You are on page 1of 8

Pengenalan

Dewasa ini kita mengenal internet sebagai salah satu sumber informasi yang sangat diminati
oleh masyarakat modern saat ini. Di dalam internet kita dapat menemukan berbagai macam
informasi menarik tentang sebuah hal secara lebih lengkap dan mudah. Misalnya saja ketika
seorang mengalami kesulitan tentang sebuah pertanyaan yang sulit tentang sebuah
pembelajaran maka seorang tersebut dapat dengan mudah menemukan jawabannya melalui
internet. Dengan fakta mengenai kemudahan dan kelengkapan informasi yang terdapat di
dalam internet dan setelah melihat banyaknya media yang saat ini dapat digunakan untuk
mengakses internet terlebih juga tentang kenaikan kecintaan masyarakat dalam mengakses
internet maka saat ini banyak orang yang kian mengembangkan internet ini untuk tujuan
pembelajaran.

Kegiatan pembelajaran yang terdapat di internet ini sering kali kita sebut dengan kegiatan
pembelajaran online ini tak luput dari berbagai macam permasalahan yang akhirnya timbul
dengannya. Permasalahan tersebut terkait dengan pembandingan mengenai lebih banyak
mana antara kelebihan dan juga kekurangan dari kegiatan pembelajaran online tersebut. Yang
dengan hal tersebut maka di bawah ini saya telah merangkum tentang berbagai macam
kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam kegiatan pembelajaran online.

Kelebihan pembelajaran online. Pada kegiatan pembelajaran online ini yang menarik adalah
tentang waktu yang lebih fleksibel. Seorang yang ingin belajar di internet tak perlu harus
berpatokan pada waktu tertentu karena yang penting terdapat akses internet mereka sudah
dapat mempelajarinya kapan dan dimanapun. Jangkauan dari kegiatan pembelajaran ini pun
tak terbatas tempat, di manapun di seluruh dunia asal terdapat akses internet, pembelajaran
dapat tetap berlangsung.

Kekurangan dari kegiatan pembelajaran online. Karena kemudahan penyebaran informasi ini
oleh semua pihak yang terkait maka sangat mungkin sekali terjadinya kesalahan pada materi
yang terdapat di internet. Juga mungkin sekali terdapat banyak kejahatan teknologi semisal
mengenai bahaya pornografi yang bayak terdapat di internet yang selama ini meresahkan para
orang tua.

Kepesatan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan telah mencipta suatu evolusi baru
dalam proses pengajaran dan pendidikan (P&P), di antaranya ialah MassiveOpen Online
Courses atau lebih dikenali sebagai MOOC. Ia merupakan suatu tambahan kepada gaya
penyampaian P&P sedia ada iaitu pengajian di atas talian dan pendidikan berjarak jauh.

Massive Open Online Course


Perkembangan MOOC bermula daripada inisiatif sumber pendidikan terbuka (open educational
resources). Istilah MOOC mula-mula sekali diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Dave Cormier
dari University of Prince Edward Island dan Bryan Alexender dari National Institute for
Technology in Liberal Education. Ini adalah susulan kepada kursus Connectivism and
Connective Knowledge yang dipelopori oleh George Siemens dari Athabasca University dan
Stephen Downes dari National Research Council. (Chris 2013). Definisi MOOC adalah seperti
berikut:

M-Massive.

Terminologi ini membawa maksud berskala besar dalam lingkungan 10,000 -

100,000.
O-Open. Terbuka membawa makna percuma dari segi pendaftaran, konten and juga dari segi
akses.
O-Online. Atas Talian membawa makna penggunaan Internet sebagai medium interaksi (forum,
kolaborasi berasaskan web, web seminar, dll) dan aktiviti ini dijalankan secara langsung.
C-Course. Kursus membawa makna program yang membawa kredit untuk pensijilan. Ia
mempunyai tarikh mula dan akhir dan mempunyai pengurus kursus yang membantu proses
pembelajaran. Kewujudan komuniti pelajar yang ramai.
Kursus ini ialah mengenai perkembangan aplikasi aktiviti rangkaian dan teori Connectivism
yang diperkenalkan oleh George Siemens sebagai salah satu teori pembelajaran baru dalam
era digital hari ini. Keunikan kursus ini telah menemukan kepelbagaian kaedah penyampaian
dan penerimaan material P&P di kalangan pengguna yang ramai. Mereka berkongi
pengetahuan dan berkomunikasi antara satu sama lain dalam suatu rangkaian pengetahuan
yang unik (Mackness, Mak dan Williams, 2010).

Kursus ini dijalankan di University of Manitoba mempunyai seramai 25 orang pelajar yang
berbayar dan selebihnya seramai 2200 orang pelajar di kalangan orang awam dari seluruh
dunia yang mengikutinya secara percuma. Bahan-bahan kursus boleh didapati melalui suapan
RSS. Para pelajar berinteraksi melalui aplikasi kolaborasi di atas talian, termasuklah
perbincangan di dalam platform Moodle dan Second Life, serta entri dari blog (Cormier, 2008).
Rajah 1 di bawah menunjukkan diagram kursus Connectivism and Connective Knowledge.

Rajah 1: Diagram kursus Connectivism and Connective Knowledge

Menurut Cormier (2010), ciri-ciri asas MOOC ialah capaian kepada kursus-kursus yang
ditawarkan adalah terbuka dan percuma, melibatkan penyertaan secara sukarela dari pihak
pelajar. Penyedia bahan kursus membangunkan bahan P&P dan diedarkan dengan meluas.
Hasil tugasan peserta dikongsi bersama peserta-peserta lain. MOOC menyokong pendidikan
sepanjang hayat. Pada kursus yang mengenakan bayaran, ia adalah sebagai yuran untuk
mendapatkan sijil kelulusan kursus yang diikuti.
Pappano (2012) telah menamakan tahun 2012 sebagai Tahun Untuk MOOC kerana material
P&P yang boleh didapati secara percuma di dalamnya telah membuka suatu pintu kepada
kelompok universiti-universiti elit untuk menerima lebih ramai bakal pelajar. Menurut Catherine
3

(2013), MOOC semakin popular pada awal tahun 2012, apabila Daphne Koller dan Andrew Ng,
mantan ahli akademik dari Standford University melancarkan platform pembelajaran mereka di
atas talian yang dikenali sebagai Coursera.
Capaian ke internet yang semakin pantas dan mudah, telah membuka suatu peluang baru
kepada para pengguna yang bermotivasi tinggi untuk meneruskan pengajian ke suatu tahap
yang mereka impikan. Terdapat banyak platform MOOC yang menawarkan berbagai-bagai
kursus dari universiti terkemuka dunia secara percuma. edX ialah salah satu daripada platform
yang dimaksudkan ini. Ia adalah kolaborasi antara Harvard University dengan Massachusetts
Institute of Technology (MIT) yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Selain daripada itu,
Udacity, futurelearn.com, Open Yale Courses, Carnegie Mellon Free Courses, UCLA Extension,
Harvard Extension School dan UC Berkeley Free Courses (sekadar menamakan beberapa
platform sahaja) turut sama menawarkan kursus-kursus yang dijalankan melalui MOOC. Rajah
2 menunjukkan antaramuka portal MOOC yang ternama.

Rajah 2: Beberapa buah portal MOOC yang ternama, iaitu (mengikut arah
pusingan jam) Coursera, UDACITY, Future Learn dan edX.

Kelebihan dan Kekurangan MOOC

MOOC juga tidak lari dari isu-isu yang berkaitan dengan kelebihan dan kekurangan yang
tersendiri dan unik. Ada portal MOOC yang menawarkan kursus atau program P&P secara
percuma, tetapi ada juga yang memerlukan pengguna untuk mendaftar dan membayar yuran
mengikuti kursus.
Konsep penyampaian P&P secara konvensional yang memerlukan pelajar secara fizikalnya
berada di dalam dewan kuliah untuk mengikuti sesi P&P tidak lagi diperlukan, sebaliknya
memadai dengan adanya capaian internet yang bagus untuk mengikuti kuliah. Secara tidak
langsung, dapat menjimatkan masa dan kos untuk berada di dewan. Pelajar boleh mengikuti
kursus dari jarak jauh dan di mana sahaja berada.
Bagi pensyarah pula, mereka boleh menyediakan bahan P&P lebih awal sebelum suatu kursus
dimulakan. Ini memerlukan sedikit kemahiran di kalangan mereka untuk merangka kandungan
kursus yang akan disampaikan kepada pelajar. Selain daripada itu, kemahiran dan kepakaran
dari beberapa pihak yang terlibat dengan teknologi pendidikan diperlukan untuk menjayakan

pembangunan produk MOOC. Secara tidak langsung menggalakkan para ahli akademik
menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan P&P.
Menurut BPDA Detroit Chapter (n.d), bagi pelajar yang mengikuti kursus dari portal MOOC yang
percuma dikhuatiri mempunyai isu berkaitan dengan tahap motivasi yang rendah. Ini adalah
kerana, ia adalah suatu program berbentuk sukarela, dan pelajar tidak akan dikenakan penalti
sekiranya gagal menamatkan kursus dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Berdasarkan laporan yang dibentangkan oleh edX (2012) seperti yang dipetik oleh OConnor
(2014) menunjukkan bahawa sebilangan besar peserta kursus atas talian yang percuma lebih
cenderung untuk meninjau sahaja bahan-bahan P&P yang dimuatkan dalam portal berbanding
dengan melengkapkan suatu kursus sehingga memperolehi sijil perakuan tamat kursus.

Pembelajaran DalamTalian Secara Global

Masa depan pembelajaran dalam talian bagi sistem pendidikan tinggi Malaysia adalah
berpaksikan kepada piawaian kualiti global, peningkatan akses serta ekuiti yang memastikan
kumpulan yang kurang berpeluang dapat memanfaatkannya. Bagi mencapai matlamat ini,
Kementerian berhasrat untuk menjadikan pembelajaran dalam talian dan blended learning
sebagai asas kepada kurikulum, dengan memberi galakan agresif ke atas Massive Open Online
Courses (MOOCs). Antara kepentingannya ialah:
1. Menjelang 2019, dianggarkan 50% daripada keseluruhan kelas di institus pendidikan
tinggi di AS akan disampaikan secara dalam talian.
2. Terdapat 5 kali ganda peningkatan dalam kalangan pengguna internet di Malaysia (dari
3.7 juta ke 20.1 juta) antara 2000-2013
3. Penembusan internet yang lebih besar bermakna peluang bagi pendidikan tinggi untuk:
1 Meluaskan Akses
2 Meningkatkan Kualiti Pengajaran
3 Meningkatkan Kecekapan Kos
4 Mempromosi bidang tersendiri Malaysia secara global
4. Pelbagai keberhasilan yang ditetapkan oleh Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN)
masih perlu dicapai terutama di Politeknik dan Kolej Komuniti

Cabaran Penyediaan

1. Menjadikan pembelajaran dalam talian sebagai komponen integral bagi pendidikan


tinggi, dengan 70% daripada kursus menggunakan blended learning menjelang 2025
2. Melancarkan MOOC dalam subjek yang tersendiri bagi Malaysia (cthnya., perbankan
dan

kewangan

Islam),

mensasarkan

50%

enrolmen

antarabangsa

serta

mempromosikan inisiatif MOOC kepada rakyat umum di Malaysia


3. Menubuhkan pusat e-pembelajaran Malaysia untuk menyokong rekaan kandungan yang
boleh dikongsi, menubuhkan platform kebangsaan dan membina perkongsian
4. Menubuhkan mekanisme pindahan kredit untuk pelajar menamatkan kursus dalam talian
secara global
5. Menyediakan infrastruktur bagi menyampaikan pembelajaran dalam talian yang berskala

Implikasi Sumber Pembelajaran Terbuka Dalam Pendidikan Tinggi

1. merangsang minat dan keinginan dalam kalangan penyelidik di bidang P&P untuk
menghasilkan lebih banyak kajian yang berhubungkait dengan penggunaan teknologi
dalam P&P.( Ahmad Zaki 2014)
2. semua, pelajar seharusnya terlibat secara aktif dalam proses menghasilkan kurikulum
dan sukatan pelajaran
3. kesan penggunaan teknologi daripada sumber pembelajaran terbuka dalam menarik
minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat meningkatkan lagi
keberkesanan dan
objektif pengajaran. (Amiruddin et al. 2014)
4. MOOC juga merupakan momentum penting yang wujud di sebalik konsep bebas dan
terbuka dalam penggunaan sumber pembelajaran.
5. kos pembiayaan dalam pendidikan tinggi telah mendapat perhatian dalam dasar negara
dimana kerajaan membuat mekanisme dalam pembiayaan kos dikurangkan dan dibuat
penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam
sistem pendidikan.
6. kaedah pembelajaran interaktif dapat dilaksanakan dengan kemahiran pelajar
mengakses sumber yang ada dalam talian.
7. Menurut pandangan Norazah & Ngau Chai Hong (2009) yang mengakui bahawa
penggunaan teknologi dalam P&P memberikan implikasi baru yang lebih efektif dalam
P&P dan menyumbang kepada keberkesanan dalam bidang pendidikan.

Cadangan Garis Panduan pembangunan MOOC di Malaysia

Kesimpulan
Berbagai impak telah berlaku dengan kewujudan aplikasi MOOC. Konsep belajar merentasi
sempadan, tiada penetapan had umur dan kos yang membebankan boleh dikurangkan. MOOC
berpotensi untuk mengubah gaya pembelajaran konvensional dan tradisonal kepada suatu
gaya pembelajaran moden dan berteknologi tinggi.
Perkembangan teknologi boleh mengubah masyarakat khususnya dalam evolusi internet yang
telah mengubah konsep dan teori pendidikan tradisional,yang sedia ada dalam konsep bilik
darjah dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (Hunt, 2004; Resnick dan Wirth, 1996.)
Arus globalisasi membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat dunia, oleh itu
masyarakat
seharusnya mengikuti perubahan arus globalisasi seiring dengan kepantasan kemajuan masa
kini. (Kassim&Ahmad 2010)
Kemahiran literasi komputer juga penting untuk memastikan pengguna-pengguna MOOC
khususnya memahami kandungan kursus atau program yang diikuti seterusnya mampu
mencapai objektif pembelajaran dan dapat diaplikasikan. Dari aspek memenuhi keperluan
proses pembelajaran sepanjang zaman, MOOC mampu membekalkan kandungan yang boleh
didapati secara percuma dalam platform yang berbagai. Pengetahuan yang bakal diperolehi
amat berguna dan membantu dalam kehidupan harian.