You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK AIR ITAM KALI

KE 2/2016

Tarikh
Masa

: 05.05.2016 (Khamis)
: 2.45 petang

Tempat

: PERPUSTAKAAN SMK. AIR ITAM

Kehadiran: 1. En.Mursalin bin Haji Ramli (Guru Kanan Bidang Kemanusiaan)


2. Pn. Nurul Munirah binti Abdul Rahim
3. En.Ahmad Helmi bin Ismail
4. En.Muhd Nazri bin Nanyan

1. Ucapan Aluan Pengerusi


Guru Kanan Bidang Kemanusiaan iaitu Encik Mursalin bin Hj.Ramli selaku
pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kehadiran semua guru pendidikan
Islam.Beliau menyeru semua guru Pendidikan Islam dapat mewar-warkan
dan memberikan sedikit tazkirah di kelas mengenai Peristiwa Israk dan
Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan
ummul kitab al-fatihah.
2. Pengesahan minit mesyuarat lalu
Ust.Mohd. Nazri bin Nanyan mencadangkan minit mesyuarat yang lalu
disahkan dan Ust. Ahmad Helmi bin Ismail menyokong.
3. Perkara-perkara Berbangkit
a) Surau
- Ustazah Nurul Munirah selaku Ketua Panitia meminta semua guru
memastikan pelajarpelajar membersihkan dan mengemaskan
peralatan-peralatan di dalam surau setiap kali menggunakan surau.
Tindakan : Semua guru Pendidikan Islam
b) Peperiksaan Pertengahan Tahun
-Guru penyedia soalan diingatkan supaya menyediakan set soalan beserta
Jadual Spesifikasi Ujian, Jadual Spesifikasi Item, Skema Pemarkahan.
-Setiap guru Pendidikan Islam mesti menyediakan Analisis Item bagi setiap
kelas yang diajar selepas selesai memeriksa kertas jawapan pelajar.

Tindakan : Semua guru Pendidikan Islam


c) Pencerapan guru
-Pencerapan semua guru Pendidikan Islam akan dilaksanakan bermula pada
2 Mei hingga 6 Mei 2016
-Guru-guru diminta menyediakan rekod dan mengajar mengikut kaedah PdP
Abad 21 yang
memusatkan pelajar .
-Pencerapan keatas Ustazah Nurul Munirah akan dilakukan oleh Encik
Mursalin (Guru Kanan MP) manakala pencerapan keatas Ustaz Muhd Nazri
dan Ustaz Ahmad Helmi akan dilakukan oleh Ustazah Nurul Munirah (Ketua
Panitia).
Tindakan : Encik Mursalin dan semua guru Pendidikan Islam
d) Program Ihya' Ramadhan
-Program Ihya' Ramadhan akan dijalankan pada tahun ini dan melibatkan
semua pelajar Islam
dengan kerjasama daripada semua guru beragama Islam.
-Semua aktiviti yang telah dijalankan pada tahun lepas akan dikekalkan
dalam Program Ihya'
Ramadhan tahun ini. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti
berikut;
i) Tadarus Al Quran (waktu PdP)
ii) Tazkirah Ramadhan (waktu rehat)
iii) Kuiz Ramadhan (terbuka kepada semua pelajar Islam pada minggu
kedua dan ketiga bulan
Ramadhan)
iv) Pertandingan Imam Muda (minggu kedua dan ketiga bulan Ramadhan)
v) Majlis Bacaan Yaasiin dan Khatam Al Quran (hari terakhir program)
vi) Majlis perasmian dan penutupan program
- Pihak Panitia akan berbincang dengan pihak pentadbiran sekolah mengenai
program yang akan diadakan.
Tindakan : Ketua Panitia dan semua guru beragama Islam
4. Analisis Keputusan SPM Tahun 2015 bagi Subjek Pendidikan Islam
-Peratus lulus mencapai 64.20 %
-Namun begitu terdapat calon yang menunjukkan pencapaian yang agak
merosot yang mana tiada calon yang mencapai gred dari A+ dan A
- Bilangan calon cemerlang (A+,A dan A-) SPM 2015 : 0 orang

Bilangan calon cemerlang (A+,A dan A-) SPM 2014 : 7 orang


Bilangan calon kepujian Tertinggi dan Tinggi (B+ dan B) SPM 2015 : 9
orang
Bilangan calon kepujian Tertinggi dan Tinggi (B+ dan B) SPM 2014 : 8
orang

-Namun begitu jika dibandingkan SPM 2015 dengan Percubaan SPM


2015,peratus kelulusan SPM 2015 meningkat sedikit daripada peratus
kelulusan Percubaan SPM 2015 iaitu 64.20%
-GPMP merekodkan sedikit merosot iaitu sebanyak 6.74 berbanding 5.43
pada tahun 2014 iaitu
berbeza sebanyak 1.31 manakala dalam Percubaan SPM GPMP adalah
berbeza sebanyak 0.59.
5. Program Peningkatan Prestasi Kurikulum Tahun 2016
- Pihak panitia akan mengikuti setiap program yang telah dirancang oleh
pihak sekolah seperti
program kelas tambahan, pecutan berfokus dan sebagainya.
- Disamping itu guru-guru diminta memberikan penekanan terhadap teknik
menjawab soalan.
Tindakan : Ketua Panitia dan semua guru Pendidikan Islam
6. Pengurusan Kewangan PCG
- Wang PCG berjumlah sebanyak RM 600 akan digunakan untuk pembelian
peralatan bagi guruguru Pendidikan Islam.
Tindakan : Ketua Panitia
7. Hal-hal lain
Tiada.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 petang.

Disediakan oleh,
_________________________
_________________________
(EN.AHMAD HELMI BIN ISMAIL)
MUNIRAH BT.ABDUL RAHIM)
Setiausaha Panitia Pendidikan Islam
Panitia Pendidikan Islam

Disemak oleh,

(PN.NURUL
Ketua

SMK Air Itam, Pulau Pinang


Itam, Pulau Pinang

SMK Air

JADUAL PENYEDIA SOALAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN DALAMAN BAGI


MATAPELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN

UJIAN 1

PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN
TAHUN

PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN

UST.AHMAD HELMI
BIN ISMAIL

UST.AHMAD HELMI
BIN ISMAIL

UST.AHMAD HELMI
BIN ISMAIL

UST.MOHD NAZRI
BIN NANYAN

UST.MOHD NAZRI
BIN NANYAN

UST.MOHD NAZRI
BIN NANYAN

UST.AHMAD HELMI
BIN ISMAIL

UST.AHMAD HELMI
BIN ISMAIL

UST.MOHD NAZRI
BIN NANYAN

UST.MOHD NAZRI
BIN NANYAN

USTZH.NURUL
MUNIRAH BT.
ABDUL RAHIM

USTZH.NURUL
MUNIRAH BT.
ABDUL RAHIM

USTZH.NURUL
MUNIRAH BT.
ABDUL RAHIM

BORANG KEHADIRAN MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


KALI KEDUA TAHUN 2016
Tarikh : 05.05.2016
Masa

: 2.40 Petang

Tempat

BIL
1

: PERPUSTAKAAN SMK. AIR ITAM

NAMA GURU

EN. MOHD. MURSALIN BIN HJ.RAMLI


(GURU KANAN MATAPELAJARAN BIDANG
KEMANUSIAAN /PENGERUSI MESYUARAT)
PN.NURUL MUNIRAH BINTI ABDUL RAHIM

EN. MUHD. NAZRI BIN NANYAN

EN. AHMAD HELMI BIN ISMAIL

TANDATANGAN

You might also like