You are on page 1of 4

Minggu Praktikum

: Minggu Kedua

Tarikh

: 26 hingga 30 Jun 2016

Isu

: Membaca dan memahami

Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Kulim Bandar sebagai sekolah untuk saya
laksanakan latihan praktikum seperti yang telah ditetapkan. Pada hari pertama saya berada di
sekolah ini dan telah menghadiri sesi perhimpunan mingguan yang dilaksanakan pada setiap
minggu. Sesi ini telah memberikan peluang dan ruang kepada saya untuk membuat gambaran
awal mengenai sekolah pilihan dari segi latihan praktikum. Perhimpunan pagi yang
dilaksanakan juga memberikan kemudahan kepada saya untuk mendapatkan input-input awal
mengenai diri murid-murid yang sedang belajar di sekolah ini.
Setelah sesi perhimpunan mingguan selesai dilaksanakan, saya telah bersedia
menerima taklimat daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Tn. Hj Zakaria bin Jahaya
mengenai jadual atau takwin sekolah dan maklumat-maklumat yang perlu dikumpulkan oleh
saya untuk penyediaan portfolio. Penerangan yang diberikan oleh PKP ini amatlah bermanfaat
kepada saya kerana maklumat yang telah diberikan berkait rapat dengan dunia pendidikan
pada masa kini. Saya telah menerima tanggungjawab untuk mengajar tahun empat, dan guru
pembimbing yang telah diberikan kepada saya adalah En. Abd Aziz b Jaarif.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dilaksanakan, dapat saya rumuskan bahawa
murid-murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum, ini memberikan kelebihan kepada
pihak sekolah untuk menerapkan semangat 1Malaysia dalam kalangan murid-murid.
Perhimpunan pagi ini juga memberikan kelebihan kepada guru kelas untuk memantau
kehadiran murid-murid ke sekolah. Seterusnya, saya mendapati bahawa sekolah ini
mengamalkan budaya memberi salam dengan baik. Murid-murid sentiasa memberikan salam
kepada guru tanpa mengira situasi, budaya ini merupakan sesuatu yang sangat untuk
diamalkan di semua sekolah. Budaya yang diamalkan ini mampu menerapkan nilai-nilai
murni dalam kalangan warga sekolah. Budaya memberikan salam yang telah diterapkan
memberikan gambaran positif kepada tetamu yang mengadakan lawatan ataupun mempunyai
urusan di sekolah ini.

Saya juga berpengalaman menjadi salah seorang guru ganti di dalam kelas 1 Bestari
dan beberapa kelas yang lain. Berdasarkan pemerhatian yang saya laksanakan, dapat
disimpulkan bahawa murid-murid tahap 1 gemar untuk berada dalam kelompok masingmasing. Murid-murid di dalam kelas ini juga didapati bermasalah dalam menerima arahan
yang diberikan oleh guru, dan mereka tidak mampu untuk menerima arahan daripada guru.
Sebagai contohnya, arahan tolong kembali ke tempat duduk masing-masing, arahan ini
amatlah mudah namun untuk diaplikasikan di dalam kelas seperti 1 Bestari ia mendatangkan
cabaran yang besar kepada saya.
Selain itu, saya juga dapat mengesan masalah waktu rehat yang digunakan secara
berlebihan oleh murid-murid. Masalah ini mendatangkan kekangan kepada guru yang akan
mengajar pada waktu selepas rehat kerana waktu interaksi yang telah dirancang akan
terganggu berdasarkan masa kelas yang semakin berkurangan. Saya juga mendapati bahawa
murid-murid banyak bermain dalam kelompok kecil antara rakan-rakan semasa pertama kali
masuk ke kelas ganti. Masalah lain yang timbul murid-murid tidak fokus kepada penyampaian
guru praktikum seperti saya. Saya mengambil pendekatan dengan memberi ganjaran kepada
murid-murid iaitu saya memberi bintang sebanyak 5 point kepada mereka yang mahukan saya
mengajar dan menyampaikan pengajaran dalam kelas. Murid-murid merasakan sesuatu yang
unit dan mahu menumpukan perhatian kepada penyampaian saya.
Penglibatan saya di dalam unit beruniform juga memberikan sedikit pendedahan
mengenai permasalahan dan perancangan yang akan dilaksanakan untuk memudahkan saya di
masa hadapan. Saya telah dilantik untuk menjadi Guru Persatuan Bahasa Melayu dan
melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang penyertaan saya selama sejam.
Aktiviti yang dilaksanakan adalah berpantun, menyebut perkataan berimbuhan, membina ayat
pasif dan aktif, nyayian lagu rakyat. Pendedahan baharu telah diterima oleh saya sepanjang
sesi pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pembimbing Bahasa Melayu iaitu Encik Abdul
Aziz bin Jaarif, ilmu baharu ini juga memberikan peluang kepada saya untuk mengkaji tahap
penerimaan maklumat dan arahan yang telah dikemukakan kepada murid-murid. Pemerhatian
ini membuktikan bahawa murid-murid sekolah ini tidak mampu untuk menerima arahan
dengan baik dan melaksanakan arahan yang telah dikemukakan oleh guru.
Kesimpulanya, pendedahan selama seminggu yang telah diterima oleh saya
memberikan ilmu yang boleh dipraktikkan pada masa hadapan. Pendedahan awal ini juga
memnberikan kesedaran yang tinggi kerana apa yang cuba dibayangkan oleh saya selama ini
tidak sama dengan dunia realiti yang berlaku di sekolah.

MASALAH YANG DIHADAPI


Pemasalahan yang saya hadapi pada minggu pertama ini adalah bagaimana saya untuk
menyusuaikan diri untuk praktikum dari segi perancangan pengajaran harian (RPH) dan cara
mengajar semasa sesi pengajaran berlangsung. Bermacam-macam telahan yang saya
bayangkan bagaimana persepsi murid-murid terhadap diri saya dan rakan-rakan guru ketika
mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah ini.
Saya memerlukan sedikit ruang dan waktu untuk saya bangkit dan motivasikan diri
untuk selesaikan masalah yang saya hadapi. Saya perlukan masa untuk menyesuaikan diri
semasa tempoh proses latihan praktikum berlangsung dan minggu-minggu seterusnya.

ANALISIS
Di minggu pertama praktikum ini saya mempunyai kesukaran dalam memulaan proses
pegajaran dan pengajaran yang ketara. Di mana saya perlu dalam memikirkan set induksi bagi
sesuatu pengajaran yang akan di ajar. Bantuan guru pembimbing, rakan-rakan guru praktikal
dari IPTB dan rakan-rakan guru telah banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya dalam
menyelesaikan masalah yang saya hadapi.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI


Pada masa yang akan datang saya akan cuba memperbaiki kelemahan saya dan cuba
untuk membuat persediaan yang lebih rapi serta merancang P&P yang lebih menarik bagi
mendorong minat pelajar dalam P&P yang saya sediakan. Selain itu, saya juga akan meminta
pendapat dari guru pembimbing dan rakan guru yang lain bagi meningkatkan lagi prestasi
kerja saya pada masa akan datang dan bagi menangani masalah dalam menghadapi murid
tahun empat yang mana guru perlu memahami karektor mereka untuk memudahkan guru
dalam menyesuakan diri bagi mengajar mereka.

TEMPOH MASA
Dalam permasalahan ini, saya tidak dapat menetapkan tarikh yang tepat. Walau
bagaimanapun saya akan sedaya upaya akan cuba mengatasi permasalahan ini dengan secepat
mungkin bagi mengelakkan permasalahan ini berlanjutan sehingga membawa kepada
permasalahan yang lebih besar.

TINDAKAN SUSULAN
Untuk menambahkan lagi pengetahuan, saya banyak berbincang dengan rakan guru
yang lain tentang cara menarik minat pelajar serta cara mendisiplinkan pelajar. Saya juga turut
merujuk kepada guru pembimbing dan rakan guru yang lain bagi menangani permasalahan
ini.

You might also like