You are on page 1of 20

PENGGUNAAN SISTEM MERIT DALAM MENGURANGKAN MASALAH

TINGKAH LAKU DISRUPTIF MURID TAHUN 4 KELAS PEMULIHAN

VIKNESWARI A/P MUNUSAMY

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ILMU KHAS
KUALA LUMPUR

1.0

PENDAHULUAN

Pendidikan adalah bertujuan untuk memperoleh pengetahuan dan membina pengalaman


bagi menyediakan seseorang individu untuk menghadapi masa hadapan. Di samping itu,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan bahawa;
Bagi mencapai matlamat tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menawarkan beberapa matapelajaran untuk di pelajari dan di hayati. Di antaranya ialah
matapelajaran Bahasa Malaysia. Di dalam matapelajaran Bahasa Malaysia telah diterapkan
tentang kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor selaras dengan
domain afektif iaitu penerapan nilai-nilai murni agar dapat menghasilkan insan yang
menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif serta kreatif
dalam semua aspek bagi menjana minda ke arah mengubah pemikiran supaya dapat
menerima anjakan paradigma bagi melahirkan generasi yang baru yang akan lebih matang
serta sihat dalam fizikal dan mental.
Terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Diantaranya adalah kawalan tingkah laku murid. Sekolah
rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut
acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap kesilapan yang
dibuat pada tahap ini akan membinasakan hidup seseorang kanak-kanak. Oleh itu, guru
perlu memainkan peranan utama untuk membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid
semasa berada di sekolah untuk merealisasikan FPK dan melahirkan generasi yang
berwibawa serta berbudi pekerti.
1.1

Pengenalan

Kawalan tingkah laku merupakan salah satu aspek yang penting untuk menjayakan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru. Sistem kawalan tingkah
laku murid yang lemah menjadi punca utama proses pengajaran dan pembelajaran tidak
dijalankan dengan baik. Mengikut (PL94-142) tingkah laku boleh dibahagi kepada dua iaitu
tingkah laku negatif dan tingkah laku positif. Menurut Mok Song Sang(2009) tingkah laku
bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar
cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu
tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah
laku bergantung yang berlebihan. Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah

bertingkah laku positif dan negatif,ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Oleh yang demikian, guru perlulah mengambil tindakan dan strategi yang sesuai
untuk mengawal tingkah laku negatif ini. Hal ini sangat penting demi menjamin dan
mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi
murid-murid masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada
pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku dalam kes pengkaji adalah perlakuan
hiperaktif, penumpuan yang singkat, tidak mendengar arahan serta bercakap semasa
pengkaji memberi arahan. Responden juga bergaduh dengan rakan sekelas, gopoh dan
tidak sabar untuk melakukan sesuatu aktiviti, ponteng sekolah serta responden tidak
berkerjasama dalam kumpulan semasa aktiviti kumpulan.
Bagi menyelesaikan masalah tingkah laku ini, pengkaji telah memilih sistem merit
dan demerit. Ianya bertujuan untuk memberi markah bagi tingkah laku positif (merit) dan
memberi teguran apabila responden menunjukkan tingkah laku negatif. Merit dikaitkan
dengan penambahan mata berdasarkan sumbangan dan keterlibatan yang diberikan oleh
seorang responden, sementara demerit dikaitkan dengan penolakan mata berdasarkan
kesalahan yang dilakukan responden. Pemberian markah merit ke atas tingkah laku positif
yang ditunjukkan oleh pelajar adalah merupakan salah satu langkah yang dapat menarik
minat responden untuk memberi perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran
yang sedang dijalankan (Jumarni, Kala dan Siti Zulfa et.al 2010).
Hal ini adalah selari dengan pendapat Abraham Maslow (1943) melalui Teori
Humanistik. Menurut beliau, individu terus akan bermotivasi atas dorongan satu matlamat
(Noriati,Boon dan Sharifah 2009). Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu
dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya,persekitaran dan perbezaan
generasi. Maslow sering mengaitkan perkembangan motivasi dengan personaliti. Maslow
berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerakkan serta mengarahkan
perlakuan yang dipamerkan oleh individu.
Menurut pandangan Skinner dalam buku Murid dan Alam Belajar (Noriati,Boon dan
Sharifah,2009) pula penggunaan peneguhan positif dan peneguhan negatif dapat
mengubah tingkah laku murid. Peneguhan positif berkait rapat dengan pemberian ganjaran
terhadap tingkah laku yang ditonjolkan dan ingin terus dikekalkan. Ini memberi gambaran
tingkah laku tersebut akan berulang dengan pemberian ganjaran tersebut. Peneguhan

negatif pula berkaitan dengan memberi sesuatu yang tidak baik tetapi kesannya
menghasilkan sesuatu yang baik. Sama ada peneguhan positif (pujian, galakan dan
ganjaran) ataupun negatif (leteran, teguran dan bebelan) kedua-duanya akan memberi
kesan yang baik ia itu membentuk tingkah laku yang baik dalam suatu jangka masa yang
panjang.
Satu lagi pembentuk tingkah laku ialah dengan menggunakan dendaan. Ia merupakan satu
kaedah mengenakan sesuatu yang tidak menyenangkan kepada individu agar individu
dipaksa untuk mengubah tingkah laku yang tidak baik kepada tingkah laku yang boleh
diterima. Bagi Skinner, dendaan merupakan kaedah yang tidak berkesan untuk membentuk
tingkah laku dan mengekalkan dalam suatu jangka masa yang panjang. Dendaan hanya
menghasilkan perubahan jangka pendek sahaja. Oleh itu, pengkaji memilih sistem merit
untuk mengubah tingkah laku murid agar ianya berkekalan untuk jangka masa yang
panjang.
Sistem merit dapat mewujudkan satu suasana baru untuk responden menumpukan
perhatian dan menarik minat responden. Pemberian markah merit merupakan salah satu
bentuk peneguhan positif yang mempunyai kebarangkalian untuk responden mengulangi
tingkah laku positif dilakukan dan sistem demerit pula digunakan untuk responden takut
akan kehilangan peneguhan positif yang diberi oleh pengkaji. Dalam mewujudkan suasana
pembelajaran serta kawalan kelas yang baik, pelaksanaan sistem merit dan demerit ini tidak
hanya perlu menfokus kepada pembentukan tingkah laku responden semata-mata, tetapi
ianya perlu dilaksanakan untuk menjayakan objektif Pengarajan dan Pembelajaran yang
dirancang oleh pengkaji. Contohnya, pengkaji dapat menghabiskan pengajaran dan
pembelajaran tepat pada masanya. Pengkaji juga dapat mencapai hasil pengajarannya
yang hendak dicapai serta pengkaji dapat mewujudkan satu generasi yang menunujukkan
tingkah laku positif di mana jua.
1.2

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Pada praktikum fasa 1 pengkaji mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Batu
Caves yang merupakan sebuah sekolah gred A . Sekolah ini amat besar dan bilangan murid
juga banyak. Di sekolah ini matapelajaran Bahasa Malaysia (Pemulihan) akan dilaksanakan
secara serentak untuk semua kelas Tahun 3. Oleh itu, pengkaji hanya mendapat satu kelas
untuk mengajar Bahasa Malaysia (Pemulihan). Pengkaji mengajar Tahun 3 dimana jumlah
respondennya 8 orang. Mereka terdiri daripada 3 perempuan dan 5 lelaki. Sepanjang
pengkaji mengendalikan kelas itu, pengkaji dapati semua responden sangat seronok apabila

menjalani kelas. Sebagai seorang guru, pengkaji telah membuat pemerhatian tentang latar
belakang responden, tahap kognitif dan psikomotor serta afektif mereka. Tahap kognitif
responden adalah baik. Darisegi aspek psikomotor pula, secara keseluruhannya responden
dapat menjalankan semua aktiviti dengan baik. Responden melakukan semua aktiviti
dengan bersungguh-sungguh.

Walaubagaimanapun, pengkaji dapat mengesan satu masalah yang dihadapi


semasa pengajaran dan pembelajaran iaitu kawalan kelas dimana tingkah laku negatif tidak
dapat dikawal oleh pengkaji. Responden tidak mendengar arahan pengkaji di mana apabila
pengkaji memberi arahan mereka bercakap dengan rakan mereka. Berbanding di kelas,
responden mendengar arahan guru dan menunjukkan komitmen yang baik. Selain itu, ada
juga responden bergaduh dengan rakan sekelas mereka semasa pengkaji meminta mereka
beratur. Mereka bertanding untuk berdiri dihadapan barisan tersebut. Ini merupakan punca
mereka untuk bergaduh atau menolak satu sama lain. Mereka juga gopoh dan tidak sabar
untuk melakukan sesuatu aktiviti. Setiap kali pengajaran dan pembelajaran ada juga
responden yang akan mengadu tentang rakan mereka dan enggan melakukan aktiviti
bersama-sama. Ada juga murid yang suka ponteng kelas. Responden memberi pelbagai
alasan jikalau pengkaji tanya sebab mereka ponteng.
Seterusnya pengkaji terpaksa meluangkan masa yang banyak untuk menangani
masalah tingkah laku ini. Apabila perkara ini berlaku, objektif pengajaran yang telah
dirancang sebelumnya adalah sukar untuk dicapai. Masalah- masalah ini tidak dapat
diselesaikan dengan memberi denda ataupun memarahi mereka. Mereka perlukan cara lain
untuk mengurangkan tingkah laku negatif seperti ini. Berdasarkan perkara ini, satu kajian
tindakan perlu dijalankan agar guru dapat membantu murid untuk mengubah tingkah laku
negatif supaya guru dapat mengawal kelasnya dan dapat mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, pengkaji juga dapat mewujudkan insan yang seimbang dari segi
JERIS seperti yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada 2 Mac 1992, Dato Seri Ahmad Sarji telah menggariskan satu set panduan
etika untuk kakitangan awam, yang kini dikenali sebagai Tonggak Dua Belas. Tonggak 12
merupakan penjelasan mengenai konsep nilai, norma dan etika dalam kehidupan
manusia.Pengkaji sebagai bakal guru iaitu menjawat awam perlu mengaplikasikan nilai-nilai
ini dalam dirinya semasa melakukan kajian ini.
Dalam Tonggak 12 menyatakan tentang nikmat ciptaan. Kepuasan yang amat ketara ialah
rasa nikmat apabila seseorang dapat mencipta sesuatu yang mana ciptaan itu

mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara. Dengan itu, pengkaji telah
memutuskan untuk mencipta atau melahirkan murid-murid Tahun 3 kearah insan yang
mempunyai tingkah laku yang positif dan seimbang dari segi JERIS. Ini merupakan tugas
atau tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh setiap insan guru.
Pengkaji akan menggunakan sistem merit untuk mengurangkan tingkah laku negatif
murid Tahun 3 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Batu Caves. Kata Pepatah bahasa
Inggeris menyatakan bahawa todays children tomorrows leaders. Pengkaji berhasrat
untuk mengubah tingkah laku murid supaya melahirkan generasi yang dapat memajukan
lagi Negara kita. Di mana murid-murid

yang mempunyai tingkah laku positif akan

berganding bahu dengan masyarakat bagi mengharumkan nama Negara Malaysia di dunia
ini.

Keseronokan yang timbul dalam diri pengkaji apabila melihat semua murid dapat

menunjukkan tingkah laku yang baik semasa pengajaran dan pembelajaran.


Selain daripada itu, nilai keutamaan kesabaran juga harus diamalkan oleh pengkaji untuk
menjalankan kajian tindakan ini. Sabar dalam konteks Islam adalah salah satu dari sifat
mahmudah yang perlu dan mesti wujud dalam diri setiap umat manusia Nabi Muhammad
SAW, ini kerana sifat sabar ini adalah perkara asas dalam akhlak Agama Islam, bahkan ia
juga ibu kepada segala akhlak di dunia. Nilai ini sangat penting bagi seseorang pengkaji
kerana pengkaji akan menghadapi pelbagai masalah dan cabaran sewaktu menjalankan
kajian tindakan ini. Pada masa inilah pengkaji harus bersabar dengan sepenuhnya kerana
dengan kesabaran pengkaji, kajian yang dijalankan mendapat kejayaan serta responden
dapat menunjukkan tingkah laku positif.
Nilai utama yang harus diamalkan oleh pengkaji adalah, menghargai masa. Banyak
petikan yang boleh diberi untuk mengambarkan nilai masa. Al-Quran (Surah Al Asr 103: 13) memperingati manusia tentang masa. Jadi pengkaji harus menghargai masa yang
tersingkat ini untuk melakukan kajian serta menjayakan kajian tersebut dengan
membolehkan responden menunjukkan tingkah laku positif semasa pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia (Pemulihan).
Seterusnya, sepertimana yang dinyatakan dalam Tonggak 12 pengkaji akan
mengaplikasikan kewajipan menjalankan tugas sebagai guru di sekolah. Apabila seseorang
menerima tugas, tugas itu mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan
sempurna. Sebarang proses yang tidak menepati 4 kriteria tadi

maka hasilnya akan

menjadi cela, rosak, lambat, tidak berguna, membazir dan seterusnya mendatangkan
kerugian dari segi wang ringgit, tenaga manusia, masa dan peralatan. Pengkaji akan

menjalankan tugas dengan sikap yang tepat ialah beriltizam menyempurnakannya dengan
penuh tanggungjawab, bukan sekadar memenuhi syarat saja.
Pengkaji telah melihat tiga orang murid yang telah mengalami masalah tingkah laku.
Maka pengkaji telah mengambil masalah ini sebagai satu kewajipan kepada setiap guru
untuk melihat semua muridnya berjaya sejajar dengan kandungan Tonggak 12. Masalah ini
tidak akan dapat diselesaikan apabila setiap guru memikirkan masalah ini sebagai satu
beban. Tetapi apabila mereka memikirkan ia sebagai satu cabaran, mereka akan dapat
menyelesaikannya.

Mereka

juga

berpuas

hati

kerana

dapat

melaksanakan

tanggungjawabnya sebagai guru. Oleh yang demikian, pengkaji berasa ia satu


tanggungjawab maka kajian ini telah dijalankan bagi menyelesaikan masalah yang timbul
kepada murid tahun 3 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Batu Caves.
1.3 Pengumpulan Data Awal
Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan Sistem Merit iaitu pemberian mata bagi
mengawal tingkah laku bermasalah dan keberkesanan mengajar mata pelajaran Bahasa
Malaysia. Melalui pemerhatian yang telah dibuat oleh pengkaji semasa pengajaran dan
pembelajaran mendapati murid mempunyai masalah tingkah laku. Mereka tidak dapat
dikawal dengan memberi arahan yang tegas ataupun memberi denda. Kawalan kelas yang
lemah menjadi punca utama proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan
dengan baik. Keadaan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara seperti, kurangnya
minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. Setiap arahan
yang diberikan oleh guru juga turut diabaikan kerana mereka merasakan bahawa mereka
tidak akan memperoleh apa-apa faedah dan kepentingan dari melaksanakan arahan
tersebut. Mereka juga berasa mereka tidak perlu mendengar arahan guru semasa berada di
padang dan boleh buat apa sahaja yang mereka inginya.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan akan menjejaskan
prestasi pelajar di dalam sesuatu matapelajaran dan sekiranya keadaan ini terus berlaku.
Ianya akan memberi kesan kepada prestasi sekolah serta perkembangan ilmu pelajar itu
sendiri. Oleh itu, pengkaji mengingin untuk mengurangkan atau menghapuskan tingkah laku
seperti ini. Pengkaji memilih Sistem Merit untuk menyelesaikan masalah ini. Sistem Merit
dapat mengurangkan tingkah laku negatif murid kelas ini. Guru- guru sekolah ini juga turut
boleh menggunakannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran mereka supaya pengajaran
mereka dilaksana dengan lancar.

2.0

FOKUS KAJIAN

Sepanjang pengkaji berada di sekolah SJK (T) Batu Caves, pengkaji telah
menjalankan beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di kelas
pemulihan melibatkan 8 orang murid. Murid lelaki seramai 5 orang dan murid perempuan
seramai 3 orang. Apabila pengkaji menjalankan pengajaran dan pembelajaran, pengkaji
mendapati sebilangan murid dalam kelas ini tidak memberi tumpuan semasa sesi P&P serta
hilang minat untuk meneruskan pelajaran pada tersebut. Hasil daripada tinjauan dan
pemerhatian, pengkaji mendapati para guru sekolah hanya membenarkan pelajar
melakukan aktiviti sambil bermain tanpa sebarang pengajaran yang spesifik mengenai
aspek yang diajar.
2.1 Kriteria Pemilhan Fokus Kajian
Sebelum menjalankan kajian, pengkaji telah mengenal pasti beberapa aspek dalam
kajiannya seperti:
i.

Kebolehtadbiran

Kajian ini dipilih kerana masalah tingkahlaku seringkali berlaku dalam kalangan murid
sekolah ini. Masalah ini adalah murid tidak mendengar arahan guru, tidak berkerjasama
dalam aktiviti kumpulan dan selalu ponteng sekolah. Pengkaji melihat kajian ini boleh
dijalankan di sekolah ini kerana suasana persekitaran dan tahap kognitif murid adalah baik
dan sederhana. Masalah ini bukan sahaja berlaku dalam kelas saya saja malah ianya
berlaku dalam semua kelas yang terdapat sekolah ini. Pengkaji tidak memerlukan alatan
dan kawasan yang sesuai untuk melakukan kajian ini. Ini kerana ianya merupakan
sebahagian daripada Pengajaran dan Pembelajaran pengkaji. Pengkaji telah melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran seperti biasa sambil memerhatikan tingkah laku murid untuk
memberi markah. Pengkaji tidak memerlukan masa berlebihan untuk memberi sticker. Ianya
diberi semasa murid menjawab lembaran kerja dan pada masa rehat murid. Ia juga tidak
akan mengganggu masa pengajaran guru lain. Oleh itu kajian ini, sangat sesuai dijalankan
di sekolah

ii.

Kepentingan

Kajian ini mempunyai kepentingan yang besar kepada murid kerana ini berkaitan dengan
tingkah laku. Tingkah laku adalah perkara yang penting untuk melahirkan generasi yang
seimbang dari segi bukan JERIS. Tugas guru bukan sahaja mengajar subjek malah
membentuk peribadi murid supaya mereka menjadi insan yang berguna untuk masyarakat
dan Negara. Selain itu pengkaji melihat tingkah laku

sangat penting kerana ia sangat

mempengaruhi masa depan murid. Kalau kita tidak memperbaiki tingkah laku mereka dari
sekolah rendah, maka mereka akan membawa kelakuan ini sehingga sekolah menengah.
Ini Bukan sahaja menjejaskan pendidikan mereka malah ia juga akan menjadi salah satu
faktor mereka terjebak dalam gejala- gejala yang tidak bermoral. Kajian ini juga dapat
membantu guru-guru di sekolah ini. Mereka boleh menggunakan sistem merit ini untuk kelas
masing-masing untuk mengurangkan tingkah laku bermasalah seperti ini. Oleh yang
demikian,

pengkaji

melihat

masalah

ini

sangat

serius

dan

perlu

dikaji

dan

menyelesaikannya.

iii.

Kebolehgunaan

Kajian ini merupakan kajian yang boleh dipraktikkan oleh semua guru. Kajian ini
menggunakan sistem merit. Walaupun pada masa sekarang sistem ini digunakan oleh
semua sekolah.Mereka hanya memasukkan maklumat dalam Sistem Maklumat Murid
Berkomputer (SMM). Ini menyebabkan murid tidak mengenali tentang sistem ini dan mereka
tidak mengetahui markah mereka perolehi. Tetapi kajian ini bukan seperti itu. Pengkaji telah
menyediakan satu jadual di kelas dan setiap hari selepas pengajaran dan pembelajaran
murid mendapat markah mereka dalam bentuk sticker. Seterusnya pengkaji telah
mencatatkan markah mereka dari awal hingga akhir kajian dalam jadual yang ditampal. Ini
menjadi faktor kepada murid untuk mengubah tingkah laku mereka disamping mengumpul
mata yang tinggi. Jikalau setiap guru menggunakan sistem yang saya cadangkan dalam
kelas, mereka dapat mengurangkan tingkah laku bermasalah murid. Ia juga sesuai untuk
mata pelajaran Bahasa Malaysia ( Pemulihan) yang dijalankan 2 kali seminggu.
iv.

Kawalan

Pengkaji mengawal kajian ini agar ia akan menjurus kepada objektif kajian. Pengkaji tidak
memberitahu kaedah ini kepada orang lain sehingga pengkaji tamatkan kajiannya.

v.

Kolaborasi

Pengkaji telah membuat temu bual bersama guru pemulihan dan guru kelas 3 bagi
mengetahui tingkah laku murid kelas ini. Di samping itu, pengkaji sentiasa berkolaborasi
bersama guru pemimbing bagi mendapat pandangan dan pendapat daripada orang yang
lebih berpengalaman daripada pengkaji. Ini kerana pengkaji akan mendapat pelbagai
maklumat dan input tentang kajian yang sedang dikaji. Pengkaji juga berkolaborasi dengan
pensyarah pembimbingnya untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam
kajiannya.
vi.

Kerelevanan kepada sekolah

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah sangat releven kepada sekolah. Pengkaji
berfikir tentang masa hadapan di mana jika semua sampel yang dipilih ini menunjukkan
tingkah laku positif sekolah ini tidak perlu risau tentang masalah. Sampel ini tidak akan
menimbulkan sebarang masalah disiplin di sekolah ini. Selain itu, kajian ini boleh dilakukan
di sekolah kerana kajian ini dijalankan disebabkan murid tidak menunjukkan tingkah laku
positif semasa Pegajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia bagi kelas pemulihan.
2.2

Tindakan

Kajian ini dilaksanakan berpandukan model penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1946). Model
penyelidikan tindakan terdiri daripada lingkaran yang melibatkan beberapa fasa sistematik.
Antaranya ialah merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Saya akan melaksanakan
setiap fasa dalam model ini secara terancang agar setiap aktiviti yang dijalankan
mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

a
g
c
iR
s
flk
e
T
d
P
tn
rh
m
n c
a
R
g
n
a

fl k
e
R
i
s

d a
in
T
n
k

Pe
rh a
m
tin

Model penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1946)


3.0

OBJEKTIF KAJIAN
3.1

Objektif umum
Mengurangkan tingkah laku murid bermasalah laku distruptif murid pemulihan
dengan menggunakan sistem merit.

3.2

Objektif Khusus
3.2.1

Meningkatkan sikap tidak membuat bising melalui penggunaan


sistem merit

3.2.2

Meningkatkan sikap kerjasama semasa aktiviti kumpulan melalui


penggunaan sistem merit

3.2.3

Meningkatkan sikap mengikuti arahan guru semasa pembelajaran


melalui penggunaan sistem merit

3.3

Persoalan Kajian

Model penyelidikan tindakan Kurt Lewin

3.3.1

Adakah sistem merit dapat meningkatkan sikap tidak membuat bising


melalui penggunaan sistem merit

3.3.2

Adakah sistem merit meningkatkan menigkatkan sikap bekerjasama


semasa aktiviti kumpulan?

3.3.3

4.0

4.0

Adakah sistem merit dapat sikap pelajar mengikuti arahan guru?

Cara Pengumpulan Data


4.1

Pemerhatian

4.2

Temubual

4.3

Soal Selidik

KUMPULAN SASARAN
4.1

Responden Kajian
Kumpulan sasaran yang diambil adalah murid tahun 3, Sekolah Jenis

Kebangsaan (Tamil) Batu Caves. Oleh itu, murid yang disasarkan ialah seramai 8
orang pelajar. Mereka terdiri daripada 5 lelaki dan 3 perempuan.
Dalam kajian ini, murid dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil yang tidak
sama banyak. Ahli kumpulan ini kekal dari mula kajian sehinggalah tamat kajian
dijalankan. Kesemua responden tinggal di kawasan sekitar Batu Caves sahaja.
Pemilihan kelas ini juga agak bersesuaian untuk melaksanakan kajian tindakan yang
perlu dijalankan dalam tempoh masa 4 minggu untuk mencapai tahap yang
diinginkan oleh pengkaji. Ini kerana murid-murid kelas ini merupakan murid-murid
kelas terakhir bagi tahun 3. Prestasi akademik pelajar yang diambil adalah pada
tahap tidak baik dan sederhana.
Data Murid :-

5.0

Bilangan sasaran

8 orang murid

Jantina sasaran

5 murid lelaki, 3 murid perempuan

Nama kelas

Tahun 4

10 tahun

Perancangan Pelaksanaan Kajian


Umur sasaran

Bagi memulakan langkah-langkah yang telah dikenal pasti, pengumpulan


data dilakukan terlebih dahulu. Pengumpulan data awal bertujuan untuk mengukur
dan memahami masalah dengan lebih mendalam serta mencari punca utama
mengapa murid menghadapi masalah ini. Tinjauan ini dilakukan dengan catatan awal
seperti dalam jadual berikut ini berdasarkan model yang telah dipilih untuk kajian ini :
5.1
Langkah
Langkah 1

Langkah-Langkah Tindakan
Cara penilaian
Temu bual

Kumpulan sasaran

Tujuan

Tiga orang guru yang

Temu bual dijalankan

berpengalaman

bagi mengenal pasti

mengajar dalam

tingkah laku disruptif

kelas subjek kajian

murid dan puncapuncanya.

Langkah 2

Pemerhatian

Tiga orang subjek

Pemerhatian

kajian

dilakukan bagi

Guru pemulihan

mengenal pasti
tingkah laku negatif
disruptif murid di
dalam kelas.

Langkah 3

Soal selidik

Guru pemulihan

Soal selidik
dilakukan bagi
mengenal pasti
tingkah laku negatif
disruptif murid di
dalam kelas.

5.2

Perancangan Kaedah Mengumpul Data

Pengkaji telah menggunakan bebrapa kaedah atau cara dalam mengumpul datadata yang diperlukan. Kaedah atau pengumpulan data adalah penting dalam mencapai
sesuatu objektif kajian dan juga merupakan satu alat ukur yang digunakan untuk mengukur
pemboleh ubah- pemboleh ubah yang dijkaji.

5.2.1

Instrumen Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa instrumen, iaitu pemerhatian, temu
bual semi berstruktur dan soal selidik.

5.2.1.1

Pemerhatian

Pengkaji telah menggunakan kaedah pengumpulan data dengan menggunakan


pemerhatian bagi mengumpul data melalui borang senarai semak yang telah dibuat.
Pemerhatian digunakan untuk merekod tingkah laku dan interaksi responden dalam kajian
yang sedang dijalankan. Bagaimanapun, pengkaji telah menjalankan pemerhatian turut
serta bersama subjek kajian bagi mendapatkan maklumat atau data yang diperlukan
semasa menjalankan kajian. Bagi kaedah pemerhatian, pengkaji telah menggunakan
kaedah pemerhatian berstruktur. Pemerhatian jenis berstruktur ini menggunakan senarai
semak. Data pemerhatian dalam bentuk senarai semak dianalisis menggunakan frekuensi
dan peratus dalam bentuk kuantitatif. Dalam kajian ini pengkaji bertindak sebagai pemerhati
atau pengkaji sendiri yang melibatkan diri dalam aktiviti yang diperhatikan. Pengkaji perlu
mencatat tingkah laku, perbualan, kaedah tempat, interaksi guru dan pelajar serta perkaraperkara yang diperlukan dalam kajian ini.
5.2.1.2

Temu Bual

Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi secara
bersemuka antara pengkaji dengan responden. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia
(2008), temu bual merupakan kaedah terbaik untuk meneroka dan mendapatkan maklumat
daripada responden secara mendalam. Temu bual yang dijalankan adalah sejenis temu bual
tidak berstruktur di mana tiada soalan khas yang diberikan kepada responden.
5.2.1.3

Soal Selidik

Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu
bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan
dalam kajian ini biasanya disediakan oleh pengkaji. Walau bagaimanapun soal selidik yang
sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses

pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan. Pengkaji telah


menyediakan instrumen soal selidik dengan menggunkan beberapa perkara.
Instrumen Pengumpulan Data

Bil
1.

Instrumen
Pemerhatian (Senarai semak)

Tujuan
1.Merekod tingkah laku negatif subjek kajian
semasa guru sedang mengajar
2.Merekod

tingkah

laku

murid

yang

menunjukkan minat terhadap pengajaran


guru menggunakan sistem merit.
2.

Temu bual tidak berstruktur

Mendapatkan pandangan guru terhadap


penggunaan sistem merit dalam mengawal
tingkah laku subjek kajian.

3.

Soal selidik

Membuat pemerhatian dan analisis data


terhadap subjek kajian

5.3

Perancangan Cara Menganalisa Data

Saya telah memilih kaedah yang sesuai untuk mengumpulkan maklumat berkaitan
dengan tindakan yang dilaksanakan.
5.3.1 Pemerhatian
Saya menggunakan borang senarai semak bagi menganalisis sesi pemerhatian yang
dilaksanakan sepanjang pelaksanaan pdp tersebut. Saya menggunakan senarai semak yatidak bagi mengenal pasti keberkesanan tindakan dalam mengatasi masalah tingkah laku
dalam kalangan murid. Kemudian, saya akan membaca dan mengategorikan data-data
yang penting serta mempersembahkannya dalam bentuk jadual mengikut tema yang
ditetapkan. Persembahan data dalam bentuk jadual mengikut tema tersebut membolehkan
saya membuat penilaian terhadap pelaksanaan tindakan
5.3.2 Temu bual

Saya akan menggunakan protokol temubual agar dapat menanyakan soalan


mengikut ketetapan secara bersemuka. Saya akan membuat rakaman video agar
memudahkan proses penyediaan transkripsi. Saya akan mengkategorikan jawapan murid
mengikut tema yang sesuai. Saya akan menggunakan graf bar bagi mempersembahkan
data yang diperoleh mengikut tema yang dipilih.
5.3.4 Soal selidik
Saya akan menggunakan borang soal selidik bagi memperoleh data mengenai
keberkesanan penggunaan teknik perlambangan gambar dalam membantu murid
mengatasi masalah tingkah laku. Borang soal selidik ini dilengkapkan oleh guru pemulihan
dan murid. Oleh sebab soalan dalam borang soal selidik terdiri daripada jenis soalan
tertutup, maka saya menggunakan graf histogram untuk menganalisis data tersebut.

Pemerhatian tingkah laku


-senarai semak

Pemilihan markah

Perolehan markah dan


penarikan markah

5.3.1

Pemilihan Markah

Kenal pasti tingkah laku


sasaran

Peraturan kelas

Mereflek

Pengkaji telah memilih dan menetapkan markah 20 bagi setiap tingkah laku
yang dirasakan bersesuian bagi kajian ini. Pengkaji mendapati bahawa markah 20
adalah sistematik dansesuia digunakan kerana ianya cepat dan mudah diberikan
kepada responden. Markah akan diberikan kepada responden. Markah akan
diberikan kepada responden dengan cara menulis simbol (/) sebanyak sepuluh kali di
dalam jadual markah. Jika sebarang tingkah laku negatif wujud, setipa simbol (/)
yang dilukis dengan pen marker kan di padam oleh pengkaji.
5.3.2

Peraturan Kelas
Pengkaji telah menetapkan peraturan dalam bilik darjah dan peraturan ini

haruslah dipatuhi oleh responden. Jika responden melanggar peraturan yang diberi,
markah akan dipotong dari jadual pemarkahan. Peraturan yang telah ditetapkan oleh
pengkaji diterangkan terlebih dahulu kepada subjek kajian demi mengelakkan
kekeliruan. Pengkaji memastikan agar semua subjek kajian faham tentang isi
peraturan dan membuat demonstrasi bagaimana subjek kajian boleh mendapatkan
markah.

Bil

Peraturan dalam bilik darjah

Duduk di tempat sendiri semasa guru sedang mengajar

Dilarang bergerak ke sana sini

Siapkan tugasan yang diberikan oleh guru

Dilarang membuat bising semasa guru sedang mengajar

Dilarang bergaduh dengan rakan-rakan

Dilarang bermain semasa guru sedang mengajar

Dilarang bertutur perkara yang tidak sopan

Patuhi segala arahan yang diberikan kepada guru

Berikan salam kepada guru ketika mula waktu belajar

10

Bersalaman dengan guru ketika tamat waktu belajar

5.3.3 Perolehan dan Penarikan Markah

Markah telah ditetapkan oleh pengkaji terhadap tingkah laku yang disasarkan oleh
pengkaji berdasarkan peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Pengkaji menerangkan
kepada subjek kajian bahawa setiap tingkah laku mempunyai nilai yang tersendiri. Nilai
markah tingkah laku ini ditetapkan sendiri oleh pengkaji dan dipamerkan di dalam bilik
darjah sebagai bahan rujukan ketika pemberian markah dibuat. Jika subjek kajian
melakukan tingkah laku yang negatif, markah akan dipotong mengikut jenis tingkah laku
yang telah dilakukan.
Dengan wujudnya nilai bagi setiap bagi setiap tingkah laku ini, subjek kajian akan
berusaha untuk mengekalkan markah masing-masing di samping melakukan sesuatu
tingkah laku yang lebih baik dari masa ke semasa. Jadual menunjukan nilai markah bagi
setiap tingkah laku yang bakal ditunjukkan oleh subjek kajian.
Perolehan Markah

Bil

Aspek penilaian

Nilai markah yang diberi

Sikap tidak membuat bising

20

Sikap kerjasama semasa aktiviti

20

kumpulan
3

Sikap mengikuti arahan guru

20

5.3.4 Pemerhatian

Dari pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati semasa menjalankan sesi
pemerhatian, subjek kajian masih belum ketara melakukan perubahan ke atas tingkah laku
negatif masing-masing. Ini kerana pengkaji bertpendapat, semasa menjalankan intervensi
dengan menggunakan sistem merit ini, pengkaji mendapati subjek kajian memberi llebih
perhatian semasa pengajaran guru di dalam kelas dan sedaya upaya megawal tingkah laku
masing-masing.

5.4

Perancangan Cara Menyemak Data

Bagi menyemak data yang diperoleh hasil daripada analisis pengumpulan


data, saya akan menggunakan kaedah triangulasi. Kedah triangulasi merupakan
proses penyemakan data yang dilakukan dengan menggunakan pelbagai teknik
pengumpulan data bagi meningkatkan kesahan instrumen. Antara kaedah yang akan
digunakan dalam proses triangulasi ini ialah temu bual, soal selidik dan pemerhatian
bagi merealisasikan objektif khusus dan menjawab persoalan kajian yang
ditetapkan. Saya akan membandingkan dapatan ketiga-tiga kaedah ini supaya
memperoleh data yang sah dan tepat. Saya menyediakan borang matriks sebagai
instrumen dalam triangulasi kaedah ini. Saya menyediakan soalan berpandukan
objektif dan soalan kajian supaya membandingkan sumber data yang diperoleh
dengan mudah.

5.5

Jadual Pelaksanaan Kajian

Hari

Masa

Khamis

9.40am-

28/1/2016
11.40am

Catatan
I.
II.
III.

Hari lapor diri dan menerima jadual waktu.


Meminta kebenaran daripada pihak sekolah.
Memberitahu sasaran(responden) tentang kajian
yang akan dibuat.

Minggu1hingga kini

9.40am-

Isnin dan
rabu

11.40am

5.6

Pemerhatian pertama hingga pemerhatian akhir


dijalankan dan pengkaji yang mencatat markah pada
responden

Anggaran Perbelanjaan

Bil

Barang-barang

Kos perbelanjaan

1.

Mounting board

RM 6.50

2.

Plastik cup

RM 2.00

3.

Ais krim stick

RM 5.00

4.

Kertas warna

RM 7.50

5.

Laminting

RM 12.00

6.

Hiasan

RM 15.00

7.

Borang pemarkahan

RM 12.00
JUMLAH

RM 60.00

You might also like