You are on page 1of 7

Syura Dalam Kepimpinan Islam

1.0 Pendahuluan
Di antara nilai-nilai kemanusiaan dan sosial yang dibawa oleh Islam adalah syura
(musyawarah). Makna syura ialah seseorang tidak menyendiri pendapatnya dan
dalam persoalan-persoalan yang memerlukan kebersamaan fikiran dengan orang
lain. Karana pendapat dua orang atau lebih dalam jamaah itu dianggap lebih
mendekati kebenaran daripada pendapat seorang saja.
Sebagaimana musyawarah dalam suatu urusan itu dapat membuka pintu
kesulitan dan memberi kesempatan untuk melihat urusan itu dari berbagai
sudut, sesuai dengan perbezaan perhatian tiap individu dan perbezaan tingkat
pemikiran serta tingkat pengetahuan mereka. Dengan demikian, maka
keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan persepsi (tashawwur) yang
sempurna dan berdasarkan keputusan yang menyeluruh.
2.0 Definisi Syura
Syura adalah satu konsep dalam menentukan sesuatu keputusan dalam
pemerintahan Islam. Sistem ini sangat penting sebagai faktor utama kejayaan
politik Islam, dan atas asas ianya sebagai penentuan atau penjamin tidak akan
cacatnya pelaksanaan dalam mana-mana zaman. Sesungguhnya pemerintah
akan bersama-sama rakyat dalam mencari penyelesaian dalam mencapai
keputusan-keputusan politik dan merupakan prinsip dasar negara dan
masyarakat muslim.
Perkataan syura adalah berasal daripada bangsa Arab yang membawa maksud
mensyuarat. Manakala dari sudut istilah pula ialah permesyuaratan yang
diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal yang
berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan mereka berdasarkan kepada
keimanan dan ketaqwaan. (Mustafa Hj. Daud, 1991)
3.0 Dalil Syura
Terdapat beberapa dalil dari al-Quran dan juga al-Sunnah yang menunjukkan
keatas kewajipan bersyura, antanya ialah:
3.1 Al-Quran
{}

Maksudnya:

Karana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan


bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu
telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(Ali Imran: 159)

3.2 Al-Sunnah

Maksudnya:

Sesiapa yang membaiah seserang lelaki tanpa melalui permesyuaratan di


kalangan orang-orang Islam, janganlah kamu mengikutinya, iaitu orang yang
dibaiah dan orang yang memberi baiah. Ditakuti kedua-duanya akan dibunuh
(Sharh Fath al-Bari, juz. 2: 144)
4.0 Hukum Syura
Melihat kepada kedudukan syura di dalam al-Quran dan al-Sunnah, di samping
peranannya yang amat besar dalam mewujudkan sistem pemerintahan,
memadukan masyarakat dan memudahkan urusan rakyat dengan tepat, maka
para ulama menegaskan bahawa syura adalah wajib keatas para pemimpin Islam
di setiap zaman dan juga tempat.
Al-Qurthubi mengambil perkataan Ibnu Athiyah, Syura termasuk salah satu
kaedah syariat dan juga dasar hukum. Barang siapa tidak bermusyawarah
kepada para ilmuan dan ahli agama, maka ia wajib dipecat. Hal ini tidak ada
perselisihan terhadapnya.
Al-Qurthubi juga mengambil kata-kata Ibnu Khuwaiz Mindad, Para pemimpin
wajib bermusyawarah dengan para ulama mengenai masalah yang tidak mereka
ketahui, persoalan agama yang masih belum mereka fahami secara jelas dan
juga hal-hal yang berkaitan dengan perang dan kemaslahatan umum, serta
urusan para menteri dan pegawai yang berkaitan dengan urusan negara serta
pembanggunan. .(Hussaian Muhammad, 1990: 73)
Penulis tafsir al-Manar, ketika mentafsirkan ayat Dan bermusyawarahlah dengan
mereka dalam urusan itu. Beliau berkata ini adalah perintah kepada pemimpin
agar melakukan musyawarah, dan bermusyswarah hukumnya adalah wajib
baginya.
Ketika mentafsirkan ayat tersebut, Sayyid Quthb berkata, ini adlah nas yang
tegas dan tidak boleh diragui lagi oleh umat Islam, syura adalah dasar asasi bagi
tertegaknya sistem pemerintahan Islam. Islam tidak boleh membangun kecuali
di atas prinsip ini. (Ibid. 73)
5.0 Peranan Majlis Syura
Terdapat beberapa peranan yang penting wujudnya majlis syura di dalam sistem
kepimpinan Islam. Antaranya adalah untuk: (Ahmad Redzuan & Anuar Puteh,
2001: 65)
a) Melakukan Pemilihan Ketua Negara
Syura memainkan peranan yang penting dalam menentukan ketua bagi

sesebuah negara Islam. Menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, tidak ada nas yang
jelas menghuraikan tentang cara perlantikanny. Tetapi terdapat beberapa
peristiwa sejarah Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. yang boleh dijadikan
panduan bagi perlantikan seorang ketua. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud:
Sesiapa yang membaiah seserang lelaki tanpa melalui permesyuaratan di
kalangan orang-orang Islam, janganlah kamu mengikutinya, iaitu orang yang
dibaiah dan orang yang memberi baiah. Ditakuti kedua-duanya akan dibunuh
(Sharh Fath al-Bari, juz. 2: 144)
b) Mendekatkan rakyat dengan pemerintah
Syura bukan sahaja dihadiri oleh golongan pemerintah, tetapi turut diikuti oleh
golongan-golongan lain seperti ahli akademik, perniagaan dan sebagainya.
Sesuatu keputusan musyawarah, tidak tertakluk kepada keputusan pemerintah
tetapi turut mengambil kira pendapat dan pandangan dari orang-orang bawahan
termasuklah rakyat jelata.
Kekuatan syura terletak pada kenyataan pada kenyataan bahawa musyawarah
membawa masyarakat lebih dekat antara satu sama lain dan memberi
kesempatan bagi mereka untuk menyuarakan pandangan tentang permasalahan
yang menyangkut masyarakat umum. Hal ini juga akan menyebabkan wujudnya
keharmonian dalam soal bernegara.
c) Menegakkan dan menyebarkan agama Islam
Syura juga berperanan dalam menegakkan agama Islam ke setiap pelusuk tanah
air yang mengamalkan sistem tersebut. Oleh kerana itulah Islam memberi
penekanan yang amat besar terhadap kosep syura, khususnya dalam
mengendalikan urusan duniawi yang mesti ditegakkan dengan agama.selain itu
syura juga memberi hak kepada manusia untuk berfikir dan menggunakan
kebijaksanaan mereka dengan menyuarakan pendapat-pendapat mereka
terhadap sesuatu masalah.
Syura juga boleh menyelamatkan para pemimpin dari lembah dosa, terutamanya
dalam melaksanakan sesuatu hukum. Ini adalah kerana, jika pemimpin
menggunakan keputusan sendiri, ianya ditakuti akan dipengarui oleh faktorfaktor luar.
d) Sebagai penasihat dalam kepimpinan Islam
Dalam kepimpinan Islam, penasihat merupakan elemen penting yang mesti
wujud, dalam masa yang sama ia berperanan sebagai juru pandu sesuatu
kepimpinan. Oleh yang demikian, salah satu penasihat yang menyumbangkan
kepada kecemerlangan sesebuah kepimpinan itu adalah syura.
Oleh itu, syura dilihat sebagai penasihat bagi setiap keputusan yang dibuat oleh
seseorang pemimpin dalam kepimpinannya. Lebih jauh daripada itu, syura bukan
sahaja dapat menyelesaikan masalah-masalah dalam pentadbiran, malahan ia
sebagai medan perbincangan strategi dan pengkhususan kerja dalam sesebuah

kepimpinan Islam.
e) Membentuk akhlak mulia dalam kepimpinan
Sebagaimana yang diketahui, syura merupakan satu konsep permesyuaratan
yang melibatkan penyertaan ramai ahli, yang mana masing-masing berhak
menyuarakan atau mengemukakan pendapat tanpa sebarang sekatan. Proses
syura berlansung dalam keadaan aman, masing-masing saling menghormati
pandangan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, secara tidak lansung
syura Berjaya membentuk akhlak mulia di kalangan ahli majlis syura di dalam
sesuatu kepimpinan. Rentetannya dari hal tersebut akan lahir kalangan mereka
yang berfikiran terbuka, menghormati pendapat orang lain, berpandangan positif
terhadap kritikan, tidak menyakiti hati orang lain sama ada melalui perkataan
dan perbuatan dan sebagainya. Dengan lahirnya nilai-nilai murni ini, maka
sebuah kepimpinan dapat dibentuk dengan cemerlang.
6.0 Kelayakan Menganggotai Majlis Syura
Dalam Islam, syarat-syarat untuk menjadi anggota majlis syura sangat
dititikberatkan. Tidak semudah syura-syura yang terjadi kini, di mana siapa saja
boleh terlibat. Sifat-sifat anggota majlis sangat menentukan bentuk keputusan
sesuatu syura. Baik anggotanya, maka baiklah keputusannya. Tidak baik
anggotanya, maka tidak baiklah keputusannya. (H. Zainal Abidin Ahmad, 1977:
47)
Atas dasar itu, Islam menetapkan beberapa ciri atau sifat-sifat orang yang layak
bersyura. Mereka adalah:
1) Beragama Islam. Dengan orang bukan Islam tidak ada syura (yakni dalam
urusan khusus umat Islam saja). Hal itu berdasarkan Hadist Rasulullah:
Mereka yang hendak selesaikan sesuatu urusan maka mereka bermusyawarah
yang anggotanya orang-orang Islam. ALLAH bersama mereka dalam
menyelesaikan urusan itu.
(Riwayat Ath Thabrani)
Orang bukan Islam itu, mereka tidak tahu mana yang hak dan mana yang batil
menurut pandangan Islam. Selain itu orang kafir yang memusuhi Islam, kalau
terbawa ke dalam majlis syura, ia akan memberi pandangan-pandangan yang
jahat dan beracun serta membahayakan umat Islam. Bagaimanapun dalam
Negara Islam, hak-hak orang bukan Islam tidak diabaikan sama sekali. Urusan
mereka dibincangkan bersama mereka. ertinya, segala kepentingan bersama
dan keperluan mereka disyurakan dengan mereka.
2) Bertaqwa. Tidak semua orang Islam layak diajak berbincang. Sebab tidak
semua orang Islam mampu memberi fikiran yang adil dan ikhlas dalam
perbincangan dan dalam membuat keputusan. Syarat taqwa itu amat penting
dalam melindungi dan mendorong manusia supaya membuat keputusan yang
tepat, bersih dan diberkati.
3) Cerdik, yakni orang yang memiliki buah fikiran yang baik, bernas, logik, tajam
dan tepat. Pandangan dari orang-orang seperti itu saja yang diperlukan. Selain
dari mereka itu, tidak perlu dijemput untuk dibawa berbincang. Sebab mereka
akan memberi pandangan yang tidak tepat. Hal itu membuat majlis tersebut
membuang masa sahaja. Selain itu, kalau pandangan mereka ditolak, nanti akan

timbul kecil hati. Sebab itu lebih baik tidak dijemput ke majlis syura.
4) Seorang yang sesuai dengan bidang yang akan dibincangkan. Syarat itu
penting diperhatikan supaya orang-orang yang akan membuat keputusan dalam
hal yang disyurakan itu, betul-betul orang yang tahu seluk beluk perkara
tersebut. Kalau orang pertanian, ditanya fikirannya tentang hal-hal ketentaraan,
tentu dia akan memberi jawaban yang tidak tepat. Dan kalau pandangannya
diterima sebagai keputusan syura, akan merugikan negara dan masyarakat itu
sendiri.
Kesalahan ini nampaknya sudah jadi tradisi dalam masyarakat sekular sekarang.
Bahkan dalam soal-soal agama pun, penyelesaiannya dicari menggunakan
kaedah yang salah. Umpamanya, dalam menyelesaikan masalah agama maka
dibuat satu seminar dengan tajuk yang berkaitan. Lalu diundanglah di dalamnya
segala macam manusia. Yang bukan ahlinya pun ada, yang tidak solat pun ada,
yang tidak cerdik, kaum perempuan, yang buka aurat pun ada dan macammacam lagi. Bila tiba saatnya memberi pendapat, maka digabunglah pendapat
kesemuanya itu, lalu dijadikan sebagai keputusan seminar atau keputusan
bersama (resolusi) untuk dijadikan tindakan dan keputusan itu sungguh
meragukan. Dalam Islam Rasulullah bersabda:
Tiada agama bagi mereka yang tidak berakal.
Ertinya, di kalangan orang-orang beragama, yang paling cerdik itulah yang
paling kuat dan tepat agamanya. Sebab itu perbincangan tentang masalah
agama itu hanya layak dibuat oleh orang-orang tersebut. Orang-orang selain
mereka tidak dapat diharapkan ilmu dan fikirannya. Tetapi apa yang terjadi
sekarang ini, urusan agama bukan ditimbang pada-syarat-syarat tersebut.
Sebaliknya dibuat mengikuti selera sekular. Pelantikan mufti misalnya,
disyaratkan pada faktor umur bukan faktor ilmu, ketaqwaan, kecerdikan dan
pengalamannya. Hasilnya, macam-macam kesalahan dalam berfatwa telah
dibuat, yang mengakibatkan banyak timbul masalah dalam masyarakat. Apa
yang difatwakan meragukan. (Ibid, 53)
7.0 Jumlah Anggota Syura
Dalam Islam, jumlah anggota majlis musyawarah bukan mesti sampai satu
dewan. Syura dapat dibuat oleh paling kurang antara dua orang anggotanya
sahaja. Keputusan perbincangannya dianggap sebagai keputusan majlis syura.
Tempat perbincangannya juga tidak mesti di tempat yang dikhususkan, istimewa
atau secara rasmi
Perkara-perkara apa yang boleh dan tidak boleh disyurakan. Karana dalam Islam
bukan semua perkara mesti disyurakan. Ada perkara-perkara yang keputusannya
hanya dibuat oleh ketua saja, pengikut atau rakyatnya wajib taat dan menerima
dengan sepakat. Hal seperti itu banyak terjadi di antara Rasulullah dan para
Sahabat. Di mana keputusan dibuat tanpa soal jawab dan perbincangan dengan
siapa pun. Sahabat-Sahabat hanya menerima dengan patuh. Kadang-kadang
keputusan, undang- undang atau hukum-hukum yang diarahkan itu
memeranjatkan dan tidak difahami. Tetapi karana mereka yakin pemimpin
mereka itu mendapat pimpinan langsung dari Allah, maka mereka pun dapat
taat. (.(Hussaian Muhammad, 1990: 91)
Syura dalam Islam dibenarkan dan digalakkan terhadap perkara-perkara berikut:
1) Perkara-perkara yang belum ditetapkan hukumnya oleh ALLAH SWT. Hukum-

hukum yang sudah jelas jelas atau sahih dan qadie kedudukannya dalam Islam,
tidak boleh disyurakan. Seperti tentang wajibnya sembahyang, puasa, menutup
aurat, berjihad, bersilaturrahim dan lain-lain lagi. Demikian juga sebaliknya
seperti haramnya arak, judi, zina, buka aurat, bergaul bebas dan sebagainya.
Perkara-perkara itu tidak boleh dimusyawarahkan lagi. Sebab Allah sudah
membuat keputusan yang tidak boleh dibatalkan dalam musyawarah.
2) Hukum-hukum yang belum lagi dibincangkan oleh ulama mujtahidin yang
menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
3) Perkara-perkara yang belum diperintahkan oleh ketua jemaah atau ketua
negara. Untuk keputusan-keputusan yang sudah dibuat oleh ketua, dan sudah
diperintahkan untuk dilaksanakan, di mana perintah itu tidak bertentangan
dengan syariat, tidak boleh disyurakan lagi. Sekalipun arahan itu kita tidak
setuju dan tidak faham.
4) Perkara yang bukan keputusan dari satu syura yang telah dibuat baik dalam
keluarga, jemaah atau negara. Keputusan apapun yang telah diambil oleh syura
mana-mana pun, tidak boleh disyurakan sekali lagi. Tidak boleh ada satu syura
lain untuk menolak satu keputusan syura yang telah diambil, bila keputusan itu
dibenarkan oleh syariat. Hal itu berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
Bermusyawarah dengan mereka dalam sesuatu perkara, setelah kamu bulat
menerimanya, maka bertawakallah kepada Allah.
(Ali Imran: 159)
Bila satu keputusan telah dibuat, jangan ada lagi yang berdalih, ragu-ragu, tidak
puas hati dan ingin merombak kembali. Laksanakanlah dengan bertawakkal
kepada Allah.
Karana perkara-perkara yang boleh disyurakan itu ialah perkara-perkara yang
belum ditetapkan hukum dan caranya oleh Allah, perkara yang belum diarahkan
oleh ketua dan perkara yang belum diputuskan oleh syura sebelumnya, ertinya
perkara-perkara itu ialah:
1) Soal-soal teknik dan cara yang wajib dan sunat untuk dapat melaksanakan
hukum-hukum Allah. Contohnya, dalam melaksanakan solat boleh dibincangkan
tentang tempat wudhuknya, tempat solatnya, cara-cara untuk mengajak orang
banyak untuk bersolat dan lain-lain lagi. Usaha-usaha untuk mengharamkan arak
boleh disyurakan, umpamanya berbincang bagaimana untuk membatasi
penghasilan arak, penjualannya dan alternatif pengganti arak. Kiaskanlah
dengan hal-hal lain seperti cara-cara untuk membangun rumah sakit Islam,
tempatnya dan lain-lain lagi.
2) Soal-soal ke arah pelaksanaan perintah ketua jemaah atau negara.
Contohnya, ketua mengarahkan pindah. Maka syurakan bagaimana cara-cara
perpindahan itu dapat dibuat. Atau ketua arahkan buat program Maulid Nabi,
maka disyurakanlah cara-cara menjayakannya.
3) Syura mengenai perkara-perkara yang mubah hukumnya. Contohnya,
pembinaan tempat-tempat rehat, program musafir , membangun tempat-tempat
hiburan yang halal dan sebagainya.

Kesimpulan
Syura merupakan dasar utama dan sifatnya yang terpahat di dalam tubuh umat
Islam. Tanpa syura, umat Islam akan kehilangan kemaslahatan dan kekuatan,
seperti contoh jika umat Islam meninggalkan zakat atau puasa. Kerana ketika
Allah menetapkan prinsip ini sebagai sifat.
Selain itu, syura merupakan satu tuntutan agama dan pelaksanaannya beerti
menyempurnakan lagi suruhan agama dan meninggalkannya beerti menjauhkan
diri dari tasawwur Islam. Ini adalah kerana, memang tidak dapat dinafikan lagi
kebaikan dan kelebihan yang diperolehi sebaimana yang terjadi di zaman
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Oleh kerana ini Allah s.w.t. menuntut umat
Islam agar mengimplimentasikannya. Namun begitu, pelaksanaannya perlu
dianggotai di kalangan merekla yang layak dan mereka inilah yang
bertanggungjawab untuk merealisasikan peranan sebenar majlis tersebut.

Rujukan
1) Sheikh Abdullah Basmeih, Muhammad Noor Hj. Ibrahim. 1998. Tafsir Pimpinan
Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. Cet. 9. Kuala Lumpur: Darul Fikir.
2) Hussain bin Muhammad bin Ali Jabir. 1990. Menuju Jamaatul Muslimin.
Robbani Press: Jakarta
3) Alias Othman, 1991. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. Kuala Lumpur.
4) Dr. Lukman Thaib, 1995, Syura dan Aplikasinya Dalam Pemerintahan Pada
Masa Kini, Kuala Lumpur.
5) H. Zainal Abidin Ahmad, 1977, Ilmu Politik Islam III Sejarah Islam dan Umatnya
Sampai Sekarang, Jakarta.
6) Ahmad Redzuwan Mohd yunus dan Anuar Puteh. 2001. Kepimpinan dan
Pengurusan Islam. UKM: Bangi
7) Dr. Abu al-Maati Abu al-Futuh. 1986. Sistem Pemerintahan Dalam Islam. Ter.
Md. Akhir Hj. Yaacob. UKM: Bangi.

You might also like