You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN LABUK SUBUR

KM. 85, Jalan Sandakan Telupid,


Beg Berkunci No. 02, 90400
Sandakan, Sabah.
(HP GB: 019-883 6483)
E-mel: sk.labuksubur@gmail.com, skls_beyond@yahoo.com
_______________________________________________________________________________________________________________

SKLS(SN)/100-1/02 (01/2015)

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH


BIL. 1/2015
TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT

:
:
:
:

KEHADIRAN

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.

EN. ZAIRUDIN BIN ALI


PN. DJUMRIAH LAGAIS
PN. SUSAN ATTAU
EN. NORMAZLAN BIN TAIB
EN. AHMADDE BIN IBRAHIM
EN. BASRI BIN NANDU
PN. CHIN YEN FUNG
CIK CYNDERILLA POINTIN @ JULIUS
PN. JENNIFER EUGENE
CIK KASNORLELA BINTI KASSIM
PN. MARIAH IMIN
EN. MUHAMMAD AKMAL BIN AHMAD
CIK NOR ASIAH BT. MOHAMAD
CIK NOR NADIA BT. ABDUL RAHMAN
CIK JURIANAH JUHAR
PN. ZALMIAH MOHD DAUD

TIDAK HADIR
TIADA.

AGENDA

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

06 MAC 2015
JUMAAT
10.25 AM 11.20 AM
BILIK DARJAH TAHUN 1 AMANAH

UCAPAN PENGERUSI (GURU BESAR)


PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
PERKARA BERBANGKIT
PEMERHATIAN GURU BESAR
ISU KURIKULUM
ISU HEM
ISU KOKURIKULUM

(GURU BESAR)
(P.K. PENTADBIRAN)
(P.K. HEM)
(P.K. KOKUM)

(AKS)
(AKS)

8. HAL-HAL LAIN

1.

UCAPAN PENGERUSI (GURU BESAR)


1.1
Guru Besar, En. Zairudin bin Ali mengucapkan salam dan selamat datang ke Mesyuarat
Pengurusan Sekolah kali pertama 2015.
1.2
En. Zairudin juga mengucapkan selamat datang kepada guru-guru baru yang ditempatkan
di sekolah ini.
i.
Ustazah Nor Asiah bt Mohamad
ii.
Ustazah Nor Nadia bt Abdul Rahman
iii.
Cik Kasnorlela bt Kassim
iv.
Cik Cynderilla Pointin @ Julius

2.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1
Tidak ada pengesahan minit mesyuarat dilakukan pada mesyuarat kali ini kerana ianya
adalah mesyuarat pengurusan sekolah yang pertama untuk tahun 2015.

3.

PERKARA BERBANGKIT
3.1
Tidak ada perkara berbangkit kerana mesyuarat pengurusan sekolah ini merupakan
mesyuarat kali pertama bagi tahun 2015.

4.

PEMERHATIAN DARI GURU BESAR


4.1

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014


4.1.1 Analisis perbandingan UPSR 2013 dan UPSR 2014.
Kertas
B. Malaysia Kertas 1
B. Malaysia Kertas 2
B. Inggeris
Sains
Matematik

UPSR 2013
95.2%
71.4%
76.2%
85.7%
81%

UPSR 2014
85.7%
85.7%
52.4%
81%
38.1%

Catatan
Penurunan 9.5%
Peningkatan 14.3%
Penurunan 23.8%
Penurunan 4.7%
Penurunan 42.9%

PENCAPAIAN UPSR 2014


Bilangan Calon
Bilangan Ambil
Bilangan Lulus
Peratus Lulus (%)
Near Miss Lulus (Gagal 1 Matapelajaran)
4.1.2

Perbandingan gred purata sekolah (GPS) UPSR 2013 dan UPSR 2014.
GPS UPSR 2013
2.68

4.1.3
4.1.4

21
21
8
38.09%
14.28% (3 orang)

GPS UPSR 2014


3.11

BEZA
0.43

Terdapat penurunan dalam UPSR 2014 berbanding UPSR 2013 terutama dari
matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
Adalah penting untuk membuat program peningkatan UPSR dan membuat banyak
perubahan untuk membaiki prestasi.

4.2

4.1.5

Calon UPSR tahun 2015 adalah seramai 22 murid.


Tindakan: Guru-guru Tahun 6

4.1.6

Untuk makluman semua, sekolah ini masih kekurangan guru opsyen Matematik
dan Sains.
Tindakan: Makluman

Literasi dan Numerasi (LINUS)


4.2.1 Keputusan LINUS Saringan 2 2014 bagi tahun 1, 2 dan 3.
Linus Literasi Bahasa Malaysia
Tahun

Jumlah Murid

1
2
3

16
16
19

Tidak Menguasai
K1-K2
3
5
0

Tidak Menguasai
K3-K12
3
11
1

Menguasai
K1 - K12
10
0
18

Tidak Menguasai
K1-K2
0
7
0

Tidak Menguasai
K3-K12
7
9
7

Menguasai
K1 - K12
9
0
12

Tidak Menguasai
K1-K2
13
0

Tidak Menguasai
K3-K12
2
13

Menguasai
K1 - K12
1
3

Linus Numerasi Matematik


Tahun

Jumlah Murid

1
2
3

16
16
19

Linus Bahasa Inggeris


Jumlah Murid

1
2

16
16

4.2.2

Untuk makluman semua guru, pencapaian murid LINUS sekolah ini masih belum
melepasi KPI yang telah ditetapkan oleh pihak PPD. Dengan itu, diharap semua
guru terutama guru Tahap 1 bekerja dengan lebih beriltizam pada masa hadapan.
Tindakan: Guru Tahap 1

4.2.3

Guru Besar juga memaklumkan sekolah kita masih kekurangan guru Pemulihan
Khas setelah dikosongkan oleh Puan Azzah Atiqah yang telah berpindah ke
Putrajaya.
Tindakan: Makluman

4.2.4

Fasilitator LINUS (FasiLINUS) dari PPD Sandakan akan datang ke sekolah untuk
membimbing dan membantu guru-guru LINUS.
Fail-fail LINUS harus dikemaskini dari masa ke semasa.
Tindakan: Guru LINUS

4.2.5

4.3

Tahun

Pakaian waktu kerja


4.1.1 Pakaian waktu kerja untuk lelaki adalah baju kemeja dan seluar slack. Hari Rabu
memakai uniform Badan Beruniform, hari Khamis baju batik manakala hari Jumaat
memakai baju Melayu lengkap (bagi yang ada). Baju Melayu tidak boleh dipakai
bersama dengan seluar slack.

4.1.2
4.1.3
4.1.3

Selasa digalakkan untuk memakai baju korporat sekiranya ada.


Guru-guru digalakkan memakai pakaian lengkap mengikut unit masing-masing.
T-Shirt tidak boleh dipakai untuk mengajar kecuali mengajar Pendidikan Jasmani
dan jika ada aktiviti sukan di sekolah.
Tindakan: Semua guru dan AKS

4.4

Masa bekerja
4.4.1 Guru perlu datang awal sebelum kelas bermula tidak kira sama ada tinggal di
dalam mahupun di luar. Masa bekerja untuk guru, hari Isnin hingga Selasa adalah
dari jam 7.15 pagi hingga 01.35 petang. Hari Rabu hingga Khamis adalah dari jam
7.15 pagi hingga 12.35 tengahari. Pada hari Jumaat pula dari jam 7.15 pagi hingga
11.35 pagi.
Tindakan: Semua guru dan AKS

4.5

Cuti yang diambil awal


4.5.1 Cuti yang diambil awal dari sepatutnya secara dasarnya adalah tidak dibenarkan
oleh Guru Besar.
4.5.2. Cuti Rehat Khas (CRK) perlu dimaklumkan awal kepada pihak pentadbir dan
mengisi borang CRK. Sebarang bukti diperlukan seperti surat sakit daripada
doktor. Guru perlu menyediakan dua Salinan untuk simpanan pihak pentadbir dan
simpanan sendiri. Tindakan susulan akan dikenakan bagi guru yang tidak berbuat
sedemikian.
Tindakan: Semua guru dan AKS

4.6

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)


4.6.1 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) diadakan 2 kali
setahun secara dalam talian.
4.6.2. Semua guru diingatkan untuk mengemaskini fail berkaitan untuk perjumpaan
seterusnya dengan pegawai penyelia.
Tindakan: Semua guru

4.7

Pelaksanaan aktiviti sekolah


4.7.1 Guru-guru yang ingin mengadakan aktiviti luar diminta untuk mengelakkan atau
mengurangkan aktiviti tersebut disebabkan cuaca panas yang melampau.
4.7.2 Guru-guru juga diminta untuk memilih kawasan yang selamat dari gigitan nyamuk
ekoran kes demam denggi semakin meningkat. Selain itu, diminta membersihkan
tempat-tempat takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Tindakan: Semua guru dan AKS

4.8

Peranan guru kelas


4.8.1 Guru kelas perlu sentiasa memantau tahap kekemasan diri contohnya potongan
rambut tidak mengikut fesyen semasa sebaliknya mengikut peraturan yang telah
ditetapkan) dan kekemasan pakaian.
Tindakan: Semua guru kelas

4.9

Peningkatan elaun hidup susah


4.9.1 Insentif Elaun hidup susah ditingkatkan dari RM500 ke RM1000. Penambahan
sebanyak RM500 berlaku kerana penukaran status sekolah dari P1 kepada P2.
Penambahan elaun ini diharapkan dapat meningkatkan semangat guru untuk terus
mengajar.

Tindakan: Makluman

5.

6.

ISU KURIKULUM
5.1
PK Pentadbiran; Pn. Djumriah binti Lagais memaklumkan sebanyak 2 orang guru baru
akan ditempatkan di sekolah ini pada tahun hadapan. Penambahan ini diharapkan berjaya
memenuhi keperluan sekolah dan dapat meningkatkan prestasi sekolah terutamanya dari
aspek akademik.
5.2

Pn. Djumriah juga menyatakan budaya guru di sekolah ini amat mesra dan mendapat
pujian dari pihak PPD yang pernah melawat ke sekolah ini biarpun terdapat guru yang
baru ditempatkan.

5.3

Guru-guru diminta mengisi markah peperiksaan yang di key-in online (SAPS) dengan
cepat.

5.4

Guru-guru diminta mengesahkan e-operasi secepat mungkin.

5.5

Program LINUS. Saringan Lisan/ Bacaan perlu dilaksanakan pada bulan Mac sebelum tiba
tarikh masuk kunci data. Guru-guru yang terlibat disarankan mengadakan saringan ini
selepas aktiviti menulis agar disiplin murid-murid dapat dikawal.

ISU HEM
6.1
PK HEM; Pn. Susan Attau memaklumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) baru.
6.2

7.

Pn. Susan mengharapkan guru-guru dapat memberi kerjasama antara satu sama lain.

ISU KOKURIKULUM
7.1
PK Kokum; En. Normazlan bin Taib memaklumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK)
baru. Encik Normazlan turut mengharapkan guru-guru dapat memberi kerjasama antara
satu sama lain.
7.2

En. Normazlan juga mencadangkan menggabungkan 2 permainan semasa aktiviti 1 Murid


1 Sukan. Sebagai contoh, Bola Sepak digabungkan dengan Futsal, Bola Jaring
digabungkan dengan Bola Keranjang.

7.3

Guru-guru diminta turut menekankan kokurikulum selain kurikulum agar murid-murid


menerima pembelajaran yang seimbang.

7.4

Pelaksanaan SEGAK dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun. En. Ahmadde memohon


masa sehari untuk menjalankan ujian SEGAK. Hal ini kerana setiap stesen yang terdapat
dalam ujian ini perlu dilakukan pada hari yang sama bukannya dilakukan secara
berasingan.

7.5

En. Ahmadde menawarkan diri untuk memohon atau menyewa peralatan dari SK Merpati
kerana kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah itu mencukupi jika dibandingkan
dengan sekolah-sekolah lain.

7.6

8.

En. Normazlan mencadangkan agar baju PJK bagi setiap guru dibuat semula kerana
kehadiran guru-guru baru bagi melambangkan semangat kesatuan dan memberi identiti
kepada guru-guru SK Labuk Subur.

HAL-HAL LAIN
Tiada hal-hal lain.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.20 pagi.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

_____________________
( KASNORLELA KASSIM )
Setiausaha Sekolah,
S.K. Labuk Subur,
Sandakan.

______________
( ZAIRUDIN ALI )
Pengerusi,
Guru Besar S. K. Labuk Subur,
Sandakan.

Tarikh: 09 March 2015

Tarikh: 09 March 2015

You might also like