You are on page 1of 2

Berdasarkan artikel Pengintegrasian Ict Dalam Proses P&P Pendidikan Islam

oleh Engkiar bin Martias, Information Communication and Technology (ICT) atau
Teknologi Maklumat dan Komunukisai (TMK) boleh didefinisikan sebagai satu alat
atau sistem yang digunakan sebagai medium untuk memproses, mengurus,
memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media
elektronik.

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi

dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan
teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar.
ICT memberi banyak manfaat kepada guru untuk menyampaikan proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Hal ini kerana ia berupaya meningkatkan
kefahaman kepada murid dalam pelajaran. Dalam abad ke-21 murid telah terdedah
kepada teknologi-teknologi sejak berumur 4 tahun. Kanak-kanak kini diberi
pendedahna kepada gajet sejak mereka belum boleh berkata lagi. Tidak hairanlah
pelajar akan bosan didalam kelas jika guru menggunakan teknik pembelajaran lama
hanya berbekaalkan kepada buku teks dan papan putih semata-mata.
Selain itu, teknik ini juga meberi manfaat kepada murid kerana ia boleh
memberikan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Jika kita hanya
berpandukan kepada buku teks, murid hhanyya mendapat maklumat berdasarkan
apa yang diajar oleh guru sahaja. Dengan adanya ICT ini, murid dapat meneroka
maklumat dengan sendiri sejurus dapat menimbulkan minat terhadap salah satu
subjek tersebut.
Seterusnya, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu
tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat
untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir
semua mata pelajaran dan tidak terkecuali mata pelajaran pendidikan Islam
berdasarkan

artikel

tersebut.

Teknologi

seperti

ini

mestilah

dimanfaatkan

sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi
tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan aritikel ini, kajian yang dijalankan (Abdul Rahim Mohd Saad,
1998) menyatakan terdapat beberapa cara pembelajaran di kalangan murid. Ada

yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada
yang dikategorikan sebagai field dependent berbanding dengan murid

field

independent. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara
abstrak atau tergolong dalam field independent adalah mudah tetapi bagi murid
yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam field dependent mereka akan
mudah faham seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya
terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Oleh sebab itu, dengan
adanya ICT, ia dapat membantu guru dapat mempelbagaikan teknik-teknik
pembelajaran bagi memenuhi setiap stail ataupun cara murid tersebut belajar.
Sebagi rumusan kepentingan ICT dalam proses P&P tidak dapat dinafikan
lagi keperluannya. Pengintegrasian ICT dalam P&P merupakan sarana yang tepat
bagi guru dlm menyampaikan pesan-pesan pembelajarn dalam bilik darajah.
Pemilihan kaedah serta alat yang tepat juga perlu diambil kira oleh seorang guru
untuk memastikan keselarian antara mata pelajaran, waktu, situasi dan kondisi
dalam

memanfaatkan

Pembelajaran.

ICT

dalam

suatu

P&P

pada

masa

berlansungnya

You might also like