You are on page 1of 48

Cadangan Garis

Panduan Pembangunan
MOOC Malaysia

Cadangan Garis Panduan Pembangunan


MOOC Malaysia
ms
Kandungan
1. Pengenalan
1.1
1.2

1.3

1.4
2.

MOOC Malaysia
Platform MOOC Malaysia
1.2.1 Platform Antarabangsa
1.2.2 Platform Kebangsaan
Jenis Kursus
1.3.1 Kursus Umum
1.3.2 Kursus Tujahan (Nic)
1.3.3. Kursus Kemahiran
Tempoh Kursus

2
2
2
2
3
3
3
4
4

Proses Reka Bentuk Umum

2.1
2.2

Logo
Reka Bentuk Landing Page
2.2.1 Paparan Utama
2.2.2 Pengenalan Kursus (dalam bentuk Video)
2.2.3 Sinopsis Kursus
2.2.4 Silibus Kursus
2.2.5 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)
2.2.6 Pengetahuan Prasyarat
2.2.7 Format Pengendalian Kursus
2.2.8 Maklumat Instruktor
2.2.9 Tarikh Mula dan Tempoh Kursus
2.2.10 Soalan-soalan Lazim (FAQ)
2.2.11 Kata nama dan Kata laluan
2.2.12 Pengumuman

6
6
6
6
7
7
8
9
9
10
10
10
11
11

2.3

Reka Bentuk dan Susun Atur Laman


Kandungan Kursus (Content Page)
2.3.1 Susun Atur Butiran Pembelajaran
2.3.2 Reka Bentuk Laman Kandungan
2.3.3 Kandungan
2.3.4 Pentaksiran
2.3.5 Aktiviti Pembelajaran
2.3.6 Bacaan/Rujukan Tambahan

12
12
13
14
14
15
15

ii

3.

Amalan Pembangunan MOOC

17

3.1

Urutan Pembangunan

18

3.2

Reka Bentuk

19

3.3

Aspek-aspek Reka Bentuk Lain

20

3.4

Kurikulum Kursus

21

3.4.1

21

Pemetaan CLO/TLO/Aktiviti/Pentaksiran

3.5

Peranan Ahli Pasukan MOOC

23

3.6

Pembangunan Bahan Kursus

24

3.7

Kandungan dalam Bentuk Lain

27

3.8

Pembangunan Aktiviti

27

3.8.1

Perbincangan di Papan Forum

27

3.8.2

Wiki

27

3.8.3

Dokumen Kongsi Sama

27

3.8.4

Bahan Bacaan

28

3.9

Pentaksiran

28

3.9.1 Formatif dan Sumatif

28

3.9.2 Jenis Pentaksiran

28

3.9.3 Pentaksiran Rakan Sebaya

29

3.9.4 Penggredan dan Laporan

29

Jaminan Kualiti

29

3.10.1 Garis Masa (Timeline)

30

3.10.2 Ujian Rintis

31

3.11

Hakcipta

31

3.12

Pengiktirafan (Persetaraan Pembangunan

3.10

e-Kandungan dan Penerbitan)


4.

31

AMALAN PENYAMPAIAN

32

4.1

Pengumuman

33

4.2

Strategi Pelaksanaan Pengajaran

33

4.2.1

Pembelajaran Teradun (untuk kursus sepunya)

34

4.2.2

Atas Talian Sepenuhnya


(untuk kursus nic dan sepanjang hayat/kemahiran)

34

4.3

Kolaborasi Rakan Sekursus

35

4.4

Kewujudan Komuniti Pelajar

35

4.5

Moderasi Forum

36
iii

5.

4.6

Penggredan

36

4.7

Pengumuman Pencapaian Penamatan Kursus

37

4.8

Penawaran Semula Kursus

37

4.9

Garis Panduan Pelajar

37

PEMINDAHAN KREDIT

38

5.1

Pengenalan

39

5.2

Mekanisme I: Pemindahan Kredit antara UA Malaysia

39

5.2.1

Jenis Kursus

39

5.2.2

Pelajar

39

5.2.3

Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)

40

5.2.4

Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian

40

5.2.5

Pentaksiran

40

5.2.6

Kelulusan Pemindahan Kredit

40

5.3

Mekanisme II: Pemindahan Kredit

41

daripada Platform Antarabangsa


6.

GLOSARI

42

iv

1. PENGENALAN

1.

PENGENALAN

Selaras dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan


Tinggi) 2015-2025 [PPPM (PT)], Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia disarankan untuk
melonjakkan pembelajaran atas talian ke tahap global (Lonjakan Kesembilan). Ini
bertujuan untuk meluaskan akses pendidikan, meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran, mengurangkan kos penyampaian dan menonjolkan IPT Malaysia di
arena antarabangsa di samping memupuk pembelajaran sepanjang hayat
khususnya dalam kalangan warga Malaysia.
Seiring dengan agenda nasional ini, pendekatan yang dicadangkan dalam PPPM
(PT) adalah melalui penawaran Massive Open Online Course (MOOC) di setiap IPT di
Malaysia. Ini dapat menyediakan sistem penyampaian kursus yang cekap,
meningkatkan kecemerlangan IPT dalam bidang tujahan dan kepakaran dan
seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hub perdana pendidikan.
Tujuan garis panduan ini adalah untuk dijadikan rujukan oleh setiap IPT dalam
membangunkan dan menawarkan MOOC masing-masing. Dalam masa yang sama,
garis panduan ini memberi maklumat tentang proses pembangunan untuk tujuan
menyeragamkan
pembangunan
MOOC
Malaysia
antara
IPT
dan
menyampaikannya secara berkesan.

1.1

MOOC Malaysia

MOOC Malaysia merupakan MOOC yang dibangunkan oleh setiap institusi


pengajian tinggi di Malaysia dan Pusat e-Pembelajaran Negara (NeLC) bertindak
sebagai urus setia untuk memastikan MOOC yang dibangunkan mematuhi garis
panduan ini. Kursus yang dipilih terdiri daripada program akademik sedia ada dan
kursus lain yang disesuaikan di bawah IPT masing-masing.

1.2

Platform MOOC Malaysia

1.2.1

Platform antarabangsa
i.

IPT perlu menawarkan MOOC Malaysia di platform yang telah ditetapkan


oleh KPT.

ii.

IPT melalui NeLC perlu merancang untuk menawarkan kursus terpilih


MOOC Malaysia di platform antarabangsa terkemuka yang lain untuk
tujuan keterlihatan dan juga penjenamaan.

1.2.2

Platform Kebangsaan
i.

1.3

Satu platform kebangsaan akan disediakan oleh NeLC dan IPT perlu
bersedia untuk menguruskan MOOC Malaysia di platform tersebut.

Jenis Kursus
i.

MOOC Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 jenis kursus seperti berikut:


a. Kursus umum
b. Kursus tujahan (nic)
c. Kursus kemahiran

1.3.1

ii.

Setiap institusi boleh membangunkan dan menawarkan kursus dalam


mana-mana kategori di atas.

iii.

Hanya kursus yang telah diluluskan oleh NeLC sahaja boleh dibangunkan
oleh institusi dan seterusnya ditawarkan dalam platform MOOC Malaysia.

Kursus Umum
i.

Kursus umum ialah kursus sepunya yang ditawarkan di semua institusi


pengajian tinggi di Malaysia. Contohnya: Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS), Keusahawanan, Hubungan Etnik dan lain-lain.

ii.

Pembangunan kursus umum ini perlu diselaraskan oleh Jawatankuasa


Kursus Umum di peringkat NeLC dan pembangunan kandungan perlulah
mendapat input daripada semua penyelaras IPT Malaysia serta
dipersetujui bersama.

iii.

Penyampaian kursus umum ini dipertanggungjawabkan atau diterajui


oleh sebuah IPT sahaja, iaitu IPT yang membangunkan kursus tersebut.

iv. Latihan untuk pengajar kursus ini dijalankan dan diselaraskan oleh AKEPT.
1.3.2

Kursus Tujahan (Nic)


i.

Kursus tujahan merujuk pada bidang tujahan IPT yang tersenarai di


Jabatan Pengajian Tinggi (JPT). Bidang tujahan universiti awam (UA)
adalah seperti di Lampiran I.

ii.

Sebagai contoh, kursus tujahan bagi Universiti Malaya ialah Life Sciences
& Medicine, Engineering & Physical Science dan Islamic & Social Sciences
manakala kursus tujahan Universiti Sains Malaysia ialah Environmental
Sciences, Engineering & Technology dan Life & Health Sciences.
3

1.3.3

1.4

Kursus Kemahiran
i.

Kursus kemahiran ialah kursus untuk pembelajaran sepanjang hayat dan


pembangunan profesional.

ii.

Contoh kursus kemahiran adalah seperti kursus bahasa arab, kursus


pengurusan masa dan lain-lain.

Tempoh Kursus
i.

Secara purata, satu kursus MOOC berlangsung antara minimum 6


minggu dan maksimum 14 minggu dan kursus ini lazimnya berasaskan
sekurang-kurangnya tiga Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning
Objective - CLO).

ii.

Tempoh penglibatan atau jam pembelajaran pelajar (Student Learning


Time - SLT) ialah 10 jam seminggu menjadikan minimum 60 jam dan
maksimum 140 jam untuk satu-satu kursus. Maklumat ini perlu dinyatakan
di awal kursus.

iii.

Tarikh enrolmen bagi satu-satu kursus perlu diumumkan di laman


pengenalan kursus.

iv. Bagi kursus yang mempunyai tarikh enrolmen, kursus tersebut mestilah
boleh diakses oleh pelajar yang telah berdaftar sebelum ini.

2.

PROSES REKA BENTUK UMUM

2.

PROSES REKA BENTUK UMUM

Pembangunan MOOC memerlukan perancangan yang rapi. Reka bentuk dan


pelaksanaan aktiviti yang dirancang merupakan antara faktor yang perlu
dititikberatkan oleh pembangun.
MOOC membawa keterlihatan IPT ke peringkat global. Pelajar yang mendaftar
MOOC pula adalah pelajar yang pelbagai (umur, budaya, latar belakang akademik
dan lain-lain). Justeru, reka bentuk yang bersesuaian adalah penting untuk pelajar
melayari bahan pembelajaran dan belajar dengan berkesan serta mencapai hasil
pembelajaran kursus.

2.1

Logo
i.

3 logo wajib iaitu logo IPT, logo KPT dan logo MOOC Malaysia akan
diletakkan di landing page utama. Landing page kursus hanya
mengandungi logo IPT sahaja.

2.2

Reka Bentuk Landing Page

2.2.1

Paparan Utama
i.

Laman utama kursus perlu mengandungi maklumat kursus secara


terperinci. Maklumat yang perlu adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

2.2.2

Pengenalan Kursus (dalam bentuk video)


Sinopsis Kursus
Silibus Kursus
Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)
Pengetahuan Prasyarat
Format Pengendalian Kursus
Maklumat Instruktor
Tarikh Mula dan Tempoh Kursus
Soalan-soalan Lazim (FAQ)
Pengumuman

Pengenalan Kursus (dalam bentuk video)


i.

Video pengenalan perlu disediakan bagi setiap kursus untuk memberi


pengenalan dan maklumat ringkas mengenai kursus.

ii.

Video ini merupakan bahan promosi utama bagi kursus.

iii.

Sebaik-baiknya, sebahagian daripada kandungan video menunjukkan


klip yang relevan dengan kursus (misalnya, kilang pemprosesan
makanan, perbicaraan di mahkamah dan lain-lain).

iv. Durasi ideal video ini adalah lebih kurang 3 minit.


2.2.3

2.2.4

Sinopsis Kursus
i.

Setiap kursus perlu menyediakan sinopsis yang panjangnya 100 - 200


patah perkataan.

ii.

Sinopsis mengandungi maklumat am mengenai kandungan kursus,


format penyampaian dan hasil pembelajaran kursus yang akan
diperoleh pelajar.

Silibus Kursus
i.

Silibus kursus memberi maklumat terperinci mengenai kursus termasuk


semua topik yang diliputi.

ii.

Ia juga memberi struktur organisasi keseluruhan kandungan kursus,


termasuk semua aktiviti pembelajaran dan pentaksiran.

iii.

Contoh landing page adalah seperti di Rajah 1.

Rajah 1. Contoh landing page

2.2.5

Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)


i.

Laman utama perlu menyatakan hasil pembelajaran kursus (CLO)


supaya pelajar mengetahui ilmu, kemahiran dan nilai (kemahiran
insaniah) yang bakal mereka peroleh.

ii.

Dalam menulis hasil pembelajaran kursus, pertimbangkan bahawa


pelajar adalah pelajar yang pelbagai dari aspek pengetahuan latar
belakang, etnik, budaya dan lain-lain.

iii.

Aspek yang perlu dipertimbangkan dalam menulis hasil pembelajaran


kursus adalah set pengetahuan baru, kemahiran, fakta, konsep dan
prinsip baru yang bakal dipelajari.

iv. CLO yang telah diluluskan di peringkat IPT perlu dikekalkan dalam MOOC
Malaysia.
v.

Dalam menyatakan CLO, ayat perlu berada dalam bentuk kata kerja
seperti menjelaskan, menerangkan, mengira, menerapkan dan
lain-lain.

vi. Contoh paparan sinopsis dan hasil pembelajaran kursus adalah seperti
dalam Rajah 2.

Rajah 2. Contoh paparan sinopsis dan hasil pembelajaran kursus

2.2.6

2.2.7

Pengetahuan Prasyarat
i.

Sebarang keperluan pengetahuan prasyarat kursus perlu dinyatakan


dengan jelas.

ii.

Pengetahuan prasyarat bertujuan untuk membantu pelajar mengetahui


pengetahuan sedia ada yang diperlukan untuk menyediakan diri dan
mengikuti kursus dengan berkesan.

Format Pengendalian Kursus


i.

Format pengendalian kursus bergantung pada keperluan kursus, objek


pembelajaran dan hasil pembelajaran kursus.

ii.

Lazimnya, format pengendalian kursus terdiri daripada penggunaan


video sebagai bahan pembelajaran utama dan disokong oleh

penggunaan sidang video atas talian, alat kolaborasi dan kandungan


multimedia interaktif bagi pengukuhan kefahaman pelajar.

2.2.8

2.2.9

2.2.10

Maklumat Instruktor
i.

Maklumat instruktor yang diperlukan termasuklah nama, gambar,


kelulusan akademik dan emel.

ii.

Maklumat tambahan lain untuk menengahkan kecemerlangan


akademik instruktor seperti pengalaman mengajar, bidang kepakaran,
pengalaman industri, penyelidikan dan pembangunan perlu juga
diletakkan.

Tarikh Mula dan Tempoh Kursus


i.

Setiap kursus perlu mempunyai tarikh mula, tarikh akhir dan juga tempoh
kursus.

ii.

Pelajar diharapkan untuk terlibat dalam proses pembelajaran mengikut


tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.

iii.

Tarikh-tarikh utama seperti tarikh akhir penghantaran tugasan dan tarikh


pelaksanaan pentaksiran sumatif perlu dinyatakan.

Soalan-soalan Lazim (FAQ)


i.

FAQ ialah senarai soalan lazim yang berkaitan dengan pelaksanaan


proses pembelajaran pelajar.

ii.

Sebagai contoh, soalan lazim ini berkaitan dengan format kursus, kaedah
penyampaian, proses penggredan dan lain-lain.

iii.

Soalan boleh ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.

iv. Contoh format kursus dan FAQ adalah seperti di Rajah 3.

10

Rajah 3. Contoh paparan format kursus dan FAQ

2.2.11

2.2.12

Kata nama dan kata laluan


i.

Kata nama dan kata laluan akan dibekalkan kepada pelajar.

ii.

Kata nama dan kata laluan ini adalah unik kepada pelajar dan tidak
boleh ditukar milik.

iii.

Hanya pelajar yang mempunyai kata nama dan kata laluan yang unik
ini sahaja mempunyai akses kepada kursus.

Pengumuman
i.

Setiap kursus perlu menyediakan ruang pengumuman.

ii.

Ruang ini perlu untuk memaklumkan kepada pelajar tentang aktiviti yang
telah selesai dan merumuskan perkara yang telah dipelajari oleh pelajar.

iii.

Ruang ini juga digunakan untuk memaklumkan kepada pelajar tentang


topik pembelajaran untuk minggu berikutnya.
11

iv. Ruang ini juga boleh digunakan untuk mengingatkan pelajar tentang
aktiviti-aktiviti utama seperti penghantaran tugasan, pentaksiran sumatif,
kerja berkumpulan yang perlu diselesaikan pada tarikh-tarikh yang telah
ditetapkan.

2.3

Reka Bentuk dan Susun Atur Laman Kandungan Kursus (Content Page)

2.3.1

Susun atur butiran pembelajaran


i.

Laman kandungan kursus untuk setiap topik perlu mengikut susun atur
pembelajaran seperti di Jadual 1.
Jadual 1. Susun atur butiran pembelajaran
Butiran

Penerangan

Subtopik

Satu-satu topik / subtopik /objek


pembelajaran yang dibangunkan.

Hasil Pembelajaran Topik

Hasil pembelajaran topik yang diharapkan


apabila selesai pembelajaran untuk topik
tersebut.

Bahan Pembelajaran

Bahan pembelajaran ialah bahan yang


digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Lazimnya bahan utama pembelajaran
adalah dalam bentuk video.
Bahan pembelajaran boleh juga disediakan
dalam format lain seperti kandungan
interaktif, e-book, web meeting, permainan,
bahan bacaan tambahan dan lain-lain.

Aktiviti Pembelajaran

Aktiviti pembelajaran ialah aktiviti yang


dijalankan oleh pelajar bagi
memperkukuhkan pembelajaran.
Contoh aktiviti pembelajaran ialah
perbincangan secara segerak (synchronous)
dan tidak segerak (asynchronous).
Aktiviti lain seperti wiki, kuiz, kajian kes,
penyelesaian masalah dan penggunaan alat
web 2.0 yang lain boleh digunakan untuk
pembelajaran.

12

Pentaksiran

Pentaksiran ialah proses mentaksir


pencapaian pelajar.
Terdapat dua jenis pentaksiran iaitu
pentaksiran formatif dan sumatif. Rubrik
digunakan bagi mentaksir tugasan yang
diberikan.
Lazimnya, pentaksiran melibatkan kuiz (seperti
aneka pilihan, aneka jawapan, isi tempat
kosong, benar/salah) dan penggredan
dilaksanakan secara automatik.
Pentaksiran boleh dilaksanakan secara
pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan
fasilitator.

Bahan Rujukan
Tambahan

Bahan rujukan tambahan ialah bacaan


sampingan yang perlu digunakan oleh pelajar
untuk memperoleh pengetahuan tambahan
dalam perspektif yang berbeza.
Bahan-bahan ini boleh ditawarkan dalam
pelbagai format seperti video, ppt, doc, pdf,
html dan lain-lain.

2.3.2

Reka bentuk laman kandungan


i.

Reka bentuk laman kandungan adalah seperti di Rajah 4.

ii.

Laman kandungan perlu mengandungi butiran pembelajaran


termasuklah tajuk utama, objektif unit, bahan pembelajaran, bacaan
tambahan pentaksiran formatif, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran
sumatif.

13

Rajah 4. Reka bentuk laman kandungan

2.3.3

Kandungan
i.

Setiap topik perlu mempunyai beberapa kandungan dalam bentuk


video.

ii.

Kandungan ini perlu disusun atur mengikut turutan pembelajaran.

iii.

Kandungan juga boleh disediakan dalam bentuk pautan kepada video


repositori lain seperti YouTube, Vimeo dan lain-lain.

iv. Kandungan dalam format lain seperti ppt, doc, pdf, swf boleh juga
disediakan untuk memperkukuhkan lagi kandungan topik.
v.

2.3.4

Pautan ke laman web lain juga digalakkan untuk membolehkan pelajar


memperoleh bahan kandungan yang sama tetapi dalam perspektif
yang berbeza.

Aktiviti Pembelajaran
i.

Setiap topik perlu mempunyai pelbagai aktiviti pembelajaran. Aktiviti


pembelajaran ini juga boleh dijadikan sebahagian daripada
pentaksiran.
14

2.3.5

ii.

Lazimnya aktiviti pembelajaran


perbincangan di papan forum.

utama

adalah

dalam

bentuk

iii.

Instruktor dan moderator perlu memainkan peranan masing-masing


untuk menghasilkan perbincangan yang menyumbang kepada
penjanaan pengetahuan pelajar dan membantu mencapai TLO.

Pentaksiran
i.

Setiap topik perlu mempunyai pentaksiran formatif (dalam kandungan)


dan pentaksiran sumatif di akhir topik.

ii.

Pentaksiran formatif boleh diletakkan dalam video (bahan pembelajaran


utama) atau secara berasingan.

iii.

Pentaksiran formatif boleh disediakan dalam pelbagai bentuk, contoh


pentaksiran ialah kuiz (MCQ, fill in the blanks, drag and drop, matching,
rearranging, sequencing dan lain-lain), tugasan, jurnal refleksi, group wiki,
sudut refleksi dan lain-lain.

iv. Pentaksiran sumatif perlu disediakan di akhir setiap topik yang bertujuan
untuk menilai pengetahuan dan kemahiran yang telah dijana oleh
pelajar merujuk kepada TLO yang telah ditetapkan.
v.

Lazimnya, soalan sumatif adalah dalam bentuk MCQ dengan


penggredan secara automatik oleh sistem. Gred yang diperoleh pelajar
perlu diambil kira dalam menilai prestasi mereka.

vi. Bilangan MCQ bergantung kepada kuantiti kandungan dan lazimnya


sesuatu topik mengandungi lebih daripada 15 MCQ.
vii. Penilaian rakan sebaya juga boleh digunakan untuk pentaksiran sumatif.
Gred pentaksiran perlu diambil kira dalam menilai prestasi keseluruhan
pelajar.
viii. Pentaksiran berasaskan aktiviti pembelajaran boleh juga dilakukan. Ini
berasaskan penglibatan pelajar dalam perbincangan merujuk pada
keaktifan mereka (bilangan posting), articulation of ideas, kesarjanaan
pengetahuan dan lain-lain.

15

2.3.6

Bacaan Tambahan
i.

Di akhir setiap topik, bacaan tambahan yang berkaitan dengan topik


tersebut perlu disediakan untuk pelajar.

ii.

Bacaan tambahan perlulah sesuai untuk menyokong penjanaan


pengetahuan pelajar terhadap topik tersebut dan membantu dalam
mencapai topic learning outcome (TLO).

iii.

Lazimnya, bacaan tambahan ini adalah dalam bentuk pautan ke


sumber atas talian yang berkaitan.

16

3.

AMALAN PEMBANGUNAN
MOOC

17

3.0

AMALAN PEMBANGUNAN MOOC

Pembangunan MOOC perlu berdasarkan reka bentuk yang ditetapkan.


Pembangunan melibatkan kurikulum kursus, bahan kursus, bahan aktiviti, pentaksiran
kursus, jaminan kualiti dan hak cipta. Terdapat beberapa amalan yang perlu diberi
perhatian dalam proses pembangunan MOOC Malaysia. Ini adalah untuk
memastikan bahawa MOOC Malaysia yang dibangunkan mematuhi kriteria dan
garis panduan kualiti yang telah ditetapkan.

3.1

Urutan Pembangunan
i.

Setiap pembangunan MOOC perlu mengikuti urutan tertentu.

ii.

Lazimnya, urutan pembangunan MOOC mengikut carta alir seperti di


Rajah 5.

Kenal pasti topik/objektif kursus/silibus/hasil


pembelajaran kursus/pengetahuan
prasyarat/format kursus

Penyediaan bahan pembelajaran


(chunking ke dalam tajuk-tajuk tertentu)

Skrip dan storyboard

Pembangunan video & bahan pembelajaran

Penyuntingan video & bahan pembelajaran

Pembangunan aktiviti

Pembangunan pentaksiran

Penilaian

18

Muat naik bahan ke dalam platform

Uji lari

Penambahbaikan

Penawaran/Pelancaran

Rajah 5. Carta alir pembangunan MOOC

3.2

Reka bentuk
i.

Pembangunan MOOC perlu berasaskan prinsip reka bentuk pengajaran


yang mantap. Untuk itu, pembangunan perlu mengikuti prinsip
pengajaran yang sering diguna pakai seperti 9 Langkah Pengajaran
Gagne.

ii.

Untuk satu-satu topik, aliran pengajaran perlu mengikuti 9 Langkah


Pengajaran Gagne seperti di Rajah 6. Bagaimanapun, sesetengah
langkah boleh dikecualikan mengikut kesesuaian.

iii.

Setiap pengajaran boleh menggunakan pelbagai atribut media.

19

Rajah 6. 9 Langkah Pengajaran Gagne

3.3.

Aspek-aspek reka bentuk lain


Antara aspek-aspek reka bentuk lain yang perlu diikuti adalah seperti berikut:
i.

Mengenal pasti hasil pembelajaran (pengetahuan, kemahiran dan


sikap).

ii.

Menyediakan tugasan dan aktiviti secara berturutan dalam membina


pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diharapkan.

iii.

Memastikan aktiviti pentaksiran sejajar dengan hasil pembelajaran.

iv. Membuat persembahan bahan pembelajaran yang menyokong


kepada pembelajaran aktif.

20

v.

Membina pengetahuan berasaskan kepada kemahiran berfikir aras


tinggi dengan memasukkan unsur analisis, sintesis dan penilaian.

vi. Memastikan keseimbangan antara kehadiran pengurus kursus, interaksi


rakan sebaya dan juga cabaran kognitif.
vii. Menjajarkan aktiviti kepada hasil pembelajaran untuk setiap topik
termasuk pengetahuan, kemahiran dan sikap.
vi. Memastikan Unit Pengenalan membolehkan pelajar
tentang jangkaan hasil pembelajaran untuk setiap topik.

mengetahui

vii. Menyediakan pemetaan untuk aktiviti mingguan kepada pelajar.

3.4

Kurikulum Kursus

Aspek utama pembangunan kurikulum kursus melibatkan pemetaan CLO dan TLO
dengan kandungan, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran. Pemetaan ini
membolehkan kesemua kandungan, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran yang
disediakan dijajar dengan TLO dan seterusnya CLO. Penjajaran yang baik
membolehkan pelajar memperoleh TLO dan CLO yang diharapkan.
3.4.1

Pemetaan CLO/TLO/Kandungan/Aktiviti/Pentaksiran
Course Learning Outcome (CLO)
i.

Setiap kursus perlu mempunyai CLO.

ii.

Bagi satu kursus, ia perlu mengandungi antara 3 hingga 7 CLO.

iii.

Setiap CLO pula dianggarkan boleh diselesaikan dalam tempoh 2


minggu.

Topic Learning Outcome (TLO)


i.

Setiap kursus perlu mempunyai antara 6 -14 minggu pengajaran.

ii.

Setiap CLO perlu mempunyai 2 hingga 4 topik pengajaran.

iii.

Setiap topik pula perlu mempunyai hasil pembelajaran topik (TLO) yang
tersendiri.

Pengiraan Tempoh Pelaksanaan kursus MOOC Malaysia


i. Tempoh pelaksanaan sesuatu kursus MOOC Malaysia bergantung pada
jumlah CLOnya.
ii.

Sesuatu kursus MOOC mempunyai purata minimum 3 CLO dan purata


maksimum 7 CLO.
21

iii.

Oleh kerana satu CLO boleh diselesaikan purata dalam masa 2 minggu,
maka tempoh minimum dan maksimum sesuatu kursus MOOC Malaysia
adalah seperti berikut:
Minimum

6 minggu (3 CLO x 2 minggu)

Maksimum

14 minggu (7 CLO x 2 minggu)

iv. Daripada kajian benchmarking Coursera, edX, Iversity, Udacity,


FutureLearn dan Udemy yang dilaporkan, setiap kursus dibahagikan
kepada 6-14 topik dan setiap topik boleh diselesaikan dalam 1 minggu.
Ini bermakna 1 kursus MOOC mempunyai tempoh pengajaran antara 614 minggu sama seperti pengiraan di atas.

Pemetaan dan Penjajaran Konstruktif


i.

Setiap topik TLO perlu dijajar dengan CLO.

ii.

Setiap TLO perlu mengandungi kandungan, aktiviti pembelajaran dan


pentaksiran.

iii.

Jadual 2 menunjukkan templat reka bentuk intruksi dan penjajaran


antara CLO, topik, TLO, kandungan, aktivti pembelajaran dan
pentaksiran.
Jadual 2. Templat Reka Bentuk Instruksi

Contoh Reka bentuk Instruksi untuk Minggu 1 (Topik 1)


Minggu 1 Topik 1
Hasil Pembelajaran Topik (TLO):
(Kemahiran berfikir aras tinggi yang mengandungi :
Understand
Appreciate
Analyse)
Kandungan Minggu 1
Video 1.1
Video 1.2
Further Readings

Aktiviti Minggu 1

Discussion (Forum Board)


Homework
Assignments
Observation
Reflective Journal
Wiki
Personal Research

22

Pentaksiran Minggu 1
Multiple Choice
Quiz
Interactive Quizzes
Peer Assessment

Minggu 2 Topik 2
Hasil Pembelajaran Topik (TLO)
(Kemahiran berfikir aras tinggi yang mengandungi :
Understand
Appreciate
Analyse)
Kandungan Minggu 2

Video 2.1
Video 2.2
Quiz
Readings

Aktiviti Minggu 2

Discussion (Forum Board)


Homework
Assignments
Observation
Reflective Journal
Wiki
Personal Research

Pentaksiran Minggu 2
Multiple Choice
Quiz
Interactive Quizzes
Peer Assessment

iv. Setiap Subject Matter Expert (SME) dan Pengurus MOOC diminta untuk
mengisi borang matriks pemetaan seperti di Lampiran II.

3.5

Peranan Ahli Pasukan Pembangun MOOC


i.

Setiap IPT perlu mewujudkan satu kumpulan pembangun MOOC yang


terdiri daripada pelbagai kepakaran seperti pakar bidang, pereka grafik,
krew rakaman video, penyunting, pereka bentuk dan lain-lain. Dalam hal
ini, ketua pasukan pembangun MOOC perlu memilih ahli kumpulan yang
berkemahiran yang boleh menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan.

ii.

Ketua pasukan pembangun MOOC perlu memberi taklimat sebelum


bermulanya proses pembangunan supaya setiap ahli kumpulan
mengetahui peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan.

iii.

Sekiranya perlu, latihan hendaklah diberikan kepada ahli kumpulan


supaya mereka mempunyai kemahiran yang bersesuaian.

iv. Ketua pasukan pembangun MOOC perlu mengadakan mesyuarat


secara berkala untuk memastikan semua aktiviti pembangunan berjalan
dengan lancar dan mengikut garis masa (timeline) yang telah
ditetapkan.

23

v.

Ketua pasukan pembangun MOOC juga perlu memastikan semua kos


pembangunan yang terlibat mematuhi perancangan kewangan yang
telah ditetapkan.

vi. Senarai pasukan pembangun MOOC dan peranan mereka adalah


seperti Lampiran III.

3.6

Pembangunan Bahan Kursus

Bahan kursus utama bagi MOOC ialah video. Bagaimanapun, bahan-bahan lain
seperti podcast, wiki, kandungan berinteraktif dan lain-lain juga boleh digunakan
sebagai bahan sokongan kepada bahan utama ini.
a) Video
Video merupakan bahan pembelajaran utama dalam MOOC (70%). Video
boleh dikategorikan kepada dua kelompok:
i.
ii.

Video asli/pembangunan sendiri.


Video guna semula/pautan daripada video sedia ada.

Video asli yang dihasilkan dan dibangunkan sendiri boleh terdiri daripada
pelbagai jenis seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Rakaman pengajaran dalam bilik darjah/kuliah.


Temuduga dengan pakar.
Kerja lapangan.
Animasi untuk konsep-konsep yang kompleks.
Persembahan slid dengan video dan narasi penyampai.

Pertimbangan perlu diberikan kepada proses pasca rakaman. Proses ini


lazimnya memakan masa yang lama dan boleh menjejaskan garis masa
pembangunan.
b) Kandungan video
i.

Kandungan video perlu dijajarkan kepada TLO.

ii.

Kandungan perlu mempunyai kombinasi pelbagai video yang terdiri


daripada penyampaian oleh pakar, **temu bual, main peranan, kerja
lapangan, perbincangan dan lain-lain.

iii.

Kandungan video
pengajaran sahaja.

mengandungi

24

hanya

bahan-bahan

penting

iv. Contoh jenis kandungan video untuk sesuatu topik (MOOC: Design &
Development Process Guidelines, University of Toronto, 2013) ditunjukkan
di Jadual 3.

Jadual 3. Contoh kombinasi pelbagai jenis video


Pengenalan
ppt dengan
kepada
narasi + anotasi
tema/Topik
(rakaman video
penyampai)
Untuk menarik
perhatian
Memberikan
sedikit
pengetahuan
latar belakang
Menaikkan
minat pelajar
Memperkenalkan objektif
pembelajaran

Kandungan
yang
menyeluruh
boleh
disampaikan
dalam bentuk
ini

Rakaman
lapangan

Pautan
ke
YouTube

Temu bual

Rumusan

Penyampaian
dalam
konteks
yang
berbeza
di
lapangan

Pautan
ke
sumber
video
lain
seperti
YouTube,
Vimeo
dan lainlain

Rakaman
temu bual
dengan
seseorang
yang
berpengaru
h dalam
topik yang
dibincangkan

Pengurus
merumus
kandunga
n dan
membuat
persediaa
n untuk ke
bahagian
yang
seterusnya

Anotasi boleh
juga
dimasukkan
Klip video
untuk
memperkukuh
-kan lagi
kandungan
yang perlu
disampaikan
juga boleh
masukan

c) Tempoh video
i.

Kandungan video perlu dipecahkan kepada segmen-segmen kecil


untuk menarik minat pelajar dan memudahkan mereka mengulang dan
melihat kembali kandungan tersebut.

25

ii.

Untuk setiap topik, tempoh setiap video yang dibangunkan (kandungan


asli) adalah bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan. Dicadangkan
tempoh video dalam sekitar 5 minit.

iii.

Pengiraan tempoh kandungan video untuk MOOC yang berlangsung


selama 6 minggu adalah seperti berikut:
6 minggu x 3 jam pengajaran F2F = 18 jam pengajaran F2F
1 jam pengajaran F2F = 10 minit video MOOC
18 jam pengajaran F2F = 180 minit video MOOC

iv. Oleh itu, tempoh minimum video untuk kursus yang berlangsung selama
6 minggu ialah 180 minit. Manakala kursus yang berlangsung selama 12
minggu perlu mengandungi tempoh minimum video selama 360 minit.
v.

Kandungan video ini perlu disertakan dengan pelbagai aktiviti


pembelajaran lain seperti perbincangan di papan forum dan juga
pentaksiran untuk menjadikan student learning time (SLT) seperti yang
ditetapkan (1 jam F2F = minimum 10 minit video = 3 jam SLT).

vi. Pengiraan SLT untuk kursus MOOC yang berlangsung selama 6 minggu
adalah seperti berikut:
1 jam pengajaran F2F = 3 jam SLT
6 minggu x 3 jam F2F = 18 jam F2F
18 jam F2F x 3 jam SLT = 54 jam SLT
vii. Oleh itu, untuk kursus yang berlangsung selama 6 minggu, tindakan perlu
diambil untuk memasukkan aktiviti pembelajaran lain supaya pelajar
memenuhi keperluan 54 jam SLT.
viii. Elakkan penggunaan teks yang berlebihan dalam video.

d) Turutan penghasilan video


Contoh turutan penghasilan video adalah seperti berikut:
i.

Rakam video menggunakan pelbagai alat rakaman (berasaskan studio,


studio mudah alih seperti i-Studio), berasaskan kuliah menggunakan krew
rakaman, self-recorded video seperti Screenflow, Camtasia, Swivl dan
lain-lain.

ii.

Letakkan raw video ini ke dalam shared folder untuk dikongsi bersama.

26

iii.

Edit video untuk memasukkan tajuk, musik atau transisi. Buang semua
unsur yang tidak diperlukan seperti bunyi yang tidak dikehendaki seperti
ums, batuk dan lain-lain.

iv. Masukkan transisi antara segmen (jika perlu).

3.7

Kandungan Dalam Bentuk Lain


i.

ii.

Selain daripada video, digalakkan agar kandungan dibangunkan


menggunakan pelbagai bentuk (30%) seperti:
a.

Podcast

b.

Powerpoint/Keynote Presentation

c.

Interactive Content dan permainan

d.

Wiki/Blog

e.

Web 2.0 Applications

f.

Bahan bacaan tambahan (ppt, doc, pdf, html)

Kepelbagaian bentuk kandungan ini boleh meningkatkan minat pelajar


untuk mengikuti bahan pembelajaran.

3.8

Pembangunan Aktiviti

3.8.1

Perbincangan di Papan Forum

3.8.2

i.

Setiap topik perlu menyediakan ruang perbincangan. Ini untuk


membolehkan SLT pelajar untuk kursus tersebut dicapai.

ii.

Lazimnya, perbincangan boleh dipecahkan kepada sub-perbincangan


dengan menggunakan papan forum yang berbeza-beza dengan ahliahli dalam kumpulan kecil untuk membincangkan topik.

iii.

Untuk itu, kumpulan kecil perlu diwujudkan untuk tujuan perbincangan.

Wiki
i.

3.8.3

Setiap topik boleh menggunakan alat wiki untuk menghasilkan


kerja/tugasan untuk satu-satu kumpulan.

Dokumen Kongsi Sama

27

i.

3.8.4

Untuk tujuan kerja kumpulan/tugasan, dokumen kongsi sama seperti


google doc juga boleh digunakan.

Bahan Bacaan
i.

Setiap topik perlu mempunyai bahan bacaan tambahan.

ii.

Bahan bacaan tambahan ini boleh dikaitkan dengan aktiviti


pembelajaran yang disediakan dalam kandungan dan pentaksiran. Ini
untuk memastikan pelajar membaca bahan bacaan tambahan yang
disediakan.

iii.

Bahan bacaan tambahan perlu dipilih dengan teliti supaya ia boleh


memberikan pelajar perspektif yang berbeza terhadap topik yang
dibincangkan.

3.9

Pentaksiran

3.9.1

Formatif dan Sumatif


i.

Setiap topik perlu mempunyai beberapa pentaksiran formatif dan satu


sumatif di akhir topik.

ii.

Pentaksiran formatif adalah sebarang bentuk pentaksiran yang


bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran pelajar
melalui pelbagai aktiviti seperti deeper learning, pemikiran kritis, refleksi
dan lain-lain.

iii.

Pentaksiran sumatif pula bertujuan untuk mengukur pencapaian dan


prestasi pelajar untuk sesuatu topik pembelajaran.

iv. Pentaksiran formatif dan sumatif perlu dijajarkan dengan TLO yang telah
ditetapkan dan juga aktiviti pembelajaran dan kaedah pengajaran
yang digunakan.
v.

3.9.2

Bentuk pentaksiran formatif dan sumatif (MCQ, tugasan dan lain-lain)


yang dibangunkan perlu sesuai dengan bilangan pelajar yang ramai.

Pentaksiran rakan sebaya


i.

Apabila MOOC telah sedia untuk diakreditasi, pentaksiran dalam bentuk


tugasan perlu disediakan.

ii.

Penilaian tugasan ini boleh dilakukan dalam bentuk pentaksiran rakan


sebaya (peer assessment).

28

iii.

Untuk itu, rubrik permarkahan yang jelas dengan atribut tertentu perlu
disediakan dan perlu mengambil kira setiap langkah untuk menilai hasil
kerja pelajar.

iv. Rubrik yang digunakan untuk permarkahan perlu melalui kesahan


konstruk.
vi. Di samping tugasan, pentaksiran rakan sebaya juga boleh digunakan
untuk karangan dan kerja berkumpulan.
3.9.3

Jenis Pentaksiran
a) Soalan Pelbagai Pilihan (MCQ)
i.

Pada peringkat awal MOOC Malaysia, pentaksiran sumatif adalah


dalam bentuk MCQ dengan maklum balas dan skor pencapaian dan
dilakukan sendiri oleh pelajar apabila selesai mengikuti sesuatu topik
pembelajaran.

ii.

Lazimnya, minimum 10 soalan MCQ perlu disediakan untuk pentaksiran


sumatif bagi sesuatu topik.

iii.

Pastikan MCQ boleh dicuba beberapa kali oleh pelajar untuk


memastikan
mereka
memperoleh
pengukuhan
kemahiran
pembelajaran.

iv. Pastikan juga setiap MCQ mempunyai maklum


membolehkan pelajar mengetahui kesilapan mereka.

balas

untuk

iv. MCQ dalam video boleh juga digunakan untuk pengukuhan.


Bagaimanapun, pastikan pelajar boleh meneruskan video walaupun
jawapan yang diberi tidak tepat.

3.9.4

3.10

Pengredan dan Laporan


i.

Penggredan sesuatu kursus perlu dilaksanakan untuk membolehkan


pelajar mengetahui tahap pencapaian mereka.

ii.

Setiap penggredan perlu dilaksanakan dengan telus supaya pelajar


mengetahui bagaimana mereka memperolehi sesuatu gred.

iii.

Gred yang diperolehi pelajar perlu dimaklumkan kepada mereka.

v.

Lazimnya, gred lulus atau gagal diberikan kepada pelajar.

Jaminan Kualiti

29

i.

Kualiti setiap kursus merupakan tanggungjawab IPT masing-masing.

ii.

Untuk itu, setiap kursus perlu melalui proses jaminan kualiti yang teliti dan
rapi.

iii.

Setiap IPT perlu melantik satu Jawatankuasa Jaminan Kualiti untuk setiap
kursus yang dibangunkan.

iv. Jaminan kualiti di peringkat IPT perlu mengikuti dokumen senarai semak
dan rubrik jaminan kualiti seperti di Lampiran IV.

3.10.1

Garis Masa (Timeline)


i.

Lazimnya, tempoh pembangunan sesuatu MOOC mengambil masa


lebih kurang 12 bulan.

ii.

Di peringkat IPT, garis masa pembangunan perlu juga diwujudkan. Garis


masa merangkumi pelbagai aktiviti pembangunan. Tempoh masa
pembangunan yang lazim adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 4.
Jadual 4. Garis Masa Pembangunan
Bil.
1
2

Aktiviti
Kenal pasti topik/objektif kursus/silibus/hasil
pembelajaran kursus/pengetahuan
prasyarat /format kursus
Penyediaan bahan pembelajaran
(chunking ke dalam tajuk-tajuk tertentu)

Tempoh masa
(bulan)

1 bulan
1 bulan

Skrip dan storyboard

1 bulan

Pembangunan video & bahan pembelajaran

3 bulan

Penyuntingan video & bahan pembelajaran

2 bulan

Pembangunan aktiviti

Pembangunan pentaksiran

1 bulan

Penilaian

1 bulan

Muat naik bahan ke dalam platform

0.5 bulan

10

Uji lari

0.5 bulan

11

Penambahbaikan

0.5 bulan

0.5 bulan

30

12

Penawaran/Pelancaran
12 bulan

Jumlah

3.10.2

3.11

Ujian Rintis (Pilot Test)


i.

Apabila MOOC telah dimuat naik, percubaan rintis perlu dilaksanakan


untuk memastikan bahawa tiada sebarang kelemahan apabila MOOC
tersebut ditawarkan.

ii.

Semasa ujian rintis dijalankan, soal selidik yang bersesuaian perlu


dibangunkan untuk mengenal pasti kelemahan dalam penawaran
MOOC.

iii.

Sebarang kelemahan yang diperolehi daripada ujian rintis perlu


diperbaiki.

Hak cipta
i.

Isu hak cipta selalunya berbangkit dalam dua konteks:


a. Kebenaran untuk menggunakan bahan sedia ada (video, gambar,
ppt, teks dan lain-lain).
b. Hak milik bahan asli yang dibangunkan.

3.12

ii.

Setiap kandungan yang digunakan dan mempunyai hak cipta perlu


mematuhi garis panduan hak cipta.

iii.

Garis panduan hakcipta adalah seperti di Lampiran V.

Pengiktirafan
Penerbitan)
i.

(Persetaraan

Pembangunan

e-Kandungan

dan

Pembangunan e-kandungan untuk MOOC boleh dipertimbangkan


untuk diiktiraf supaya setara dengan penerbitan untuk tujuan kenaikan
pangkat kakitangan akademik.

31

ii.

Untuk tujuan persetaraan ini, kertas kerja Cadangan Bahan eKandungan sebagai Satu Bentuk Penerbitan yang Baharu boleh
digunakan (Lampiran VI).

iii.

Dokumen ini telah diperhalusi dan diluluskan dalam Mesyuarat MEIPTA ke22 bil. 3/2014 di UiTM Dungun, Terengganu boleh digunakan dan tertakluk
kepada kelulusan IPT masing-masing.

32

4. AMALAN PENYAMPAIAN

33

4.

AMALAN PENYAMPAIAN

Penggunaan kandungan MOOC yang telah dibangunkan dalam sesuatu kursus


memerlukan pendekatan kaedah penyampaian yang sesuai yang meliputi
Pengumuman Penawaran Kursus, Strategi Pengajaran, Kolaborasi Bersama Rakan
Sekursus, Pewujudan Komuniti Pelajar, Pengumuman Pencapaian Kursus, Penawaran
Semula Kursus dan Garis Panduan Pelajar.

4.1

Pengumuman
i.

Pengumuman adalah saluran komunikasi yang penting antara instruktor


dengan pelajar.

ii.

Pengumuman yang pertama lazimnya mengalu-alukan pelajar ke kursus


dan memberi arahan bagaimana untuk mengikuti kursus ini dengan
jayanya.

iii.

Pengumuman perlu dibuat untuk memaklumkan kepada pelajar tentang


bermulanya topik baru dan mengulas semula apa yang dipelajari dalam
topik sebelum ini.

iv. Pengumuman juga digunakan untuk memaklumkan tarikh tamat


penghantaran tugasan dan mengemas kini maklumat kursus mengikut
keperluan.

4.2

Strategi Pelaksanaan Pengajaran


i.

Terdapat tiga kategori kursus MOOC yang dibangunkan iaitu :


a) Kursus Sepunya
b) Kursus Tujahan (Nic)
c) Kursus Sepanjang Hayat/Kemahiran

ii.

Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan


berdasarkan kepada tiga (3) kategori kursus tersebut. Antara strategi
pengajaran yang menggunakan MOOC adalah seperti berikut:

34

4.2.1

4.2.2

Pembelajaran Teradun (untuk kursus sepunya)


i.

Pembelajaran teradun boleh digunakan bagi kursus sepunya sebagai


bahan pembelajaran mengikut kreativiti instruktor dan keperluan
universiti.

ii.

Pembelajaran teradun menggabungkan penyampaian atas talian


dengan penyampaian tradisional bersemuka.

iii.

Garis Panduan Pelaksanaan e-Pembelajaran yang telah diedarkan ke


setiap UA boleh diguna pakai untuk membantu instruktor melaksanakan
pembelajaran teradun masing-masing.

Atas Talian Sepenuhnya (untuk kursus nic dan sepanjang hayat/kemahiran)


i.

Penyampaian atas talian sepenuhnya adalah untuk kursus dalam


kategori:
a) Kursus Tujahan (Nic)
b) Kursus Sepanjang Hayat/Kemahiran

ii.

Instruktor perlu mengambil kira bahawa terdapat juga pelajar


antarabangsa yang berlainan keperluan mengikuti kursus ini dan aktiviti
pembelajaran seboleh mungkin mengambil kira latar belakang yang
berbeza.

iii.

Dalam strategi ini, konsep pembelajaran kendiri dan fleksibel boleh


diaplikasi.

iv. Instruktor perlu memantau dan mengingatkan kepada pelajar melalui


Pengumuman mengenai aktiviti dan tugasan yang perlu diselesaikan.
v.

4.2.3

Instruktor perlu mengingatkan pelajar supaya peka dengan kandungan


MOOC yang telah dimuat naik dan melaksanakan kesemua aktiviti dan
tugasan yang diarahkan.

Strategi Pengajaran Lain


Kandungan MOOC boleh juga digunakan bersama strategi pembelajaran
dan pengajaran lain seperti Flipped Learning, Pembelajaran Berasaskan
Projek, Pembelajaran Berasaskan Bukti, Pembelajaran Berasaskan Masalah,
dan Pembelajaran Kooperatif bergantung kepada kreativiti seseorang
instruktor.
35

4.3

Kolaborasi Rakan Sekursus

i.

Moderator perlu memainkan peranan untuk mewujudkan komuniti


pelajar dalam MOOC masing-masing di mana pelajar perlu berhubung
secara berkesan dengan pelajar lain serta instruktor dan juga mengakses
bahan pembelajaran secara aktif.

ii.

Kolaborasi rakan sekursus perlu dimulakan oleh moderator dan


seterusnya moderator perlu memainkan peranan untuk melibatkan
seramai pelajar yang mungkin dalam kolaborasi tersebut.

iii.

Untuk memulakan perbincangan, moderator boleh, sebagai contoh,


mengambil bahan pembelajaran tambahan dan memaparkannya di
papan forum. Seterusnya moderator boleh memulakan perbincangan
dan meminta penglibatan daripada pelajar lain.

iv. Di samping itu, kolaborasi rakan sekursus juga boleh dimulakan menerusi
case study, permasalahan dan soalan yang berkait dengan hasil
pembelajaran untuk membolehkan rakan sekursus berkongsi ide,
pendapat dan berbincang serta berbahas.
v.

Moderator perlu memberi komen kepada posting pelajar terlebih dahulu


sebelum rantaian dan kedalaman kolaborasi rakan sekursus boleh
berlaku.

vi. Moderator perlu menggalakkan pelajar untuk berkongsi pengalaman


mereka dan berkongsi bahan pembelajaran selain daripada bahan
yang telah diberikan.

4.4

Kewujudan Komuniti Pelajar


i.

Forum adalah satu pelantar yang boleh digunakan untuk mewujudkan


komuniti pelajar di peringkat global.

ii.

Justeru, peranan moderator adalah penting untuk mengurus forum


dengan melaksanakan moderasi yang bersesuaian supaya komuniti
pelajar yang aktif dapat diwujudkan.

iii.

Untuk mewujudkan komuniti pelajar yang aktif, kolaborasi/ perbincangan


perlu distruktur dengan baik agar masa perbincangan pelajar dan juga
moderator dapat dioptimumkan.

iv. Komuniti pelajar adalah penting kerana kebanyakan proses pengajaran


dan pembelajaran berlaku dalam komuniti ini dan dalam masa yang
sama, mewujudkan hubungan antara pelajar dengan pelajar dan
36

pelajar dengan pensyarah dan rasa kepunyaan pelajar dengan


universiti.
v.

4.5

Penggunaan aplikasi Web 2.0 yang lain seperti Twitter dan Facebook
boleh digunakan bersama-sama dengan pelantar MOOC supaya
komuniti pelajar terus berkekalan apabila kursus tamat.

Moderasi Forum
i.

Instruktor/Moderator kursus perlu menyedari bahawa proses moderasi


forum adalah tugas yang amat penting.

ii.

Forum boleh dipecahkan kepada sub-forum untuk membolehkan forum


diurus dengan baik dengan topik tersendiri mengikut minggu.

iii.

Moderator forum perlu memperkenalkan diri masing-masing.

iv

Bantuan tambahan adalah perlu untuk melaksanakan moderasi forum.


Bantuan lazimnya boleh diperolehi daripada pelajar siswazah, pembantu
penyelidik dan lain-lain.

v.

Pengumuman setiap minggu perlu dilakukan untuk menggalakkan


pelajar melibatkan diri dalam membincangkan sesuatu topik utama di
dalam papan forum.

vi. Moderator perlu memoderasi forum dengan sebaik mungkin. Pelajar


tidak membaca semua posting tetapi yang lebih penting adalah untuk
memberikan maklum balas yang memuaskan. Maklum balas diberi
supaya pelajar merasakan keterlibatan mereka dan memperoleh
pengetahuan baru.

4.6

Penggredan
i.

Lazimnya tidak ada gred rasmi (A+, A, A-, dll) diberikan kepada pelajar.
Sebaliknya, hanya gred diberikan dalam bentuk lulus dan gagal
sahaja.

ii.

Proses penggredan dan tatacara pengiraan perlu dimaklumkan kepada


pelajar.

iii.

Pelajar perlu mematuhi semua arahan tugasan bagi setiap topik untuk
mendapat gred LULUS.

iv. Skema penggredan perlu ditentukan oleh jawatankuasa IPT yang


menawarkan kursus tersebut (kursus sepunya) dan jawatankuasa di
peringkat IPT masing-masing (kursus nic dan kursus sepanjang hayat).

37

4.7

4.8

4.9

Pengumuman Pencapaian Penamatan Kursus


i.

Pengumuman pencapaian kursus perlu dimaklumkan kepada pelajar


sebaik sahaja kursus tamat.

ii.

Pelajar yang lulus boleh diberikan sijil digital penamatan kursus.

Penawaran Semula Kursus


i.

Pengumuman penawaran semula kursus perlu dibuat seawal mungkin


sebelum kursus tamat.

ii.

Ini untuk membolehkan pelajar yang tercicir daripada kursus tersebut


mendaftar kembali.

iii.

Mereka yang telah berjaya menamatkan kursus boleh juga dilantik


sebagai moderator untuk membantu mewujudkan komuniti pelajar
apabila kursus ditawarkan semula.

Garis Panduan Pelajar


i.

Garis panduan pelajar bertujuan menyampaikan tata cara proses


pengajaran dan pembelajaran sesuatu kursus secara beretika.

ii.

Pelajar perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

iii.

Garis panduan ini juga bertujuan untuk memudahkan seseorang


instruktor menguruskan kursus dan memastikan hasil pembelajaran kursus
tercapai.

38

5. PEMINDAHAN KREDIT

39

5.1

Pengenalan
i.

Terdapat dua mekanisme pemindahan kredit. Mekanisme ini bergantung


kepada kelompok kursus.

ii.

Mekanisme pertama ialah pemindahan kredit antara IPT Malaysia untuk


kursus umum (sepunya). Ini bermakna sesuatu MOOC yang ditawarkan
oleh satu IPT Malaysia boleh dipertimbangkan untuk pemindahan kredit
ke IPT yang lain.

iii.

Mekanisme kedua ialah pemindahan kredit untuk kursus-kursus MOOC


yang lain (kursus tujahan, kursus sepanjang hayat/kemahiran) dan juga
kursus-kursus yang diambil daripada platform MOOC antarabangsa yang
lain seperti Coursera, edX, Iversity dan lain-lain.

5.2

Mekanisme I : Pemindahan kredit antara UA Malaysia

5.2.1

Jenis kursus

5.2.2

i.

Jenis kursus yang boleh dipertimbangkan untuk pemindahan kredit


adalah kursus umum yang mempunyai kurikulum yang seragam untuk
kesemua IPT Malaysia.

ii.

Contoh kursus umum adalah seperti kursus TITAS, Hubungan Etnik,


Keusahawanan dan Literasi ICT.

iii.

Kursus-kursus yang sebegini boleh ditawarkan oleh sebuah IPT sahaja dan
diambil oleh pelajar-pelajar daripada IPT lain.

Pelajar
i.

Hanya pelajar yang berdaftar dengan IPT sahaja yang boleh


dipertimbangkan untuk pemindahan kredit bagi kursus umum yang telah
diambil.

ii.

Pelajar yang mendaftar ini telah melepasi kelayakan kemasukan ke IPT.

iii.

Pelajar bukan IPT yang mengambil kursus ini tidak boleh dipertimbangkan
untuk pemindahan kredit. Pemindahan kredit untuk pelajar ini perlu
menggunakan mekanisme II (seksyen 5.3).

40

5.2.3

5.2.4

5.2.5

5.2.6

Hasil Pembelajaran Kursus (CLO)


i.

Hasil pembelajaran kursus (CLO) untuk MOOC mestilah sama dengan


hasil pembelajaran kursus yang ditawarkan bagi kursus sepenuh masa.

ii.

Perbezaan antara MOOC dengan kursus sepenuh masa hanyalah pada


proses penyampaian. CLO dan SLT untuk kedua-duanya mestilah sama
dan pelajar akan memperoleh pengetahuan, kemahiran praktikal, nilai
dan sikap profesionalisme yang diharapkan daripada kursus ini.

Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian


i.

Reka bentuk kurikulum untuk MOOC mestilah sama dengan reka bentuk
kurikulum kursus sepenuh masa.

ii.

Proses penyampaian melalui MOOC dengan penyampaian penuh masa


adalah berbeza tetapi CLO dan SLT untuk kedua-duanya adalah sama.

iii.

Instruktor MOOC mestilah yang berkebolehan untuk memastikan


bahawa kesemua pelajar yang mengikuti MOOC memperoleh CLO
yang ditetapkan.

Pentaksiran
i.

Pentaksiran yang digunakan untuk MOOC mestilah sama dengan


pentaksiran yang lazimnya diguna pakai untuk kursus sepenuh masa.

ii.

Pentaksiran sumatif mestilah menilai bahawa pelajar boleh


mempamerkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang
diharapkan daripada kursus tersebut.

Kelulusan pemindahan kredit


i.

5.3

Kelulusan pemindahan kredit untuk kursus umum ini tertakluk kepada


kelulusan SENAT IPT masing-masing.

Mekanisme II : Pemindahan kredit untuk MOOC daripada platform


antarabangsa
41

i.

Pemindahan kredit untuk MOOC yang diambil daripada platform


antarabangsa mesti mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh
MQA.

ii.

MQA akan mengeluarkan garis panduan yang melibatkan pemindahan


kredit untuk orang ramai (mengikut tatacara APEL) yang telah lulus
mengikuti MOOC menerusi platform antarabangsa dan ingin
memindahkan kreditnya ke IPT.

iii.

Bagaimanapun mekanisme kedua ini tertakluk kepada kelulusan IPT dan


agensi lain yang berkaitan.

42

6. GLOSARI

43

Pembelajaran atas talian


Suatu pembelajaran di mana 90-100% kandungan kursus disediakan atas talian dan
penyampaiannya sama ada secara segerak atau tak segerak.
Reka bentuk pengajaran
Satu pelan yang memandu proses instruksi mengikut satu rancangan yang sistematik
berasaskan prinsip yang tertentu.
Flipped Learning
Situasi di mana pembelajaran suatu kandungan disediakan kepada pelajar secara atas talian
sebelum sesuatu kelas/kuliah bermula. Dalam kelas/kuliah sebenar aktiviti pembelajaran
memfokus kepada aktiviti pemikiran aras tinggi dan tidak kepada instruksi secara terus.
Instruktor
Individu yang bertanggung jawab menyampaikan kursus tersebut.
Moderator
Individu yang membantu instruktor dalam memoderasi forum.
Landing Page
Laman utama sesuatu kursus yang memberi maklumat secara ringkas tentang kursus
tersebut dan maklumat lain yang berkaitan seperti sinopsis, hasil pembelajaran, tatacara
pengajaran dan juga maklumat instruktor.
Content page
Laman kandungan sesuatu kursus yang memberi maklumat secara ringkas tentang kursus
tersebut termasuk kesemua topik, subtopik, pentaksiran dan aktiviti yang berkaitan.
Course Learning Outcome
Hasil pembelajaran untuk sesuatu kursus. Di akhir kursus pelajar seharusnya memperoleh
pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti mana yang ditetapkan oleh CLO.
Topic Learning Outcome
Hasil pembelajaran untuk sesuatu topik. Di akhir kursus pelajar seharusnya memperoleh
pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti mana yang ditetapkan oleh TLO.

44

You might also like