You are on page 1of 23

BAB 3

METODOLOGI

3.1

Pengenalan

Bab ini akan menghuraikan metodologi kajian yang dijalankan iaitu


mengenalpasti pengetahuan, sikap dan amalan murid tahun 5 daripada 8 sekolah
yang mewakili 4 zon di daerah Kulai terhadap konsep lestari. Oleh itu dalam bab ini,
penyelidik akan membincangkan tentang rancangan bagaimana penyelidikan akan
dilakukan berdasarkan perkara-perkara berikut:

a) Reka bentuk kajian b) Populasi dan Sampel c) Instrumen kajian d) Kajian


rintis e) Kesahan soal selidik f) Penganalisaan data

Sesuatu penyelidikan yang dijalankan adalah untuk mengesahkan objektif kajian.


Menurut Kerlinger (1986), penyelidikan adalah satu usaha menganalisa data melalui
kaedah saintifik dengan bertujuan mencari jawapan kepada persoalan masalah kajian
yang dijalankan. Oleh itu, kaedah kajian adalah merupakan salah satu faktor penting
bagi memperolehi keputusan yang mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan.

33

3.2

Rekabentuk kajian

Thinking out of the box merupakan ungkapan yang digunakan oleh Jennifer
Mason (2006) dalam menggalakan pengkaji menggunakan rekabentuk campuran
iaitu mengabungkan kualitatif dan kuantitatif. Menurutnya rekabentuk ini membuka
ruang dan peluang kepada pengkaji untuk meneroka dimensi yang baru dalam kajian.

Rekabentuk campuran digunakan untuk memberi satu pemahaman yang jitu


dengan mengabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif (Creswell,2009). Rajah 3.1
menunjukkan

keseluruhan

rekabentuk

kajian

ini.

Rekabentuk

penerangan

berperingkat (Sequential Explantory Design) yang melibatkan analisis kualitatif dan


kuantitatif (Zainudin, 2011). Menurutnya kaedah kualitatif membolehkan pengkaji
memperoleh maklumat yang detail, penerangan yang terperinci serta pandangan dan
persepsi individu yang mendalam. Kaedah ini digunakan untuk mengkaji sikap dan
amalan murid terhadap konsep lestari.

Reka bentuk kajian yang digunakan ialah deskriptif. Reka bentuk ini sesuai
dengan kajian ini kerana kajian ini tidak perlu mengenakan sebarang rawatan kepada
subjek kajian. Tambahan pula kajian ini adalah untuk menerangkan hubungan
anatara pembolehubah yang wujud dalam situasi ini (Ary dan Jacobs, 1990).

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Menurut Najib (1999), kaedah


tinjauan digunakan untuk mengambil data dan maklumat dalam satu masa tertentu
sahaja. Ini adalah bersesuai dengan kajian ini yang ingin mengenalpasti pengetahuan,
dan mengkaji amalan dan sikap lestari murid tahun 5 sahaja di daerah Kulai.
Maklumat dikumpulkan menggunakan borang soal selidik.

Penggunaan soal selidik adalah bersesuai bagi kajian yang menggunakan


sampel yang bersaiz besar, lebih menyeluruh dan meluas (Ary dan Jacobs, 1990).

34

Kaedah yang sama digunakan oleh Naimah et.al. (2011), ke atas responden
berjumlah 715 untuk mengkaji tahap pengetahuan lestari dalam kalangan remaja di
Selangor. Begitu juga dengan Alex et.al. (2008), yang telah menggunakan soal
selidik yang dihantar melalui email kepada 5000 responden. Kajian yang dibuat
adalah untuk mengukur tahap pengetahuan, sikap dan amalan orang awam terhadap
pembangunan lestari.

KUANTITATIF

KUALITATIF

Pungutan
Data

Analisis
data

data

( Soal Selidik)

Rajah 3.1 :

Pungutan

Analisis
data

Interprestasi
keseluruhan
analisasi

( Temu bual)

Rekabentuk Penerangan Berperingkat


Sumber: Creswell, 2009

3.2.1

Kaedah Kualitatif

Kaedah Kualitatif menggunakan soal selidik yang bertujuan untuk


memudahkan penyelidik menganalisis data yang diperolehi. Soal selidik yang
dibentuk untuk kajian ini adalah berdasarkan objektif pertama kajian iaitu mengenal
pasti tahap pengetahuan murid tentang konsep lestari. Menurut Abu Hassan (1998),
kaedah soal selidik dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya bias akibat
daripada sifat peribadi dan kemahiran penyelidik.

35

3.2.2 Kaedah Kuantitatif

Temubual separa struktur digunakan untuk mendapatkan satu gambaran yang


jelas bagaimana sikap dan amalan murid terhadap konsep lestari. Kaedah ini
digunakan untuk menepati objektif kedua kajian iaitu mengkaji sikap lestari dan
objektif ketiga untuk mengkaji amalan lestari murid sekolah rendah.

Kaedah

temubual dapat merungkai informasi yang melibatkan sesuatu yang tidak boleh
diperolehi hanya melalui tinjauan sahaja, seperti perasaan, pemikiran dan juga
harapan (Patton, 1990). Melalui temubual separa struktur ini, dapat menjawab
persoalan kajian yang berfokus kepada sejauhmana sikap dan amalan murid ini
terhadap konsep lestari yang sebenarnya.

3.3

Populasi dan Sampel

Populasi ialah kumpulan sasaran penyelidik supaya sesuatu dapatan kajian


dapat diaplikasikan (Fraenkel dan Wallen, 1990). Dalam kajian ini populasi terdiri
daripada murid-murid tahun 5 Sekolah Rendah (SR) di daerah Kulai. Terdapat 34
buah Sekolah Kebangsaan di daerah Kulai dan dibahagikan kepada 4 zon iaitu Zon
Bandar, Zon Selatan, Zon Tenggara dan Zon Utara. Data yang diperolehi dari Pejabat
Pendidikan Daerah Kulai menunjukkan lebih kurang 3250 murid Tahun 5 di seluruh
daerah Kulai.

Jadual 3.1 menunjukkan 34 buah sekolah kebangsaan di PPD Kulai.


Enrolmen murid tahun 5 untuk tahun 2015 (3250) melibatkan empat Zon utama iaitu
Zon Bandar (8 buah sekolah kebangsaan), Zon Selatan (6 buah sekolah kebangsaan),
Zon Tenggara (10 buah sekolah kebangsaan) dan Zon Utara (10 buah sekolah
kebangsaan).

36

Jadual 3.1 : Sekolah-sekolah Rendah Daerah Kulai


Sekolah

Jumlah Murid

Murid Tahun
5

Sekolah

Jumlah
murid

Murid
Tahun 5

Sk Kulai

918

158

SK Sri Pulai
Perdana

670

150

SK Senai

806

143

SK
Putra
Utama

509

103

SK Taman Sri Pulai

1498

293

SK
Felda
Pengeli
Timur

461

67

SK Taman Kota Kulai

1219

177

SK
Felda
Sungai Sibol

489

82

SK Senai Utama

1056

156

SK
Inas

Felda

123

13

SK Taman Muhibah

622

93

SK Murni
Jaya

199

31

SK Taman Kota Kulai 2

1050

179

SK Sayong
Pinang

83

11

SK Taman Indahpura 1

727

107

SK Bandar
Tenggara 2

1016

161

SK Taman Indahpura 2

546

76

SK
Sri
Gunung
Pulai

121

19

SK Bandar Putra

1701

249

SK Kangkar
Pulai 2

1657

292

SK Putra Utama

936

124

SK LKTP
Pasir Raja

271

40

SK Kulai 1

458

80

SK LKTP
Sg Sayong

415

71

SK SInar Bahagia

717

123

SK LKTP
Bukit Besar

384

71

SK Ayer Manis

355

58

SK LKTP
Bukit
Ramun

220

43

SK LKTP Bukit Batu

355

57

SK Bandar
Tenggara 1

638

115

SK LKTP Bukit Permai

152

23

SK
Kem

Polis

1091

194

SK Ldg Fraser

19

SK Kangkar
Pulai

1156

190

SK Sedenak

150

21

Untuk kajian ini, 8 buah sekolah telah dipilih mewakili setiap zon. 2 sekolah
dipilih daripada setiap zon. Sekolah-sekolah yang dipilih mempunyai murid-murid
tahun 5 yang memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan murid-murid dari sekolah

37

lain di zon masing-masing. Selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Portney dan
Walkin (1993) sampel ialah subset populasi. Pemilihan murid tahun 5 adalah kerana
kumpulan ini tidak terlibat dengan peperiksaan UPSR dan kumpulan kedua tertua di
sekolah. Pemilihan sampel pula telah dibuat secara rawak bagi memberi peluang
yang sama kepada murid untuk terlibat sebagai sampel kajian mewakili populasi
yang dikaji (Mohd Majid Konting, 1994).

Dalam hal ini, Krejcie dan Morgan (1970) telah membina formula untuk
memudahkan persampelan. Formula yang dibina adalah seperti berikut:
S = 2 NP(1-P) 2 (N-1)+ 2
S = saiz sampel
2 = jadual nilai khi-kuasa dua untuk 1 darjah kebebasan pada aras keyakinan
0.05(3.841)
N= saiz populasi
P= nisabah populasi (dianggarkan sebagai 0.50 bagi memberi saiz sampel yang
maksimum
d=daerah ketepatan dinyatakan sebagai nisbah 0.05

Bagi memudahkan pengiraan dan penetapan sampel, Krejcie dan Morgan


(1970) telah menyediakan jadual penentuan saiz sampel seperti pada lampiran iaitu
Jadual 3.2. Setelah mengambil kita beberapa faktor yang berkaitan, pengkaji telah
menentukan sampel berdasarkan populasi .Populasi murid tahun 5 yang melibatkan 8
buah sekolah ialah 584, maka sampel yang dipilih secara rawak adalah seramai 262
orang.

38

Jadual 3.3:
Bil

Nama Sekolah

Jumlah Murid

Zon

SK Senai

104

Selatan

SK Senai Utama

156

SK Taman Muhibah

99

SK Indahpura 1

107

SK Sedenak

17

SK Murni Jaya

31

SK Bukit Ramun

30

SK Pasir Raja

40

Jumlah

584

3.4

Sekolah Yang Terpilih

Bandar

Utara

Tenggara

Tempat Kajian

Kajian ini secara keseluruhan melibatkan murid-murid tahun 5 dari kelas


yang petama . Tempat kajian adalah di 8 buah sekolah rendah yang terlibat iaitu, SK
Senai, SK Senai Utama, SK Taman Muhibah, SK Indahpura 1, SK Sedenak, SK
Murni Jaya, SK Felda Pasir Raja dan SK Bukit Ramun. Borang soal selidik akan
diedarkan di sekolah- sekolah yang terlibat. Responden akan ditempatkan di dalam
bilik yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

39

3.5

Instrumen Kajian

Disebabkan kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu kualitatif dan


kuantitatif maka instrumen yang akan digunakan ialah untuk soal selidik dan temu
bual. Instrumen temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang amalan
dan sikap murid terhadap tiga dimensi lestari iaitu dimensi persekitaran, dimensi
ekonomi dan dimensi sosial. Instrumen soal selidik pula digunakan untuk mengenal
pasti tahap pengetahuan murid tentang dimensi persekitaran, dimensi ekonomi dan
dimensi sosial.

3.5.1

Soal selidik

Persoalan kajian pertama, kedua dan ketiga akan dijawab dengan


menggunakan kaedah kuantitatif iaitu dengan menggunakan borang soal selidik.Soal
selidik ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan murid terhadap konsep
lestari. Tiga dimensi utama konsep lestari iaitu, dimensi persekitaran, dimensi
ekonomi dan dimensi sosial adalah elemen utama dalam soal selidik ini.

Borang soal selidik ini dibangunkan sendiri oleh pengkaji dengan menyusun
soalan yang berkaitan dengan pengetahuan tentang dimensi persekitaran, dimensi
ekonomi dan dimensi sosial. Seterusnya borang soal selidik tersebut telah disemak
oleh guru yang berpengalaman merangkap Guru Cemerlang Bahasa Melayu.
Seterusnya, borang soal selidik tersebut disahkan dan diakui kebolehpercayaannya
oleh Penolong Pegawai Pendidikan Bahasa Melayu.

Borang soal selidik ini terdiri dari empat bahagian.Bahagian A berkaitan


dengan latar belakang responden iaitu sekolah, tahun, jantina, bangsa dan tempat

40

tinggal. Bahagian B pula terdiri daripada 15 item yang berkaitan dengan dimensi
persekitaran, Bahagian C pula 16 item dimensi sosial dan seterusnya Bahagian D 14
item yang berkaitan dengan dimensi sosial. Pengukuruan bagi kesemua item dalam
Bahagian B, C dan D menggunakan pemeringkatan Skala Likert 5 mata seperti di
dalam jadual 3.4.

Jadual 3.4 : Pemilihan Tahap Jawapan Responden

3.5.2

Sangat tidak setuju

STS

Tidak setuju

TS

Tidak pasti

TP

Setuju

Sangat setuju

SS

Temu Bual Separa Struktur.

Objektif kedua dan ketiga kajian akan dijawab dengan menjalankan temu
bual. Temu bual separa struktur digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada
murid tentang sikap dan amalan lestari mereka. Temu bual ini dapat mencungkil
maklumat dengan lebih detail dan terperinci. Patton, (1990) dan Merriam (1990)
menerangkan temubual diaplikasikan untuk mengetahui aspek-aspek yang sukar
diperolehi melalui pemerhatian seperti perasaan, pendapat dan kehendak. Di dalam
kajian ini, pengkaji berhasrat menyelami perasaan dan kepercayaan yang tidak dapat
diperolehi melalui soal selidik.

Soalan untuk kualitatif iaitu sebanyak 8 soalan lestari telah dibangunkan


sendiri oleh pengkaji. 4 daripada 8 soalan yang dibentuk dibantu dengan ilustrasi
untuk mengelakkan satu suasana yang tegang. Soalan-soalan yang dibentuk adalah

41

merangkumi tentang amalan dan sikap lestari murid yang merangkumi dimensi
persekitaran, dimensi sosial dan dimensi ekonomi.

Seramai 8 orang murid tahun 5 telah dikenal pasti daripada 8 buah sekolah
yang terpilih. Seorang murid dipilih daripada setiap sekolah. Murid ini telah diberi
jaminan bahawa identiti mereka akan dirahsiakan dan temu bual ini hanya untuk
tujuan kajian. Temu bual dijalankan secara individu dan berlangsung antara 10
hingga 15 minit serta dirakam untuk proses analisis. Setelah memperolehi data temu
bual, proses penyalinan data daripada perakam ke bentuk transkrip dilakukan.

3.6

Kajian Rintis

Kajian rintis perlu dijalankan sebelum instrumen yang dibangunkan


digunakan pada sampel sebenar supaya kebolehpercayaan terhadap instrumen
tersebut dapat dipastikan. Langkah ini perlu dilaksanakan untuk memastikan
kebolehpercayaan instrumen kajian boleh dilakukan ke atas responden lain. Biasanya
seramai 30 orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan responden kajian
adalah memadai (Chua, 2006). Kajian rintis penting dilaksanakan untuk memberi
gambaran awal tentang kebarangkalian keputusan kajian yang akan diperoleh pada
kajian sebenar dan kebolehpercayaan instrumen dapat

dipastikan.

Walau

bagaimanapun, hasil kajian yang diperolehi masih tidak dapat memastikan kejayaan
kajian sebenar tetapi boleh membantu dalam mengenal pasti tahap keberkesanaan
atau kemunasabahan kajian sebenar yang akan dilakukan (Chua,2006).

Bagi tujuan ini, kajian rintis telah dijalankan di sebuah sekolah kebangasaan
di daerah Kulai yang tidak terlibat dengan kajian sebenar. Pengkaji sendiri yang
mentadbir kajian ini dengan bantuan guru-guru di sekolah tersebut. Pengkaji hanya
menggunakan 10 orang responden sahaja. Pengkaji menerangkan latar belakang dan
tujuan kajian sebelum responden menjawab soalan. Dapatan kajian rintis yang
diperoleh telah dianalisi untuk mendapatlkan kebolehpercayaan instrumen.

42

Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik diproses dengan menggunakan


perisian SPSS 14.0. Nilai alpha cronbach yang diperolehi untuk item pengetahuan
lestari persekitaran (Bahagian B) ialah 0.69. Nilai alpha Cronbach yang diperolehi
untuk item pengetahuan lestari ekonomi (Bahagian C) ialah 0.68. Nilai alpha
Cronbach yang diperolehi untuk item pegetahuan lestari sosial (Bahagian D) ialah
0.72.. Nilai keseluruhan bagi kajian ini adalah 0.856 dan nilai ini berada pada tahap
keesahan dan kebolehpercayaan soalan yang tinggi (Najib Ghafar, 1998).

3.7

Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur pengumpulan data untuk kajian ini melibatkan dua peringkat.

3.7.1

Temu Bual Murid

Temu bual dilaksanakan sendiri oleh pengkaji di 8 buah sekolah iaitu SK


Senai, SK Senai Utama, SK Taman Muhibah, SK Indahpura 1, SK Sedenak, SK
Murni Jaya, SK Felda Pasir Raja dan SK Bukit Ramun. Jumlah sebenar murid untuk
ditemu bual tidak dihadkan. Pengkaji menjalankan sesi temu bual setelah melihat
kesesuaian jadual pembelajaran dan pengajaran murid-murid ini. Temu janji
ditetapkan dan tempoh masa untuk menjalankan temu bual ialah selama satu minggu.

43

3.7.2

Pengedaran dan Pengumpulan Borang Soal Selidik

Pengedaran borang soal selidik kepada responden dilakukan sendiri oleh


penyelidik. Penyelidik mendapat kerjasama daripada pihak pentadbir SK Senai, SK
Senai Utama, SK Taman Muhibah, SK Indahpura 1, SK Sedenak, SK Murni Jaya,
SK Felda Pasir Raja dan SK Bukit Ramun. Pengumpulan borang soal selidik juga
dilakukan sendiri oleh penyelidik. Penyelidik memperuntukkan satu minggu untuk
menyelesaikan pengumpulan data melalui soal selidik.

3.8

Analisis Data

Disebabkan kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif


dan kaedah kuantitatif, maka analisis data perlukan dilakukan mengikut kesesuaian
kaedah.

3.8.1

Analisis Data Kuantitatif

Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan


perisian komputer SPSS for windows (Statistical Packages For Social Sciences). 2
analisis yang akan dibuat ialah Analisis Deskriptif yang melibatkan min, peratus dan
sisihan piawai.

Analisis deskriptif seperti kekerapan, peratus dan min serta sisihan piwai
digunakan. Pengiraan peratusan digunakan ke atas data berkaitan latar belakang

44

responden sementara pengiraan min dan sisihan lazim digunakan terhadap tiga
bahagian di dalam soal selidik yang melibatkan pengetahuan murid tentang konsep
lestari yang melibatkan tiga dimensi iaitu dimensi persekitaran, dimensi sosial dan
dimensi ekonomi.

3.8.2

Analisis Data Kualitatif

Data kualitatif yang diperoleh melalui kaedah temu bual dianalisis secara
manual iaitu bermula dengan membuat transkripsi selepas selesai sesi temu bual dan
transkripsi disediakan mengikut soalan-soalan yang dikemukakan. Kemudian,
analisis transkripsi dilakukan dengan mengikut kesesuaian tema tertentu bagi
jawapan yang diberikan oleh responden mengikut proses yang dicadangkan oleh
Bogdan dan Biklen (2003). Menurut mereka lagi, tiga langkah utama dalam
penganalisisan data kualitatif telah dicadangkan iaitu pertama; membangunkan
kategori-kategori pengekodan. Kedua, mengenal pasti ciri-ciri yang memenuhi
kategori pengekodan. Ketiga, membuat interpretasi berdasarkan ciri-ciri yang telah
dikenal pasti. Kaedah analisis ini juga turut diaplikasikan pada data temu bual murid.
Walaupun terdapat perisian komputer seperti Nvivo yang boleh digunakan untuk
proses analisis namun pengkaji memilih cara manual kerana perisian komputer tidak
dapat menggantikan proses menginterpretasi kesignifikan data yang memerlukan
identifikasi kategori-kategori yang bermakna dan menentukan perkaitan antara setiap
kategori tersebut (Bogdan dan Biklen, 2003). Hal ini kerana pakej perisian komputer
tidak dapat menggantikan elemen manusia dalam kajian,tidak mampu membuat
analisis

yang sebenar kerana kurang kapasiti untuk berfikir, mereflek dan

menganalisis, tidak dapat menginterpretasi secara mendalam dengan melibatkan


penerokaan dan pencarian makna yang merupakan perkara penting dalam kajian
kualitatif (Othman ,2012).

Pemprosesan data-data kualitatif yang melibatkan beberapa peringkat


(Dayang dan Abdul Hafidz, 2009) diterjemahkan didalam Rajah 3.2.

45

Transkripsi Data

Organisasi Data

Pelaziman Data (Membiasakan diri dengan data)

Koding dan kategori data

Tema dan patern

Tahap Ketepuan data

Demonstrasi kebolehpercayaan dan keesahan

Laporan
Rajah 3.2:

Pemerosesan Data-data Kualitatif

3.8.1.1 Peringkat Transkripsi

Proses transkrip atau menyalin adalah langkah pertama dalam proses


penganalisisan data (Creswell, 2008) misalnya menyalin data-data dalam bentuk
rakaman audio yang mengandungi temubual penyelidik dan responden, perbincangan
kumpulan fokus, rakaman video atau catatan kerja lapangan.

46

Menurut Dayang dan Abdul Hafid (2009) dalam Zainudin (2011) transkripsi
yang dilakukan hendaklah dibuat secara menyeluruh tanpa mengabaikan apa juga
dirakam atau diperhatikan. Mungkin terdapat beberapa perlakuan yang diperhatikan
semasa temu bual yang mungkin boleh diterjemahkan kedalam bentuk tulisan.
Tambah mereka lagi,walaupun proses transkripsi ini memerlukan daya kesabaran
dan tumpuan yang tinggi, namun ini dapat membantu serta memberi peluang kepada
pengkaji menyelami setiap data yang daripada responden serta memahami perasaan
mereka.

Data yang diperolehi daripada transkripsi temubual akan dibaca berulang


kali untuk mendapatkan idea-idea utama. Menurut Creswell (2008) dalam Zainudin
(2011) setiap perkataan, ayat atau frasa yang boleh membantu menjawab persoalan
kajian perlu ditandakan untuk memudahkan dijadikan rujukan kelak.

3.8.1.2 Peringkat Organisasi Data

Peringkat organisasi data adalah peringkat penyusunan data yang teratur agar
ianya mudah digunakan semasa peringkat seterusnya. Setiap responden yang terlibat
didalam temubual akan diberi nama samaran. Maklumat asal setiap responden akan
disimpan didalam fail asal untuk rujukan selanjutnya. Penggunaan nama sebenar atau
nama samaran yang mirip adalah dielakkan dalam mentranskrip data agar tidak
dikesan oleh pembaca yang lain.

47

3.8.1.3

Peringkat Pelaziman Data

Proses pelaziman ialah dengan mendengar kandungan temu bual dalam pita
rakaman,membuat tontonan semula bahan berbentuk video, membaca dan membaca
semula data-data dan membuat ringkasan sebelum proses analisis bermula. Hal ini
adalah kerana untuk membuat analisis yang baik adalah bergantung kepada
sejauhmana pengkaji memahami data-data yang telah dikumpulkan (Dayang dan
Abdul Hafid, 2009) dalam Zainudin (2011).

3.8.1.4 Peringkat Koding

Peringkat koding adalah proses memberi kod kepada idea-idea utama


(kategori) yang diperolehi daripada temu bual. Kategori pengkodan dilaksanakan
sebaik sahaja pengumpulan data pertama dilakukan. Pengkodan memudahkan
memahami maklumat yang diperolehi dan menjadi panduan kepadanya untuk
menentukan apakah yang harus difokuskan kepada maklumat seterusnya. Pengkodan
bukanlah sesuatu data yang telah siap sedia dianalisis tetapi ianya terbit terus
menerus sepanjang proses pengumpulan data (Miles dan Huperman, 1984). Oleh itu,
pembentukan kategori pengkodan merupakan satu bentuk analisis yang berterusan,
makna setiap kategori diperhalusi sehingga kategori-kategori tertentu dapat
menggambarkan keadaan yang berlaku di dalam kes penyelidik. Oleh itu,
pembentukan kategori pengekodan merupakan satu bentuk analisis yang berterusan,
makna setiap kategori diperhalusi sehingga kategori-kategori tertentu dapat
menggambarkan keadaan yang berlaku di dalam kes penyelidik.

Hal ini kerana data yang telah dikategorikan akan dikaji dengan mendalam
sehingga penyelidik dapat mencapai objektifnya. Selepas menyalin semua temu bual,
penyelidik perlu mengekodkan setiap perbualannya mengikut kategori masalah atau

48

faktor penyebab. Langkah pertama hasil dapatan dianalisis menggunakan


pengekodan

terbuka

di

mana

penyelidik

akan

memecahkan,

memeriksa,

membanding dan mengkategorikan data. Proses ini akan menghasilkan konsep


justeru menghasilkan kategori. Selepas membuat pengekodan terbuka, data-data tadi
akan dianalisis kepada pengekodan axial. Ia merupakan proses kedua selepas proses
pengekodan terbuka di mana penyelidik akan membuat perkaitan antara kategorikategori dengan mengekodkan kepada konteks akibat atau kesan. Akhir sekali
dengan menggunakan pengekodan terpilih di mana prosedur memilih kategori teras,
secara sistematik mengaitkannya kepada lain-lain kategori (Othman Lebar, 2007).

49

Data mentah

Transkrip verbatim

Ulang baca

Kesamaan/hampir
menyamai idea

Pengelompokan

kategori i

kategori ii

Kategori iii

kategori seterusnya

Sub tema @
pernyataan saranan
B

Sub tema @ pernyataan


saranan A

Tema @ hasilan
proposisi X

Rajah 3.3:

Prosedur Pengecilan Data Kualitatif

50

Jadual 3.4 di bawah menunjukkan contoh dokumen temubual yang telah


ditranskripkan. Dokumen ini juga menunjukkan latar belakang responden, tarikh
masa dan tempat temubual. Untuk menganalisis data kualitatif, transkrip temubual
diulang baca untuk memilih idea-idea yang muncul berkaitan kajian. Idea-idea ini
mewakili fakta yang wujud menerusi data-data mentah. Idea-idea abstrak ini akan
membantu data diintepertasi dan proses koding bermula.

Jadual 3.4 : Contoh Dokumen Temubual Dan Pengekodan Terbuka


Responden 4 : Jantina : Perempuan
NAMA :
TARIKH : 5 Mac 2015
MASA : 12.30 tengah hari
TEMPAT : Perpustakaan sekolah
PENEMUBUAL: Puan Sairah Husin @ Hussien
S1 :Perhatikan gambar gambar berikut. Pada pendapatan apakah yang terlaku dan mengapa ianya berlaku? ( soalan kaitan
dengan murid ialah: pernahkah adik buang sampah merata-rata, dalam longkang atau sungai)
Ikan banyak mati..disebab tasik tu tercemar. disebabkan banyak sangat sampah yang orang buang. Kalau
tak dibendung, nanti makin banyak ikan yang mati ahh, nanti kita tak dapat makan, nanti nelayan susah
nak buat kerja kesian nelayan teruk betul orang buang sampah.. Nanti diaorang akan susah untuk sara
hidup. Mmmm..pernahlah jugak buang sampah, kat dalam longkang, kat tepi padang sekolah. Tapi bukan
selalu ye cikgu.(tundukkan kepala)

Kesedaran
Emosi
Amalan
sikap

S 2 :Apakah pandangan anda tentang gambar ini? (soalan kaitan dengan murid: Adakah adik akan gunakan buku yang baru atau
lama untuk membuat nota sendiri?)
Pencemaran dan bumi makin musnah di sebabkan pokok banyak kena tebang. Dan kilang banyak Kesedaran
dibina. Gambar tu mungkin nak bagaitau kita , kalau kita tak jaga bumi, maka bumi kita akan hilang alam
Amalan
sekitar yang hijau, alam sekitar terjejas kalau takde kilang nak kerja mana?. Pokok boleh dibuat perabot
macam kerusi, meja, almari dan juga kertas. Biasanya saya gunakan buku lama untuk buat buku catatan, keliru
dari dulu lagi saya buat macam gitu.
S 3 :Apakah yang akan anda lakukan sekirannya berada di tempat ini? (soalan kaitan dengan murid: Adakah adik sentiasa tutup
lampu, kipas dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan?)
Saya akan tutup ah. Sebab itu pembaziran. (ketawa) kadang-kadang saya tutup,kadang-kadang tak. kita Sikap
kena tutup sebab nak elakkan pembaziran, nak jimatkan elektrik. Kalau guna berlebihan , nanti bill elektrik
kesedaran
banyak. (ketawa) , tak de kesan lain kot. Kalau kat sekolah biasanya memang saya tak pernah tutup, kawan
saya yang tutup.
S 4 :Sila perhatikan gambar rajah berikut. Pernahkah kamu lihat objek dalam gambar ini? (Soalan berkaitan dengan murid:
Apakah barang yang pernah adik kitar semula?)
Tong sampah kitar semula, saya tak pernah guna pun tong nie. Orang guna untuk buang sampah yang boleh
kitar semula. Jadi barang yang kita buang tu boleh pakai semula. Kita dapat jimatkan duit. Mmm..saya
pernah buat bekas pencil dan jugak tempat gantung kunci. Bekas pencil saya buat daripada botol mineral dan
tempat letak kunci saya buat daripada kadboard dan wayar. Cikgu suruh buat.

Terdapat dua fasa dalam proses koding iaitu fasa memberi nama atau label
dan fasa menyusun dan mengelola data tersebut dalam kategori yang lebih besar.
Disebabkan kajian ini tidak melibatkan pembangunan teori grounded, maka hanya
pengekodan terbuka sahaja yang akan dibincangkan dibahagian ini.

51

3.8.1.4.1

Pengkodan Terbuka

Menurut Glaser (1978) dan Strauss (Strauss & Corbin,1990) didalam


Walker dan Myrick (2006) pengkoden terbuka adalah langkah yang penting dalam
proses pengkodan terbuka. Menurut Walker dan Myrick (2006) pengkaji akan
meletakkan diri mereka didalam diri responden semasa melakukan proses analisis.
Hal ini adalah untuk memastikan maklumat yang diperolehi tepat dan tiada
maklumat yang ketinggalan.

Pembacaan yang berulang kali dan pemahaman yang mendalam serta


kesabaran akan membantu pengkaji memperolehi semua maklumat yang
tersembunyi di dalam data. Selepas pembacaan yang teliti, pengkaji akan
mengasingkan perkataan atau frasa yang membawa makna tertentu. Kemudian
proses pelabelan perkataan atau frasa tersebut dengan menggunakan kod-kod tertentu
yang melambangkan maknanya.

Menurut Dayang dan Abdul Hafidz (2009) dalam Zainudin (2011),


penggunaan kategori yang ditentukan awal dan kategori yang baru muncul
merupakan dua cara bagi membuat kategori bagi data naratif. Pengkaji telah
menetapkan tema atau kategori yang akan digunakan untuk mencari isu atau
maklumat daripada transkipsi.

Melalui proses pengulangan bacaan, pengkaji menemui beberapa isu atau


maklumat yang tidak menepati kategori atau tema yang telah ditetapkan, namun
disebabkan ianya berulang kali timbul maka isu atau maklumat yang baru ditemui
dilabelkan sebagai kategori yang baru muncul.

Jadual 3.5:

Contoh Pengekodan Terbuka Mengikut Responden

52
AMOI

BOBO

COMEL

Air tercemar

Air tercemar

Air tercemar

Buang sampah dan sisa toksik

Punca

Punca pendapatan terjejas

Sumber pendapatan

Ikan akan susut

Tak boleh berlaku

Miskin

Hasil tangkapan sikit

Kena jaga alam sekitar

Biasa buat

Hasil jualan berkurangan

Tak boleh buang

Buang sampah

Tak boleh buang sampah

Dah biasa buang

Kadang-kadang

Tidak pernah buang

Tak pernah buang

Populasi

Jaga kebersihan

Pembangunan

Pencemaran

Tak pernah buang

Banyak tebang pokok

Pembangunan

Mesti buang

Pencemaran

Susah

Banyak tebang pokok

Manusia tamak

Gaduh

Nak buat kilang

Alam sekitar terjejas

Guna buku lama

pembangunan

Guna buku lama

Bumi meletup
Bil meningkat

Pokok kena ada jugak


Tak pasti

Pasti tutup
Membazir

Bumi panas

Buku nota baru

Terbiasa tutup

Lupa tutup

Buku lama conteng

Bil meningkat

Membazir
Bagus

Tutup lampu
Membazir

Bijak guna
Jimat tenaga

Menurut Dayang dan Abdul Hafidz (2009), kategori utama boleh dibahagikan
kepada sub-sub kategori. Pembentukan kategori akan berterusan sehingga tidak ada
lagi tema-tema dan kategori-kategori baru yang dikenalpasti. Tambahan sebanyak
mungkin kategori diperlukan supaya dapat mencerminkan keadaan sebenar yang ada
dalam data dan seterusnya dapat mentafsirkan data dengan jelas.

3.8.1.5

Peringkat Tema

Menurut Shank (2006), dan Dayang dan Abdul Hafidz (2009), peringkat tema
ialah membuat ringkasan mengenai maklumat berkaitan bagi satu tema atau
mengumpulkan persamaan atau perbezaan dalam maklum balas dari responden ke

53

dalam satu kategori. Cara ini ialah mengumpulkan semua data yang berkaitan untuk
tema(kategori) tertentu. Pada peringkat ini, pengkaji akan mengenal pasti tema-tema
dan konsep-konsep yang timbul (Creswell, 2008) dan akan melakukan koding
semula untuk membina takrifan terhadap kategori dengan lebih baik (Mason, 1996).
Kod-kod yang ditempatkan ke dalam kategori tertentu boleh dikenal pasti dengan
cara cross-reference diantara dua kategori yang dilakukan secara berulang-ulang
sehingga kategori utama dikenal pasti. Seterusnya kategori utama juga akan melalui
proses rujukan bersilang sehingga mencapai tahap letepuan data.

3.8.1.6

Penetapan Kod

Penetapan kod bagi setiap transkrip dan segmen di dalam transkrip adalah
penting untuk memudahkan proses merujuk semula data asal yang dikumpul (Cohen,
Manion dan Morrison, 2007). Berikut ialah contoh sistem koding yang digunakan
berdasarkan Rajah 3.4.

(R 8 / P)

Responden yang ditemu bual

Rajah 3.4 :

Jantina Responden

Contoh Sistem Koding Data Temu bual

Berdasarkan sistem koding di atas, responden yang ditemu bual merupakan


responden kelapan dan seorang murid perempuan. Setelah kesemua data dan
maklumat yang diperolehi dikategorikan mengikut kod masing-masing, pengkaji
boleh membuat analisis dan penilaian berdasarkan keseluruhan data yang dipungut
melalui temu bual. Setelah analisis selesai dijalankan, pengkaji akan membuat

54

kesimpulan menyeluruh dan menentukan data yang diperolehi dapat menjawab


persoalan-persoalan kajian.

3.9

Kesimpulan

Konsep lestari adalah satu konsep yang holistik secara semulajadi yang
seharusnya menjadi neraca dalam mewujudkan sebuah negara yang bertamadun dan
rakyatnya memiliki kualiti hidup yang baik. Namun begitu, kita perlu pastikan
adakah masyarakat Malaysia memiliki pengetahuan, amalan dan sikap lestari. Dan
pencariannya perlu dimulakan dari murid sekolah rendah.

Berdasarkan perbincangan dalam Bab Tiga, kaedah campuran iaitu kuantitatif


dan kualitatif digunakan untuk menjalankan kajian ini. Reka bentuk ini digunakan
untuk mendapatkan hasil kajian yang baik dan menepati objektif kajian. Instrumen
soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian dan temu bual yang terdiri daripada
lapan soalan adalah berpandukan objektif kajian dan persoalan kajian.

You might also like