You are on page 1of 2

Kolej Ibrahim Yaakub

Ibrahim Yaakubs College

Rujukan : UKM KIY/MEP1516/007(47)


Tarikh : 03 Mac 2016

PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA & PERHUBUNGAN ALUMNI


Aras 7, Bangunan PUSANIKA
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Melalui
Arif Murti Rozamuri
Felo Penasihat
Kolej Ibrahim Yaakub
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN DANA UNTUK BENGKEL JOM TEROKAI DUNIA
KARYA MASA KINI
Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Eksekutif Akademik, Kolej Ibrahim Yaakub ingin
memohon sumbangan dana atau barangan bagi program berikut:
Program
Tarikh:
Hari
Tempat

:
Bengkel Jom Terokai Dunia Karya Masa Kini
2 April 2016
:
Sabtu
:
Bilik Bangkuasi, Kolej Ibrahim Yaakub
Universiti Kebangsaan Malaysia

3.
Bengkel Jom Terokai Dunia Karya Masa Kini adalah sebuah program yang diadakan
selama satu hari yang disertai seramai 40 orang. Bengkel ini diadakan dengan tujuan untuk
memberikan pendedahan kepada mahasiswa tentang dunia penulisan kreatif era moden yang
kian mendapat sambutan dalam kalangan intelektual masa kini. Bengkel ini juga diwujudkan
bagi mencungkil bakat dan melahirkan mahasiswa yang kreatif dan berbakat dalam dunia
Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Telefon: +603-8921 5269
Faksimili: +603-8921 5268 E-mel: pgh
Laman Web:
http://www.ukm.my/pkk

penulisan kreatif serta mampu berdaya saing dalam pelbagai bidang sesuai dengan program iaitu
Minda Kritis Menjana Karya Kreatif.

4.
Sehubungan itu, pihak saya ingin meminta sumbangan dana daripada pihak tuan bagi
menjayakan program ini. Bersama surat ini saya sertakan lampiran kertas kerja program untuk
rujukan pihak tuan. Kami berharap agar pihak tuan dapat menyemak dan meluluskan kertas
kerja ini untuk tindakan selanjutnya.
5.
Jika pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, bolehlah
berhubung dengan Saudara Mohd Shafik Fashah bin Md Noh (A150803) di talian 013-2845468.
Segala budi baik dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan saya akhiri
dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Minda Kritis Menjana Karya Kreatif
Yang benar,

...........................................................
MOHD SHAFIK FASHAH BIN MD NOH
Ketua Pengarah,
Bengkel Jom Terokai Dunia Karya Masa Kini,
Majlis Eksekutif Akademik sesi 2015/2016
Kolej Ibrahim Yaakub
Universiti Kebangsaan Malaysia
s.k

Felo Penasihat
Fail Setiausaha

Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Telefon: +603-8921 5269
Faksimili: +603-8921 5268 E-mel: pgh
Laman Web:
http://www.ukm.my/pkk

You might also like