You are on page 1of 40

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti pengetahuan dan mengkaji sikap
dan amalan dalam kalangan murid sekolah rendah terhadap konsep lestari yang
merangkumi dimensi persekitaran, dimensi sosial dan dimensi ekonomi. Data
dikumpulkan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Data kualitatif
diperolehi daripada transkripsi temu bual semi struktur ke atas 8 orang murid
daripada 8 buah sekolah rendah. Data kuantitatif diperolehi daripada pentadbiran
soal selidik seramai 265 murid daripada 8 buah sekolah rendah yang terpilih.

Data kualitatif dianalisis dengan menggunakan cara naratif dan data


kuantitatif dianalisis menggunakan pakej SPSS versi 20 melalui analisis statistik
deskripitif iaitu untuk meninjau peratus,min dan sisihan piawai.

56
4.2

Demografi Responden Kajian

4.2.1

Responden Kajian Kualitatif

Seramai 8 orang murid sekolah rendah daripada 8 sekolah rendah yang


terpilih telah ditemubual. Maklumat mereka adalah seperti yang terpapar dalam
jadual 4.1. Mereka terdiri daripada murid-murid tahun 5, empat lelaki dan empat
perempuan.

Nama murid yang terlibat telah dikodkan bagi mematuhi etika

penyelidikan, nama-nama responden hanya diketahui oleh pengkaji dan telah


digantikan dengan nama yang lain untuk menjaga kerahsiaan.

Jadual 4.1 : Latar Belakang Responden Yang Ditemu Bual


Responden

Nama

Jantina

Sekolah

Responden 1

Perempuan Sk Sedenak

Utara

Responden 2

Lelaki

Sk Murni Jaya

Utara

Responden 3

Lelaki

Sk Taman Muhibah

Bandar

Responden 4

Lelaki

SK Taman Indahpura 2

Bandar

Responden 5

Perempuan SK Senai

Selatan

Responden 6

Lelaki

Selatan

Responden 7

Perempuan SK Felda Bukit Ramun

Tenggara

Responden 8

Perempuan SK Felda Pasir Raja

Tenggara

SK Senai Utama

Zon

57
4.2.2

Responden Kajian Kuantitatif

Latar belakang murid yang menjadi responden kajian kuantitatif dipaparkan


dalam Jadual 4.2.
Jadual 4.2: Responden kajian kualitatif
Sekolah

Zon

Jumlah Murid
Lelaki

Perempuan

Jumlah

SK Senai

Zon Selatan

15

20

35

SK Senai Utama

Zon Selatan

18

19

37

SK Taman Muhibah

Zon Bandar

20

15

35

SK Taman Indahpura 2

Zon Bandar

16

20

36

SK Felda Bukit Ramun

Zon Tenggara

24

30

SK Felda Pasir Raja

Zon Tenggara

18

25

SK Sedenak

Zon Utara

10

23

33

SK Murni Jaya

Zon Utara

25

34

101 (38%)

164 (62%)

265

Jumlah keseluruhan

Jadual di atas menunjukkan bilangan murid perempuan (62%) adalah lebih


ramai daripada bilangan murid lelaki (38%). Murid di zon bandar iaitu SK Senai
Utama (13.58%) adalah memiliki murid tahun 5 yang ramai berbanding dengan
sekolah yang lain.

4.3

Tahap pengetahuan murid terhadap konsep lestari

Objektif pertama kajian ialah untuk mengenalpasti pengetahuan murid tahun


5 dari 8 buah sekolah rendah di daerah Kulai tentang konsep lestari yang
merangkumi dimensi persekitaran, sosial dan ekonomi. Persoalan kajian yang

58
pertama, kedua dan ketiga ialah untuk mengetahui sejauhmanakah tahap
pengetahuan murid terhadap dimensi persekitaran, ekonomi dan sosial. Response
murid terhadap item soal selidik telah dianalisis. Analisis kajian mengenai item
pengetahuan dimensi persekitaraan ditunjukkan dalam Jadual 4.3, item pengetahuan
dimensi ekonomi ditunjukkan dalam Jadual 4.4 dan item pengetahuan dimensi sosial
ditunjukkan dalam Jadual 4.5.

4.3.1

Tahap Pengetahuan Dimensi Persekitaran

Untuk menjawab persoalan kajian yang pertama, pengkaji telah membuat


Analisis deskriptif

untuk mencari kekerapan, peratus dan min digunakan.Pada

bahagian yang pertama pengkaji ingin mengenalpasti pengetahuan murid sekolah


rendah terhadap lestari persekitaraan.

Berdasarkan jadual 4.3 item 1 menyatakan responden tahu bagaimana


menjaga alam sekitar (4.39), saya tahu tentang kepentingan memelihara dan
memulihara alam sekitar (4.47), saya tahu pokok-pokok diperlukan untuk
memastikan keseimbangan alam sekitar (4.63), saya tahu alam sekitar akan tercemar
tanpa penjagaan yang baik (4.64), saya tahu pembakaran sampah akan menyumbang
kepada pencemaran udara (4.73), saya tahu pembuangan sampah dan sisa adalah
punca utama pencemaran (4.55) dan saya tahu kepupusan haiwan adalah disebabkan
aktiviti pembalakan haram (4.53).

59

Jadual 4.3:

Tahap Pengetahuan Dimensi Persekitaran

BI
L

PERNYATAAN

STS

Saya tahu bagaimana menjaga alam


sekitar.
Saya tahu bukit bukau, tanah,
sungai, laut, udara, semuanya perlu
dimanfaatkan tanpa menjejaskan
kedudukan mereka.

5
6

9
10

11
12
13

TP

SS

MI
N

10

168

86

4.39

(0.37)

(3.77)

(63.39)

(32.45)

37

144

83

(0.37)

(13.96)

(54.39)

(31.32)

Saya tahu tentang kepentingan


memelihara dan memulihara alam
sekitar.

11

64

190

(4.15)

(24.15)

(71.69)

Saya tahu pokok-pokok diperlukan


untuk memastikan keseimbangan
alam sekitar.

140

117

(3.01)

(52.83)

(44.15)

TS

4.19

4.47

4.63

Saya tahu
alam sekitar akan
tercemar tanpa penjagaan baik.

139

117

(0.37)

(3.01)

(52.45)

(44.15)

Saya tahu pembakaran sampah akan


menyumbang kepada pencemaran
udara.

142

117

(0.37)

(1.88)

(53.58)

(44.15)

Saya tahu pembuangan sampah dan


sisa
adalah
punca
utama
pencemaran.

59

196

(0.37)

(0.37)

(3.01)

(22.26)

(73.96)

Saya tahu kepupusan haiwan adalah


disebabkan aktiviti pembalakan
berharam.

55

198

(0.37)

(1.51)

(2.64)

(20.75)

(74.71)

Saya tahu tentang kesan rumah hijau


terhadap alam sekitar.

1(0.37)

172

50

3.89

(64.90)

(18.86)

42(15.8
5)

Saya tahu berkongsi kenderaan akan


mengurangkan
gas
karbon
monoksida di udara.

156

30

66

3.89

(58.86)

(11.32)

(24.91)

Saya tahu sumber tenaga dari bahan


api tidak boleh diperbaharui.

210

72

(0.37)

(79.24)

(27.16)

Saya tahu sumber tenaga solar boleh


diperbaharui.

210

49

(0.37)

(79.24)

(18.49)

(1.88)

Saya tahu penggunaan


serangga
oleh
petani
mencemarkan alam sekitar.

13

68

180

(1.51)

(4.90)

(25.66)

(67.92)

racun
boleh

(0.37)

12(4.
52)

4.64
4.73

4.55

4.53

3.93
4.09
4.25

Kajian mendapati item no 11 dan 12 mempunyai kekerapan tidak pasti yang


paling tinggi (210) iaitu sebanyak 79.24% . Item no 1 menunjukkan kekerapan
setuju paling tinggi berbanding dengan item yang lain iaitu sebanyak 168 orang iaitu
sebanyak 63.39 % dan item no 8 menunjukkan kekerapan sangat setuju yang tinggi
198 orang (74.71%). Manakala item no 10 menunjukkan kekerapan tidak setuju

60
yang sangat tinggi iaitu 12 iaitu sebanyak 4.52%. Item no 13 menunjukkan
kekerapan sangat tidak setuju yang tinggi iaitu 4 (1.51%).

4.3.2

Tahap pengetahuan Dimensi Ekonomi

Persoalan kajian yang kedua ialah sejauhmanakah tahap pengetahuan murid


terhadap dimensi ekonomi. Analisis kajian mengenai item pengetahuan terhadap
dimensi ekonomi ditunjukkan dalam Jadual 4.4 di bawah:

Jadual 4.4:

Tahap pengetahuan dimensi ekonomi

BIL

PERNYATAAN

STS

TS

TP

SS

MI
N

Saya tahu pembuangan sampah yang berleluasa


akan merugikan masyarakat.

31

56

173

4.19

(1.51)

(0.37)

(11.69)

(21.13)

(65.28)

Saya tahu pencemaran sungai boleh merugikan


masyarakat.

23

86

189

(0.75)

(0.75)

(8.67)

(32.45)

(71.32)

Saya tahu dengan kitar


mendatangkan keuntungan.

23

49

191

(0.37)

(0.37)

(8.67)

(18.49)

(72.07)

Saya perlu membeli barang yang boleh dikitar


semula.

24

63

169

(0.37)

(3.01)

(9.05)

(23.77)

(63.77)

Saya tahu membawa makanan dari rumah adalah


menjimatkan.

46

201

(3.39)

(3.39)

(17.35)

(75.84)

Saya perlu menggunakan tenaga elektrik dengan


bijak.

33

222

(1.88)

(1.88)

(12.45)

(83.77)

Saya perlu menggunakan air dengan jimat.

47

212

(1.13)

(1.13)

(17.73)

(80)

Saya tahu pendapatan boleh diperolehi tanpa


menjejaskan alam sekitar,

36

36

81

112

(13.58)

(13.58)

(30.56)

(42.26)

Saya tahu terdapat had tertentu perlu diambil kira


dalam pembangunan ekonomi.

77

77

101

89

(29.05)

(29.05)

(38.11)

(33.58)

5
6
7
8
9

semula

boleh

4.38
4.42
4.17
4.60
4.77
4.73
4.23
3.92

61
Kajian mendapati item-item min yang tinggi daripada min keseluruhan item
Tahap Pengetahuan dimensi ekonomi (4.23) ialah item.Saya perlu menggunakan
tenaga elektrik dengan bijak (4.77), Saya perlu menggunakan air dengan jimat (4.73),
Saya tahu membawa makanan dari rumah adalah menjimatkan (4.60) Saya tahu
dengan kitar semula boleh mendatangkan keuntungan. (4.42),Saya tahu pencemaran
sungai boleh merugikan masyarakat(4.38).

Kajian mendapati item no 6 mempunyai kekerapan yang paling tinggi (222)


iaitu sebanyak

83.77% berbanding dengan item-item yang lain. Item no 9

menunjukkan kekerapan tidak pasti yang tinggi berbanding dengan item yang lain
iaitu sebanyak 77 orang iaitu sebanyak 29.05%. Manakala item no 11 menunjukkan
kekerapan tidak setuju yang sangat tinggi iaitu 77 orang iaitu sebanyak 29.05% .

4.3.3

Tahap Pengetahuan Dimensi Sosial

Persoalan kajian yang ketiga ialah sejauhmanakah tahap pengetahuan murid


terhadap konsep lestari sosial. Analisis kajian mengenai item tahap pengetahuan
terhadap konsep lestari sosial ditunjukkan dalam Jadual 4.5 di bawah :

Kajian ini menunjukkan bahawa item-item Pengetahuan Dimensi Sosial yang


menunjukkan min yang tinggi daripada min keseluruhan (4.14) ialah Saya tahu
tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggung jawab bersama (4.86). Saya
tahu barangan elektronik yang lama seperti televisyen dan radio boleh disumbangkan
kepada badan-badan kebajikan. (4.67). Saya tahu tanggungjawab membersihkan
rumah adalah tanggungjawab semua ahli keluarga (4.75) Saya tahu tanggungjawab
menjaga kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua warga sekolah
(4.66). Saya sentiasa bersikap adil dalam pembahagian tugasan di rumah mahupun di
sekolah.(4.33).

62
Jadual 4.5 : Tahap Pengetahuan Dimensi Sosial
BIL

PERNYATAAN

1
2

3
4
5
6

STS

TS

TP

SS

MIN

Saya tahu tanggungjawab menjaga alam


sekitar adalah tanggung jawab bersama.

50

81

129

4.33

(2.6)

(13.8)

(30.3)

(52)

Saya tahu barangan elektronik yang lama


seperti televisyen dan radio boleh
disumbangkan
kepada
badan-badan
kebajikan.

15

75

173

(1.3)

(21.1)

(26)

(50)

Saya tahu mengenai adat dan budaya


kawan-kawan yang berlainan bangsa.

46

153

57

(5.9)

(30.3)

(34.9)

(27.6)

Saya tahu setiap orang perlu diberi


peluang yang sama untuk berjaya.

11

138

107

(0.7)

(2.6)

(25)

(70.4)

Saya tahu pada 28 Mac setiap tahun


adalah Earth Day.

10

168

38

49

(3.3)

(44.7)

(21.7)

(28.9)

50

215

(21.1)

(75.7)

Saya tahu tanggungjawab membersihkan


rumah adalah tanggungjawab semua ahli
keluarga.
Saya
tahu tanggungjawab menjaga
kebersihan kawasan sekolah adalah
tanggungjawab semua warga sekolah

15

10

163

76

(0.7)

(6.6)

(6.6)

(41.1)

(30.3)

Saya sentiasa ringan tulang semasa


aktiviti gotong royong di kawasan
perumahan saya.

10

15

163

76

(0.7)

(6.6)

(6.6)

(41.4)

(30.3)

24

59

179

(2.0)

(15.8)

(28.9)

(52.6)

Saya sentiasa bersikap adil dalam


pembahagian tugasan di rumah mahupun
di sekolah.

Analisis kajian mengenai keseluruhan item-item Tahap pengetahuan


terhadap dimensi persekitaraan, ekonomi dan sosial ditunjukkan dalam jadual 4.6 di
bawah:

4.27

3.85
4.67
3.77
4.75

4.66

3.95

4.33

63
Jadual 4.6 : Skor Min Dalam Tahap Pengetahuan Konsep Lestari
Persekitaraan, Ekonomi dan Sosial.

Item

Min

Dimensi Persekitaraan

4.32

Dimensi Ekonomi

4.23

Dimensi Sosial

4.14

Hasil kajian menunjukkan Lestari Persekitaran memiliki min 4.32, Lestari


Ekonomi mempunyai min 4.23 dan Lestari Sosial pula memiliki min 4.14.

4.4

Sikap Murid Terhadap Konsep Lestari

Objektif kedua kajian adalah untuk mengkaji sikap lestari murid tahun 5 dari
4 buah sekolah rendah yang merangkumi tiga dimensi iaitu persekitaraan, ekonomi
dan sosial. Persoalan kajian yang pertama ialah sejauhmanakah sikap murid terhadap
lestari persekitaran.

4.4.1

Dimensi Persekitaran

Hasil temu bual dengan murid telah menerbitkan satu dimensi utama yang
mempunyai hubungkait dengan Konsep Lestari iaitu kesedaran terhadap konsep

64
lestari. Seterusnya kesedaran dibahagikan kepada 3 sub dimensi yang utama iaitu
kesedaran, didikan dan emosi. Ketiga-tiga sub dimensi ini berkongsi beberapa sub
dimensi tertentu yang terbit hasil dari pengkodingan temu bual yang menyokong
dapatan kajian.

4.4.1.1 Kesedaran terhadap dimensi persekitaran.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid mempunyai kesedaran


tentang perlunya mengambil berat tentang kelestarian alam sekitar. Kesemua 8 orang
murid yang telah ditemu bual mengatakan mereka tahu apakah akibatnya sekiranya
bumi ini tidak dijaga dengan baik.

Responden 1 tahu ikan-ikan yang timbul itu mati akibat daripada sikap orang
ramai yang tidak sensitif terhadap alam sekitar. Dia juga mengatakan natijah
perbuatan tidak bermoral ini menyebabkan populasi hidupan laut atau air semakin
berkurangan. Melalui temu bual Responden 1 menceritakan:

Aaa..ikan tu mati sebab orang buang sampah merata...buang sisa toksik


..sisa toksik dari kilang mengalir ke dalam air. Populasi ikan semakin berkurangan.
Sungai laut semua kurang ikannya, udang,sotong,kerang, emmm apa lagi ye..lokan
pun takde(R1/P)

Kenyataan Responden 1 disokong oleh

Responden 2 yang juga

menerangkan dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang


akhirnya menjejaskan alam sekitar. :

65
Ikan tu mati.Sebab orang buang sampah dalam air. Bila air tercemar jadi
ikan pun mati. Sisa toksik dari kilang pun menjadikan punca air tercemar.(R2/L)

Dalam masa yang sama Responden 2 juga sedar bahawa perbuatan


membuang sampah itu akan menyebabkan hidupan air terjejas. Kejadian itu
menyebabkan dia mengingatkan dirinya sendiri agar tidak mencontohi perbuatan
yang tidak bermoral itu.

Bila orang makin banyak buang sampah , mesti ikan-ikan tu mati, sebab
dah tak de tempat nak swiming. Lagipun kalau ada minyak atau kotoran lain mesti
buat ikan tu tak boleh bernafas. Bila ikan banyak mati , kotorlah sungai,
busuk.Macam kat paper hari tu ada banyak ikan mati kat sungai..ahh sungai perak
rasanya. saya tak mahu buat macam gitu.(R3/L)

Gigi menyatakan bahawa penggunaan elektrik yang berlebihan akan


menyebabkan bumi menjadi panas. Dia juga percaya kita akan kehabisan sumber
elektrik atau tenaga sekiranya ianya digunakan dengan berlebihan. Responden 7
berkata:

Saya akan tutup semuanya.Sebab kalau kita guna banyak sangat bumi akan
meletup. Sebab kita tak boleh guna banyak sangat karan, dan ianya membazir, ianya
akan menambah lagi bill. Sumber letrik akan habis kalau banyak sangat guna. Bumi
akan panas kalau banyak sangat karan digunakan. Lagipun ini kan kena biasa buat
cikgu..tapi kadang-kadang lupa jugak.(R7/P)

Responden 4 juga memberitahu bagaimana kesan penggunaan elektrik dan


air yang berlebihan ini akan memberi impak negatif kepada alam sekitar. Walaupun
dia tidak begitu yakin dengan kenyataannya, namun dia dapat melihat bahawa
lapisan ozon juga akan terjejas sekiranya penggunaan barangan elektrik ini tidak
dijimatkan. Malahan dia juga menjelaskan kesan yang buruk dapat dilihat apabila
tiba musim kemarau. Responden 4 berkata:

66
...nanti kalau musim kemarau, air di dalam simpanan akan
berkurangan,jadi kalau kita tak jimatkan air sekarang, bila masa kemarau lagi
susah. Kalau kita tak jimatkan elektrik,sumber lektrik makin sikit dan bumi akan
panas,lapisan ozon pun makin nipis (ketawa) rasanya lah...(R4/P)

Seterusnya, kesedaran alam sekitar dan sikap mereka juga dapat dilihat
apabila responden diminta untuk memberi pendapat mereka tentang gambar kedua
( lampiran B). Responden 5 menjelaskan bahawa, keadaan bumi yang dilihat itu
adalah disebabkan oleh pembalakan. Pembalakan yang berleluas menyebabkan
keadaan alam sekitar semakin tercemar. Dia menceritakan:

...keadaan bumi sebelah itu segar, sebelah tu tak segar, sebelah tu ada
banyak asap, pembangunan banyak tercemar. Sebelah nie takde pencemaran, ada
pokok,ada haiwan dan semuanya hijau, maksudnya sebelah tu ada buat pembalakan
haram, sebelah nie takde...(R5/P)

Seorang lagi responden, Responden 4 dengan begitu yakin menyuarakan


pendapatnya tentang gambar yang dilihat. Dia yakin pembalakkan telah
menyebabkan pencemaran dan alam sekitar semakin terjejas. Begini pendapatnya:

Pencemaran dan bumi makin musnah disebabkan pokok banyak kena


tebang. ...Gambar ini mungkin nak bagitau kita,kalau kita tak jaga bumi,maka bumi
kita akan hilang alam sekitar yang hijau,alam sekitar terjejas....(R4/P)

4.4.1.1.1

Penguatkuasaan Undang-undang

Responden 4 berkongsi perasaan yang sama dengan Responden 1 dan


Responden 3 dan menambah golongan yang tidak bertanggungjawab ini sepatutnya
dikenakan tindakan yang tegas. Dia percaya hanya dengan penguatkuasaan sahaja

67
dapat membendung perbuatan yang merosakkan alam sekitar serta menyusahkan
orang yang lain.

hishh..kesian nelayan tau cikgu.nanti nelayan susah nak buat kerja, iyahlah
bila ikan-ikan makin kurang dan air dah kotar, macam mana mereka nak tangkap
ikan, macam mana mereka nak hidup. Nanti diaorang akan susah untuk sara hidup.
Geram betul dengan orang yang suka buat macam gitu. Orang macam gini patutnya
kena tangkap masuk lokap. Barulah diaorang tau. Menyusahkan orang lain
kan.(R4/P)

Bukan sahaja perlu dimasukkan ke dalam penjara, malahan bayaran denda


dan hukuman yang berat perlu dikenakan kepada mereka yang membuang sampah
merata-rata sehingga menyebabkan pencemaran alam. Begitulah yang diluahkan oleh
Responden 6. Dia percaya hukuman yang berat akan memberi pengajaran kepada
pelaku kesalahan yang menjejaskan keharmonian alam sekitar. Berikut adalah
pernyataan Responden 6:

...disebabkan ikan-ikan ni banyak mati, mesti nelayan semua susahkan.


Iyahlah macam mana diaorang nak tangkap ikan, nak jual nak dapat duit. Kesian
nelayan. Orang yang buat susah nie patutnya kena tangkap...biar duduk dalam
penjara...ehhhh, tak cukup tu cikgu...kalau saya jadi polis saya suruh bayar duit
sepuluh ribu...padan mukakan,sapa suruh buang sampah macam gitu....(R6/P)

Aktiviti alam sekitar yang dilakukan tanpa batasan mengakibatkan


keharmonian

kehidupan

terganggu.

Menurut

beberapa

Responden,

aktiviti

pembalakan untuk pembangunan telah menyebabkan hilangnya suasana aman dan


nyaman kehidupan.

68
Responden 1 percaya aktiviti pembalakan telah menyebabkan bumi
kehilangan banyak suasana hijau dan mengakibatkan keharmonian kehidupan
manusia terjejas. Responden 1 berpendapat, tidak mustahil manusia di bumi ini akan
bertelingkah dan berperang sesama sendiri hanya untuk mendapatkan udara dan air
yang bersih. Berikut adalah pendapatnya:

Emmm
tentang
pembalakan
harampause..pembangunan..emmm
pencemaran udara..keadaan bumi sebelah tu segar, sebelah tu tak segar.sebelah tu
ada banyak asap, pembangunan banyak tercemar. Sebelah nie takde pencemaran,
ada pokok,ada haiwan dan semuanya hijau.maksudnya sebelah tu ada buat
pembalakan haram, sebelah nie takde. Mesti orang semua susah nak hidup..ahh
susah macam sakitlah, pas tu rasanya macam kat tv cerita english pasal future,
orang gaduh gaduh nak airlah bersih, udara bersihlah.(R1/P)

Responden 3 menyatakan sikap tamak dan terlalu mementingkan kemodenan


telah menyebabkan manusia lupa akan akibat pembangunan yang melampau kepada
alam sekitar. Responden 3 menyatakan:

Bumi dibahagikan kepada dua keadaan, yang mana satu masih ada hutan
dan pokok-pokok dan haiwan dan satu lagi ada bangunan, kilang, asap dan banyak
rumah-rumah.dan takde pokok satu pun. Emmmmanusia banyak tebang pokok,
untuk pembangunan, nempak macam pencemaran asap dan tentu ada pencemaran
bunyi semakin banyak. Manusia makin tamak dan sibuk mengejar pembangunan dan
menyebabkan alam sekitar terjejas(R3/P)

Responden 5 berpendapat adalah tidak wajar, menghapuskan kehijauan


sehingga menyebabkan hidupan lain terjejas hanya semata-semata untuk kemodenan
dan pembangunan. Berikut adalah pernyataanya:

Gambar bumi yang aman dan tak aman. Yang aman tu ada haiwan
semulajadi, tumbuhan, yang taka man tu ada benda terbakar, rumah terbakarehh
bukan-bukan, gambar asaplahada kilang-kilang. Saya rasa ini aman sebab ada
hutan, hijau dan segar, yang sini tak aman sebab ada banyak asap dan tak de pokok

69
pun. Aman maksudnya..mmm macam hidup ok, kita rasa best. Sebab tak jaga bumi,
kitalah yang tak jaga bumi, kita bakar sana sini, pas tu kita tebang pokok, bunuh
haiwan, tak boleh buat macam gitu(R5/L)

Responden 6 percaya kewujudan kilang yang terlalu banyak telah


menyebabkan pencemaran sehingga menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan
hidup. Fenomena ini juga telah menyebabkan manusia bergaduh sesama sendiri
dalam mengejar pembangunan. Dia berkata:

Bumi ini boleh hidup kot, sebelah sini tak boleh hidup kot. Yang tak boleh
hidup tu macam rosak-rosak. (pause) bumi dah rosak, sebab kita tak jaga
kebersihan, alam sekitar, pastu kita gaduh-gaduh. Pas tu banyak sangat kilangkilang yang keluarkan asap. (Pause) kalau bumi kita rosak, nanti manusia tak boleh
hidup.(R6/P)

Berdasarkan maklumbalas di atas, bahawa murid-murid ini mempunyai


kesedaran yang tinggi terhadap lestari alam sekitar. Murid-murid ini mempunyai
ilmu serta pendedahan tentang isu-isu alam sekitar dan kesannya kepada manusia dan
hidupan lain.

4.4.1.2 Pengalaman

Dapatan kajian menunjukkan pengalaman yang dilalui oleh murid boleh


dijadikan kayu pengukur dalam menentukan tahap sikap mereka terhadap lestari
persekitaran. Pengalaman yang diterima oleh murid sama ada daripada rumah atau
sekolah boleh membentuk sikap dan tingkahlaku mereka. Item pengalaman ini boleh
dibahagikan kepada dua iaitu rumah dan sekolah.

70
4.4.1.2.1

Rumah

Dapatan kajian

menunjukkan peranan ibu bapa sangat penting dalam

membentuk sikap anak (murid) yang cinta dan menghargai persekitaran. Hal ini
adalah kerana terdapat responden yang menunjukkan sikap yang kurang mesra alam
sekitar akibat daripada pemerhatiannya di rumah.

Responden 3 mengatakan bahawa dia tidak tahu tentang aktiviti kitar semula
kerana dia tidak mempunyai maklumat berkaitan kitar semula. Ibu dan ayahnya juga
tidak pernah mengambil berat untuk melakukan aktiviti kitar semula. Kata
Responden 3:

emm...saya tak tahu pun pasal kitar semula. Tak pernah buatlah. Nak buat
camana, mak saya pun semua buang kat dalam tong sampah. Ayah pun tak pernah.
Dekat dengan rumah saya memang ada tong kitar semula tu, tapi macam malas aje
nak kesana, mak cakaplah...alah buang kat tong biasa pun boleh dikitar juga
apa..mak saya cakap gitu.(R3/P)

Namun begitu ada juga responden yang mendapat pendedahan yang baik
daripada ibu bapa. Sebagai contoh Responden 7, yang mengatakan ayah dan ibunya
sangat mementingkan menjaga alam sekitar. Mereka sentiasa memberikan contoh
yang terbaik untuk Responden 7 dan adik-beradik yang lain.

Saya tahu itu tong kitar semula. Kat rumah saya pun ada. Tapi bukan sebiji
macam gini cikgu. Bapa saya buat 3 kotak dan dia tampal gambar kertas, tin dan
plastik. So kami memang buang kat situlah, emmm..bila dah penuh bapa saya bagi
kat surau depan rumah ..sebab orang surau akan jual rasanya.emm saya pun tak
ingat kenapa.(R7/P)

71
Responden 1 berkongsi pendapat yang sama dengan Responden 7 dan
menambah ibu bapanya akan mengutip sampah yang dibuang oleh jirannya
dihadapan rumah. Sikap yang ditunjukkan oleh bapanya itu sangat memotivasikan
dirinya. Kata Responden 1.

Saya tak tahu kenapa ada orang sanggup buang sampah dalam sungai. Not
good kan? Saya memang tak pernah buang samaph merata sejak kecil. Mak ngan
ayah saya dah ajar sejak kecik jangan buang kat luar rumah. Cikgu tahu tak, jiran
saya suka buang sampah kat depan rumah, bawah pokok mangga saya. Ayah saya
akan kutip semua pas tu buang kat tong.(R1/P)

4.4.1.2.2

Sekolah

Dapatan kajian juga telah menunjukkan bahawa sekolah mempunyai fungsi


yang sama seperti rumah dalam memastikan sikap lestari terbentuk. Terdapat tiga
sub dimensi iaitu, guru, pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.

4.4.1.2.2.3

Guru

Dapatan kajian menunjukkan bahawa dimensi guru merangkumi pendidikan


formal dan tidak formal. Hal ini adalah kerana guru berperanan sebagai penyampai
maklumat tanpa batasan. Maksudnya disini ilmu yang disampaikan itu boleh jadi
berada di dalam sukatan pelajaran atau berada di luar sukatan.

72
Responden 2 menyatakan selama ini dia hanya melihat penebangan pokok
balak itu punca utama banjir kilat dan hakisan. Dia juga percaya bahawa dengan
menanam pokok balak itu kembali boleh menyelamatkan alam sekitar. Namun
selepas mengikut program lestari yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap, dia kini
lebih bersedia untuk memelihara alam sekitar.

Ahh,,sebab orang tebang pokoklah jadi macam gitu. Habis pencemaran


ada, pastu tanah hakis, tanah runtuh. Rupanya cikgu saya kata, kita boleh
selamatkan alam dengan menanam pokok bunga dan rumput dikawasan rumah kita
untuk mengurangkan pergerakkan tanah. Saya tak tahu pun benda nie. (R2/L)

Maklumat, informasi atau ilmu pengetahuan yang guru sampaikan tidak


semesti terkandung di dalam buku teks, sukatan atau silibus. Guru boleh membantu
murid mengembangkan daya pemikiran mereka dengan mewujudkan peluang untuk
mereka berfikir dan meneroka. Guru perlulah menjadi seorang yang kreatif, inovatif
dan sentiasa selangkah dihadapan murid-murid. Responden 5 menyatakan:

Cikgu saya banyak ceritakan pada saya tentang bumi dan alam ini. Saya
suka bila cikgu kongsikan pengalamannya menjadi suka relawan membersihkan
sungai, mengutip sampah kat pantai Desaru pastu banyak lagi. Cerita cikgu tu
buatkan semangat saya macama cikgu jugak. Nak tolong jaga alam sekitar nie.
Supaya kita boleh hidup lama dengan sejahtera dan aman. (R5/P)

4.4.1.3

Emosi

Responden 1 dan Responden 4 menyuarakan pandangan yang beremosi


berbaur marah dan kecewa dengan fenomena yang berlaku. Mereka percaya nelayan
juga berhak menikmati hidup yang selesa. Mereke tidak sepatutnya menjadi mangsa
disebabkan kecuaian dan kerakusan manusia yang tidak bermoral. Berikut adalah
luahan Responden 1:

73
... kesian orang-orang yang tangkap ikan.Nanti jadi miskin sikit.
Masyarakat takde sivik dan tak kesian dengan orang lain sepatutnya kenalah fikir
pasal orang lain jugak kan.(R1/P)

Responden 4 menyokong pendapat Responden 1 dengan menyatakan


golongan nelayan akan menghadapi kesukaran dalam menyara hidup. Dia juga
menambah, tidak mustahil kehidupan yang sukar akan menyebabkan mereka
melakukan perbuatan jenayah. Kata Responden 4:

... Apabila ikan dah semakin kurang dan hujan pulak tu, mesti diaorang tak
boleh buat kerja kan. Nanti diaorang akan susah untuk sara hidup. Kalau anak
ramai kan kesian. Cikgu saya pernah cakap, ada orang terpaksa melakukan jenayah
sebab hidup dia susah, nak sara hidup terpaksa mencuri. .(R4/P)

Emosi yang sama diluahkan dikongsi oleh Responden 5.Dia turut merasakan
adalah tidak adil nelayan terpaksa menghadapi kesukaran hidup disebabkan
perbuatan manusia yang mementingkan diri sendiri. Berikut adalah luahan perasaan
Responden 5:

. Emmmmorang yang tangkap ikan,emm nelayan jadi miskin, sebab tak de


apa-apa nak jual . tak patut sebab orang lain yang buat onar, orang lain pula yang
terima akibatnya..(R5/P)

4.4.2

Lestari Ekonomi

Lestari ekonomi mempamerkan bagaimana seseorang itu menjalankan


kegiatan ekonomi tanpa menjejaskan kestabilan alam sekitar ataupun menjalankan
kegiatan alam sekitar tanpa menjejaskan kestabilan ekonomi. Dapatan kajian

74
menunjukkan lestari ekonomi juga mempunyai dimensi yang sama dengan lestari
persekitaran iaitu dimensi kesedaran dan dimensi didikan.

4.4.2.1

Kesedaran

Responden 1 menjelaskan bagaimana akibat pembuangan sampah yang tidak


terkawal membawa kepada kepupusan populasi ikan dan akhirnya

menjejaskan

sumber pendapatan nelayan. Dia berkata:

...populasi ikan semakin berkurang. Sungai laut semua kurang ikannya,


udang, sotong,kerang emmmm apa lagi ye,,lokan pun tak de (pause yang agak lama)
nelayan tak dapat ikan.(pause yang agak lama) nelayan takde sumber pendapatan.
Nanti jadi miskin sikit...(R1/P)

Begitu juga dengan responden-responden yang lain yang beranggapan


pencemaran sungai telah menyebabkan kekurangan ikan dan akhirnya memberi
impak ekonomi kepada kaum nelayan yang bergantung sepenuhnya kepada hasil
jualan tangkapan mereka.

Responden 2 menyatakan bahawa nelayan atau sesiapa sahaja yang ingin


menangkap ikan, pasti hasil tangkapan mereka berkurangan. Dia menambah, nelayan
yang bergantung hidup pada hasil tangkapan, pasti akan menjejaskan hasil jualannya.
Berikut adalah pendapatnya:

...orang yang tangkap ikan..nelayan akan dapat hasil tangkapan yang sikit
sangat. Hasil jualan akan berkurangan...(R2/L)

75
4.4.2.2 Didikan

Aktiviti kitar semula yang dilakukan bukan hanya berfungsi melindungi alam
sekitar malahan memberi keuntungan kepada mereka yang bijak.

Responden 1 berdasarkan pengalaman yang dilalui olehnya sendiri dengan


melakukan aktiviti kitar semula ini dapat membantu dia membeli apa yang dihajati
oleh. Dia berkata:

... saya memang tahu kitar semula ini boleh buat duit. Maksud saya macam
botol, besi buruk dan surat khabar. Emmm ..( ketawa) bapak saya jual kat besi
buruk,. Bukan selalu tapi dalam dua bulan sekali. (ketawa) tapi tak beli sayur pun,
dapat duit terus belikan ais krim.. bagus.(R1/P)

Responden 3 menambah bahawa aktiviti kitar semula ini bukan hanya


dilakukan oleh keluarganya sahaja, malahan ada dalam kalangan saudaranya yang
menjalankan perniagaan kitar semula. Ini menyebabkan dia sedar setiap barang
mempunyai nilainya tersendiri. Kata Responden 3:

...ooo..saya memang dah biasa sejak dulu lagi pasal kitar semula...kalau
saya sebut besi buruk boleh cikgu? (ketawa). Pak sedara saya ada kilang besi buruk
kat Saleng. Kalaulah semua botal ngan besi buruk ngan kertas kertas semua buang.
Penuh rumah kita..(ketawa) Abang saya pun selalu jual surat khabar, botol plastic
dan tin kat besi buruk sebab dia kata boleh buat duit...(R3/P)

76
4.4.2.3 Jimat

Responden

memahami

dengan

melakukan

kitar

semula

dapat

menjimatkan duit. Malahan dia percaya barangan lama ini boleh menjadi sumber
pendapatan sampingan.Berikut adalah kenyataan Responden 4:

...Kita dapat jimatkan duit.iyelah cikgu, contohnya macam botol plastik


yang kosongkan, kita boleh guna buat tanam pokok, dah tak payah beli pasu baru.
(R4/L)

Responden 8 berkongsi pendapat yang sama dengan Responden 4. Dia


menambah dengan adanya kemudahan internet maka banyak informasi yang boleh
diperolehi.

...mmm..boleh jual macam besi buruk, surat khabar lama. Kemudian saya
ada tengok kat internet, diaorang guna macam-macam barang terpakai untuk
menghasilkan benda yang baru. Macam buat kerusi dari botol plastik yang banyak,
buat tempat letak baju kecik-kecik dari gelung bekas tisu dan banyak lagilah
cikgu.(R8/P)

4.4.3

Lestari Sosial

Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga dimensi yang utama iaitu emosi,
didikan agama. Ketiga- tiga dimensi ini berfungsi untuk menentukan tahap sikap
lestari sosial murid.

77
4.4.3.1 Emosi

Dapatan kajian menunjukkan dimensi emosi adalah merangkumi perasaan


marah, sedih dan kecewa serta kesian. Menurut murid-murid yang ditemu bual,
mereka tidak boleh berbuat apa-apa apabila melihat perbuatan yang tidak bermoral
berlaku dihadapan mata mereka. Mereka hanya boleh meluahkan perasaan melalui
perkongsian pendapat sesama rakan sebaya atau ahli keluarga mereka.

Kesemua responden mempunyai kesedaran tentang sikap yang tidak


bertanggungjawab dengan membuang sampah ke dalam sungai atau air yang
mengakibatkan kehidupan air terjejas . Responden 4 berkata:

Saya tak tahulah kenapa orang nak buang sampah dalam sungai.diaorang
tak tahu ke buat macam gitu kan tak boleh. Geram pun ada, marah pun ada.
Buanglah dalam tong sampah.(R4/L)

Perbuatan membuang sampah yang yang tidak bermoral dan tidak


bersistematik telah mengancam seterusnya menjejaskan kehidupan air terutamanya
pembiakan ikan. Kesemua responden mengatakan insiden itu menjejaskan status
sosial bukan hanya nelayan malahan individu yang lain. Kehidupan menjadi susah
dan menjejaskan aktiviti harian mereka.

Alam ini adalah kepunyaan bersama. Adalah menjadi tanggungjawab semua


untuk menjaga alam ini. Itulah yang diluahkan oleh Responden 7:

...Tak boleh orang buat macam gitu, sebab nanti kita jugak yang susah, nak
makan ikan dah tak de, nelayan pun kesian... Mestilah mereka akan hidup susah.
Sebabnya bumi ni kan milik semua, sungai , air laut pokok semua kita punya. Jadi
kenalah jaga sama-sama.(R7/P)

78
Resonden 3 menyokong apa yang dinyatakan oleh Responden 7. Dia
melahirkan kebimbangannya terhadap kehidupan para nelayan yang akan terjejas
disebabkan kehidupan air yang semakin berkurangan. Dia dengan rasa sedih
menyatakan begini:

Sayakan cikgu..rasa paling kesian dengan nelayan. Cian mereka..iyahlah


Bila ikan banyak mati, mesti punca pendapatan nelayan akan terjejas...(R3)

4.4.3.2

Rohaniah

Pendapat Responden 1 dikongsi bersama dengan Responden 3 . Dia turut


memahami konsep Earth Hour. Malahan dia bersama-sama dengan keluarganya
telah menutup lampu sebagai tanda sokongan untuk menjaga bumi ini. Tambahan
pula Responden 3 percaya pembaziran itu tidak digalakkan dalam ajaran agama
Islam. Responden 3 menceritakan:

Sudah pasti saya akan tutup semua suiz ini. Membazir itu adalah kawan
syaitan. Saya sudah terbiasa menutup suiz elektrik ataupun barangan elektrik
selepas digunakan. Penggunaan tenaga letrik yang berlebihan akan menyebabkan
bil semakin meningkat. Kalau kita guna dengan bijak, kita boleh jimatkan tenaga
letrik dan jugak duit kita.Tak perlu bayar banyak. Penggunaan tenaga letrik juga
akan memanaskan bumi. Sebab itu ada Earth Hour. Saya sekeluarga tutup lampu,
tapi kejap ajelah.(R3/P)

79
4.5

Amalan Konsep lestari

Amalan lestari akan dilihat melalui tiga dimensi yang utama iaitu lestari
persekitaraan, lestari ekonomi dan lestari sosial. Dapatan kajian menunjukkan
dimensi kesedaran, didikan dan rohaniah menjadi item utama dalam menentukan
tahap amalan murid.

4.5.1 Amalan Lestari Persekitaran

Dapatan kajian menunjukkan murid-murid ini mengamalkan konsep lestari


pada skala yang sangat sederhana. Amalan konsep lestari merupakan satu tindakan
yang mungkin dipengaruhi oleh sikap mereka sendiri.

4.5.1.1

Kesedaran

Majoriti responden yang ditemu bual menggunakan buku lama untuk


dijadikan sebagai buku catatan mereka. Berikut adalah pernyataan mereka:

Responden 1 merasakan pokok-pokok perlu ditebang, kerana dia percaya


pokok-pokok itu perlu digunakan untuk menghasilkan perabot dan juga kertas untuk
menulis. Namun katanya, penebangan itu boleh dikawal sekiranya kita dapat
mengamalkan budaya penjimatan. Dia menambah bahawa dia akan mengunakan
buku tulis yang lama untuk dijadikan buku catatan. Ini adalah kerana dia tidak mahu
melakukan pembaziran.

80
...Biasanya saya akan guna buku tulis lama untuk buat conteng-conteng dan
kira-kira. Jimat sikit. Boleh potong pokok, tapi kena sikit aje . jadi kalau kita nak
kurangkan potong pokok, kenalah pakai buku terpakai atau beli perabot
terpakai..(R1/P)

Responden 3 merasakan adalah perlu untuk mencari bahan lain untuk dibuat
kertas sepertimana perabot juga sekarang diperbuat daripada bahan selain daripada
kayu. Responden 3 juga menyokong tindakan kitar semula kertas-kertas yang
terpakai. Dia berkata:

.
...Buku catatan saya adalah buku lama yang telah saya ubahsuai. Saya
rasakan cikgu, kita boleh guna kertas atau surat kahbar lama , pastu kita buat kertas
tulis. Iyelah sekarang kan dah ada perabot plastik, jadi kalau kertas pun dah boleh
dihasilkan dari kertas terpakai. Selamat pokok-pokok..(R3/P)

Responden 4 pula telah mengamalkan penggunakan buku lama sebagai nota


sejak berada di tahun 4. Ini adalah aktiviti yang diajar oleh ayahnya. Dia menambah,
dengan melakukan aktiviti ini bersama-sama dengan ahli keluarganya yang lain,
hubungan antara mereka semakin erat. Responden 4 kata:

...Biasanya saya gunakan buku lama untuk buat buku catatan, dari dulu lagi
saya buat macam gitu. Ayah saya ajar kami adik beradaik untuk buat buku kecik.
Seronok cikgu. ..(R4/L)

Walaubagaimanapun, terdapat responden yang tidak menggunakan buku tulis


yang lama untuk dijadikan nota. Mereka menggunakan buku yang baru sebagai buku
catatan mereka.

81
Responden 8

merasakan perbuatan menghasilkan buku nota yang baru

adalah membuang masa. Dia merasakan masa yang digunakan untuk menghasilkan
buku nota itu boleh digunakan untuk membuat perbuatan yang lebih berfaedah.

...Saya tak de buku lama, semua dah dibuang.saya beli buku nota baru
untuk catatan. Lecehlah cikgu nak gunting-gunting buku itu. Banyak kerja yang
lain...(R8/P)

Responden 6 pula telah menyerahkan buku-buku lamanya kepada kakak dan


abangnya. Responden 6 menyatakan dia tidak mempunyai keperluan untuk
menggunakan buku yang lama, kerana ayahnya akan belikan yang baru.

.
...Saya tak guna buku lama, abang dan kakak saya yang ambik buku tulis
saya lama dan buat buku catatan, saya beli yang baru.. lagipun saya rasa macam tak
payah aje nak guna buku lama. Nanti bapak saya belikan buku yang baru...(R6/P)

Kenyataan di atas disokong oleh responden Responden 8 menceritakan


bagaimana penggunaan air yang berlebihan akan menyebabkan simpanan air
berkurangan. Dia percaya penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan akan
membawa kepada pemanasan global. Sama seperti Responden 6, dia tidak begitu
faham tentang konsep pemanasan global, namun dia tahu itulah yang akan berlaku
sekiranya penggunan elektrik tidak dijmatkan. Dia menjelaskan:

...nanti bekalan air pun makin habis, kita jugak yang susah. Kalau letrik
pulak, makin banyak guna, nanti merosakkan alam sekitar.Saya terbaca di internet
kalau kita tak kurangkan penggunaan tenaga elektrik, akan menyebabkan
peningkatan kadar pemanasan global. Tapi saya tak tahulah apa itu pemanasan
global...(R8/P)

82
4.5.1.2

Didikan

Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua sub dimensi iaitu guru dan ibu
bapa.

4.5.1.2.1

Guru

Guru adalah orang tengah atau saluran yang terbaik untuk memastikan setiap
ilmu pengetahuan disampaikan kepada murid-murid. Guru-guru terikat dengan
kandungan yang terkandung didalam silibus mata pelajaran yang perlu disampaikan.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid ini menghasilkan bahan


dari barangan kitar semula adalah disebabkan ianya terkandung di dalam silibus
mereka. Guru mereka telah mengarahkan murid-murid ini mencipta barangan dari
bahan kitar adalah untuk dinilai.

Apabila diutarakan soalan tentang barangan atau item kitar semula yang
pernah murid-murid ini gunakan, 7 daripada responden memberikan maklum balas
yang sangat positif. Namum begitu mereka berbuat sedemikian adalah disebabkan
arahan daripada guru mereka.

Responden 1 menyatakan dia pernah membuat barangan dari bahan kitar


semula. Namun hanya sekali sahaja, itu pun di sekolah kerana terdapat dalam silibus
Dunia Seni Visual mereka. Kata Responden 1:

83
...Mmm, saya pernah buat bekas letak pencil daripada kotak colgate dan
buat pasu bunga dari botol minuman. Tapi saya Cuma buat sekali sebab cikgu suruh
buat untuk projek seni...(R1/P)

Begitu juga dengan Responden 2 yang tidak pernah menggunakan atau


menghasilkan barang dari bahan terbuang. Hal ini adalah kerana dia tidak
mempunyai ilmu pengetahuan bagaimana hendak mengubah bahan terbuang menjadi
barangan yang berguna. Namun begitu sama seperti Responden 1, di hanya pernah
buat sekali sahaja di sekolah semasa mata pelajaran Dunia Sains dan Visual.
Katanya:

...Tak tahu pun mmmm, saya tak pernah guna barang kitar semula.
Sebab saya tak de idea camana nak hasilkan barang lain gunakan barang
terbuang...Mmmm tapi kat sekolah pernah buat, tapi kat sekolah pun buat
sekali ajelah , masa DSV. cikgu ada ajar buat pencil box dari kotak dan tin
lama...(R2/L)

Namun begitu terdapat Responden yang tidak pasti bahawa aktiviti kitar
semula ini adalah salah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada
pengamalnya. Responden 7 tidak mempunyai maklumat berkaitan perkara ini.
Berikut adalah kenyataan dia:

...Boleh dapat duit ke dengan kitar semula? Tak tahu pun .Memanglah ada
India ngan Cina datang naik lori, pastu tanya nak beli besi buruk, surat khabar
lama. Tapi banyak dapat duit. Mak saya selalu cakap, diaorang amek
murah(R7/L)

Begitu juga dengan responden yang lain, memberi maklum balas yang hampir
sama. Mereka tidak tahu tentang aktiviti kitar semula yang bukan sahaja akan
mengurangkan komposisi sampah malahan boleh menjana pendapatan.

84
4.5.2 Lestari Ekonomi

Namun begitu bukan semua responden mempunyai kesedaran yang sama.


Apabila diajukan soalan berkaitan dengan cara penggunaan air dan tenaga elektrik,
ada diantara murid ini tidak dapat melihat kesan kepada alam sekitar sekiranya
penggunaan tenaga elektrik dan air tidak berhemah.

Sebagai contoh, Responden 6 menutup lampu dan air hanya kerana takutkan
ibunya. Dia juga tidak peka dengan natijah yang bakal berlaku sekiranya air dan
tenaga elektrik digunakan tanpa berhemah. Namun Responden 6 akur bahawa bil
akan meningkat sekiranya penggunaan yang berlebihan.

Saya akan tutup. Sebab nanti membazir.Tak boleh membazir, tak boleh
sebab nanti bil letrik naik naik.Tutup tv tu,sebab tak payah tengoklah, sorang
ajekan.Kadang-kadang saya terlupa jugak nak tutup lampu dan kipas, mak marah,
dia kata bil letrik banyak. (R6/P)

Walaubagaimanapun, terdapat responden yang sangat peka terhadap alam


sekitar. Mereka sedar kesan yang sangat buruk akan berlaku sekiranya tenaga
elektrik dan air tidak digunakan dengan berhemah.

4.5.3

Lestari sosial

Dapatan kajian menunjukkan terdapat dimensi rohaniah, berkongsi dan


tanggungjawab.

85
4.5.3.1

Rohaniah

Bukan hanya manusia sahaja menjadi penghuni dan mempunyai hak untuk
hidup di bumi ini. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga mempunyai hak yang sama
untuk menikmati kehidupan di bumi ini. 5 Responden mempunyai pandangan
sebegitu.

Responden 3 menyatakan dia mungkin tidak akan memelihara kucing jalanan


yang ditemui, tetapi dalam masa yang sama dia tidak akan mencederakan kucing
tersebut. Responden 3 percaya kucing juga seperti manusia, mempunyai hak untuk
hidup. Dia berkat:

Saya akan beri kucing tu makan. Mungkin tidak bela, tapi saya akan bagi
makan. Kucing kat belakang rumah pun saya bagi makan. Sebabnya, kucing adalah
kesayangan nabi. Dan kucing pun nak hidup jugak.(R3/L)

Responden 4 juga bersependapat dengan Responden 3. Namun apa yang


membezakan Responden 4 dengan Responden 3 ialah, Responden 4 akan membawa
kucing itu pulang ke rumah. Responden 4 mengatakan kucing adalah makhluk
kesayangan Nabi.

Saya bagi makan. pastu saya bawa balik dan bela dan bagi makan. Dan
jaga kucing tu. Saya sayang semua binatang sebab binatang pun ada hak nak hidup
di bumi ini. Dan cikgu kata kucing tu adalah kesayangan nabi. Jadi kita pun ikut
macam nabi. Kena sayang kucing..(R4/L)

Mengambil jalan tengah iaitu tidak berbuat apa-apa adalah jalan yang terbaik
mengikut pendapat Responden 7. Namun dia sedar binatang juga mempunyai hak
yang sama untuk hidup di bumi ini. Tindakan Responden 7 adalah disebabkan,

86
arahan ibunya yang tidak membenarkan kucing dibawa masuk ke dalam rumah. Kata
dia:

Saya buat tak tahu ajelah. Tak patut kita pukul haiwan tu, berdosa. Ustaz
cakap binatang pun nak hidup jugak kat bumi Allah nie.. (senyum) kadang-kadang
saya bagi makan kucing kat belakang rumah.. tapi bila mak tak nampaklah, sebab
mak marah, dia kata, kucing tu nanti masuk rumah, berak sana sini(R7/P)

Berlainan pula dengan Responden 6

yang akan bawa kucing pulang ke

rumah kerana keluarganya sangat sayang akan kucing. Dia juga sudah dinasihatkan
oleh ibunya agar tidak mendera atau memukul binatang lain.

Saya akan bagi sikit makanan saya. Tak akan pukul sebab itu pun makluk
Allah, tak baik pukul. Mak saya pernah cakap, kat bumi ini semua makluk ada hak
untuk hidup. Kita tak boleh bunuh atau pukul binatang lain. (R6/P)

Walaupun Responden 1 tidak menyebut tentang hak hidup haiwan di bumi


dalam perbualannya, namun dia percaya haiwan tidak sepatutnya dianiya. Dia
memberitahu:

Kalau kat kedai makan saya bagi makan sikit...ahh.mmmada kawan yang
pukul..saya taklah..baling batulah. Tak cakap apalah, sebab saya tak kenal
pun..kalau kawan yang saya kenal saya marahlah diaorang, mana boleh pukul
binatang lain..(R1/P)

Namun begitu ada diantara responden yang tidak mempunyai sentimen


sayangkan haiwan. Responden 2 dan Responden 5 tidak mempunyai sentimen yang
sama seperti mereka yang lain. Mereka tidak melihat haiwan (kucing) sebagai
sebahagian daripada penghuni bumi ini, maka dengan itu haiwan tidak perlu diberi
layanan yang sewajarnya.

87
Responden 2 dengan bangganya mengatakan dia akan memukul kucing yang
datang menganggunya. Pada pendapatnya, kucing hanyalah sejenis haiwan yang
kotor.

Saya akan halau.sebab dia kacau saya makan. Eeee.. saya geli dengan
kucing..saya tak pernah pun bagi kucing makan. Nak kesian dengan kucing? Nak
buat apa. Emmm..sikit aje kot..kucing aje kan...(R2/L)

Responden 5 tidak gemar apabila didekati kucing semasa makan di kedai,


kerana dia keadaan kucing yang kotor berbau busuk dan menjijikkan. Reaksi muka
Responden 5 juga menjelaskan bahawa dia kurang selesa dengan kehadiran kucing
dan beranggapan kucing tiada kepentingan dalam kehidupan manusia. Responden 5
kata:

Sepak ah..takut..nanti kucing tu cakar saya..tak kesian sebab (PAUSE),


itukan kucing ajesaya takde haiwan peliharaan kat rumah.busuklah cikgueee
kotor (R5/P)

4.5.3.2

Tanggungjawab

Amalan lestari murid berbeza-beza mengikut situasi dan pengalaman hidup


mereka serta ditambah dengan ajaran dan didikan mereka. Ada diantara Responden
yang menutup lampu kerana itu adalah suatu kebiasaan baginya. Responden 1,
Responden 2 dan Responden 3 menyatakan adalah menjadi kebiasaan bagi mereka
memastikan semua suis elektrik ditutup sebelum meninggalkan sesuatu bilik atau
sekiranya tidak digunakan.

88
Amalan yang sudah menjadi kebiasaan pada dirinya sejak kecil menyebabkan
Responden 1 senantiasa akan menutup suis elektrik apabila tidak digunakan. Dia
berpendapat melakukan perbuatan ini bukanlah terlalu sukar, ianya hanya perlu
displin. Kata Responden 1:

...Lagipun ini kan kena biasa buat cikgu. Sebabnya bukannya susah pun
cikgu nak tutup suiz. Kena buat selalulah barulah kita tahutapi kadang-kadang
lupa jugak....(R1/P)

Responden 2 merasakan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk pastikan


semua suis ditutup dahulu sebelum meninggalkan kelas. Kata Responden 2:

...Kat sekolah saya akan pastikan tutup lampu ngan kipas sebelum keluar
kelas Mungkin sebab saya dah biasa buat dirumah. Jadi kalau saya kat sekolah,
saya akan pasti suiz tu tutup. Kadang-kadang dah keluar separuh jalan, saya lari
balik masuk kelas, bagi tutup semua suiz. Kawan-kawan saya tengok ajelah, tapi
sekarang saya, ada kawan yang sama-sama tolong tutupkan suiz.(R2/L)

Responden 3 dengan yakin memberitahu, dia akan pastikan semua suis akan
ditutup sebelum meninggalkan mana-mana kelas. Dia merasakan adalah satu
pembaziran yang perlu ditanggung oleh pihak sekolah sekiranya lampu dan kipas
dibiarkan terpasang. Responden 3 kata:

...Kalau di sekolah saya akan pastikan lampu dan kipas ditutup sebelum
meninggalkan kelas atau mana-mana bilik. Membazir aje kalau kita biarkan lampu
dan kipas on aje. Cikgu pernah cakap , sekolah yang bayar bil letrik ngan air. Kalau
dapat jimat mesti cikgu boleh belikan benda lain...(R3/P)

Walaubagaimanapun, Responden 8 menyatakan bahawa beliau senantiasa


memastikan kesemua suis ditutup sebelum meninggalkan bilik darjah. Ini adalah
disebabkan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Kelas. Beliau berkata:

89
...Tapi kalau kat sekolah, saya sentiasa pastikan lampu dan kipas ditutup,
sebab saya ketua kelas. Nanti kalau saya tak tutup kena marah dengan cikgu kelas.
Lagipun saya kena bagi contoh yang baik pada kekawan yang lain.... (R8/P)

Responden 4 dan Responden 5 mengaku mereka tidak pernah menutup suiz


lampu atau kipas kerana beranggapan itu adalah tugas Ketua Kelas.

Responden 4 dengan teragak-agak mengaku dia tidak pernah mengambil


endah tentang soal menutup suiz lampu dan kipas. Dia merasakan itu bukan satu
perkara yang penting. Responden 4 juga tidak merasakan perbuatannya itu suatu
amalan yang negatif.

...Kalau kat sekolah biasanya memang saya tak pernah tutup, kawan saya
yang tutup. Entah ye, macam tak penting aje nak tutup tu semua. Lagipun kan ada
ketua kelas, biak dia ajelah yang buat. Salah ke kalau tak tutup lampu?..(R4/L)

Responden 5 juga memberitahu adalah menjadi tanggungjawab ketua kelas


untuk memastikan lampu dan kipas ditutup. Dia akan pastikan dia adalah orang yang
pertama keluar dari kelas hanya untuk mengelakkan diri daripada menutup lampu
dan kipas. Kata Responden 5:

.
...Kalau kat sekolah, sapa yang lambat keluar dari kelas kena tutup semua
lampu dan kipas, selalunya ketua kelas yang tutup. Saya keluar cepat-cepat sebab
nanti kena tutup semua...(R5/P)

Berdasarkan maklum balas di atas, dapatlah dijelaskan bahawa muridmurid ini memiliki sikap lestari yang sederhana. Sikap lestari ini mempamerkan
bagaimana murid-murid ini kelak berusaha dalam melestarikan bumi ini.

90
4.5.3.3

Berkongsi

Sikap berkongsi dan suka memberi adalah satu sikap sosial yang sangat
terpuji. Memiliki sikap ini menunjukkan individu tersebut tidak mementingkan diri
sendiri dan senantiasa bersikap terbuka. Responden 1 mengatakan dia akan berikan
barang permainannya kepada mereka yang memerlukan. Dia berkata:

Emmm, iyah rasanya bagus kalau dapat bagi kat orang yang susah,tapi
yang eloklah. Kalau kita berkongsi apa yang ada pada kita dengan orang lain akan
menjadikan hati kita seronok. Mungkin saya akan bagi permainan saya pada
mangsa banjirlah. Kesian budak-budak yang kecil.(R1/P)

Begitu juga dengan Responden 7 yang mengatakan akan menyedekahkan


barang permainannya kepada anak-anak yatim dan orang yang susah. Responden 7
mendapat idea ini daripada media elektronik. Begini kata dia:

Saya ada sikit barang permainan, saya tak suka beli banyak. Tapi kalau
saya ada banyak, saya akan bagi kat rumah anak yatim atau kawan saya yang susah.
Sebabnya saya tengok kat tv, kesian tengok orang yang susah tu, jadi kalau saya ada
banyak barang permainan, pasti saya akan sedekahlah pada mereka.(R7/L)

Responden 2 mengatakan dia tidak memiliki barang permainan yang banyak,


namun begitu sekiranya dia memiliki barang permainan yang banyak, sudah pasti dia
akan berkongsi dengan kanak-kanak yang memerlukan. Berikut adalah kenyataan
dia:

Saya tak de permainan. Tapi kalau saya ada banyak barang permainan
yang berlebihan, saya akan kongsikan dengan orang lain. Tapi yang saya tak suka
lah. Kalau barang permainan yang saya suka, saya kan simpan.(R3/P)

91
Responden 3 dan Responden 8 menyatakan mereka juga akan memberikan
barang permainan mereka kepada kanak-kanak yang lain, Namun mereka berdua
akan memberi dalam dua situasi yang berbeza. Responden 2, hanya akan memberi
sebagai pinjaman sahaja dan Responden 8 hanya akan memberikan barang
permainannya yang sudah rosak.Berikut adalah suntingan pernyataan-pernyataan
mereka:

Sanggup dibuang daripada diberikan kepada orang lain. Itulah yang


diperkatakan oleh Responden 2. Namun begitu dengan adanya arahan dan tindakan
tegas daripada ibunya, Bobo hanya akan pinjamkan barang permainan kepada
sepupunya sahaja.

Saya akan simpan..kalau dah rosak saya akan buang dalam tong sampah.
Kalau ada yang masih elok saya main lah lagi sampai rosak..pas tu buang dalam
tong sampah. Bagi orang? Saya bagi pinjam aje kat sepupu saya. Tapi biasanya tak
dapat balikmak saya kata tak payah minta balik,,kan ada banyak permainan, bagi
aje kat orang lain(R2/L)

Responden 8 mengatakan dia akan berikan barang permainannya kepada


orang lain sekiranya dia sudah bosan bermain dengan permainan tersebut.

Bestnya kalau ada satu bilik penuh dengan mainanmmmm ..mesti saya
asyik main aje..bila dah bosan dengan mainan tu, saya bagi orang lain, kalau
mainan yang rosak tu,,saya buanglah..(R8/P)

Hanya Responden 5 dan Responden 6 sahaja yang tidak akan berkongsi atau
memberikan barang permainan kepada kanak-kanak yang lain. Mereka lebih rela
permainan mereka dibuang. Berikut adalah pernyataan Responden 5:

92
Saya ada banyak mainan, semuanya saya main, kalau tak pakai saya
simpan, pas tu main, rosak buang, main lagi pas tu buang. Tak bagi orang,eeee, tak
bolehpinjam aje boleh tapi nak ambik tak boleh(R5/P)

Berdasarkan maklum balas di atas, dapatlah dijelaskan bahawa murid-murid


ini memiliki amalan lestari sosial. Murid-murid ini mempunyai kesedaran tentang
perkongsian dan sikap saling memberi akan menghasilkan satu fenomena
persekitaraan yang positif dan menyenangkan.

Walaupun Lestari itu bukan satu tajuk yang utama di dalam mana-mana mata
pelajaran teras atau mata pelajaran elektif, namun ianya sepatutnya diterapkan dan
diperkenalkan kepada murid-murid dengan lebih detail dan terperinci.

Hal ini terbukti, apabila murid-murid ini menyatakan tidak pernah mendengar
perkataan lestari dari mana-mana sumber. Walaupun ada antara mereka pernah
mendengar perkataan lestari, namun mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang
maksud perkataan Lestari. Mereka juga menyatakan guru mereka tidak pernah
memberi penekanan terhadap pemahaman lestari. Berikut adalah sebahagian
kenyataan daripada responden.

Terdapat sedikit kegusaran dimuka Responden 1, apabila diutarakan tentang


perkataan Lestari. Disebabkan Responden 1 adalah salah seorang murid yang bijak,
maka apabila dia tidak tahu tentang perkataan Lestari, dia menjadi kelam kabut. Dia
juga secara tidak langsung menyentuh tentang peranan guru dalam menyemai ilmu
pengetahuan kepada murid. Dia menzahirkan perasaanya:

...Hahh...lestari? cikgu saya tak pernah dengar pun..emm (gigit kuku).


Adakah itu satu perkataan yang penting? Tapi saya macam ada ingat, dengar kat
radio dan cikgu pun ada sebut. Tapi cikgu tak sebut banyak kalilah cikgu. Sebab tu
saya tak boleh nak ingat. Kenapa eh,cikgu tak ingatkan banyak kali ye? Cikgu perlu
tahu ke cikgu lestari tu cikgu? Penting ye cikgu?..(R1/P)

93
Responden 4 menyokong pendapat Responden 1 yang mana tiada penekanan
daripada guru mereka serta menambah bahawa lestari ini tidak terlibat di dalam
penilaian peperiksaan. Kata Responden 4:

...Pernah dengar. Cikgu yang sebut, tapi tak ingat apa dia Lagipun cikgu
tak pernah suruh baca pasal lestari pun. Mesti perkataan ini tak keluar periksa kan
cikgu?..(R4/P)

Sebaliknya, Responden 7 mengetahui tentang perkataan lestari adalah hasil


daripada bantuan kakaknya. Dia sedar lestari itu ada kaitan dengan alam sekitar.
Responden 7 juga seperti responden sebelumnya, menyentuh tentang tanggungjawab
gurunya untuk menyebarkan setiap ilmu pengetahuan yang perlu diketahui oleh
murid sekolah.

...Pernah. Cikgu ada sebut, lagipun sekolah kakak saya adalah sekolah
lestari. Iye cikgu, kat sekolah menengah. Kakak saya SMK Kulai Besar. Kat sekolah
dia ada program lestari. Jadi saya tahulah sikit pasal lestari. Pasal penjagaan alam
sekitar dan tanam pokok. Saya pun ada dengar kat tv, baca kat surat khabar. Yang
cikgu saya sebut tu saya tak ingat sangat, sebab mungkin sebab cikgu tak ulang
selalu kot ...(R7/P)

Berdasarkan maklum balas di atas, dapatlah dijelaskan bahawa murid-murid


ini tidak pernah mendengar, membaca atau didedahkan dengan Konsep lestari
tersebut. Reaksi muka mereka apabila mendengar perkataan Lestari memberi
gambaran bahawa perkataan itu terlalu asing bagi mereka. Maklum balas mereka
juga memberi gambaran bahawa Lestari ini tidak mempunyai keutamaan yang perlu
mereka pelajari.

94
4.6

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan murid-murid tahun 5


daripada 8 buah sekolah rendah di daerah Kulai memilik pengetahuan , sikap dan
amalan berbeza-beza berdasarkan tiga dimensi konsep lestari iaitu dimensi
persekitaran, dimensi sosial dan dimensi ekonomi. Perbezaan ini juga adalah
disebabkan beberapa faktor yang dikenal pasti semasa sesi temu bual dijalankan.

You might also like