You are on page 1of 1

Noor Ashikin bt Mohd Anuar (870522-05-5228)

Guru Akademik Bahasa Inggeris,


Darul Quran Wal Hadith As Sofa (Menengah),
Dataran Sentral, Seremban.

Ustaz Mohd Khuzairi bin Yusoff,


Pengetua Darul Quran Wal Hadith As Sofa (Menengah)
Dataran Sentral, Seremban.

20 Oktober 2015

Tuan/En,
PER : Memohon Kebenaran Menggunakan Cuti Tahunan
Merujuk kepada perkara di atas, saya Noor Ashikin Bt Mohd Anuar, Guru Akademik di Darul
Quran Wal Hadith Seremban ingin memohon jasa baik dan kebenaran pihak Tuan untuk
menggunakan kesemua baki Cuti Tahunan sebagai lanjutan kepada cuti bersalin saya. Untuk
pengetahuan pihak Tuan, cuti tahunan saya berbaki sebanyak 6 hari lagi.
2.
Untuk makluman Tuan, saya telah bersalin pada 21 Ogos 2015 dan dijadualkan akan
kembali bekerja pada 22 Oktober 2015. Oleh itu, saya ingin memohon jasa baik Tuan untuk
menggunakan baki cuti tahunan sebanyak 6 hari itu sebagai lanjutan cuti dan saya kembali
bekerja semula pada 2 November 2015.
3.
Antara sebab saya ingin melanjutkan cuti adalah kerana saya masih belum menemui
pengasuh untuk menghantar anak ketika saya dan suami keluar bekerja. Selain itu, bayi saya
masih kecil dan mengalami masalah kesihatan seperti batuk dan selsema berikutan keadaan
jerebu yang makin teruk kebelakangan ini.
4.
Dengan ini, saya memohon budi baik dan pertimbangan dari pihak Tuan untuk
meluluskan permohonan saya. Segala kerjasama dan pertimbangan Tuan saya dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar,
(Noor Ashikin Bt Mohd Anuar)

You might also like