You are on page 1of 22

BAB 5

PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan


serta mengkaji sikap dan amalan murid tentang konsep lestari yang merangkumi
dimensi persekitaran, dimensi sosial dan dimensi ekonomi.

5.2

Rumusan Dapatan Kajian

Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan kaedah campuran iaitu temu
bual dan tinjauan soal selidik yang bertujuan untuk mengenalpasti dan mengkaji
tahap pengetahuan, sikap dan amalan lestari dalam kalangan murid sekolah rendah.
Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian, bab ini akan merumuskan dan
membincangkan serta mengenalpasti tahap pengetahuan serta mengkaji sikap dan
amalan lestari dalam kalangan murid sekolah rendah dengan melibatkan tiga dimensi
utama konsep lestari iaitu persekitaran, ekonomi dan sosial.

96

Kajian ini

melibatkan 8 buah sekolah rendah. Kaedah temu bual pula

melibatkan 8 responden yang terdiri daripada murid tahun 5. Tinjauan soal selidik
melibatkan seramai 265 murid dari 8 buah sekolah rendah yang mewakili 4 zon yang
terletak di daerah Kulai.

Hasil kajian mendapati walaupun pengetahuan murid sekolah rendah


terhadap konsep lestari ini berada di tahap yang sederhana, namun mereka memiliki
sikap dan amalan lestari yang tinggi. Sikap dan amalan lestari yang mereka miliki
merangkumi ke-3 dimensi lestari yang ingin dilihat dalam kajian ini. Tahap
pengetahuan diukur dengan menggunakan kaedah kuantitatif, dimana min, peratus
dan sisihan piawai dinilai. Amalan dan sikap lestari pula dikaji dengan menggunakan
kaeadah kualitatitif.

Kajian ini mendedahkan bahawa tahap pengetahuan dimensi persekitaran


adalah lebih tinggi berbanding dengan dimensi sosial dan ekonomi. Min item
dimensi persekitaran (min,4.32) berbanding dengan min item dimensi sosial (min
4.14) dan min item dimensi ekonomi (min,4.23). Dapatan ini adalah disebabkan
murid-murid ini sentiasa didedahkan dengan maklumat berkaitan dengan dimensi
persekitaran berbanding dengan dimensi sosial dan dimensi ekonomi. Pendidikan
Alam Sekitar (PAS) telah mula diajar kepada murid sejak dari prasekolah dan
diteruskan dengan PAS merentasi kurikulum semasa di sekolah rendah. Tambahan
pula, murid-murid juga sering ditayangkan dengan informasi persekitaran melalui
media elektronik.

Hasil kajian juga mendapati murid-murid memiliki

sikap dimensi

persekitaran dan dimensi sosial yang tinggi. Manakala dimensi ekonomi pula
berada di tahap yang sederhana. Didapati beberapa item telah dikenalpasti dalam
menentukan sikap murid. Item utama yang telah diperolehi daripada kajian tentang
sikap lestari ialah kesedaran, didikan dan emosi. Ketiga-tiga item ini boleh
dikategorikan sebagai faktor dalam menentukan sikap mereka.
amalan

97

Berdasarkan dapatan kajian ini, kesedaran yang ditunjukkan oleh muridmurid ini membuktikan mereka memiliki sikap lestari persekitaran yang tinggi. Hal
ini adalah kerana maklumbalas yang diberikan oleh mereka adalah berbaur emosi
seperti marah, kecewa, geram dan juga perasaan kesian terhadap individu yang
terjejas akibat perbuatan individu yang tidak beretika.

Dapatan kajian juga menunjukkan murid-murid ini memiliki sikap lestari


ekonomi dan sosial yang tinggi. Contohnya, aktiviti kitar semula dan sikap perihatin
terhadap individu yang lain. Dimensi ini menunjukkan murid-murid memiliki tahap
sikap lestari ekonomi dan sosial yang tinggi.

Dalam masa yang sama kajian ini juga mendedahkan beberapa faktor yang
menyebabkan segelintir murid-murid yang tidak memiliki sikap dan amalan lestari
yang seharusnya. Walaupun fokus kajian adalah untuk melihat tahap pengetahuan
serta mengkaji sikap dan amalan murid terhadap konsep lestari, namun sepanjang
temu bual, pengkaji telah menemui beberapa faktor yang utama sehingga
,mempengaruhi pemahaman dan pengaplikasian konsep lestari dalam kalangan
murid sekolah rendah ini.

5.3

Perbincangan

Secara keseluruhan, bahagian ini cuba merumuskan dapatan kajian yang


diperolehi mengikut persoalan kajian yang telah dibentuk berpaksikan objektif
kajian, iaitu tahap pengetahuan , sikap murid dan amalan murid terhadap tiga
dimensi lestari (persekitaran, sosial dan ekonomi).

98

5.3.1

Latar Belakang Responden

Sampel kajian ini dibahagikan kepada kajian kualitatif dan kajian kuantitatif.
Kajian kualitatif melibatkan 8 orang murid

yang dipilih secara persampelan

bertujuan. Lapan orang responden yang terpilih terdiri daripada (50%) lelaki dan
(50%) perempuan.

Kajian kuantitatif pula melibatkan 265 orang murid daripada 8 buah sekolah
rendah yang mewakili empat zon di daerah Kulai. Hanya 125 orang murid atau
36.7% adalah murid lelaki dan 140 orang murid yang mewakili 63.3% adalah murid
perempuan. Murid yang mewakili zon bandar adalah 30% atau 45 orang murid
merupakan jumlah responden yang paling besar.Manakala 20% atau murid seramai
30 orang responden dari zon utara merupakan reponden yang paling sedikit. Zon
selatan dan zon tenggara masing-masing mempunyai responden seramai 42 atau 28%
dan 33 atau 22%. Apabila dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar iaitu bandar
dan luar bandar, seramai 42% atau 33 orang responden mewakili luar bandar dan 87
atau 58% orang responden mewakili bandar.

5.3.2

Pengetahuan Konsep Lestari

Pengetahuan salah satu element yang penting serta mempunyai signifikan


dalam memastikan sesebuah negara dapat mencapai pembangunan yang seimbang
(Naimah et al, 2011).

99

5.3.2.1

Persoalan Kajian Pertama: Pengetahuan Dimensi Persekitaran

Dapatan

kajian

menunjukkan

bahawa

murid-murid

memiliki

tahap

pengetahuan lestari persekitaran yang tinggi. Ini adalah dapat dilihat dengan skor
min yang telah diperolehi semasa soal selidik dijalankan. Skor Min untuk lestari
persekitaran ialah 4.32. Ini membuktikan murid-murid ini mendapat pendedahan
tentang persekitaran sama ada di sekolah ataupun di rumah, melalui mata pelajaran
tertentu ataupun melalui pembacaan sendiri. Dapatan ini adalah sama dengan apa
yang diperolehi oleh Nurul et al (2012), Jamilah et al (2011) yang menunjukkan
murid sekolah rendah memiliki pengetahuan dimensi persekitaran yang tinggi adalah
kerana pendedahan formal dan tidak formal

serta secara langsung dan tidak

langsuang yang mereka perolehi dibandingkan dengan dimensi sosial dan ekonomi.

5.3.2.2

Persoalan Kajian Kedua: Pengetahuan Dimensi Ekonomi

Dapatan

kajian

menunjukkan

bahawa

murid-murid

memiliki

tahap

pengetahuan dimensi ekonomi yang sederhana. Skor min yang diperolehi adalah
4.23. Ini menunjukkan murid-murid ini masih tidak mempunyai pengetahuan yang
secukupnya tentang dimensi ekonomi.Informasi dimensi ekonomi adalah terlalu
kurang pendedahannya kepada murid, ianya disokong oleh Legendre (2002) dalam
kajiannya yang berkaitan lestari melibatkan kanak-kanak prasekolah. Dia
mengariskan bahawa, adalah sangat minimum pendedahan tentang dimensi ekonomi
diperingkat sekolah rendah. Dapatan yang sama disokong oleh Booth (1998). Hal ini
adalah disebabkan menurutnya terdapat perbezaan pendapat tentang lestari ekonomi
sehingga menyebabkan ianya sukar diterapkan kepada kanak-kanak. Dapatan kajian
ini turut menonjolkan satu fenomena yang mana murid tidak pasti tentang aktiviti
menjana pendapatan yang boleh menjejaskan persekitaran. Ini menunjukkan murid-

100

murid ini tidak dapat membezakan diantara aktiviti ekonomi yang membawa
manfaat kepada persekitaran dan sebaliknya.

5.3.2.3

Persoalan Kajian Ketiga:Pengetahuan Dimensi Sosial

Dapatan

kajian

menunjukkan

bahawa

murid-murid

memiliki

tahap

pengetahuan dimensi sosial yang sederhana. Skor min yang diperolehi adalah 4.14.
Ini adalah skor yang paling rendah berbanding dengan yang lain. Ini menunjukkan
murid-murid masih memerlukan pendedahan yang secukupnya tentang lestari sosial
serta kepentingan mengetahui lestari sosial. Menurut Lengendre (2002) pendedahan
lestari sosial adalah terlalu minimum kepada murid-murid. Ini adalah kerana
menurutnya satu tanggapan yang meletakkan murid-murid tidak akan memahami
konsep lestari terutamanya lestari sosial dan ekonomi.

5.3.3

Sikap Lestari
Rajah 5.1 : Peta Minda Menunjukkan Sikap Lestari Murid
SIKAP

PERSEKITARAN

SOSIAL

EKONOMI

EMOSI
KESEDARA

AGAM

DIDIKAN

PENGUATKUASAAN

JIMAT

MARAH

KESIAN
SEKOLAH

RUMAH

FORMAL

GURU

TIDAK

SEDI

101

Dapatan kajian menunjukkan tahap sikap murid-murid terhadap tiga dimensi


lestari iaitu lestari persekitaran, lestari ekonomi dan lestari sosial dapat dikategorikan
kepada tiga item yang utama iaitu kesedaran, didikan dan agama.

Dalam mencari jawapan untuk melihat tahap sikap murid, beberapa sub item
telah muncul. Sub item ini juga telah menjadi faktor kepada penentu tahap sikap
lestari murid. Rajah 5.1 menerangkan hubungkait antara tiga item yang utama dalam
mengenal pasti tahap sikap lestari murid.Murid-murid ini mampu memiliki sikap
lestari yang tinggi sekiranya mereka diberi peluang untuk melihat dan mempelajari
konsep lestari.

5.3.3.1

Persoalan Kajian Keempat:Sikap Dimensi Persekitaran

Dapatan kajian,menunjukkan tahap sikap dimensi persekitaran murid adalah


tinggi. Ianya adalah selari dengan tahap pengetahuan dimensi persekitaran yang
dimiliki. Tahap pengetahuan yang tinggi telah menghasilkan satu sikap yang tinggi.

Rajah 5.2 menerangkan bagaimana dapatan tahap sikap dimensi persekitaran


dipengaruhi beberapa faktor yang lain. Dapatan ini adalah selari dengan kajian yang
telah dibuat oleh Alex et.al (2008), dimana pengetahuan dan sikap mempunyai
hubungan yang positif. Memiliki pengetahuan yang tinggi akan mempengaruhi
sikap lestari yang tinggi.

102

Rajah 5.2 : Peta Mind Sikap Dimensi Persekitaran


PERSEKITARAN
KESEDARAN

PENGUATKUASAAN

EMOSI

DIDIKAN
MARAH

AGAMA

SEDIH
RUMAH
SEKOLA
H

KESIAN

GURU

FORMAL

TIDAK

Murid-murid ini mempunyai kesedaran yang positif tentang dimensi


persekitaran. Mereka dapat menghuraikan kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya
persekitaran tercemar. Ini menunjukkan murid-murid ini memiliki pengetahuan yang
tinggi tentang persekitaran dan ianya dijelmakan dalam bentuk persepsi. Ianya
disokong oleh Axelrod & Lehman (1993), yang menyatakan dengan memiliki
pengetahuan sama ada melalui pendidikan formal atau tidak formal akan memberi
impak yang positif kepada sikap murid-murid.

Pendidikan formal atau tidak formal boleh diperolehi sama ada dari sekolah
atau dari rumah. DI sekolah dikendalikan oleh guru dan di rumah pula dikendalikan
oleh ibu bapa. Kedua-dua lokasi ini mempunyai peranan yang penting dalam
memastikan ilmu pengetahuan dapat diterapkan atau disampaikan dengan baik.
Thiagarajan (2007), menyatakan guru adalah individu yang paling berpengaruh
dalam memastikan maklumat disalurkan dengan betul.

103

Dapatan kajian juga menunjukkan murid-murid ini menunjukkan tahap


sikap

lestari

yang

tinggi

apabila

mereka

dapat

meluahkan

perasaan

sedih,kecewa,marah dan kesian terhadap isu alam sekitar (pembuangan sampah dan
pembalakan). Mereka berperasaan sedemikian kerana disebabkan tindakan manusia
yang beretika telah menyebabkan kehidupan manusia lain terjejas (nelayan). Murid
juga percaya manusia yang bersikap tamak bertanggungjawab sepenuhnya dengan
semua isu alam sekitar yang berlaku dan sifat itu perlu dikikis agar tidak
menpengaruhi amalan yang boleh membawa kepada sanggup melakukan apa sahaja
tanpa mengambil berat tentang alam sekitar ( Abdul Basir,2005)

Dapatan kajian juga menunjukkan didikan agama yang diterima oleh muridmurid ini berjaya menghalang mereka daripada melakukan sesuatu yang bercanggah
dengan hukum alam. Ianya adalah selaras dengan dapatan kajian yang dibuat oleh
Hazura(2009) yang mengatakan penghayatan agama meninggalkan kesan dalam
perlakuan dan sikap murid-murid terhadap lestari persekitaran.

5.3.3.2

Persoalan Kajian Kelima: Sikap Dimensi Ekonomi

Dapatan kajian menunjukkan sikap dimensi ekonomi murid berada di tahap


yang tinggi.

104

Rajah 5.3 : Peta Minda Sikap Dimensi Ekonomi

EKONOMI

JIMA
KESEDARA
N

DIDIKAN

RUMAH

SEKOLAH

IBU BAPA

GURU

FORMAL

TIDAK FORMAL

Dapatan kajian menunjukkan murid-murid ini mempunyai kesedaran yang


tinggi tentang impak yang berlaku kepada ekonomi apabila mereka dapat
menceritakan terdapatnya kepincangan pada alam sekitar. Ini menunjukkan terdapat
murid-murid yang dapat melihat pertalian antara persekitaran dan ekonomi.
Walaupun ini bertentangan dengan kajian yang dibuat oleh Schulitz & Oskamp
(1996) yang mengatakan pengetahuan adalah sangat penting dalam memastikan
sikap, tingkahlaku dan amalan lestari dapat dimenterai. Dalam kajian ini, walaupun
murid memiliki pengetahuan yang sederhana tentang dimensi ekonomi, namum
begitu mereka memiliki sikap dimensi ekonomi yang tinggi.

Didikan yang murid-murid ini perolehi menentukan bagaimana sikap lestari


mereka. Didikan itu boleh diperolehi sama ada dari sekolah mahupun rumah. Ini
adalah kerana menurut Rohayu et.al (2009), guru-guru yang memiliki pengetahuan
lestari dapat menyampaikan ilmu itu kepada murid-murid dengan jelas dan baik. Ibu
bapa pula adalah role model yang sepatutnya sentiasa menjadi suri teladan kepada
anak-anak mereka. Menurut kajian Mohd sharani, Zainal & Mohamad Ibrani( 2003),
keluarga terutamanya ibu bapa sememangnya mencipta pelbagai persekitaran yang
sepatutnya dijadikan ikutan oleh anak-anak.

105

Dapatan kajian turut menunjukkan terdapat murid-murid yang mempamerkan


sikap lestari ekonomi yang positif ekoran displin yang perlu mereka lakukan untuk
mengelakkan pembayaran bil yang tinggi penggunaan tenaga elektrik dan
penggunaan air. Walaupun mereka tidak mengetahui penjimatan yang mereka
lakukan itu secara tidak langsung membantu mengekalkan ekosistem negara. Hal ini
adalah kerana pada usia ini menurut Piget kanak-kanak ini berada di tahap
operational konkrit. Mereka masih belum dapat berfikir dengan matang perihal
konkrit dan abstrak.

5.3.3.3

Persoalan Kajian Keenam: Sikap Dimensi Sosial

Dapatan kajian menunjukkan sikap dimensi sosial adalah berada ditahap yang
tinggi.

Rajah 5.4 : Peta Minda Sikap Dimensi Sosial

SOSIAL
EMOSI

KESEDARAN

GERAM

DIDIKAN
MARAH

AGAMA

SEDIH

RUMAH
SEKOLAH
IBU
BAPA
GURU

FORMA

TIDAK
FORMAL

Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga dimensi yang telah dikenal pasti
untuk melihat sikap dimensi sosial. Kesedaran, didikan dan emosi. Ketiga-tiga
dimensi yang dikenalpasti adalah dimensi yang sama seperti yang dikenal pasti

106

untuk dimensi lestari persekitaraan dan ekonomi. Ianya menunjukkan perkara yang
sama menjadi faktor penentu sikap lestari murid-murid yang melibatkan ketiga-tiga
dimensi lestari. Apa yang membezakan dapatan dalam peta minda ini adalah item
agama. Murid-murid dapat mengaplikasikan ilmu agama yang mereka pelajari dalam
setiap tindakan dan tingkahlaku mereka. Kajian Anderson & Strecher (2012)
membuktikan pendidikan adalah sangat signifikan dalam memastikan pembangunan
lestari. Pendidikan yang dimaksudkan itu adalah merangkumi semua jenis
pendidikan sama ada pendidikan sekuler atau pendidikan islam. Dapatan ini adalah
sejajar dengan kajian yang dibuat oleh Noraizah dan Latipah (2010) dengan
menerapkan ilmu agama kedalam diri murid-murid ini dapat menjadikan mereka
individu yang peka terhadap tanggungjawab mereka sebagai penghuni bumi ini.

Dapatan kajian juga menunjukkan murid-murid ini memiliki perasaan hormat


dan kasihan terdapat bukan sahaja sesama manusia, malahan haiwan dan juga
tumbuh-tumbuhan. Mereka meluahkan perasaan sedih apabila melihat kemusnahan
pokok-pokok di hutan serta hidupan di dalamnya. Begitu juga ada diantara mereka
tidak sanggup melihat kucing-kucing jalanan yang diperlakukan dengan kejam oleh
orang lain. Dapatan ini turut disokong oleh Kidd & Kidd (1990) dan Paprotna (1998)
dengan dapatan hasil kajian mereka yang melibatkan murid prasekolah telah
menunjukkan sikap yang positif terhadap tumbuhan dan haiwan. Malahan menurut
mereka, kanak-kanak memiliki lestari sosial yang lebih tinggi berbanding dengan
orang dewasa.

Lestari sosial merujuk kepada bagaimana perubahan manusia dalam


menjalani kehidupan dengan memastikan kesejahteraan

dikekalkan, keamanan

terpeliharaan, kesaksamaan menikmati peluang yang ada serta dapat menikmati


kualiti hidup yang baik (taraf pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan yang
cemerlang). Perubahan sosial ini berlaku disebabkan pengalaman yang dilalui oleh
murid. Dapatan kajian menunjukkan, terdapat murid-murid yang menunjukkan
perasaan khuatir dan bimbang akan masa hadapan bumi. Mereka yang sudah
menonton filem Total Recall dapat merasakan bumi akan hadapi nasib yang sama

107

sekiranya manusia tetap dengan sikap tamak. Dapatan ini adalah sama seperti yang
telah dinyatakan oleh Bahk (2010), responden yang berubah sikap selepas menonton
Medicine Man.

5.3.4

Amalan Lestari

Rajah 5.5 : Peta Minda Amalan Lestari

Amalan

ekonomi

Persekitaran
sosial
Kesedaran

jimat

Didikan
agama

rumah

Ibu bapa

sekolah

tanggungjawab

berkongsi

guru

Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan murid-murid terhadap tiga


dimensi lestari iaitu lestari persekitaran, lestari ekonomi dan lestari sosial dapat
dikategorikan kepada tiga item yang utama iaitu kesedaran, didikan (lestari
persekitaran) agama, tanggungjawab, berkongsi (lestari sosial) dan didikan serta
jimat (lestari ekonomi.

Sub dimensi yang muncul untuk membantu dalam menguatkan dapatan


kajian ialah dua lokasi yang menjadi tempat utama dalam memberi didikan serta
peranan ibu bapa dan guru dalam memastikan didikan yang diberikan itu membantu

108

murid-murid membentuk amalan lestari. Untuk menghasilkan amalan lestari yang


positif ianya mempunyai kaitan dengan sikap. Hal ini adalah kerana sikap seseorang
individu biasanya akan diterjemahkan dalam bentuk amalan (Maloney & Ward
1973;Van Liere & Dunlop, 1981;Grob, 1995). Rajah 5.7 menerangkan hubungkait
antara tiga item yang utama dalam mengenal pasti tahap amalan lestari murid.Muridmurid ini mampu memiliki amalan lestari yang tinggi sekiranya mereka diberi
peluang untuk melihat dan mempelajari konsep lestari.

5.3.4.1

Persoalan Kajian Ketujuh : Amalan Dimensi Persekitaran.


Rajah 5.6:

PetaMinda Tahap Amalan Dimensi Persekitaran


Persekitaran

Kesedaran

Didikan

rumah

Ibu bapa

sekolah

guru

Dapatan kajian menunjukkan murid-murid memiliki amalan lestari yang


sederhana. Namun begitu mereka memiliki tahap amalan dimensi persekitaran yang
tinggi berbanding dengan amalan dimensi ekonomi dan dimensi sosial.

Terdapat satu hubungan yang positif antara sikap dan amalan murid terhadap
persekitaran. Jika diimbas kembali persoalan kajian yang pertama, keempat dan kini
yang ketujuh, didapati terdapat satu ikatan yang signifikan antara pengetahuan, sikap
dan amalan murid terhadap lestari persekitaran. Dapatan ini adalah bertentangan

109

dengan dapatan kajian oleh Mohd Yusof et al. (2003), Amir Hamzah dan Chin (2012)
dan Zurina dan Norjan (2003) yang mengatakan tahap pengetahuan dan sikap lestari
yang baik tidak semestinya dapat menunjukkan amalan lestari yang baik.

Dapatan kajian menunjukkan murid-murid ini mempunyai kesedaran yang


tinggi . Mereka sedia maklum tentang amalan yang perlu mereka lakukan untuk
memastikan lestari persekitaran dapat dikekalkan. Mereka sedar bahawa adalah
penting untuk memastikan amalan mereka itu tidak menjejaskan individu yang lain.
Seperti dinyatakan diawal perbincangan, muridmurid ini sudah diberikan
pendedahan tentang lestari persekitaran yang sewajarnya.

5.3.4.2

Persoalan Kajian Kelapan: Amalan Dimensi Ekonomi

Rajah 5.7 :

Peta Minda Amalan Dimensi Ekonomi


ekonom

Didikan

rumah

Ibu bapa

jimat

sekolah

guru

Dapatan kajian menunjukkan murid-murid memiliki tahap amalan lestari


ekonomi yang sederhana. Dapatan kajian ini adalah selari dengan hasil kajian
Saravanan et al (2013) yang menujukkan bahawa tahap amalan lestari ekonomi

110

adalah berada ditahap sederhana. Walaupun sub dimensi yang sama muncul dari
proses transkrip namun setiap satu mempunyai nilai dan kepentingan yang berbeza.

Hasil kajian juga menunjukkan murid-murid ini memiliki amalan lestari


ekonomi yang sederhana disebabkan mereka masih kurang pendedahan berkaitan
dengan keperluan ekonomi.

Walaupun ada diantara mereka sudah mempunyai

pendedahan tentang aktiviti kitar semula yang mendatangkan keuntungan yang


lumayan, namun jumlah hanya sedikit sahaja. Mereka berpendapat aktiviti kitar
semula itu hanyalah semata-mata aktiviti yang dapat mengurangkan jumlah sampah
yang dibuang.

5.3.4.3

Persoalan Kajian Kesembilan: Amalan Dimensi Sosial


Rajah 5.8 :

Peta Minda Amalan Dimensi Sosial

sosial

rumah

agama
tanggungjawab

berkongsi
sekolah

Rajah 5.8 menunjukkan dimensi-dimensi yang terhasil semasa mengkaji


amalan lestari sosial murid. Adalah menakjubkan apabila hasil kajian menunjukkan
amalan dimensi sosial murid berada di tahap yang tinggi berbanding dimensi
ekonomi.

Dapatan kajian menunjukkan amalan lestari sosial yang wujud pada diri
murid-murid ini adalah disebabkan mereka terikat dengan tanggungjawab mereka.

111

Tanggungjawab itu adalah berupa jawatan yang mereka sandang di sekolah. Ada
dikalangan murid yang ditemubual mengatakan disebabkan dia adalah ketua kelas
maka, dia mestilah menunjukkan contoh yang kepada rakan-rakannya yang lain.

5.4.

Model Lestari

PENGETAHUAN
PERSEKITARAN

SIKAP
AMALAN

LESTARI
EKONOMI

SOSIAL

Rajah 5.9:

Model Lestari

Rajah 5.9 menunjukkan

model lestari

yang dibangunkan sendiri oleh

pengkaji yang terhasil daripada dapatan kajian. Model ini memaparkan tiga
pembolehubah dalam menentukan konsep lestari antaranya pengetahuan , sikap dan
amalan. Ketiga-tiga pembolehubah dalam lestari ini dapat dilihat pengaplikasian
murid dalam dimensi persekitaran, dimensi ekonomi dan dimensi sosial sangat
tinggi. Keadaan ini berlaku kerana murid memperolehi pendedahan secara tidak
langsung dan melalui pelbagai sumber.

112

Menerusi model ini, dapat dilihat sikap dan amalan lestari yang dimiliki oleh
murid-murid ini adalah berbeza-beza mengikut dimensi. Murid-murid sekolah
rendah ini memiliki sikap dan amalan lestari persekitaran yang tinggi. Begitu juga
dengan amalan dan sikap lestari sosial. Namun begitu sikap dan amalan lestari
ekonomi adalah sederhana. Mereka masih dapat mempamerkan lestari ekonomi
walaupun dalam keadaan yang sederhana.

5.5

Implikasi

Hasil kajian ini secara keseluruhannya telah menimbulkan dua implikasi


yang membabitkan penerapan dan pengaplikasian konsep lestari dalam kalangan
murid-murid sekolah rendah.

5.5.1

Guru

Guru sebagai agen penyampai pengetahuan secara rasmi kepada murid di


sekolah sepatutnya mempunyai pengetahuan yang optimum berkaitan dengan
pelaksanaan atau pengabungjalinan konsep lestari

merentasi kurikulum. Tidak

dinafikan Pendidikan Alam Sekitar sudah diperkenalkan kepada murid sejak di


prasekolah lagi, namun kesinambungannya adalah terlalu minimum.

Guru juga disarankan supaya menyampaikan pengetahuan dan menerapkan


nilai-nilai murni yang terdapat di dalam konsep lestari secara rentasan kurikulum
dengan jelas. Walaupun pengetahuan didapati tidak dapat meramalkan tingkah laku

113

murid secara langsung terhadap lestari sosial dan ekonomi namun pengetahuan
merupakan peramal persepsi yang paling dominan kerana persepsi merupakan
peramal sikap dan amalan yang paling utama.

Implikasi yang pertama adalah hasil daripada temubual yang menunjukkan


peranan guru dalam memastikan murid-murid ini memahami dengan lebih
mendalam tentang konsep lestari. Disebabkan guru-guru terlalu terikat dengan
sukatan dan silibus matapelajaran, mereka tidak memberi penekanan kepada element
di luar sukatan yang signifikan untuk memastikan kemenjadian murid. Oleh sebab
itu, guru-guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
mempunyai unsur gabungjalinan konsep lestari yang lebih menyeluruh dan berkesan.

5.5.2

Ibu bapa

Ibu bapa sebagai insan yang paling hampir dengan murid perlu memainkan
peranannya dengan lebih agresif dalam mendidik generasi baharu ini tentang
kepentingan alam sekitar.

Ibu bapa sebagai suri teladan kepada anak (murid) sepatutnya menunjukkan
teladan yang positif terhadap ketiga-tiga dimensi lestari iaitu persekitaran, ekonomi
dan sosial. Hal ini adalah kerana terdapat di dalam dapatan kajian yang menunjukkan
terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara teladan ibu bapa dengan sikap
serta amalan anak (murid).

114

5.5.3

Komuniti

Komuniti memainkan peranan yang penting kerana apa yang berlaku di


sekitar anak (murid) akan dijadikan ikutan oleh mereka. Hal ini adalah kerana sudah
menjadi kebiasaan anak-anak (murid) mempelajari sesuatu melalui pemerhatian dan
pengalaman. Bimbingan dan teguran daripada masyarakat setempat perlu
ditingkatkan supaya penekanan terhadap kepentingan ketiga-tiga dimensi lestari ini
kepada generasi muda dapat dititikberatkan.
Walaubagaimanapun, masyarakat perlulah memastikan terlebih dahulu
memiliki pengetahuan, sikap dan amalan lestari yang positif. Peningkatan kesedaran
terhadapan kepentingan lestari ini kepada generasi muda amat penting kerana
golongan ini akan menjadi pengurus pemimpin pada masa akan datang.

5.6

Cadangan
Berdasarkan kepada kajian yang diperolehi, pengkaji menyenaraikan

beberapa cadangan yang boleh dimanfaatkan.

a. Guru-guru di sekolah perlu menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang


mempunyai gabungjalinan dengan konsep lestari yang merangkumi ketigatiga dimensi.
b. Pihak sekolah perlu mewujudkan program atau aktiviti lestari dengan lebih
kerap dengan memastikan penglibatan murid yang optimum.
c. Guru-guru perlu didedahkan dengan pengetahuan yang maksimum tentang
konsep lestari agar mereka akan lebih mahir semasa merangka pengajaran
dan pembelajaran mereka.
5.7

Cadangan kajian lanjutan


Konsep lestari ini merupakan satu konsep yang mempunyai signifikan dalam

membentuk kemenjadian murid seterusnya menghasilkan modul insan yang unggul.


Terdapat banyak aspek dan pembolehubah yang dapat dijadikan bahan kajian.

115

Cadangan-cadangan berikut boleh dijadikan pertimbangan bagi kajian penyelidikan


akan datang.
a.

Kajian berkaitan dengan kesedaran murid terhadap konsep lestari dengan


mengenal pasti perbezaan antara jenis sekolah yang berbeza iaitu SK,SJKC
dan SJKT secara terperinci untuk menentukan perkaitan budaya dalam
menentukan kesedaran murid terhadap konsep lestari.

b.

Kajian lanjutan juga dicadangkan dengan melibatkan pemerhatian proses


PdP guru dalam bilik darjah, selain daripada mendapatkan maklum balas
daripada murid-murid secara laporan kendiri tentang proses PdP yang telah
dilalui bersama-sama guru masing-masing.

c.

Menjalankan kajian tentang sumbangan yang boleh diberikan oleh


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam meningkatkan kesedaran murid
terhadap ketiga-tiga dimensi lestari.

5.8

Penutup
Kajian konsep lestari ini merupakan satu kajian yang harus dititikberatkan

dan diketengahkan dari semasa ke semasa untuk mengenal pasti kesannya kepada
masyarakat khususnya murid. Pendidikan Alam Sekitar yang sememangnya sudah
wujud perlu perlu digubal dengan penambahbaikan dari segi penekanan terhadap
lestari sosial dan ekonomi.

Penglibatan institusi pendidikan, ibu bapa, masyarakat dan pertubuhanpertubuhan lain secara sepasukan sebagai penyampai pengetahuan dan teladan
dipercayai dapat melahirkan murid yang berpengetahuan, berkemahiran, mempunyai
sikap yang positif serta diterjelmakan dengan amalan yang positif terhadap lestari
persekitaran, lestari sosial dan lestari ekonomi.

116

Kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh kumpulan pelaksana ini


menunjukkan tahap pengetahuan, amalan dan sikap konsep lestari dalam kalangan
murid sekolah rendah. Hasil kajian menunjukkan walaupun

tahap pengetahuan

murid terhadap konsep lestari yang meliputi tiga dimensi iaitu persekitaran, ekonomi
dan sosial adalah tinggi tetapi amalan dan sikap mereka masih berada di tahap
sederhana.

Oleh sebab itu, tindakan susulan perlu dilakukan untuk memastikan

pengetahuan yang mereka miliki itu dapat diterapkan kedalam sikap mereka dan
seterusnya dijadikan amalan harian mereka.

You might also like