You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

SMK TINGGI PORT DICKSON KALI 1 /2016

TARIKH: 4 FEBRUARI 2016


HARI: KHAMIS
MASA: 3.00 PETANG
TEMPAT: BILIK MESYUARAT PERDANA
BIL/AGENDA/TINDAKAN

1.0

UCAPAN ALUAN PENGERUSI ( TN HJ DAUD BIN MUSTAPA)

1.1
Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran guru-guru.
Beliau memaklumkan bahawa pengetua tidak dapat hadir disebabkan pengetua
perlu menghadiri mesyuarat.
1.2
Pengerusi memaklumkan bahawa Sekolah mengalami kerugian
sebanyak RM 1290 kerana perlu membayar kepada Jabatan Pelajaran Negeri
Sembilan (JPNS) disebabkan kesilapan kemasukan data PT3.
1.3
Pengerusi mengingatkan Ketua Bidang perlu merujuk surat
pentaksiran berasaskan sekolah yang diterima apabila mengalami masalah
berkaitan PBS.
1.4
Beliau mengingatkan bahawa pemantauan 100% cemerlang
bergantung kepada keputusan SPM yang akan diumumkan. Untuk meningkatkan
prestasi sekolah, kumpulan target iaitu pelajar tingkatan tiga dan tingkatan lima
perlu diberi perhatian.

Makluman dan tindakan semua guru

2.0

PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1

Minit mesyuarat bil 1/2016 disahkan oleh EnCik Mohd Sani dan
disokong oleh Puan Maznita.

3.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1
Tuan Haji Daud juga mengingatkan bahawa guru guru perlu
mempunyai fail penskoran PBS, dan surat lantikan kepada guru-guru perlu
dikeluarkan. Beliau juga menambah, pada tahun 2015, terdapat beberapa masalah
dalam PBS untuk PT3 melibatkan subjek sejarah yang mana melibatkan beberapa
orang pelajar yang digantung sekolah dan perlu dibaiki.
3.2
Beliau mengingatkan bahawa guru-guru perlu mengisi borang LNPT
yang mana tarikh tutupnya sebelum 16hb Februari 2016.

Makluman dan tindakan semua guru

4.0

LANTIKAN JAWATANKUASA PBS DAN PT3

4.1
Tuan Haji Daud membaca semua nama ahli jawatankuasa PBS yang
terlibat. Terdapat beberapa pertambahan ahli jawatankuasa PBS supaya dapat
dilaksanakan dan dijalankan dengan lebih baik.
4.2
Beliau juga memaklumkan terdapat kesilapan beberapa didalam nama
ahli jawatankuasa dan akan dibetulkan. Semua borang perlantikan pentaksiran
Ketua Panitia dan dan Ketua Bidang boleh diambil didalam bilik peperiksaan.
Makluman dan tindakan semua guru

5.0

PBS DAN PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA

5.1
Pentaksiran berasaskan sekolah untuk tingkatan 1,2 dan 3 perlu
dicetak dan akan dianalisa untuk setiap subjek dan diberikan Ketua Panitia. Guruguru PT3 perlu memasukkan markah mengikut masa yang ditetapkan.
5.2
Tuan Haji Shuhaimi akan bersara pada bulan Mei 2016 dan akan
menjadi masalah kerana beliau terlibat dalam pentaksiran PT3, bagaimanapun
dimaklumkan bahawa Puan Norromala akan menggantikan beliau apabila Tuan Haji
Shuhaimi bersara.
5.3
Tuan Haji Daud Bin Mustapa selaku pengerusi mengingatkan kembali
guru-guru mengenai dasar PBS berdasarkan Kementerian Pendidikan mengenai
tujuan utama PBS. Tujuan utama PBS adalah untuk mengimbangi pencapaian

dalam bilik darjah, memberi maklumat mengenai pencapaian pelajar, mendiagnosis


dan juga menggred. Tambahan juga PBS juga penting dalam memberi gambaran
kepada guru mengenai perkembangan murid dan keberkesanan dalam PdP,
seterusnya membuat tindakan susulan.

5.4
Beliau menekankan kepentingan PBS kepada murid supaya mereka
mengetahui , dan memberi motivasi dalam pembelajaran dan memberi maklumat
serta tindak balas. Berdasarkan PPPM 2013 hingga 2025, PBS merupakan proses
mendapatkan maklumat, dan membantu dalam pembentukan modal insan dan
perlu ada pengujian dimana ujian sebagai alat ukuran, manakala pengukuran pula
memberi markah manakala penilaian pula membuat penilaian yang bersesuaian.
Jenis-Jenis penilaian adalah formatif, sumatif, dan peperiksaan awam.
5.5
Beliau memberitahu bahawa beliau baru menerima satu bahan
berkaitan PAJSK, PSIKOMETRIK, dan SEGAK. Semua Ketua Panitia perlu berbincang
dengan ahli panitia sewaktu mesyuarat panitia. Semua guru perlu bersedia dengan
data PBS dan perlu dimasukkan walaupun mengalami kesesakan mengisi markah
secara offline. Perekodan markah perlu berdasarkan modul PPPM
5.6
Setiausaha PT3, Puan Seow Mei Shan meminta kepada semua guru
tingkatan tiga untuk menyediakan salinan kad pengenalan selewat-lewatnya 19
Februari 2016.
Makluman dan tindakan semua guru

6.0

PENTAKSIRAN SEKOLAH

6.1
Setiausaha PBS Puan Wan Norakmanirah, menyatakan bahawa
perlaksanaan PBS masih dijalankan seperti biasa pada tahun lepas. Beliau
mengingatkan bahawa guru-guru perlu ada modul individu dan perlu membawa
rekod untuk evidens sewaktu pengisian markah PBS.
6.2
Beliau juga menambah bahawa modul PPM boleh didapati didalam
google drive yang sudah dimuat naik begitu juga modul PBS untuk diisi secara
offline. Guru perlu menghantar borang PBS yang telah diisi sebagai bukti dan satu
salinan perlu dihantar kepada Ketua Panitia seterusnya akan dicetak berdasarkan
band yang tertinggi.
6.3
Tambahan itu juga segala headcount untuk semua tingkatan perlu
dilengkapkan. Untuk tahun 2016, semua tingkatan perlu memasukkan ETR dalam
SAPS. Guru-guru boleh merujuk markah ETR berdasarkan markah yang sudah diberi
oleh Ketua Panitia.

Makluman dan tindakan semua guru

7.0

PENTAKSIRAN PAJSK

7.1
Setiausaha PAJSK Cik Farah Asyikin mengucapkan terima kasih kepada
guru-guru yang telah berjaya mengisi data dan markah PAJSK secara online pada
tahun lepas dan mencetak sijil PAJSK. Sekiranya terdapat pelajar yang mengalami
masalah PAJSK boleh berjumpa dengannya.
7.2
Beliau juga menambah bahawa guru-guru perlu memasukkan data
sama ada secara online dan secara manual pada pertengahan tahun ini untuk
direkodkan. Penilaian SEGAK perlu dilakukan dua kali dalam masa setahun iaitu
pada bulan Mac dan Ogos. Guru-guru yang terlibat perlu meyimpan di dalam fail di
sekolah untuk mengelakkan masalah seperti tahun sebelumnya.
7.3
Pentaksiran Psikometrik juga akan diadakan dan dijalankan oleh
kaunselor sekolah. pentaksiran Psikometrik adalah penting bagi menilai pelajar.
Makluman dan tindakan semua guru
8.0

HAL-HAL LAIN

8.1
Guru-guru perlu menyimpan dan mengemaskini fail PBS pada tahun ini
bagi mengelakkan sebarang masalah apabila ade pemantauan.
8.2
Puan Maznita memaklumkan terdapat masalah apabila pelajar baru
yang masuk ke sekolah tanpa membawa fail markah kerja kursus tingkatan empat,
dan memberi masalah kepada guru untuk mengisi markah.
8.3
Tuan Haji Daud menegaskan bahawa beliau telah menetapkan pelajar
lemah dan bermasalah hanya perlu mengambil enam subjek teras sahaja. Selain itu
beliau juga mengingatkan bahawa guru yang bersalin perlu meninggalkan buku
rekod di sekolah bagi memudahkan guru yang menggantikan dapat menggunakan
buku tersebut.
Makluman dan tindakan semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Diminitkan Oleh,

NUR HIDAYAH BT ISMAIL


PENOLONG SETIAUSAHA PBS
SMK Tinggi Port Dickson

Disemak Oleh,

HJ DAUD BIN MUSTAPA


Penolong Kanan Akademik
SMK Tinggi Port Dickson

You might also like