You are on page 1of 40

PENGENALAN

Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur. Ia di


tanam untuk kegunaan domestik dan eksport. Dalam tahun 2000, Malaysia mengeksport
tembikai yang bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport utama tembikai
Malaysia ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia menduduki tangga
ke 12 antara pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1% pasaran saham dunia.
Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Ada juga
yang dipek di dalam tin atau kotak. Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji bunga
matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak. Bentuk buah tembikai
berjulat daripada yang bulat hingga bulat yang membujur. Warna kulit dari hijau muda
hingga hijau tua dengan atau tanpa jalur. Warna isi boleh jadi merah tua, merah atau
kuning. Tulisan ini akan membincangkan asal dan sejarah, jenis-jenis, amalan
penanaman, pengawalan perosak dan rawatan lepas tuai.

ASAL DAN SEJARAH


Manusia di seluruh dunia menggemari tembikai sejak lama. Orang Mesir telah
menanam tembikai 5,000 tahun yang lalu, mereka menghiasi lukisan dinding dengan
buah tembikai. Dari Mesir kepopularan tembikai berkembang. Pedagang mula menjual
biji tembikai di sepanjang laluan dagangan Mediterranean. Pada abad ke 10 tembikai
telah sampai ke Negara China dan pada abad ke 13 pedagang Moor memperkenalkan
tembikai ke Selatan Eropah. Kolonis Eropah dan hamba abdi Afrika perlu diberi pujian
kerana membawa tembikai ke Amerika Utara. Varieti tembikai moden datangnya
daripada tembikai semulajadi Afrika Citrullus lanatus. Ia ditanam beratus tahun di
Lembah

Nil.

Spesies

ini

masih

hidup

liar

di

kawasan

pendalaman

yang

kering untuk membekalkan air kepada orang asli semasa musim kemarau. Tembikai liar
atau citron di Afrika berbentuk sfera, berjalur dan isinya putih, sedikit pahit atau tawar.
Isinya yang putih rasanya seperti kulit tembikai biasa. Citron juga disebut tembikai
jeruk kerana kulit buah digunakan dalam pengawet, jeli dan dibuat jeruk atau jem. Oleh

sebab

kandungan

pektinnya

yang

tinggi

ia

ditambah

ke

dalam

jus

buah-buahan untuk menjadikan ia seperti jel lebih cepat. Sebatang pokok tembikai boleh
menghasilkan sehingga 100 biji buah, dan biasanya diberi makan kepada ternakan.
Di Malaysia tembikai pertama kalinya ditanam di Kelantan dalam tahun 1940.
Daripada situ, ia mula berkembang hinggalah pengenalan tembikai hibrid dari Taiwan
dan Jepun pada tahun 70-an. Tembikai biasanya ditanam di Kedah, Johor, Terengganu
dan Kelantan. Kini penanamannya berkembang hingga ke negeri Pahang, Melaka dan
Perak. Dalam tahun 1994 keluasan penanaman tembikai meliputi 5,100 hektar dengan
pengeluaran sebanyak 214,000 tan metrik. Dalam tahun 2000 keluasan penanaman
meningkat kepada 6,500 hektar.
Di Semenanjung Malaysia tembikai di tanam di Alor Gajah, Bachok, Besut, Gua
Musang, Jasin, Jeli, Johor Bahru, Kluang, Kota Bharu, Kota Star, Kota Tinggi, Kuala
Kerai, Kuala Terengganu, Kubang Pasu, Langkawi, Macang, Marang, Melaka
Tengah, Mersing, Padang Terap, Pasir Mas, Pasir Putih, Pendang, Perlis, Pokok Sena,
Port Dickson, Rembau, Rompin, Setiu, Tanah Merah dan Tumpat.

KHASIAT TEMBIKAI
Tembikai selalu ada sepanjang tahun, karena buah tropis satu ini telah dapat dibuahkan
tanpa kenal musim. Di balik kesegaran dan warna menornya yang merangsang, tembikai
menyimpan potensi sebagai pesaing viagra!

Kombinasi kadar air dan kalium yang tinggi menjadikan tembikai dapat diandalkan
sebagai makanan diuretika, guna merangsang keluarnya air seni lebih deras. Baik sekali
untuk membantu penyembuhan gangguan sulit kencing (anyang-anyangan) dan
mencegah gangguan pada kandung kemih, seperti kencing batu. Makan tembikai baik
untuk menurunkandemam.

TEMBIKAI MERAH, KAYA LIKOPEN

Warna merah pada tembikai menandakan tingginya kadar likopen, salah satu komponen
karotenoid seperti halnya betakaroten. Karena itu, makan tembikai merah lebih
disarankan daripada tembikai kuning. Dibandingkan senyawa antioksidan lainnya,
khususnya vitamin C dan vitamin E, kekuatan likopen tembikai memerangi radikal jauh
lebih ampuh.

Setiap satu molekul likopen mampu menghabisi beberapa molekul radikal bebas
sekaligus. Radikal bebas merupakan hasil sampingan metabolisme. Setiap saat tubuh
menghasilkan radikal bebas. Berbeda dari molekul lain yang stabil karena atom-atomnya
saling berpasangan, radikal bebas selalu 'gelisah' gara-gara salah satu atomnya tidak
memiliki pasangan. Atom sebatang kara itu adalah hidrogen, sehingga ia selalu
kelayapan berburu mangsa berupa oksigen.

Kurang ajarnya, radikal bebas ini lebih suka menyerobot 'istri' orang dengan mempereteli
oksigen dalam sel, yang sesungguhnya sudah memiliki pasangan tetap, daripada mencari
sendiri oksigen bebas. Akibatnya, kesegaran sel menyusut, layu, dan aus. Jika perusakan
sel oleh radikal bebas berlangsung tak terkendali, baik karena pola makan yang kacau,
polusi, atau pikiran negatif, kekebalan tubuh akan menurun.

Kerusakan sel akibat ulah radikal bebas ini dapat teramati secara fisik, seperti kulit
kering, suram, kendur dan berkurang kekenyalannya. Jika rajin makan tembikai,
likopennya akan melumpuhkan radikal bebas tersebut sebelum sempat beraksi. Bahkan,
likopen dibantu zat antioksidan lain dalam tembikai, yakni betakaroten, mampu
menyegarkan kembali sel-sel layu yang sudah telanjur dirusak oleh radikal bebas.

Maka jangan heran jika penggemar tembikai ? tak terkecuali buah-buahan segar lainnya
serta sayuran segar ? memiliki wajah bercahaya, tampak segar dan lebih muda. Bagi
lansia, tembikai tidak hanya membantu memulihkan gangguan kesehatan lebih cepat,

namun juga membantu meningkatkan kemampuan mental dan ketajaman daya ingat.

Khasiat lain, likopen tembikai mampu menumpas bibit kanker. Banyak makan tembikai,
bahkan setiap hari pun tak masalah, justru dapat menyusutkan risiko kanker mulut rahim
dan kanker pankreas pada wanita berisiko tinggi yang sehari-hari dietnya sarat kalori/
gula/lemak tapi miskin sayur dan buah. Terhadap kanker pencernaan, likopen tembikai
mampu mencegahnya hingga risikonya berkurang separuhnya, seperti kanker rongga
mulut, kanker kerongkongan, kanker lambung, kanker usus besar, kanker anus. Begitu
pula dengan kanser prostat.

Berapa banyak tembikai yang harus dihabiskan guna mendapatkan manfaat tersebut?
Tidak banyak, sehari cukup menghabiskan 1/8- bagian buah tembikai (tergantung
ketajaman warna merah tembikai dan besarnya buah), yang menyumbangkan 15 20 mg
likopen.

TEMBIKAI : KESUBURAN DAN VIAGRA SEMULAJADI

Tembikai termasuk buah yang paling kaya kandungan likopen, yang lainnya adalah tomat
merah. Di India pernah dilakukan penelitian terhadap 30 pasangan tidak subur,
khususnya terhadap laki-laki dari pasangan tersebut yang berusia 23 45 tahun. Mereka
memiliki masalah dengan sperma, yakni jumlah sperma terbatas, struktur sperma tidak
normal,dan pergerakannya lamban.

Dua kali dalam sehari mereka diberi makanan kaya likopen yang masing- masing
menyumbangkan 20 mg likopen (setara 1/2 bagian tembikai) selama 3 bulan terusmenerus. Hasilnya, setelah 3 bulan menjalani terapi, rata-rata jumlah sperma mereka
meningkat 67%, struktur sperma mengsemulajadi perbaikan sebanyak 63%, dan
kegesitan sperma melonjak 73%. Yang mengejutkan, 6 di antara laki-laki yang tadinya
tidak subur tersebut ternyata sukses menghamili istrinya.

KETERANGAN BOTANI
Pokok

Pokok tembikai ialah pokok menjalar yang batangnya berdaun serta mempunyai sulur
paut. Akarnya cetek (40-50 cm) dan (60-90 cm) lebar. Batang jalarnya berbulu,
berbentuk sama ada bulat atau bersegi. Sulur paut, daun dan bunga muncul daripada satu
titik di bahagian batang.
Daun
Daun tembikai berbentuk oval, bercuping yang dalam dan lebih kurang 10-20 cm
panjang.
Bunga

Bunga tembikai daripada jenis monosius, i.e. bunga jantan dan bunga betina terdapat
pada satu pokok yang sama. Setiap kuntum bunga lebarnya 1.5-2.0 cm dan berwarna
kuning sulfur. Kadang-kadang ada juga bunga hermafrodit. Bunga keluar di antara daun
dan didebungakan oleh serangga.

Buah

Buah tembikai berbentuk bulat atau oblong. Kulitnya licin. Berat yang standard ialah
antara 7 dan 15 kg. Varieti baru dari Taiwan saiznya kecil (4-6 kg/biji). Warnanya
pelbagai daripada hijau muda hingga hijau tua dan berjalur. Isinya boleh jadi putih,
kuning krim, merah pucat, merah atau merah pekat. Bijinya kecil dan tertanam di dalam
isi. Panjangnya lebih kurang 5-15 cm dan boleh berwarna putih, hitam, perang, kekuningkuningan dan merah jambu.
Pertumbuhan dan pembentukan
Panjangnya tempoh pertumbuhan berjulat dari 80 hingga 110 hari, bergantung pada
iklim. Tempoh pembesaran lebih pendek dalam iklim tropika iaitu 70-95 hari bergantung
pada varieti.

Peringkat pembentukan
Peringkat
Pertumbuhan
pertumbuhan vegetatif
permulaan
(penubuhan)

Tempoh
peringkat
(hari)

10-20

Pertumbuhan
vegetatif akhir
(Merayap
atau peringkat
menjalar)

20-30

Pertumbuhan
pembiakan
permulaan
(Pembungaan
dan
pengeluaran
putik)
10-15

Pertumbuhan
pembiakan
akhir
(Pembentukan
buah dan
kematangan)
30

Jumlah

70-95

Penuaian biasanya bermula 30 hari selepas berbunga sepenuhnya dan boleh berterusan
selama beberapa minggu.

Ekologi
Tembikai tumbuh dengan baiknya dalam cuaca yang panas, kering dengan suhu harian
22-30 C dan cahaya matahari yang cukup. Suhu maksimum dan minimum untuk
pertumbuhan masing-masingnya ialah 35 C dan 18 C. Suhu tanah yang optimum untuk
pertumbuhan akar ialah dalam julat 20-35 C. Buah yang membesar dalam keadaan panas
dan kering mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu 11% berbanding dengan 8%
pada buah yang membesar dalam keadaan sejuk dan lembap. Jumlah hujan yang
optimum

ialah

250

mm

atau

kurang.

Kebanyakan

tanah

yang

bersaliran baik , sama ada tanah liat atau berpasir, boleh diurus untuk menghasilkan
pengeluaran tembikai yang baik. Tanah yang terbaik ialah tanah lom berpasir yang tidak
menakung air dengan pH 5.8 hingga 7.2.

VARIETI TEMBIKAI
Varieti buah tembikai terbahagi kepada tiga kelas yang besar berasaskan
bagaimana biji benih terbentuk: pendebungaan bebas, hibrid F 1 dan triploid (tanpa biji).
Varieti pendebungaan bebas terbentuk melalui beberapa generasi pemilihan. Pemilihan
berdasarkan hasil, ciri-ciri kualiti dan kerintangan terhadap penyakit. Varieti
pendebungaan bebas mempunyai sifat sebenar akan jenisnya (biji benih daripada satu
generasi ke generasi seterusnya akan mengekalkan ciri-ciri yang sama) dan lebih murah
daripada varieti hibrid F 1
Hibrid F 1 dibentuk daripada dua titisan seturunan yang telah menjalani
pendebungaan sendiri untuk beberapa generasi dan kemudian dikacuk, biji benih yang
dihasilkan dijual kepada penanam tembikai. Biji benih hibrid F 1 akan menunjukkan
keseragaman dan masa menuai yang lebih baik berbanding dengan biji benih
pendebungaan bebas. Ia juga menunjukkan peningkatan dalam pengeluaran hasil
sebanyak 20-40% berbanding dengan varieti pendebungaan bebas yang ditanam dalam
keadaan yang sama. Kelemahan di pihak hibrid F 1 ialah harganya yang 5-10 kali lebih
tinggi berbanding dengan biji benih pendebungaan bebas dan kesediaadaan varieti hibrid
F 1 berubah dari setahun ke setahun.

Jenis yang ketiga ialah triploid atau tembikai tanpa biji. Jenis ini dibangunkan
dengan mencipta tembikai yang mempunyai bilangan nombor kromosom dua kali ganda
daripada tembikai biasa dan mengacukkannya dengan tembikai yang biasa. Tanaman
yang dihasilkan mempunyai bilangan kromosom sebanyak 1 kali ganda daripada
bilangan nombor kromosom biasa. Oleh sebab nombor kromosomnya yang ganjil, biji
benih yang berdaya hidup tidak dapat dihasilkan. Tambahan pula pokok tembikai begini
hanya dapat menghasilkan debunga yang sedikit. Dengan itu, pokok tembikai biasa
mestilah ditanam dengan tembikai triploid sebagai sumber debunga. Sungguhpun
tembikai triploid tiada biji, ia sebenarnya bukanlah tiada biji tetapi bijinya tidak terbentuk
dengan sempurna, lembut dan boleh dimakan. Biji benih triploid lebih mahal daripada
biji benih hibrid F 1 dan buahnya seharusnya mendapat harga premium di pasaran.

Varieti popular
Berikut ialah senarai varieti tembikai dan ciri-cirinya yang dibekalkan oleh pembekal biji
benih. Pemilihan yang berhati-hati terhadap varieti yang boleh diharapkan dan menyerlah
ialah kunci kepada kejayaan dalam pasaran.
Varieti / kultivar

New Dragon

Ciri-ciri
Buah bulat membujur (oblong) agak
seragam, sederhana hingga agak besar
dan berat lebih kurang 9 kg. Isi merah,
bertekstur
halus,
sangat manis dan biji perang tua. Kulit
mempunyai jalur hijau muda dan tua
yang nyata, tahan lama dan sesuai untuk
eksport melalui jalan laut.

Subur, buah oblong, hijau gelap dengan


jalur gelap. Kulit nipis tetapi kuat, sesuai
untuk diangkut melalui jalan laut. Isi
merah gelap, lembut dan berair,
kandungan gula 12-14%. Berat antara
2.5-3.5 kg. Matang selepas 102 hari

ditanam.

Dark
Belle or Hitam manis
Jenis kecil atau tembikai iceboxdengan
rasa yang sangat enak. Buah oblong
pendek dengan kulit hijau gelap dan
jalur
hijau
yang lebih gelap yang nyata. Kulit nipis
tetapi keras, sesuai untuk diangkut
melalui jalan laut. Beratnya 3-4 kg. Isi
merah tua , berjus, lembut mempunyai
kandungan gula 12%. Matang selepas
102 hari ditanam.
Little Boy

China Dragon

Varieti yang sama dengan New Dragon.


Daun kecil dengan cuping tajam yang
beropol dan dalam. Amat produktif dan
berputik dengan baik. Matang agak awal
iaitu 80 hari selepas menanam (95 hari
selepas menyemai). Bentuk sedikit
oblong. Mempunyai kulit berjalur yang
nyata. Berat lebih kurang 12 kg. Isi
merah, pejal dan sangat manis. Biji kecil
dan hitam.

Mempunyai kualiti isi dan kemanisan


yang lebih baik. Sesuai untuk
penghantaran jarak jauh menggunakan
kapal laut. Berat lebih kurang 12 kg,
berbentuk oblong dengan kulit hitamhijau. Isi merah tua. Matang selepas 97
hari disemai.
Early Klondike
Buah kecil dan oblong, lebih kurang 2
kg. Rupa menarik dengan warna hijau

yang seragam. Isi merah terang, lembut


berjus, amat manis dan biji nya berwarna
perang. Kulit nipis tetai keras. Matang
selepas 90 hari disemai.

Red Delicious

Buah seragam, oblong saiz icebox,


berat lebih kurang 2.5 kg dengan isi
merah yang sangat cerah. Kemanisan
lebih kurang 12% kandungan gula. Kulit
sangat
nipis
tetapi
kuat
yang
membolehkan ia diangkut melalui jalan
laut.
Golden
Crown

Funbell

Tembikai icebox yang sesuai pada


pelbagai jenis tanah. Isi merah jambu,
manis dan berjus. Buah bulat dan berat
di sekitar 2 kg. Mudah mengenali
kematangannya kerana jalur buah
berubah daripada hijau kepada kuning.
Buah matang selepas 80 hari disemai.
Kulit kuning dengan jalur yang lebih
cerah. Biji warna hitam perang yang
sederhana.
Subur dan membiak dengan baik. Buah
oblong. Berat lebih kurang 3 hingga 4
kg. Kulit hijau dengan jalur hijau gelap.
Isi oren kuning, bertekstur halus dengan
kandungan gula 12%. Amat sesuai
diangkut melalui jalan laut.

New Orchid
Subur dan membiak dengan baik. Berat
lebih kurang 3 hingga 5 kg. Kandungan
gula 12%. Kulit kuat dengan jalur cerah
yang nyata. Varieti yang berbuah awal,
isi kuning. Buah seragam, jarang retak
walaupun ditanam dalam keadaan suhu

Full Orchid

yang tinggi.
Berbuah awal, rasa manis, sedikit biji
berbanding dengan tembikai icebox
yang lain. Warna isi kuning nanas.
Diameter buah 15 cm, berat 4 kg. Kulit
hijau muda dengan jalur hijau gelap,
nipis tetapi kuat.

Yellow Baby

Jadual 2. Senarai tembikai triploid, varieti tiada biji


Varieti / kultivar

Ciri-ciri
Mencapai kematangan awal pada 95
hari selepas disemai. Tumbuh subur.
Buah berbentuk glob. Kulit hijau
dengan jalur hijau tua yang lebar.
Berat lebih kurang 6-12 kg dan tahan
lama. Isi merah, berjus dan enak dan
boleh disimpan dengan baik.

Favorite
Ball
Mencapai kematangan awal pada 95
hari selepas disemai. Tumbuh subur.
Buah berbentuk glob Berat lebih
kurang 7-8 kg. Kulit hijau muda
dengan jalur hijau tua. Kandungan
gula 12%. Isi merah terang, berjus
dan enak dan jarang yang ada
hollow heart.
All Lucky No 2
Matang 95 hari selepas disemai. Buah
bulat seperti glob dengan kulit hijau
tua, berat lebih kurang 6 kg. Kulit
nipis
dan
mempunyai
kualiti
penghantaran melalui jalan laut yang
baik. Isi merah terang dan kurang
mengsemulajadi hollow heart. Amat

Prosperity

berjus dengan kandungan gula 1215%. Kualiti yang amat memuaskan.


Kulit biru hijau dengan jalur hijau
gelap dan tahan lama. Isi lembut,
berjus dan rasa yang lebih baik. Baik
dari segi pengangkutan dengan kapal
laut dan penyimpanan. Berat lebih
kurang 7.5 kg. Amat subur dan
produktif. Matang 97 hari selepas
disemai.

Quality
Subur dan berputik dengan baik.
Buah bulat, bentuk seragam dan berat
lebih kurang 5-7 kg. Kulit hijau
kebiru-biruan yang cantik dengan
jalur hijau gelap yang halus. Isi
merah terang dengan kandungan gula
12%. Isi pejal, rasa sedap dan
jarang
mengsemulajadi
hollow
heart. Amat baik untuk penghantaran
melalui laut dan penyimpanan.
Matang selepas 97 hari disemai.
Mindful (triploid)

PEMBIAKAN
Biji tembikai boleh ditabur terus di ladang atau disemai di dalam beg plastik sebelum
diubah ke ladang. Biasanya, kaedah tabur terus diamalkan semasa musim kering dan
biji untuk diubah ke ladang ditanam dalam musim hujan.
TABUR TERUS
Biji benih direndam semalaman sebelum ditanam. Dua hingga 3 biji benih ditanam dalam
setiap lubang sedalam lebih kurang 2.5 cm. Jumlah biji benih yang diperlukan (biasanya
1.2-2.5 kg/ha) bergantung pada saiz biji, percambahan dan jarak tanaman. Biji yang sah
berlabel, seragam, bebas daripada penyakit dan biji benih diperakukan 85-90%
percambahan menjadi pilihan. Selepas hampir 14 hari atau apabila anak pokok
mempunyai 3-4 helai daun, anak benih ini dijarangkan iaitu meninggalkan satu batang
pokok yang sihat di dalam satu lubang penanaman.

Gambar 1: Anak pokok yang sihat daripada tanam terus

PENGUBAHAN
Kelebihan pengubahan anak pokok tembikai:

Kecekapan penggunaan biji benih meningkat, sangat penting dengan biji benih
hibrid dan triploid kerana harganya sangat mahal.

Tanah berkerak atau terlalu kering dan tanah yang lembap menjejaskan
pertumbuhan anak pokok, boleh dihilangkan atau dikurangkan.

Kedalaman penanaman lebih seragam.

Hasilnya dilihat pada penuaian awal.

Hanya cara yang berkesan kos untuk menanam tembikai tanpa biji

Kelemahan pengubahan termasuklah:

Kos berubah lebih tinggi.

Kos buruh meningkat.

Anak pokok tembikai yang rapuh mudah patah semasa pengubahan.

Biji benih disemai di dalam beg plastik yang berisi tanah yang sudah dicampur dengan
tahi ayam. Beg ini ditutup dengan helaian politena jernih dan diletakkan di bawah
teduhan. Ia akan bercambah dalam masa3-4 hari dan sedia untuk diubah dalam masa
lebih kurang 11-12 hari. Jarak penanaman ialah 2.5-6 m antara baris dan 1m antara anak
pokok.

Gambar 2. Dulang plastik boleh digunakan untuk mencambahkan


pokok

Kerosakan pengendalian semasa pengubahan boleh berlaku pada anak pokok aras tanah.
Bahagian atas anak pokok akan mudah melentur dan menjadi layu. Sebagai tambahan
warna perang atau tisu kalus akan muncul pada aras tanah. Bagi mengatasi masalah ini
daripada kerosakan yang lebih teruk, anak pokok hendaklah ditanam lebih dalam ke
dalam tanah.
PENANAMAN
Tembikai hendaklah ditanam di ladang yang tanahnya rata dan sedikit beralun yang tidak
cenderung kepada air bertakung atau banjir. Ia tidak boleh ditanam secara berterusan di
tanah yang sama bagi mengelakkan penyakit bawaan tanah. Kesediaadaan sumber air
untuk pengairan amat genting Kebanyakan tanah yang baik salirannya , sama ada tanah
liat atau tanah berpasir, boleh diurus untuk menghasilkan tanaman tembikai yang baik.

Penanaman di atas batas amat disyorkan bagi mengurangkan kerosakan oleh banjir kilat.
Sistem saliran yang baik diperlukan.
Penyediaan tanah melibatkan satu atau lebih pelaksanaan operasi peningkatan kualiti
tanah dan penyuburan anak pokok:

1. Menjadikan tanah lebih sesuai untuk pertumbuhan biji benih dan anak pokok
(atau pengubahan)
2. Meningkatkan produktiviti dengan membekalkan struktur tanah yang terbaik
untuk pertumbuhan dan pembesaran akar berikutnya, dan membantu mengawal
masalah penyakit.

Beberapa operasi diperlukan dalam penyediaan tanah untuk penanaman. Ini


sebahagiannya ditentukan oleh sejarah penanaman sebelumnya. Tanah yang sudah
digunakan untuk penanaman selama beberapa tahun mungkin menjadi lapisan keras
beberapa inci di bawah permukaan tanah. Keadaan ini menjadi masalah pada
tanah liat.
Pertumbuhan akar menjadi terbantut oleh tanah yang mampat. Penyediaan tanah yang
betul perlu menghapuskan atau mengurangkan keadaan tanah yang mampat. Kajian barubaru ini telah mendapati bahawa pertumbuhan akar tembikai terhad kepada tanah yang
tidak mampat sahaja

AMALAN PENANAMAN
1. Merumpai
Kejayaan pengurusan rumpai amat penting bagi pengeluaran tembikai yang berkualiti.
Rumpai bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya, ruang, nutrien dan air.
Pertumbuhan rumpai menimbulkan masalah penyakit dan boleh menjadi perumah kepada
serangga perosak dan penyakit. Seperti tanaman lain, tembikai memerlukan kawalan
rumpai lebih awal bagi memastikan tanaman yang berkualiti. Sebagai tambahan, tabiat
pokok ini yang merebak menyebabkan rumpai sukar dikawal terutamanya apabila
batangnya mula menjalar.

Gambar 1. ladang tembikai yang bersih

Pengenalpastian rumpai, terutamanya pada peringkat anak benih amat penting. Anak
benih ini biasanya mudah dikawal dan dalam banyak kes kawalan dapat dilakukan
semasa peringkat anak benih lagi.
Satu lagi faktor penting ialah pertumbuhan tanaman. Pada amnya, tanaman yang tumbuh
agresif dan sihat dapat mengalahkan dan menghapuskan banyak jenis rumpai. Pembajaan
yang betul dengan pengurusan penyakit, nematod dan serangga yang baik akan
meningkatkan pertumbuhan dan membantu menghapuskan rumpai.
Beberapa orang penyelidik telah mendapati bahawa rumpai memainkan peranan penting
dalam penyebaran dan epidemiologi virus tanaman. Rumpai boleh menjadi sumber virus
tersembunyi di dalam biji benihnya.
Dalam kajian yang dilakukan untuk meninjau kehadiran secara semula jadi virus mozek
timun (cucumber mosaic virus, CMV) pada rumpai di Malaysia, virus tersebut dapat
dikesan pada banyak spesies rumpai e.g. Ageratum conyzoides dan Crotalaria spp. Dalam
satu kajian yang lain virus mozek squash (SqMV) telah dapat dikesan pada A.
conyzoides, Cleome rutidosperma, Croton hirtus, Euphorbia hirta, Euphorbia prunifolia,
Eupatorium odoratum, Hyptis brevipes dan Mikania micrantha, manakala virus mozek
zucchini kuning (ZYMV) telah dapat dikesan pada A. conyzoides dan Wedelia trilobata.

Dalam satu sampel A. conyzoides , SqMV dan ZYMV telah dikesan serentak, manakala
SqMV dan CMV ditemui dalam sampel E. Hirta dan E. Odoratum.

Kaedah Pengawalan Rumpai


Beberapa kaedah pengawalan rumpai untuk tembikai telah pun ada. Memilih kaedah
yang terbaik dan sesuai oleh penanam bergantung pada beberapa faktor: spesies rumpai,
peringkat pertumbuhan tanaman dan rumpai dan kos buruh dan kesediaadaannya.
Merumpai menggunakan tangan merupakan kaedah yang sangat berkesan dan selamat
kepada tanaman. Merumpai dilakukan semasa tanaman dan rumpai masih kecil bagi
mengurangkan kerosakan terhadap tanaman dan cangkul boleh digunakan. Membuang
rumpai yang sudah besar dan mempunyai sistem akar yang ekstensif boleh merosakkan
akar atau batang tanaman. Merumpai dengan tangan kosnya tinggi dari segi penggunaan
tenaga buruh.
Penanaman menggunakan jentera sangat berkesan terhadap pengawalan rumpai tetapi
terhad kepada rumpai yang kecil yang mudah tercabut atau ditutup. Yang paling penting,
penanaman menggunakan jentera tidak boleh digunakan apabila tanaman mula menjalar.
Batang tembikai yang menjalar sangat lembut dan mudah dirosakkan oleh tayar traktor
atau penggembur. Kawalan secara mekanikal perlu ditambah dengan merumpai
menggunakan bahan kimia atau menggunakan tangan bagi membuang rumpai dalam
barisan atau selepas tanaman mengeluarkan batang jalar.
Kawalan rumpai menggunakan teknik batas semaian stale melibatkan pengawalan
rumpai yang bercambah menggunakan bahan kimia sebelum tanaman yang ditanam
bercambah. Bahan sentuh tidak selektif digunakan e.g. alachlor (sembur pada kadar 4
L/ha). Kaedah batas semaian stale biasanya berganding dengan rawatan racun herba
yang disembur sebelum menanam. Jika pokok diubah, kaedah ini digunakan untuk
mematikan rumpai yang tumbuh sebelum mengubah. Dalam kaedah biji benih disemai
terus , racun herba digunakan terhadap rumpai yang tumbuh selepas penanaman tetapi
sebelum tanaman itu tumbuh.

Gambar 2. Sungkupan plastik dengan pengairan titis ialah kaedah yang sangat berkesan
untuk mengawal rumpai.

Sungkupan plastik dengan pengairan titis ialah kaedah yang sangat berkesan untuk
mengawal rumpai. Plastik hitam atau plastik yang tidak mengeluarkan cahaya baik
digunakan bagi menghapuskan cahaya yang diperlukan oleh rumpai bercambah dan
tumbuh. Plastik yang menyungkup batas tanaman seharusnya sesuai dengan batas
tersebut dan tepinya dikemaskan bagi menghalang gangguan angin.
Apabila batas sudah disungkup, lubang kecil dibuat pada plastik dan anak benih atau biji
benih ditanam melalui lubang ini. Lubang yang kecil lebih baik bagi menghalang
pertumbuhan rumpai. Kawasan antara batas hanya dirawat dengan racun herba yang
didaftarkan untuk tembikai sahaja kerana akar tembikai boleh menjalar hingga ke tengah
baris dan menyentuh tanah yang dirawat.
2. Pencantasan
Mencantas batang jalar tembikai akan menghasilkan saiz buah yang seragam. Ini
mempunyai kelebihan dalam memendekkan tempoh penuaian kerana buahnya masak
seragam. Batang jalar utama dipotong pada buku keenam atau ketujuh apabila tanaman
berumur 15-20 hari.
3. Pengairan
Air ialah komponen yang kritikal dalam pengeluaran buah tembikai. Buah tembikai yang
masak mengandungi lebih 90% air. Dengan itu, bekalan air yang mencukupi adalah
kritikal bagi mengoptimumkan pengeluaran hasil dan kualiti tanaman ini.

Kekurangan air pada peringkat tembikai baru tumbuh, melewatkan kematangan dan
boleh menyebabkan terdapatnya ruang dalam pengeluaran. Tegasan air pada peringkat
awal pertumbuhan vegetatif akan menyebabkan kekurangan kawasan keluasan daun dan
mengurangkan hasil. Pengurangan hasil yang paling serius hasil daripada tegasan air
semasa pembungaan dan pembentukan buah.
Beberapa jenis sistem pengairan boleh digunakan dengan jayanya pada tanaman
tembikai. Pemilihan jenis pengairan akan berasaskan pada satu atau lebih faktor berikut:
* Kesediaadaan peralatan
* Bentuk dan saiz ladang
* Jumlah dan kualiti air yang ada
* Keperluan buruh
* Keperluan bahan bakar
* Kos

Pengairan renjis
Sistem ini termasuklah pangsi tengah, linear move, travelling big gun, set paip
aluminium yang kekal dan mudah alih dengan perenjis. Semua sistem ini jika digunakan
dengan betul amatlah memuaskan. Namun perbezaan bererti wujud pada kos permulaan
dan keperluan buruh.
Sebarang sistem perenjis yang digunakan pada tanaman tembikai seharusnya berupaya
merenjiskan 2.5 cm air setiap 4 hari. Sebagai tambahan sistem ini mestilah mengeluarkan
renjisan secara perlahan-lahan bagi menghalang larian permukaan tanah.
Sistem renjisan dengan penggunaan keseragaman yang tinggi (pangsi tengah dan linear
move) boleh digunakan untuk membaja. Ini akan meningkatkan keberkesanan baja yang
digunakan iaitu dengan menjadikannya sedia ada untuk tanaman dan mengurangkan larut
lesap.
Walaupun pengairan atas tidak digalakkan apabila menggunakan sungkupan plastik,
tetapi jika ia digunakan juga, batas yang lebih kecil (30-60 cm) lebih baik kerana air

boleh sampai ke akar dengan lebih mudah. Batas yang lebar (melebihi 60 cm) akan lebih
bermasalah, terutamanya pada tanah berpasir yang pergerakan air sisinya terhad.
Pengairan titis
Pengairan titis amat popular dalam pengeluaran buah tembikai. Ia boleh digunakan
dengan atau tanpa sungkupan plastik. Kelebihan utama dalam penggunaan pengairan
titis ini ialah air digunakan dengan berkesan jika diuruskan dengan betul. Kajian yang
telah dijalankan di Florida, USA telah menunjukkan bahawa air yang diperlukan
berkurangan sebanyak 40% pada musim pokok membesar bagi sayuran berpengairan titis
berbanding dengan sayuran berpengairan renjis. Masalah rumpai juga berkurangan
kerana batas sahaja diberi air sedangkan baris tengah antara batas dalam keadaan kering.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengairan titis juga menggalakkan
penghasilan awal dan meningkatkan saiz buah.

Gambar 3. Pemasangan dan percubaan line pengairan titis pada


batas tanaman dilakukan sebelum plastik sungkupan dibentangkan.

Tiub yang menitis (atau tape) boleh dipasang di atas permukaan tanah atau ditanam di
bawah permukaan tanah. Apabila digunakan bersama sungkupan plastik, tape
boleh dipasang serentak semasa membentang sungkupan plastik. Biasanya tape
diimbangi iaitu ke tepi sedikit daripada tengah batas. Ini akan menghalang tape
daripada rosak semasa membuat lubang dan operasi menanam anak pokok. Biasanya satu
tape titisan dipasangkan di sisi setiap baris.
Sistem titisan mudah disesuaikan untuk penyuntikan baja. Ini membolehkan nutrien
dibekalkan kepada tanaman di ladang sebagaimana diperlukan. Kaedah ini juga

menghapuskan keperluan membaja yang banyak di awal musim menanam yang akan
menyebabkan larut lesap di kawasan yang tidak boleh di capai akar atau akan
menyebabkan ketoksikan garam. Hanya rumusan larut air boleh disuntik melalui sistem
titis. Sistem perlu dibilas selepas setiap suntikan.
Air yang digunakan dalam sistem titis perlu ditapis bagi membuang sebarang bahan yang
boleh menyebabkan tape tersumbat. Air perlu diuji kandungan mineralnya kerana
ia juga boleh menyebabkan tape tersumbat.

Menjadualkan pengairan
Air yang digunakan oleh tanaman dan menyejat dari tanah dinamakan penyejatpeluhan
(ET). Kadar ET bagi tembikai telah dilaporkan setinggi cm sehari. Peringkat
pertumbuhan tanaman, suhu, kelembapan bandingan, radiasi solar, angin dan jarak
tanaman menjejaskan ET.
Berikut ialah pengesyoran umum untuk kadar pengairan bagi tembikai yang
menggunakan sistem pengairan renjis:

Daripada menanam hingga tanaman mula menjalar, guna 1 cm apabila tanah


di atas 5 cm menjadi kering (lebih kurang setiap 5 atau 6 hari jika cuaca kering)

Daripada pokok mula menjalar hingga pembungaan pertama, guna 2 cm setiap 5


hari semasa cuaca kering. Jika layu sebelum tengah hari tingkatkan kekerapan
pengairan.

Daripada mula berbunga hingga dituai, guna 2.5 cm setiap 4 hari semasa cuaca
kering. Semasa cuaca yang amat panas (melebihi 35 C ), kekerapan pengairan
ditingkatkan kepada setiap 3 hari bagi mengelakkan tegasan.

Tanah berpasir memerlukan pengairan lebih kerap bagi menghalang tegasan lembapan.
Sistem pengairan titis perlu dikendali lebih kerap daripada sistem renjis. Biasanya ia
dikendali setiap hari atau setiap dua hari. Jangan beri air berlebihan terutamanya

apabila menggunakan sungkupan plastik kerana plastik akan mengawal tanah daripada
menjadi kering.
4. Pembajaan
Jenis-jenis baja
Hanya satu cara mengurus kesuburan dan Ph tanah dengan tepat iaitu dengan
menjalankan ujian terhadap tanah. Pensampelan tanah dijalankan begitu rupa seperti ia
mewakili keseluruhan tanah ladang. Ini amat penting bagi memastikan keputusan yang
tepat dan pengesyoran pembajaan yang betul. Program pembajaan yang baik untuk
pengeluaran buah tembikai dapat menjawab empat soalan asas:
1. Apakah bahan baja (termasuk kapur) yang perlu digunakan?
2. Berapa banyakkan perlu digunakan?
3. Berapa kerapkah baja ini digunakan?
4. Kaedah bagaimanakah ia digunakan (cara tabur, cara jalur dll.)?

Sebagai tambahan program pengurusan paling berjaya termasuklah penilaian dan


pengubahsuaian yang kerap, jika perlu hadapi masalah di luar jangkaan seperti banjir,
kemarau dan faktor-faktor lain yang menjejaskan keupayaan pokok menggunakan
nutrien.
Ukuran pH tanah menandakan keasidan atau kealkalian tanah. Tanah yang mempunyai
pH 7 dianggap neutral, nilai lebih daripada 7 tanah dianggap beralkali dan nilai kurang
daripada 7 tanah dianggap berasid. pH tanah mempunyai kesan yang besar terhadap
pertumbuhan pokok, pembentukan dan akhirnya pengeluaran. pH tanah juga menjejaskan
kesediaadaan nutrien untuk pokok membesar. Tanah yang sedikit berasid dengan pH 66.5 ideal untuk pokok tembikai.
Hanya satu cara yang tepat untuk menentukan pH tanah iaitu dengan pengujian tanah.
Analisis ini dapat menentukan sama ada kapur diperlukan atau tidak untuk

meningkatkan pH. Kapur bertindak agak lambat dalam meningkatkan pH tanah dan
secara relatifnya ia tidak bergerak di dalam tanah. Oleh sebab itu, kapur perlu ditambah
2-3 bulan sebelum menanam dan dicampurkan dengan 5-20 cm tanah bahagian atas.
Tanah yang kekurangan magnesium perlu diberikan kapur dolomite bukan kapur
kalsium.
Untuk pengeluaran tembikai, jumlah nitrogen (N), fosforus (P 2 O 5 ) dan kalium (K 2 O)
yang disyorkan ialah 136 kg/ha. Tembikai ialah tanaman yang mempunyai musim yang
panjang. Dengan itu, penggunaan baja sedikit demi sedikit untuk beberapa kali,
sepanjang musim akan memaksimumkan pengeluaran. Hujan dan pengairan atas boleh
melarutkan nutrien daripada tanah, terutamanya N dan K jika sungkupan plastik tidak
digunakan. Semua fosforus yang diperlukan boleh digunakan sebelum penanaman dan
perlu dikekalkan di sepanjang musim membesar kerana secara relatifnya ia tidak
bergerak di dalam tanah.
Banyak kaedah yang berbeza wujud dalam penggunaan baja. Satu kaedah mudah ialah
dengan menabur dan mencampurkan semua P dan K dan gunakan jumlah N sebelum
penanaman dan lagi, 4-6 minggu selepas menyemai.
Kaedah penggunaan yang lebih rumit biasanya untuk mengekalkan aras nutrien yang
optimum di sepanjang musim membesar. Dalam kaedah seperti ini cara menabur yang
diubahsuai iaitu dengan menumpukan baja di dalam kawasan akar berbanding
dengan kaedah penaburan yang biasa. Dalam kaedah penaburan yang diubahsuai, baja
ditabur seperti jalur 60-100 cm lebar di dalam baris sebelum menanam. Kaedah ini juga
menghapuskan pembakaran tumbuhan lain yang muncul jika baja ditabur dalam jalur
hampir dengan anak pokok yang baru hendak hidup. Dalam kaedah ini semua
P digunakan sebelum menanam dengan sebarang mikro nutrien. Satu pertiga hingga
N dan K yang disyorkan juga digunakan dalam kaedah penaburan terubah suai ini.
Selepas 3 minggu anak pokok muncul, gunakan N dan K yang tinggal lagi di
bahagian sisi batas berdekatan dengan hujung batang yang bercambah. Selepas 6 minggu
bercambah gunakan/habiskan N dan K yang masih ada.

Bagi tanaman di bawah sungkupan plastik, kehilangan nutrien melalui larutan


berkurangan. Dengan itu, semua N, P dan K yang diperlukan oleh tanaman boleh
digunakan sebelum batas tanaman ditutup dengan plastik. Tambahan lagi, penggunaan
baja berikutnya melalui tanah tidak dapat dilakukan tanpa merosakkan sungkupan plastik
tersebut. Sebarang baja tambahan hanya boleh digunakan secara foliar atau titisan .
Penanam tembikai kadang-kadang mengsemulajadi pengeluaran putik yang amat tidak
memuaskan walaupun dengan aktiviti lebah yang mencukupi. Penyemburan foliar boron
larut air (lebih kurang 25 g berat sebenar boron bagi setiap penyemburan) 2-3 kali pada
sela seminggu yang berbetulan dengan mekarnya bunga betina yang pertama boleh
menambahkan pendebungaan dan pembentukan putik dapat ditingkatkan. Program
pengurusan pembajaan yang baik termasuklah pencerapan yang kerap pada tanaman bagi
Kalium

Nitrogen
Fosfat (%)

Jenis baja
(%)

Magnesium (%)
(%)

Tahi ayam terproses (Avanti) Baja


sebatian**

3.5

4.5

2.5

1.0

NPK Green 15:15:15

15

15

15

26

26

Grofas yellow 22:22:10:1 + TE*** 13


memerhatikan simptom kekurangan nutrien.

Kandungan nutrien baja komersial yang ada di Malaysia

* Baja organik yang biasanya lambat bertindak, membekalkan pokok dengan baja dalam
tempoh yang lama
** Baja bukan organik, sebatian dan foliar pada amnya cepat bertindak, penggalak pada
pokok apabila digunakan sebagai pembajaan tambah.
***TE = Unsur pekit

Penggunaan Baja
Baja hilang melalui larut lesap merupakan masalah utama pada tembikai yang ditanam
tanpa sungkupan plastik, terutamanya pada tanah berpasir. Kehilangan nutrien
akibat rumpai juga tidak dapat dielakkan kerana sukar untuk merumpai apabila pokok
mula menjalar. Masalah ini ada dinyatakan dalam program pembajaan dengan
meningkatkan jumlah baja yang digunakan dan diberikan secara berperingkat-peringkat.
Jumlah baja yang digunakan bagi tembikai sehektar ialah 5-10 tan baja organik, 400 kg
NPK 15:15:15 dan 1,000 kg NPK 12:12:17:2. Baja ini digunakan secara berperingkatperingkat sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jumlah baja yang hilang akibat larut lesap dalam iklim tropika sangat banyak
terutamanya di tanah berpasir. Dengan itu, sungkupan plastik bersadur perak sangatsangat digalakkan. Penyelidikan di tanah berpasir yang telah dijalankan oleh Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan bahawa jumlah
baja yang diperlukan ialah daripada yang diperlukan oleh tembikai yang tidak
diberikan sungkupan. Jadual penggunaan baja bagi tembikai yang menggunakan
sungkupan plastik ditunjukkan dalam Jadual 2. Semua baja organik dan NPK 15:15:15:2
diberi sebelum sungkupan plastik dipasangkan. Baja tambahan diberikan sebagai baja
cecair yang disemburkan ke daun bersama-sama dengan racun serangga atau racun kulat
yang diperlukan.

Jadual 1. Jadual penggunaan baja bagi tembikai yang ditanam tanpa sungkupan
plastik*
Masa

Jenis Baja

Jumlah

Kaedah

NPK
15:15:15

50 g per tapak
penanaman (200
kg/ha)

Tabur dengan baik dan


gaulkan dalam lubang
penanaman

Baja asas
0-2 hari sebelum
menyemai atau
mengubah

Pembajaan tambah kedua


Peringkat berbunga

40 hari selepas
NPK
menyemai
12:12:17:2
30 hari selepas
mengubah

Bubuh dalam 2-3 poket


200 g per pokok (800
lebih kurang 15-20 cm dari
kg/ha)
pokok

* Kaedah menyemai terus biasanya digunakan untuk tembikai hibrid F1, manakala
pengubahan digunakan untuk tembikai triploid tanpa biji.

Jadual 2. Jadual penggunaan baja untuk tembikai yang ditanam menggunakan


sungkupan plastik*
Masa

Jenis Baja

Jumlah

Kaedah

50 g per tapak
penanaman (200
kg/ha)

Tabur rata dan gaulkan


ke dalam lubang
penanaman

Selepas membentang sungkupan


plastic
0 hingga 2 hari
sebelum menyemai
atau mengubah

NPK 15:15:15

Penggunaan foliar kedua


Permulaan peringkat
menjalar:

30 hari selepas
menyemai

20 hari selepas
mengubah

Baja foliar untuk


peringkat vegetatif. Sembur hingga
menitis
i.e. Grofas Yellow

Boleh digunakan
bersama-sama racun
kulat dan racun
serangga

Penggunaan foliar keempat


Peringkat pembentukan
buah:

50 hari selepas
menyemai
40 hari selepas
mengubah

Baja foliar untuk


peringkat vegetatif. Sembur hingga
menitis
i.e. Grofas
Yellow

* Lebar sungkupan plastik yang disyorkan ialah 1.8 m.

Boleh digunakan
bersama-sama racun
kulat dan racun
serangga

PENYAKIT
Gangguan fisiologi
Buah cacat rupa atau buah pahit (buah cacat)
Buah yang cacat rupa atau buah pahit disebabkan oleh kemarau (tanah kering atau suhu
tinggi), pendebungaan tidak sempurna, tanah tidak subur atau masalah pembentukan yang
lain. Batang tembikai perlu diperiksa setiap minggu bagi membuang buah yang
berpenyakit dan buah cacat. Buah yang rosak perlu dibuang di tengah baris bagi
mengelakkannya diperiksa semula. Bergantung pada varieti, biasanya antara 2-5
biji buah akan matang daripada satu pokok. Kekalkan bilangan buah sebagaimana yang
disyorkan oleh pembekal biji benih.

Buah berongga

Tembikai tanpa biji lebih rentan terhadap masalah ini. Pendebungaan yang baik
amat penting bagi mengawal gangguan ini.

Rasa tidak enak dan kurang manis

Rasa tidak enak dan kurang manis mungkin disebabkan oleh tanah yang tidak
subur dan kandungan kalium, magnesium atau boronnya rendah.

Kekurangan nutrien
Kekurangan nutrien bukan masalah biasa bagi penanam tembikai di Malaysia. Sebagai
amalan biasa bagi mengawal berlakunya kekurangan nutrien, penanam tembikai
menggunakan baja organik dalam bentuk tahi ayam atau kompos bioorganik. Pemakanan
yang baik mungkin disebabkan penggunaan baja foliar seperti Grofas Yellow dan Grofas
Red.
Penggunaan batu kapur magnesium kisar (Ground Magnesium Limestone, GML)
sebanyak 4-5 t/ha semasa penyediaan tanah merupakan amalan yang standard yang
diamalkan oleh penanam tembikai. Ini mungkin menjadi sebab tiadanya masalah
kekurangan Ca pada tembikai yang ditanam di Malaysia.

Namun, sebarang bentuk kekurangan nutrien yang berlaku pada pertengahan musim
menanam akan mengurangkan pengeluaran buah. Penggunaan baja yang cukup sangat
penting bagi mengelakkan kekurangan baja. Jadual 1 menerangkan tentang simptom
kekurangan nutrien pada buah tembikai dan bagaimana cara mengelakkannya.
Jadual 1. Diagnosis masalah kekurangan nutrien pada buah tembikai

Tanda-tanda kekurangan

Bagaimana
Kekurangan Tanah
nutrien yang yang paling mengelakkan
mungkin
diperlukan kekurangan

Pertumbuhan terbantut

Tanah
Nitrogen (N)
berpasir

Pembajaan asas
daripada baja organik
sebelum
menyemai/menanam

Daun kecil dan berwarna


hijau pucat

(petunjuk
daun)

Kawasan
hujan

sembur baja foliar


yang mempunyai
kandungan N yang
tinggi

Tanah
berpasir

Baja asas dan baja


foliar yang tinggi
kandungan
kaliumnya

Batang lemah
Tepi daun menjadi kuning
kemudian perang

Kalium
(K2O)

Hasil buah yang rendah

(petunjuk
bunga dan
buah)

sembur baja yang


mengandungi kalium
yang tinggi

Warna buah dan bunga


kurang menarik
Kerintangan terhadap
penyakit yang rendah

KEMATANGAN DAN PENUAIAN


Tempoh kematangan buah tembikai berbeza-beza antara varieti, keadaan cuaca dan
kedah penanaman. Pada amnya penuaian bermula 30-45 hari selepas berbunga
sepenuhnya apabila kandungan gula tertinggi dengan jumlah pepejal larut sekitar 10%.

Penuaian dilakukan dalam masa beberapa minggu dengan 3-4 kali menuai pada sela 3-5
hari. Kematangan sukar ditentukan tetapi pada amnya ditunjukkan oleh:
* Hujung batang yang berbuah dan sulur paut menjadi kuning.
* Bahagian buah yang terletak di atas tanah bertukar warna daripada warna putih menjadi
warna krim atau kuning pucat.
* Perubahan warna buah menyerupai ciri-ciri varieti.
* Apabila buah diketuk dengan jari, bunyi berongga dihasilkan.

Gambar 1. Apabila buah matang bahagian buah yang terletak di atas tanah bertukar
warna daripada warna putih menjadi warna krim atau kuning pucat

Di bahagian dalam buah yang matang, isinya berubah warna kepada warna merah atau
kuning. Bagi kultivar berbiji, peringkat kematangan yang optimum dicapai apabila
lapisan bergelatin (aril) di sekeliling biji sudah tidak kelihatan dan bijinya keras.
Dinasihatkan supaya membelah beberapa biji tembikai pada peringkat permulaan
penuaian bagi memastikan penilaian kematangan luaran adalah tepat.
Peraturan Penuaian
Terdapat beberapa masalah dengan penuaian buah tembikai. Jika ladang menerima terlalu
banyak air, buah yang banyak air (bengkak) akan retak dan pecah, terutamanya apabila
menuai pada sebelah pagi. Penuaian dalam keadaan basah akan meningkatkan

kecederaan mekanikal disebabkan lelasan oleh pasir atau tanah pada permukaan tembikai
semasa menuai. Penuaian pada sebelah tengah hari, dengan memotong batang tembikai
(tidak merentap buah dari batangnya) dapat mengurangkan risiko buah retak. Menyusun
buah tembikai pada bahagian sisi (bukan ditegakkan) juga dapat mengurangkan risiko
keretakan. Penuaian selepas hujan perlu dielakkan kerana buah lebih rentan terhadap
penyakit lepas tuai.
Semasa menuai, buah tembikai hendaklah dipotong, bukan ditarik, diputar atau direntap.
Apabila buah ditarik,. terdapat ruang masuk untuk bakteria dan kulat yang boleh
menyebabkan buah jadi masam dan boleh menyebabkan isi buah menjadi busuk. Oleh
sebab buah dipotong dari batang, bahagian bawah buah yang mudah melecur perlu
diterbalikkan.

Ringkasan Proses Pengeluaran Buah Tembikai


Bagaimana Bila tindakan Kenapa
tindakan
dilakukan? tindakan
dilakukan?
dilakukan?

Tindakan

Apa
tindakan
diambil?

Bahan
tanaman

Biji benih
direndam
semalaman,
2-3
biji/lubang
tanaman.
Benih disemai
dalam
beg politena
di tapak
semaian

Penggunaan
baja

(lihat
bahagian
penggunaan
baja)

Secara
manual

Kawalan
perosak dan
penyakit

Pantau
kehadiran
perosak
dan penyakit.

Pemeriksaan Seperti yang


tanaman
diperlukan
yang
tetap

11-12 hari
sebelum
mengubah

Untuk
penuaian
awal,
satu-satunya
cara menanam
varieti tanpa
biji.

3 kali
pembajaan
berperingkat
setiap musim

Memerlukan
input baja
yang
tinggi
Mengekalkan
hasil dan rupa
kosmetik

Kawal
sewajarnya
Pendebungaan Pelihara lebah 1 sarang
madu bagi
lebah per
meningkatkan ekar
pendebungaan

Pendebungaan Memastikan
berterusan
pengeluaran
putik yang
maksimum
dan
mengurangkan
kejadian buah
pelbagai
bentuk

Penuaian

30 hari
selepas
berbunga
sepenuhnya

Buah dipetik
dengan
tangan

Dipotong
secara
manual
dari batang

PENGENDALIAN DI LADANG
Buah tembikai yang sudah dituai hendaklah diberi teduhan bagi meminimumkan
pengeluaran haba kerana pancaran cahaya matahari secara langsung akan menurunkan
kualiti buah. Suhu melebihi 32 C akan menyebabkan bahagian dalam buah rosak dan
cepat busuk. Kesannya memerlukan masa selama beberapa hari untuk menjadi nyata. Jika
pokok tembikai tidak terlalu basah, penuaian di sebelah pagi akan mengurangkan
pengeluaran haba. Buah tembikai mesti kering semasa dipunggah.
Pengendalian yang kasar akan menyebabkan kerugian yang besar. Buah tidak boleh
jatuh, dibaling atau dipijak kerana akan berlaku kerosakan dalaman dan isi buah akan
hancur. Pekerja yang memunggah buah di bawah seharusnya menghulurkan buah kepada
penyusun buah di atas lori dengan menggunakan tangan, dan penyusun buah dengan
berhati-hati meletakkan buah dalam timbunan di atas lori. Buah pitching biasanya
berlaku akibat daripada buah terjatuh atau digolekkan ke timbunan. Jangan sekali-kali
menyusun buah dengan hujung buahnya ke bawah, kerana hujungnya yang nipis (bekas
bunga) ialah kawasan yang paling rentan mengsemulajadi lebam. Buah jatuh daripada
ketinggian 20 cm akan menyebabkan kerosakan dalaman, manakala jatuh daripada
ketinggian 30 cm pula, bahagian dalam buah akan hancur atau buah akan pecah. Kartun

yang berisi 3-5 biji tembikai dan bekas pukal dengan palet jika digunakan boleh
melicinkan pengendalian dan mengurangkan kerosakan.
Buah lebam dan cedera hasil daripada pemunggah membaling buah ke dalam trak di atas
buah-buah yang lain. Penuai perlu berhati-hati supaya tidak terpotong atau terkupas kulit
buah dengan pisau mereka. Kawasan seperti ini merupakan ruang masuk bagi patogen
yang menyebabkan buah busuk. Tuai hanya apabila buah kering kerana ini akan
mengurangkan lelasan disebabkan pasir yang bergesel dengan permukaan buah.
Menuai atau memunggah semasa buah masih basah tidak digalakkan kerana
meningkatkan risiko buah busuk. Buah tembikai terdedah kepada kerosakan mampat dan
kecederaan lelasan daripada permukaan yang kasar semasa dituai di ladang dan semasa
diangkut ke tempat pengumpulan. Oleh sebab itu, dinding sisi, dinding depan dan
belakang trak di ladang atau wagon untuk mengangkut buah perlu dilapik.

LEPAS TUAI
Kerosakan akibat penyakit boleh menyebabkan kerugian yang serius pada peringkat lepas
tuai tembikai. Penyakit lepas tuai yang paling biasa ialah antraknos dan reput pangkal
buah. Rawatan lepas tuai diperlukan untuk mengawal penyakit ini.
Antraknos disebabkan oleh Colletotrichum orbiculare, yang boleh menembusi kutikel dan
epidermis daun, batang dan buah. Ciri yang ditunjukkan ialah bulatan warna hijau gelap
atau lesi memanjang yang menjejaskan permukaan buah. Lesi ini semakin membesar ,
menjadi perang dan tenggelam. Penyakit ini mungkin jangkitan pendam dari ladang yang
menjadi nyata selepas dituai terutamanya dalam keadaan panas dan lembap. Penyakit ini
mungkin menjangkiti buah lain melalui pencemaran silang dengan buah berpenyakit dan
penggunaan bekas yang kotor. Antraknos boleh dikawal dengan melaksanakan langkahlangkah pengawalan sebelum tuai, termasuklah penggunaan mancozeb pada 8-10 g/4.5 L
atau maneb pada 9-18 g/4.5 L.
Reput pangkal buah disebabkan oleh Lasiodiplodia theobromae, yang menyebabkan
kawasan pangkal buah menjadi perang, lembik dan bonyor. Patogen masuk ke dalam

buah melalui permukaan tangkai buah yang terluka atau luka terbuka atau lebam. Ia boleh
dikawal dengan membiarkan beberapa sentimeter tangkai buah melekat pada buah.
Ringkasnya, faktor penting yang menentukan kualiti buah tembikai semasa menuai dan
pengendalian ialah:
* Tuai buah pada peringkat kematangan yang sesuai bagi tujuan pemasaran
* Elakkan kecederaan semasa menuai, pengendalian, pembungkusan dan penghantaran.
* Kekalkan suhu penyimpanan yang betul pada 10-15 C

PEMBUNGKUSAN

Buah tembikai diangkut sama ada secara penghantaran pukal atau dimuatkan di dalam
bekas dan karton dan dipunggah ke atas trak pengangkutan. Penghantaran pukal
dilakukan berdekatan dengan ladang yang menanam tembikai. Dalam proses ini buah
tembikai perlu dielakkan daripada gegaran dan kecederaan pemindahan muatan semasa
dalam perjalanan. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan lapisan jerami di lantai treler,
di antara buah, dan di bahagian depan dan dinding sisi treler. Jumlah jerami yang banyak
diperlukan di bahagian belakang iaitu antara buah tembikai dengan pintu belakang bagi
mengelakkan kerosakan akibat treler berhenti dengan tiba-tiba. Semasa operasi
pemunggahan, secara fizikalnya buah tembikai tidak dilindungi oleh apa-apa bungkusan.
Dengan itu, pekerja tidak boleh duduk, berdiri atau berjalan di atas buah tembikai semasa
pemunggahan kerana ini akan menyebabkan kecederaan mampat. Satu lapisan busa dapat
mengelakkan buah daripada tercedera.

Karton penghantaran boleh memuatkan tiga, empat atau lima biji tembikai bergantung
pada saiz. Bekas papan gentian pula boleh mengisi purata 50 biji tembikai untuk
penghantaran secara pukal. Kebaikan menggunakan bekas ini ialah kejadian buah lebam
berkurangan kerana pengendalian buah individu yang sedikit. Pekerja di bahagian
pembungkusan yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan kerosakan bahagian dalam
buah semasa mengisi buah ke dalam bekas atau karton. Mencampakkan buah ke dalam
bekas akan menyebabkan gegaran hentaman dan berdiri atau duduk di atas buah tembikai
yang sudah disusun di dalam bekas akan menyebabkan kecederaan mampatan. Semua
pekerja yang mengendali buah perlu belajar bahawa walaupun tiada kecederaan luaran,
ini tidak bermakna pengendalian telah sempurna, kerana kecederaan akan berlaku di
bahagian dalam (isi buah) dahulu.

PENGHANTARAN
Buah tembikai yang dihantar secara pukal mestilah dialas menggunakan jerami
secukupnya bagi mengelakkan buah tersebut daripada tercedera dalam perjalanan.
Sebagai tambahan, treler yang digunakan mestilah mempunyai sistem pengudaraan yang
cukup. Treler yang tertutup mestilah mempunyai pintu berlubang, dua di bahagian
hadapan dan dua di bahagian belakang bagi membolehkan laluan udara di antara
timbunan buah di dalam treler. Jika tidak, haba berlebihan akan meningkatkan bilangan
buah yang busuk dan kehilangan kualiti.
Perkara seperti berikut boleh dilakukan bagi meminimumkan kecederaan buah di dalam
bekas atau karton semasa penghantaran:

* Gunakan palet yang saiznya sesuai dengan keluasan bekas bagi menghalang bekas yang
disusun di bahagian atas daripada terjatuh ke bekas di bahagian bawah dan merosakkan
buah tembikai.

* Gunakan palet yang masih dalam keadaan baik bagi mengelakkannya daripada patah
semasa dalam perjalanan dan serpihannya akan merosakkan buah tembikai di dalam
bekas di bahagian bawah.
* Pastikan palet bahagian atas diletakkan dengan betul di atas bekas bagi mengelakkan ia
bergerak semasa dalam perjalanan.
* Kukuhkan muatan di bahagian belakang treler dengan betul supaya karton tidak
bergerak dan buah tidak rosak semasa dalam perjalanan.
* Elakkan mengisi buah ke dalam bekas secara berlebihan supaya buah di dalamnya tidak
rosak apabila bekas disusun di atasnya.
* Ikatkan bekas yang paling atas dalam susunan pada palet bagi menghalang gegaran
semasa dalam perjalanan yang boleh menyebabkan bekas ternaik ke atas bekas yang lain
dan buah tergolek ke bawah.
* Pastikan semua bekas, karton dan treler mempunyai pengudaraan yang cukup.

PENYIMPANAN
Pengurusan suhu amat penting untuk memastikan kualiti buah tembikai yang optimum.
Pra pendinginan buah sebelum penyimpanan disyorkan bagi mencapai tempoh
penyimpanan yang maksimum. Pra pendinginan boleh dilakukan dengan cara
pendinginan bilik atau pendinginan udara paksa bagi mengurangkan suhu buah hampir
kepada suhu optimum secepat mungkin.

Suhu penyimpanan yang optimum bagi buah tembikai ialah 10-15 C, dengan
kelembapan relatif 85-90%. Tembikai yang disimpan pada suhu ini tahan selama 2-3
minggu.

Kecederaan dingin boleh berlaku apabila buah disimpan pada suhu kurang daripada 10
C. Kemerahan isi berkurangan dan jus dari isi buah akan meleleh dan permukaan
buah akan melekuk. Kecederaan dingin juga boleh meningkatkan kerentanan terhadap
kejadian busuk dan reput terutamanya selepas dikembalikan ke suhu ambien yang hangat
selepas penyimpanan sejuk.
Apabila buah tembikai dipotong/dibelah, ia hendaklah dibungkus menggunakan filem
regang dan disimpan pada suhu 2-4 C bagi mengelakkan rasa masam dan kekeringan
permukaan.
Buah tembikai biasanya diangkut di dalam trak yang terbuka atau tertutup dan treler
tanpa penyejukan. Buah tembikai tidak boleh diangkut di dalam trak tertutup tanpa
penyejukan. Buah tembikai tidak boleh disimpan bersama-sama dengan buah-buahan lain
(e.g. pisang) dan sayur-sayuran (e.g. tomato) yang membebaskan etilena. Etilena ialah
gas yang tidak berwarna yang dianggap sebagai hormon ketuaan atau kematangan semula
jadi. Apabila terdedah kepada etilena, isi buah tembikai akan rosak. Keadaan ini akan
mengakibatkan isi menjadi lembik dan kehilangan rasa.

TINJAUAN PASARAN
Tembikai adalah salah satu jenis buah yang tinggi penggunaan per kapitanya, iaitu 4.5kg
setahun. Permintaan pasaran menekankan kualiti yang terbaik dengan harga yang rendah
dengan nilai ditambah dari segi kotak pembungkusan yang menarik, pemilihan varieti
yang tepat, serta warna dan saiz yang seragam. Laporan ITC 2000 menunjukkan bahawa
nilai eksport tembikai Malaysia hanya 2% daripada nilai eksport dunia. Pasaran eksport
Malaysia ialah Singapura (59%), Hong Kong (32%), Taiwan (7%) dan Brunei (1%).
Nilai eksport pasaran tembikai dunia ialah US$1.024 bilion. Negara-negara pengeksport
utama ialah Sepanyol, Mexico, Costa Rica, USA, Guatamala, Belanda dan Brazil. Negara
pengimport utama ialah USA (20%), Jerman (9%), Peranchis (9%), United Kingdom
(9%), Belanda (6%), Canada (7%), Hong Kong (4%), Belgium (4%), Itali (3%), Jepun
(3%), Switzerland (2%) dan Singapura (2%). Pasaran tembikai Malaysia berupaya
berkembang ke pasaran baru seperti Eropah, China dan Asia Barat. Pembukaan

perdagangan dengan negara China memberi peluang besar untuk pengeluar Malaysia
menembusi pasaran di utara China.

PERMINTAAN
Tembikai lebih banyak diguna segar daripada diproses. Ini boleh dilihat daripada
pembangunan produk hiliran berasaskan tembikai yang masih lagi kecil di pasaran
domestik. Oleh sebab itu, penggunaan buah tembikai lebih meluas di kalangan isirumah
dan institusi, daripada kilang. Pada tahun 2002, sektor isirumah menggunakan sebanyak
108,190 tan tembikai. Ini dijangka akan meningkat kepada 132,853 tan pada tahun 2010,
dengan bertambahnya bilangan penduduk di Malaysia. Penggunaan tembikai oleh sektor
institusi pada tahun 2002 ialah 18,600 tan. Ini dijangka akan meningkat kepada 56,912
tan pada tahun 2010, berikutan permintaan daripada sektor perlancongan. Permintaan
tembikai daripada sektor kilang pula rendah dan hanya tertumpu kepada pembuatan jus
sahaja. Pada tahun 2002, jumlah penggunaan kilang adalah 249 tan. Ini dijangka akan
meningkat kepada 763 tan pada tahun 2010.

Laporan ITC 2000 menunjukkan bahawa eksport tembikai Malaysia hanya merangkumi
2% daripada nilai eksport dunia. Pasaran eksport Malaysia ialah Singapura (59%), Hong
Kong (32%), Taiwan (7%) dan Brunei (1%). Arah aliran nilai eksport Malaysia boleh
berkembang untuk pasaran baru seperti Eropah, China dan Asia Barat. Pembukaan
perdagangan dengan negara China menunjukkan peluang besar untuk menembusi pasaran
di utara negara itu. Permintaan oleh pasaran utara China ialah dari bulan November
hingga April pada setiap tahun. Ini adalah kerana pengeluaran tembikai di China
berkurangan pada musim sejuk dan harganya kompetitif berbanding pada musim panas.

PENAWARAN
Menurut Jabatan Pertanian, pengeluaran tembikai di Malaysia dianggarkan sebanyak
72,360 tan pada tahun 2000. Kawasan pengeluaran utama terletak di Johor,
Kelantan,Pahang, Terengganu, Melaka dan Kedah. Johor merupakan pengeluar
terbesar dengan 36,252.6 tan.

Jadual 2.3.1 : Keluasan Dan Pengeluaran Tembikai Di Malaysia Pada Tahun


2000.
Negeri

Keluasan

Pengeluaran (Tan)

(Hektar)
Johor

4534.2

36252.6

Kedah

484.5

3552.8

Kelantan

700.5

9894.7

Melaka

260.8

7824

Negeri Sembilan

123.0

447.8

Pahang

374.8

8222.2

Pulau Pinang

10.2

1737.5

Perak

177.7

104.5

Perlis

8.0

99.8

Selangor

6.5

95.0

Terengganu

469.5

4128.8

JUMLAH

7150

72360

SUMBER : JABATAN PERTANIAN

Hubungan dagang Malaysia bagi komoditi tembikai pada tahun 2001 hanya tertumpu
kepada dua negara, iaitu Thailand dan Australia dengan jumlah RM48,685 dan
RM219,320 masing-masing.

Jadual 2.3.2 : Negara Pengimport Tembikai Malaysia, 2001


TAHUN

2001

THAILAND

AUSTRALIA

TAN

RM

TAN

RM

92.68

48685

167.90

219320

SUMBER : JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

HARGA
Tren harga purata tembikai di sepanjang tahun 2002 di peringkat ladang,borong dan
runcit, adalah stabil. Harga runcit yang paling tinggi adalah pada bulan Januari, Oktober
dan November iaitu sebanyak RM1.38 hingga RM1.39 per kg. Harga di peringkat borong
pula meningkat pada bulan Januari, Februari, Oktober dan November, iaitu sebanyak
RM0.94 hingga RM0.97 per kg. Manakala harga di peringkat ladang pula naik pada
bulan Jun, Julai, Ogos, Oktober dan November iaitu sebanyak RM0.56 hingga RM0.61
per kg. Situasi turun-naik harga berlaku akibat faktor musim. Kenaikan harga yang paling
tinggi berlaku apabila permintaan meningkat pada musim perayaan. Penggunaan
tembikai berkurangan semasa musim buah di antara Jun hingga September, disebabkan
persaingan daripada buah bermusim.

PRODUK HILIRAN
Tembikai lebih banyak diguna segar daripada diproses. Ini boleh dilihat daripada
pembangunan produk hiliran berasaskan tembikai yang masih lagi kecil di pasaran
domestik. Namun begitu, terdapat juga beberapa jenis produk hiliran yang dihasilkan
daripada tembikai, antaranya pembuatan jus tembikai. Biji tembikai juga dijadikan snek
sama seperti biji bunga matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.

Rujukan:
http://www.mail-archive.com/sma1bks@yahoogroups.com/msg01278.html
www.pustaka-deptan.go.id/agritek/bali02
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Tembikai_Susu

You might also like