You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BAYU

TELUK KUMBAR,
11920 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT UNIT ICT DAN MULTIMEDIA


BIL.2 TAHUN 2014
TARIKH :22/5/2014
MASA :1.35 PETANG
TEMPAT :BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN:

EN. SHAHRIN B. SALIM


CIK SITI SALBIAH BT. MOHD SANI
PN. SITI NOR BT. YAACOB
PN. ZARINA BT. MD. ZAIN
EN. MOHD BUKHARI B. OMAR
PN. SITI FATIMAH BT. ABU BAKAR
PN. FARIHAN BT. SALLEH

AGENDA MESYUARAT
1.0

UCAPAN PENGERUSI (EN.SHAHRIN BIN SALIM)


1.1

En.Shahrin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi


meluangkan masa walaupun sibuk.

1.2

En.Shahrin mengalu-alukan semua bentuk pandangan, dan sebagainya


daripada semua AJK demi kebaikan semua.

2.0

PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1

Pn. Zarina mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan


disokong oleh En. Bukhari.

3.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1
En. Shahrin memaklum bahawa perancangan unit ICT berjalan lancar .
Laptop belum diletakkan ditempat strategik untuk murid dan guru
mengakses FROG VLE kerana BRIS baru sahaja dipasang pada 10 April
yang lalu tetapi zoom Yes belum diaktifkan.
3.2

En. Bukhari ingin tahu mengenai penyertaan Pertandingan Inovasi di


POLIMAS. En. Shahrin menjelaskan bahawa dia telah pun menyertainya
pada 23 dan 25 Mac. Dia bersama seorang guru tahun 6 , En. Zuraidi
(secara sukarela) telah tiba di Jitra, Kedah pada 23 Mac. Mereka
menyewa di sebuah hotel. Perbelanjaan ditanggung oleh En. Shahrin .
En. Shahrin menganggapnya sebagai bercuti sambil belajar. Walaupun
tidak memenangi sebarang hadiah, En. Shahrin menyifatkannya sebagai
berjaya kerana telah memperolehi pelbagai ilmu baru dan pengalaman
baru. Ini kerana penyertaan Peringkat Kebangsaan itu boleh di masukkan
dalam soal selidik SQQS yang akan meningkatkan skor sekolah.

4.0

HAL-HAL LAIN

4.1

En. Shahrin menjelaskan bahawa kebanyakan komputer tidak dapat


digunakan kerana kerosakan kotak hitam yang dinamakan lighning
Surge. Dia telah menghubungi pihak PKG dan dimaklumkan bahawa
PKG tidak ditugaskan membaikinya serta pembekalannya hanya sekali
sahaja.

4.2

Pn. Farihan ingin penjelasan sekiranya ada alternatif lain akan


menyelesaikan masalah tersebut. En. Shahrin menjelaskan bahawa dia
bercadang untuk membeli panel plug untuk menggantikan kotak lighning
surge tersebut. Walaubagaimanapun dia terpaksa berbincang dengan
guru besar cara untuk mendapatkannya.

4.3

En. Shahrin memaklumkan mengenai penyertaan murid dalam


pertandingan Permata Pintar bilangan murid tahun 2 hingga 6 = 713
orang dan bilangan peserta ialah 32 orang murid yakni 4.5 peratus. Ini
menunujukkan peningkatan berbanding tahun lepas walaupun capaian
internet yang lemah.disekolah

4.4

En. Shahrin memaklumkan bahawa pihak maintenance atau baik pulih


telah pun berkunjung ke makmal komputer 1 dan 2 pada 12 hb Mac yang
lalu untuk mengenalpasti komputer rosak dan mengasingkan ke
beberapa tempat di makmal sebelum dibuat pembaikian pada masa yang
akan datang.

5.0

PENUTUP
5.1

En.Shahrin sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua .

5.2

En. Shahrin memaklumkan dia sentiasa sedia menerima sebarang


cadangan dan dari semasa ke semasa demi kebaikan sekolah. .

5.3

En. Shahrin mengharapkan semua AJK dapat terus memberi komitmen


yang terbaik dalam menjayakan semua aktiviti yang dirancangkan dan
membantunya dalam penguatkuasaan peraturan-peraturan makmal.

5.4

En. Shahrin memaklumkan bahawa mesyuarat seterusnya dijangkakan


akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos. Walaubagaimanapun dia
lebih suka menjalankannya pada bulan Julai kerana ia jatuh pada bulan
puasa yang guru tidaklah sibuk dan terkejar-kejar waktu untuk makan dan
sebagainya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

..

..

(Pn. Siti Nor bt. Yaacob)

(En. Shahrin bin Salim)

Penyelaras Makmal ICT 2,

Penyelaras Makmal ICT

Sekolah Kebangsaan Seri Bayu.

Sekolah Kebangsaan Seri Bayu

You might also like