You are on page 1of 10

Model ASSURE

Model Assure diasaskan oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino,


1996 adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk
merancang penggunaan media secara sistematik. Model Assure
bermaksud mempastikan atau to assure pembelajaran berlaku.

Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran


yang dapat memanfaatkan penggunaan media.

Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran


pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat
membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam
bilik darjah masing-masing.

Terdapat 6 langkah yang penting dan perlu dilalui oleh seseorang guru
sekiranya memilih reka bentuk pengajaran Model ASSURE ini. Antaranya
ialah;

1. Analyse Learners (Analisis Pelajar)


2. State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)
3. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan
bahan sumber)
4. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber)
5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)

1. Analisis Pelajar
Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk
membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi
mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:

Ciri-ciri umum pelajar.

Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Gaya belajar

Ciri-ciri umum pelajar


Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina,
penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan
kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang
dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat
dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan
aktiviti tanpa media cetak.
Pengetahuan sedia ada
Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis
pengetahuandan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru
menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh
mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan
dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun
mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat
tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topik yang akan
dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber
pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.
Gaya Pembelajaran Pelajar
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya
pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan
berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan
tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang
pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model
Honey dan Mumford, dan modelMutiple Intelligence Gadner adalah
beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran
individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk
persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.
2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran
Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini
adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada
apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh
itu objektif mesti spesifik.
Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh

penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah


aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai
pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.
Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria
berikut:

1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)


2. Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)
3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
4. Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)
5. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar).
Fokus penulisan pbjektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang
dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar
terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental
ataupun fizikal.
Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku
yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah
yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga
hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara perkataan yang
sesuai digunakan ialah

melakar

menamakan

meramal

membaca

menjawab

melukis

menilai

melabel

menjelas

Situasi dan Syarat Perlakuan.Apakah syarat pelakuan?


Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk
syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat
diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu
guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat
objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah
pembelajaran dan media yang sesuai.
Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)
Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada
darjah ketepatan, kualiti atau kuantititingkah laku, tempuh masa yang
ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan
membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar
yang belum mencapai objektig pengajaran dan pembelajaran dalam
bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap
pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contih penulisan
objektif pengajaran dan pembelajaran. Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran pelajar dapat

melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran


peta Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betul.

Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di


Malaysia yang mempunyai sultan.

3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber


Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan
media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan
terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:

Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan


objektif yang hendak dicapai.

Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.

Memilih, mengubahsuai
pembelajaran.

atau

mereka

bentuk

bahan

sumber

Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999),


untuk memilih bahan sumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu
ditanya.

Adakah bahan ini menepati kurikulum?

Adakah isipelajaran menepati kurikulum?

Adakah laras bahasanya jelas?

Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?

Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar?

Adakah bahan ini berkualiti?

Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?

Adakah bahan
memihak?

Adakah ada panduan pengguna?

ini

bebas

daripada

iklan

dan

kecenderungan

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif
pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.
4. Gunakan Media dan Bahan Sumber
Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber
tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.
Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.
Guru hendaklah mengkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah
dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan
tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajarm objektif
pengajaran dan pembelajaran.

Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.

Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran


Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir
secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini
disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga
teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan
motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk
perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan
sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti
pembelajaran.
Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat
membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam proses belajar,
Gambar foto, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan,
dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.
6. Nilai dan Semak Semula
Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya
langkah ini menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran
dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif,
media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.
Model ADDIE
Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering menjadi
asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain. Model ADDIE
mempunyai lima pembahagian utama iaitu
(1)
(2)
(3)
(4)

Analisis
Rekabentuk
Pembangunan
Implimentasi
(5) Penilaian

(1)
ANALISIS
Analisis atau Analyze bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu
courseware diperkenalkan. Kenapa rekabentuk instruksional ini
diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang perlu ada kepada pelajar sebelum
courseware itu boleh digunakan? Juga melihat kesesuaian isi kandungan

courseware kepada pelajar dan adakah ia sesuai untuk kegunaan


individu atau kumpulan? Perlu difikirkan juga logistik sesuatu
courseware yang dihasilkan, adakah ia boleh diakses di internet atau
pun disebarkan melalui CD dan DVD.
Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis
persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat
pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa
proses analisis iaitu :
1.
Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?
2.
Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan
3.
Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?
4.
Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?
5.
Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek
tersebut?
(2)
REKABENTUK
Rekabentuk atau Design pula bermaksud menentukan dan mereka
kaedah instruksional yang akan digunakan. Contohnya courseware
tersebut mungkin akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif,
penerokaan, penyelesian masalah, permainan, simulasi, perbincangan,
latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau secara pembentangan.
Alat yang digunakan juga perlu ditentukan, seperti sama ada
menggunakan audio, video, komputer, internet dan sebagainya.
Di antara langkah yang dilakukan pada fasa reka bentuk adalah :
1. Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan,
visual dan strategi
rekabentuk
2.
Aplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang
dipamerkan oleh
pengguna seperti kognitif, afektif dan
psikomotor.
3.
Membangunkan papan cerita
4.
Mereka bentuk antara muka
5.
Membangunkan prototaip
6.
Menggunakan reka bentuk visual
(3)
PEMBANGUNAN
Pembangunan atau Develop ialah proses menghasikan courseware
yang telah direkabentuk. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian
membentuk grafik yang diperlukan, menentukan pula bahasa
pengaturcaraan, membuat ujian courseware yang dihasilkan dan
menyebarkan bahan tersebut. Tahap ini membabitkan proses penjanaan
dan penghasilan bahan pembelajaran, dan tujuan utama bagi tahap ini
adalah untuk menjana rancangan dan bahan pelajaran. Pada tahap ini,
rangka cerita dibentuk, kandungan ditulis, grafik direka bentuk, unsur

teknologi diintegrasikan, halaman maklumat dan pelajaran dibentuk, dan


semua media yang akan digunakan dalam pengajaran dan sebarang
dokumentasi sokongan dibentuk. Proses ini boleh melibatkan perkakasan
komputer seperti kalkulator grafik dan alat simulasi serta perisian
komputer seperti Geometers Sketchpad dan pengajaran berasaskan
komputer.
(4)
IMPLIMENTASI
Implimentasi atau Implement berperanan untuk membuat pilot test
terhadap courseware yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel
atau pelajar telah dipilih bagi menggunakan courseware tersebut. Tahap
ini membabitkan penyampaian atau pelaksanaan pengajaran yang
sebenar, sama ada pengajaran itu berasaskan bilik darjah, makmal
matematik, seting peribadi, mahupun berasaskan komputer.
Istilah pelaksanaan merujuk pelaksanaan artifak pembelajaran dan sistem
yang dibentuk dalam konteks pembelajaran yang diharapkan. Dengan
kata lain, pelaksanaan membabitkan proses menjalankan program atau
modul pembelajaran dalam konteks dunia sebenar. Tujuannya adalah
untuk menyampaikan atau melaksanakan pengajaran dengan efisien dan
berkesan. Tahap ini perlu menyokong pemahaman pelajar tentang bahan
yang disediakan, menyokong pelajar menguasai kemahiran tertentu,
membantu pelajar membina pengetahuan berdaya maju, menyediakan
prosedur bagi melatih fasilitator atau pelajar modul pembelajaran, dan
mencuba pelajaran yang disediakan.
(5)
PENILAIAN
Penilaian atau Evaluate pula mempunyai dua jenis penilaian utama
iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan
untuk meningkatkan serta memperbaiki tahap keberkesanan bahan
instruksional yang telah direka. Contohnya meningkatkan mutu
courseware selepas ujian pilot. Manakala penilaian sumatif bermaksud
penilaian keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan. Misalnya
satu kajian dibuat untuk menilai berapa peratuskah objektif yang tercapai
setelah proses penggunaan courseware tersebut selesai digunakan.
Tahap penilaian membabitkan pengukuran keberkesanan dan keefisienan
pengajaran. Istilah penilaian merujuk kedua-dua penilaian formatif dan
sumatif tentang produk pembelajaran dan sistem yang dibentuk dan
dilaksanakan. Dengan kata lain, penilaian melibatkan proses menentukan
kecukupan pelajaran atau modul yang disediakan. Penilaian sepatutnya
berlaku secara berterusan dalam seluruh proses reka bentuk pengajaran
seperti penilaian dalam setiap tahap, penilaian antara tahap, dan
penilaian selepas pelaksanaan. Penilaian formatif merupakan penilaian
berterusan semasa membentuk sesuatu tahap dan antara tahap. Tujuan
penilaian ini adalah untuk memperbaiki pengajaran sebelum versi
mutakhir dilaksanakan. Penilaian sumatif pula berlaku selepas versi
pengajaran mutakhir dilaksanakan. Tujuan penilaian ini adalah untuk
mentaksirkan keberkesanan keseluruhan pengajaran. Lazimnya, data dari

penilaian sumatif digunakan untuk membuat keputusan tentang


pengajaran, sama ada untuk meneruskan pengajaran atau tidak.
Model Kemp
Model Kemp (1994) terdiri daripada 9 langkah seperti berikut:
1. Mengenalpasti masalah pengajaran dan menetapkan matlamat
merekabentuk sesuatu pengajaran.
2. Mengenalpasti ciri-ciri murid yang perlu diberikan perhatian semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengenalpasti isi kandungan pelajaran dan menganalisis komponen
tugasan sejajar dengan objektif pengajaran yang ingin dicapai.
4. Menyatakan objektif pengajaran yang perlu dicapai oleh murid.
5. Susun atur isi kandungan mengikut langkah-langkah pengajaran
secara logik.
6. Merekabentuk strategi pengajaran untuk membolehkan murid
mencapai dan menguasai objektif pembelajaran
7. Rancangkan langkah-langkah penyampaian pengajaran.
8. Bina alat penilaian untuk menilai pencapaian objektif pembelajaran.
9. Memilih sumber
pembelajaran.

untuk

menyokong

pengajaran

dan

aktiviti

Model Dick dan Carey


Dick dan Carey (1996) telah mengemukakan 10 proses utama dalam
model pengajaran mereka mengandungi 9 peringkat dalam gelungan
yang berulang dan berakhir dengan proses penilaian keberkesanan
pengajaran.
9 peringkat dalam model rekabentuk pengajaran Dick dan Carey :
Peringkat
Peringkat
Peringkat
Peringkat
Peringkat
Peringkat
Peringkat

1:
2.
3.
4:
5.
6.
7:

Mengenalpasti matlamat pengajaran


Mengendalikan analisis pengajaran
Mengenalpasti Pengetahuan Sedia Ada dan ciri-ciri murid
Menulis objektif pencapaian
Membina / menggubal item-item ujian rujukan kriteria
Membina strategi pengajaran
Membina dan memilih bahan-bahan pengajaran

Peringkat 8: Membina dan melaksanakan penilaian formatif


Peringkat 9: Membina dan melaksanakan penilaian sumatif

You might also like