You are on page 1of 14

PROGRAM TERAPI PERTUTURAN DI RUMAH

kanak-kanak dengan masalah bahasa dan pertuturan memerlukan


latihan yang intensif untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat.
Program ini di reka adalah untuk membantu ibu bapa untuk
melakuakan latihan dirumah sementara menunggu temujanji
dengan Terapis Pertuturan di hospital dan juga bagi ibu bapa yang
mengalami kesukaran untuk berjumpa SLP di tempat mereka.
Program yang di reka adalah spesifik berdasarkan kepada masalah
kanak-kanak itu sendiri. Beberapa perkara perlu diingat disini semasa
melakukan latihan bersama kanak-kanak:
1. Lakukan setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan. Sila
berhubung dengan saya jika terdapat kesukaran
2. Lakukan di tempat yang kurang gangguan seperti tv supaya
kanak-kanak boleh fokus kepada aktiviti
3. Gunakan intonasi dan peneguhan (hadiah) yang menarik
semasa aktiviti
4. Gunakan acoustic highlighting (memberi tekanan pada bunyi
awal suku kata) untuk membantu kanak-kanak mendapat bunyi
yang hendak diajar. Contohnya perkataan buku. Sebutkan
bu lebih panjang dan kuat berbanding ku (cth: Buuuku)

Perhatian :
Penilaian dari Terapis Pertuturan bahasa diperlukan untuk program
terapi yang lebih menyeluruh.

OBJEKTIF

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PERTUTURAN : PENGHAPUSAN SUKU


KATA PERTAMA DALAM PERKATAAN DAN FRASA

MINGGU 1, HARI 1
OBJEKTIF

Menyebut perkataan 2 suku kata (Tidak


bermakna)
JANGKAMASA 10 minit
TEKNIK
Meniru + kiu jari
JENIS
CV-CV
Untuk permulaan, aktiviti yang dilakukan adalah untuk
menggalakkan dan memberi kesedaran kepada kanak-kanak
tentang perkataan yang mengandungi lebih dari 1 suku kata. Untuk
hari pertama ini, gunakan teknik meniru dan kiu jari dengan anak
anda. Perkataan yang digunakan adalah perkataan 2 suku kata
tidak bermakna.
Cara sebutan :
1. Duduk bersama-sama anak anda
2. Gunakan kad seperti yang diberikan di lampiran. Anda juga
boleh membuat sendiri kad tersebut menggunakan kertas dan
warna

BA

TA

3. Letakkan jari pada tanda


pada gambar sambil menyebut
sukukata secara serentak. (cth: sebut ba apabila jari diletak
pada tanda pertama dan sebut ta apabila jari diletak pada
tanda kedua)
4. Pegang tangan anak dan bantu untuk meletakkan jari dan
meniru sebutan anda menyebut sukukata

5. Sebutkan bunyi seperti di borang 1 dan minta anak anda


meniru sebutan tersebut
6. Tanda pada borang 1 yang disediakan. Jenis perkataan yang
disebut adalah consonant-Vocal (CV-CV). 3 cubaan
dilakukan.
7. Tandakan respon (/ atau X) pada setiap cubaan dan tulis
komen jika perlu.
8. Gunakan peneguhan / hadiah jika perlu untuk membuatkan
aktiviti lebih menarik (warnakan epal jika kanak-kanak dapat
meniru dengan betul) lampiran:peneguhan 1

LAMPIRAN : BORANG 1
PERKATAAN

Ba ba
Ba ta
Bu ta
Ma ta
Ba ma
Ta ta
Mi mi
Bu bu
Ba mi
Mi ta
Ta mu
Da da
Di du
Ta da
Ti du
Da tu
Mu ta
To ma
Mo to
Ta di
Mi ti
Du ta
Ta na
Na da
Ma na

CUBAAN 1

CUBAAN 2

CUBAAN 3

LAMPIRAN : PENEGUHAN 1

MINGGU 1, HARI 2
OBJEKTIF

Menyebut perkataan 2 suku kata (perkataan


bermakna)
JANGKAMASA 15 minit
TEKNIK
Meniru + Kiu jari
JENIS
CV-CV
Seterusnya, latihan menggunakan perkataan sebenar yang
bermakna digunakan. Perkataan 2 suku kata dengan format CV-CV
digunakan. (Gunakan gambar 1 yang diberikan atau gambar
sendiri).
Cara sebutan:
1. Letakkan jari pada tanda
pada gambar sambil menyebut
sukukata secara serentak.
2. Pegang tangan anak dan bantu untuk meletakkan jari dan
meniru sebutan anda menyebut sukukata
3. Contoh :

BO

LA

4. Letakkan jari pada tanda pertama dan sebut BO dan


gerakkan jari ke tanda ke 2 dan sebut LA
5. Ulang sebanyak 3 kali atau lebih untuk setiap gambar untuk
memastikan kanak-kanak faham dengan aktiviti tersebut

LAMPIRAN : GAMBAR 1

MINGGU 1, HARI 3
OBJEKTIF

Menyebut perkataan 2 suku kata (perkataan


bermakna)
JANGKAMASA 15 minit
TEKNIK
Meniru sebutan + Kiu jari
JENIS
CV-CV
Untuk hari ke -3, Ulang semula aktivti hari ke -2 jika respon masih
tidak konsisten atau anak anda masih tidak memahami konsep kiu
dan bilangan suku kata. Ini untuk mendapatkan konsistensi yang
lebih baik bagi respon kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu memahami dan menggunakan kiu jari dengan
baik bagi memudahkan pengajaran yang seterusnya.

MINGGU 1, HARI 4
OBJEKTIF

Menyebut perkataan 2 suku kata (perkataan


bermakna)
JANGKAMASA 15 minit
TEKNIK
Sebutan spontan + Kiu jari
JENIS
CV-CV
Gunakan gambar yang sama yang diberikan. Tetapi kali ini anda
membiarkan anak anda untuk menyebut sendiri perkataan tersebut
dengan menggunakan kiu jari.
Cara sebutan :
1. Pegang jari anak anda dan letakkan pada tanda. Tunggu
seketika untuk membiarkan anak anda menyebut sendiri
perkataan.
2. Jika anak anda tidak menyebut dengan sendiri, bantu anak
anda dengan memberi kiu seperti adik kena cakap apa?
3. Jika masih tiada respon yang spontan, biarkan anak anda
meniru sebutan anda untuk gambar pertama. Dan untuk
gambar kedua ulang semula langkah yang pertama.

MINGGU 1, HARI 5
OBJEKTIF

Menyebut perkataan 2 suku kata (perkataan


bermakna)
JANGKAMASA 15 minit
TEKNIK
Sebutan spontan + Kiu jari
JENIS
CV-CV
Untuk hari ke -5, Ulang semula aktivti hari ke -4 jika respon masih
tidak konsisten atau anak anda masih tidak boleh menyebut secara
sendiri. Ini untuk mendapatkan konsistensi yang lebih baik bagi
respon kanak-kanak.

MINGGU 1, HARI 6
OBJEKTIF

Menyebut perkataan 2 suku kata (perkataan


bermakna)
JANGKAMASA 15 minit
TEKNIK
Sebutan spontan
JENIS
CV-CV
Setelah anak anda dapat menyebut perkataan 2 suku kata secara
spontan dengan bantuan kiu jari, langkah seterusnya adalah untuk
menyebut tanpa menggunakan kiu jari. Gunakan gambar yang
sama tapi tanpa tanda seperti di lampiran gambar 2.
Cara sebutan:
1. Tunjuk gambar pada anak anda dan biarkan anak anda
menamakan gambar tersebut.
2. Jika anak anda tidak dapat melakukannya sendiri, beri
bantuan dengan mengingatkan bahawa dia perlu menyebut
2 sukukata. Anda boleh gunakan jari anda untuk membantu
mereka mengingat.

3. Ulang aktiviti menamakan gambar sehingga anak anda dapat


menyebut perkataan 2 suku kata dengan spontan tanpa
bantuan kiu jari.

LAMPIRAN : GAMBAR 2

MINGGU 1, HARI 7
OBJEKTIF

Menyebut perkataan 2 suku kata (perkataan


bermakna)
JANGKAMASA 15 minit
TEKNIK
Sebutan spontan
JENIS
CV-CV
Untuk hari ke -7, Ulang semula aktivti hari ke -6 jika respon masih
tidak konsisten atau anak anda masih tidak boleh menyebut secara
sendiri tanpa kiu jari. Ini untuk mendapatkan konsistensi yang lebih
baik bagi respon kanak-kanak.

PERHATIAN :
Anda boleh mereka sendiri peneguhan (hadiah) yang ingin
diberikan setiap kali anak anda dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan. Peneguhan penting untuk kanak-kanak meneruskan
aktiviti seterusnya.

You might also like