You are on page 1of 5

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL

KUALA LIPIS BERHAD KALI KE-23


TARIKH: 23 OGOS 2011

HARI: SELASA

MASA: 3.00 PETANG

TEMPAT: KANTIN BARU


KEHADIRAN:
1. TN HJ HARON B DALI

PENGERUSI

2. CIK NAJDAH BT ISMAIL

TIMBALAN PENGERUSI

3. TN HJ ISMAIL B YUNUS

NAIB PENGERUSI I

4. CIK NOAZINA BT MUSA

SETIAUSAHA

5. CIK NORLIZA BT CHE MAJID

PEN SETIAUSAHA

6. PN AZWAN SHAMSIDA BT SHAMSUL ANUAR

BENDAHARI

7. PN MAZLINA BT MOHAMAD

PEN BENDAHARI

8. EN MOHD FAIZAL B MOKHTAR

PENGURUS JUALAN

9. CIK TAN CHEE TENG

PENGURUS DOBI

10. EN MEGAT SYAZWAN B MEGAT JASMI

PENGURUS JUALAN

11. EN MUHD HAFIZ B ZAINOL ASHAARI

PENGURUS JUALAN

12. EN MOHD ZHAFRI FAIQ B ZAINAL

PEN PENGURUS BANK

13. PN RAHIMAH BT ARIFFIN

PEMEGANG SAHAM

14. CIK SITI AZAM BT ABU DAUD

PEMEGANG SAHAM

15. PN NOR SUHAILA BT SOFHI@SUBHI

PEMEGANG SAHAM

16. UST ESMARI B MOHD RABI

PEMEGANG SAHAM

SEMUA PEMEGANG SAHAM DARIPADA KALANGAN PELAJAR

TIDAK HADIR BERSEBAB:


1. EN MOHD MUSTAFA B CHE MAN

NAIB PENGERUSI II

2. EN FAIRUZ B KARIM

PENGURUS DOBI

3. EN CHE MAHADZIR B CHE HASHIM

PENGURUS JUALAN

4. EN ZURIWAN B MOHD YUSOF

PENGURUS JUALAN

1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi bersyukur dan berterima kasih atas kehadiran.
1.2 Berterima kasih kepada ALK kerana dapat menguruskan koperasi dengan baik dan
atas sumbangan yang diberikan untuk kebajikan warga sekolah.
1.3 Tahniah atas sumbangan guru-guru terhadap kemajuan koperasi.
Tindakan : Makluman
2.0 Membentangkan Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-22
2.1 Dibentangkan oleh Cik Noazina bt Musa.
2.2 Beliau meminta ahli-ahli mesyuarat merujuk muka surat 7 dan meneliti minit
mesyuarat tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.
2.3 Saudara Mohamad Syawal B Bontat (5ATF) mencadangkan minit mesyuarat Agung
Kali Ke-22 disahkan dan cadangannya disokong oleh Muhamad Khairul Asri B
Badrun (5EE1).
Tindakan : Setiausaha
Pemegang Saham
3.0 Membentangkan Dan Menerima Laporan Tahunan 2010
3.1 Laporan dibentangkan oleh Cik Noazina Bt Musa.
3.2 Beliau meminta ahli-ahli mesyuarat meneliti laporan tahunan 2010 di muka surat 13.
3.3 Saudara Mohd Shahrul Azry B Mohamed (5EE2) menyarankan agar laporan tahunan
2010 disahkan.
3.4 Saudara Fakhrullah B Mazni (5ATF) telah menyokong cadangannya.
Tindakan : Setiausaha
Pemegang Saham
4.0 Pembentangan Penyata Kewangan Beraudit Yang Berakhir Pada Tarikh 31
Ogos 2010
4.1 Penyata ini dibentangkan oleh Pn Azwan Shamsida Bt Shamsul Anuar.
4.2 Beliau meminta pemegang saham merujuk lampiran muka surat 6-9 bahagian Penyata
Kewangan pada 31 Ogos 2010.

4.3 Saudara Syawaludin B Shahrudin (5ATF) mencadangkan Penyata Kewangan


berakhir Ogos 2010 diterima dan cadangan tersebut telah disokong oleh Muhammad
Sazali B Mohamed (4EE1).
Tindakan : Bendahari
Pemegang Saham
5.0 Meluluskan Cadangan Pembahagian Keuntungan Untuk Tahun Kewangan 31
Ogos 2010
5.1 Cadangan dibentangkan oleh Pn Azwan Shamsida bt Shamsul Anuar.
5.2 Beliau meminta ahli mesyuarat merujuk muka surat 5 pada bahagian Penyata
Kewangan.
5.3 Saudara Mohamad Faridzul Hisyam B Mohamad Nor (5PPU) mencadangkan
pembahagian dividen diluluskan dan cadangan tersebut disokong oleh Mohamad
Afham Aizat B Rosdi (5EE2).
Tindakan : Bendahari
Pemegang Saham
6.0 Membentang Dan Meluluskan Belanjawan 2011
6.1 Belanjawan 2011 dibentangkan oleh Pn Azwan Shamsida Bt Shamsul Anuar. Beliau
ahli mesyuarat merujuk muka surat akhir bahagian penyata kewangan.
6.2 Saudara Mohd Khairul B Nordin (5ATF) mencadangkan perbelanjaan 2011
diluluskan dan telah disokong oleh Saudara Wan Hazimi (5ATF).
Tindakan : Bendahari
Pemegang Saham
7.0 Menetapkan Had Maksima Kuasa Meminjam 2011/2012
7.1 Saudara Mohd Fajrul Omar B Mohamad Ridzuan (5EE2) mencadangkan agar had
maksima kuasa meminjam 2011/2012 sebanyak RM10000.
7.2 Saudara Norhisman B Abdullah (4KFL) telah menyokong cadangan tersebut.
Tindakan : Pemegang Saham

8.0 Memilih 8 Ahli Lembaga KOOPSMTKLB Bagi Menggantikan Ahli Yang


Gugur Kerana Tamat Persekolahan
8.1 Setiausaha meminta ahli mesyuarat merujuk muka surat 3. Beliau memperkenalkan
pelajar yang dicadangkan sebagai Ahli Lembaga Koperasi yang baru.
8.2 Pelajar-pelajar tersebut ialah:
1. Norhisman B Abdullah

(4KFL)

2. Muhd Muaz B Mhd Yusop

(4EE2)

3. Muhammad Fariz Amin B Mahalin

(4KFL)

4. Muhammad Sazali B Mohamed

(4EE1)

5. Syamsudin B Khairuddin

(4PPU)

6. Nur Azizi B Abdul Rahman

(4ATF)

7. Muhammad Syamil Akmal Badri

(4ATF)

8. Muhammad Firdaus B Azizan

(4JKA)

8.3 Saudara Shahirudin (5ATF) mencadangkan agar pemilihan ahli baru seperti diatas
diterima.
8.4 Saudara Abdullah Hadi (5ATF) menyokong cadangan tersebut.
Tindakan : Setiausaha
Pemegang Saham
9.0 Melantik Auditor Luar 2009
9.1 Saudara Muhammad Fariz Amin B Mahalin (4KFL) mencadangkan agar
lantikan diserahkan kepada Ahli Lembaga Koperasi. Cadangannya disokong oleh
Muhamad Syamil Akmal Badri (5ATF) .
Tindakan : Pemegang Saham
10.0 Memilih Dua Orang Juruaudit Dalaman
10.1 Saudara Muhd Muaz B Mhd Yusop (4KFL) mencadangkan agar lantikan
diserahkan kepada pihak pentadbir dan cadangannya disokong oleh Saudara Nur
Azizi B Abdul Rahman (4ATF).
Tindakan : Pemegang Saham

11.0 Membahaskan Usul-Usul Yang Disampaikan Kepada Setiausaha


11.1 Tiada usul yang dibahaskan.

12.1 Penangguhan Mesyuarat


12.1 Tn Hj Ismail B Yunus mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli koperasi kerana
pengurusan yang baik dan seterusnya berjaya meningkatkan pendapatan keuntungan
koperasi. Beliau berharap usaha ini akan berterusan demi memajukan lagi koperasi
sekolah.
12.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama seluruh ALK,
AJK, pemegang saham dan warga sekolah dalam membangunkan koperasi
sekolah. Beliau mengucapkan tahniah atas perlantikan ALK yang baru dan berharap
ALK yang baru dilantik dapat diberi pendedahan mengenai pengurusan koperasi
samada dari segi pengurusan kedai atau pengurusan kewangan.
12.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.
(NORLIZA BT CHE MAJID)
Pen Setiausaha
Koperasi SM Vokasional Kuala Lipis Bhd
8 September 2011

You might also like