komputer secara positif.
Organisasi dan Jawatankuasa Pengurusan Makmal Komputer
Bagi melincinkan dan melancarkan pengurusan sesebuah makmal komputer dengan
sempurna sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan
dengan makmal komputer. Jawatankuasa pengurusan makmal komputer boleh ditubuhkan
berdasarkan kepentingan dan keadaan sesebuah makmal itu sendiri.
Penasihat
Penasihat Penasihat terdiri dari guru yang mengajar apa jua matapelajaran. Disamping
minat yang mendalam dan motivasi yang tinggi, guru penasihat mestilah mempunyai

dedikasi yang tinggi dan rasa penglibatan ikhtisas yang sepenuhnya.


Peranan Guru Penasihat.
Menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang akan

membantu dalam perancangan dan pengurusan makmal dan kelab komputer.


Membimbing jawatankuasa kelab dalam merancang dan menghasilkan aktiviti-aktiviti
yang menarik dan memelihara minat pelajar yang berbeza-beza kebolehan dalam
penggunaan komputer serta mempunyai keseimbangan dari segi nilai pengetahuan, nilai

sosial dan nilai rekreasinya.


Mengatur jadual bagi penggunaan komputer oleh ahli-ahli dan pembahagian tugas

penyeliaan oleh ahli jawatankuasa.


Menyertai semua perjumpaan formal yang diadakan oleh kelab.
Mengadakan perhubungan dengan kelab komputer dari sekolah-sekolah lain dalam

usaha mendalami pengetahuannya dan pembahagian aktiviti kelab.


Bilangan guru penasihat adalah bergantung kepada bilangan ahli kelab. Penasihat
makmal atau kelab komputer sebaik-baiknya mendapat pendedahan dalam penggunaan

komputer dan mengikuti latihan dalam pengurusan kelab komputer sekolah. Kandungan

latihan sekurang-kurangnya meliputi.


Kemudahan Fizikal
Bilik mestilah selesa dan keluasannya mencukupi untuk menampung bilangan
komputer, ini pula bergantung kepada peruntukan yang diberi oleh Kementerian

Pendidikan , Syarikat Swasta atau orang perseorangan.


Bilik komputer sesuai dan boleh dihubungkan secara "Local Area Networking"
menggunakan Windos Nt untuk program pembelajaran berbantukan komputer boleh

dijalankan.
Peralatan untuk pengajaran komputer seperti perisian, panel LCD, OHP dan skrin

tayangan perlu diadakan.


Kemudahan perabut yang mencukupi termasuk meja, kerusi, almari, rak, papan tulis

(white board) dan perkakasan lain seperti penyedut hampagas dan penyapu.
Sistem pendawaian elektrik pula mestilah selamat dan mengikut piawaian yang telah
ditetapkan oleh Bahagian Pendawaian Jabatan Kerja Raya atau pengesahan dari pihak

swasta yang bertauliah.


Alat bantuan kebakaran seharusnya disediakan sebagai langkah persediaan untuk

kebakaran.
Lokasi makmal komputer sebaik-baiknya hendaklah berhampiran dengan bilik guru
atau pejabat sekolah. Ini bersesuai kerana kerana dari segi keselamatan ia mudah dikawal
selia juga memudahkan guru dan pelajar berulang-alik. Elakkan bilik komputer yang
berjauhan dan terpencil, ini akan memudahkan berlakunya pecah masuk terutamanya pada
masa cuti sekolah.
Keselamatan Makmal.
Bagi menjamin keselamatan makmal dan penggunanya juga perkakasannya beberapa ciri-

o
o

ciri yang perlu diikuti seperti :


Talian elektrik mesti dilindungi dari capaian pelajar .
kedua-dua pintu tidak boleh dikunci semasa kelas berjalan Pastikan pelan larian
kecemasan ditempatkan disekitar kawasan maklaml agar pelajar dapat mengetahui kearah

mana mereka patut pergi jika berlaku kecemasan atau kebakaran.


Sebaik-baiknya adakan latihan kebakaran secara berkala dengan bantuan Jabatan

Bomba dan Penyelamat atau guru-guru yang berpengalaman.


Maklumat seperti soalan peperiksaan , maklumat pelajar dan guru perlu dijaga dan

orang-orang tertentu sahaja yang boleh mendapatkannya.


Simpan "backup" khasnya untuk data yang penting.
Adakan perisian Anti Virus yang terkini.
Peraturan Makmal Komputer
Semua pengguna dilarang membawa makanan atau minuman masuk ke dalam

makmal komputer.
Beg dilarang sama sekali dibawa ke makmal komputer.
Pengguna dilarang membawa masuk/keluar perisian atau diskett dari luar/ dalam ke

o
o

makmal komputer kecuali dengan izin guru komputer.

Guru yang membawa pelajar ke makmal komputer perlu merekod terlebih dahulu
nama guru, tingkatan ,waktu dan nombor komputer yang digunakan ke dalam buku log

/catatan sebelum memulakan operasi.


Pelajar dan pengguna lain tidak dibenarkan memakai kasut semasa di makmal

komputer . Kemaskan makmal komputer sebelum meninggalkannya


Laporkan kepada guru pengawas dengan segera jika terdapat sebarang keadaan
yang ganjil seperti bunyi, bau benda terbakar atau apa sahaja yang disyaki dan ganjil.
Penyenggaraan Komputer
Dalam pengurusan penyenggaraan dan baikpulih komputer beberapa borang/risalah perlu

o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o

disediakan seperti borang-borang dan risalah di bawah:


Risalah Panduan
Jadual Perancangan
Jadual Penggunaan
Sistem computer
Buku Log
Buku Stok
Rekod Kewangan
Peraturan Makmal
Rekod Laporan Kerosakan
Jadual Tugas Guru Komputer
Rekod Pinjaman/ Pulangan
Hak Cipta/ Etika
Organisasi jawatankuasa
Keselamatan Makmal
Jenayah Komputer
Keselamatan Virus
Rekod Stok/Inventori
Pengendalian dan Penggunaan Perisian Cakera Start, Cakera Data, Cakera Luar
dan Perisian Asli.
Sistem Fail
Surat Menyurat
Minit Mesyuarat
Kewangan
Pekeliling
Jadual Pengajaran
Sukatan Pelajaran
Biodata Guru
Sumber Rujukan
Pengurusan Makmal Komputer
Dalam semua organisasi, aspek pengurusan perlu dititikberatkan. Pengurusan yang cekap
dan cemerlang membolehkan organisasi itu berjalan dengan baik dan berkesan.
Sehubungan dengan itu pengurusan makmal komputer seharusnya mempunyai ciri-ciri dan

matlamat berikut:
Makmal komputer boleh dijadikan sebagai satu tempat yang selesa sebagai gedung
menimba ilmu juga tempat kajian dalam bidang pendidikan.

Semestinya makmal komputer sentiasa berada dalam keadaan keselamatan yang


terjamin kebersihannya, kekemasan perabot, perkakasan dan peralatan komputer yang

sentiasa dijaga dan dibaikpulih dari semasa kesemasa.


Diharapkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar

tanpa gangguan dari komputer dan perkakasannya.


Diharap makmal komputer dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan guru
dimana ianya sudah tentu dapat menyumbang kearah kecemerlangan dunia pendidikan
masa kini.
Pengurusan Makmal Komputer (AM)
Garis panduan penggunaan makmal komputer perlu diselaraskan dan diikuti dengan betul
oleh semua pihak. Ini perlu kerana keselamatan makmal dan penggunaannya semaksima
yang boleh dapat digunakan oleh semua pihak.
Risalah , manual dan buku panduan seharusnya disediakan . Ini memudahkan pengguna
mengendalikan semua alat dalam makmal komputer, dengan ini pembaziran masa dapat
dikurangkan. Carta aliran , berita semasa dan papan kenyataan hendaklah diadakan supaya
pengguna dapat mengetahui maklumat terkini.
Sistem fail dan inventori yang lengkap, kemas dan teratur dapat menolong urusan
pentadbiran dilaksanakan dengan lebih tepat dan cepat.
Pihak pengurusan perlu menyediakan jadual tugasan yang lengkap supaya cara
penggunaan makmal komputer dapat dijalankan secara teratur dan dengan sendiri dapat
mengelak berlaku pertindanan penggunaan makmal komputer antara kelas dan pelajar.
Mengurus hal-hal berkaitan dengan penyenggaraan makmal seperti service aircond, cuci

pemacu, mengemaskini direktori dsb.


Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.
Merancang supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku mengikut sukatan

pelajaran literasi komputer yang ditetapkan oleh pihak kementerian.


Merancang latihan guru dengan memberi latihan komputer kepada semua guru dan
kakitangan sekolah supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk mempertingkatkan
produktiviti seperti "kemahiran asas menggunakan perkakasan komputer, pengetahuan dan
kemahiran asas penggunaan pemprosesan data, pengetahuan dan kemahiran asas
penggunaan hamparan elektronik, pengetahuan asas pemgurusan makmal dan

penggunaan perisian pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran".


Merancang belanjawan dengan menggunakan peruntukan yang diberi untuk

mengemaskini bahan pembelajaran bagi perisian dan komponen perkakasan komputer.


Bertanggunjawab terhadap proses-proses penyenggaraan komputer jika berlaku

kerosakkan.
Bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawal inventori juga keselamatan

makmal dalam proses pengajaran.


Bertanggungjawab menyelaras dalam membina soalan untuk matapelajaran literasi

komputer.
Membantu dalam pengurusan makmal komputer dengan mengadakan sudut-sudut
seperti sudut berita, sudut kajian dan sudut maklumat terkini.

Membuat perancangan aktiviti literasi komputer bagi pelajar.


Pengurusan Perkakasan.
Semua inventori pembelian dan penggunaan perkakasan atau perisian perlu dicatatkan
kedalam buku stok. Ini bertujuan bagi kegunaan pihak Audit dan pihak sekolah bagi
perancangan masa akan datang.
Rekod laporan kerosakkan atau baikpulih seharusnya diadakan supaya baik pulih dapat
dilaksanakan dan memastikan makmal komputer sentiasa berada didalam keadaan yang
baik.
Keselamatan Bilik Komputer
Sekolah yang berkemampuan boleh memasang gril pada tingkap dan pintu makmal.
Disamping itu alat penghawa dingin seharusnya diadakan disetiap makmal komputer.
Bilik komputer seharusnya tertutup suya tidak dimasuki habuk atau asap yang sentiasa
terdapat di udara kita masa kini. Selain bilik yang tertutup komputer perlu ditutup dengan
"penutup" komputer . Ini dapat menambah jangka hayat sesuatu komputer

You might also like