You are on page 1of 11

*

DUA 2022: PENGURUSAN DALAM ISLAM (E-FOLIO 1)

NAMA PENSYARAH: USTAZAH SYARIFAH KHUZAIMAH BINTI WAN


YUSUP
NAMA

:MOHD SHAHRIL HAKIM BIN

TAMRIN(05DAT152996)
TAJUK E-FOLIO 1

: PEMBAZIRAN UMAT ISLAM DI BLAN RAMADHAN

PENDAHULUAN
Tujuan maqasid syariah adalah Maslah Tahsiniyyat yang menjadikan kehidupan adab
yang tinggi dan akhlak yang baik dengan mengambil perkara-perkara yang baik daripada
kehidupan. Berdasarkan keterangan ini, jelaslah wujudnya tingkatan hukum-hukum taktif dalam
syariat Islam dan bukanlah dalam satu peringkat sama ada suruhan atau larangan, tujuan ini
dalam menjaga harta iaitu mengelakkan pembaziran di bulan Ramadhan. Fenomena yang berlaku
dan berleluasa pada setiap kali di bulan Ramadhan iaitu pembelian makanan di bazar Ramadhan,
setiap umat islam tahu bahawa sifat pembaziran adalah amalan syaitan dalam surah Al-Israh
(ayat 27) bermaksud sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan
itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya ayat ini adalah merupakan peringatan agar manusia
tidak mengikut amalan syaitan.

KEBURUKAN PEMBAZIRAN
Terdapat beberapa keburukan apabila datang bulan Ramadhan yang mulia. Dengan
adanya pasar yang menyediakan banyak pilihan makanan dan juadah berbuka puasa berlakunya
pembaziran harta iaitu duit. Terdapat pelbagai jenis pembaziran harta di bulan Ramadhan iaitu
pembaziran wang manusia akan membeli banyak makanan disebabkan nafsu. Selain itu,
pembaziran makanan dari pembaziran wang terjadilah pembaziran makanan. Alangkah indahnya
jika wang yang lebih itu digunakan untuk membeli makanan kepada golongan anak yatim,
miskin. Seterusnya, pembaziran masa iaitu ramai orang yang membazir masa di bazar
Ramadhan sehinggakan meluangkan masa sejam atau dua jam berjalan-jalan di bazar Ramadhan
untuk mencari makanan. Di samping itu, pembaziran tenaga pula hasil daripada pembaziran
masa dan berlakunya pembaziran tenaga disebabkan masa yang diluangkan untuk berjalan-jalan
di bazar Ramadhan terlalu lama menjadikan banyak tenaga di bazirkan di bazar Ramadhan.
Akhir sekali, pembaziran pahala iaitu cabaran untuk menjaga pandangan mata amat tinggi
terutamanya lelaki muslim, jika mereka gagal jaga pandangan maka terbazirlah pahala-pahala
puasa di bulan Ramadhan.

CARA-CARA MENGELAKKAN PEMBAZIRAN


Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan berlakunya pembaziran di bulan Ramadhan
seperti yang kita tahu dalam maqasid syariat ada maqasid tahsiniyyat yang menjadikan
kehidupan manusia berada dalam keadaan adab yang cukup dan akhlak yang baik dengan
memahami tentang maqasid tahsiniyyat kita dapat mengelakkan pembaziran di bulan Ramadhan.
Salah satu caranya ialah kawal nafsu setiap manusia hendaklah kuat dalam mengawal nafsu
untuk membeli makanan ketika di bazar Ramadhan. Selain itu, berbuka di rumah kerana apabila
kita berbuka di luar sudah tentu kita akan membayar. Akhir sekali, tukar juadah dengan jiranjiran untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan dapat mengelakkan berlakunya pembaziran
lebihan makanan.

FAEDAH MENGAMALKAN PEMBAZIRAN SIFAT BERJIMAT CERMAT


Berjimat cermat adalah amalan mulia seperti yang kita tahu maqasid tahsiniyyat ialah
perkara-perkara yang baik dalam kehidupan dan meninggalkan benda-benda yang tidak baik
seperti pembaziran harta iaitu duit di bulan Ramadhan oleh itu kita dikhendaki untuk
mengamalkan sifat berjimat cermat amalan yang baik dan bukan amalan syaitan. Berjimat
cermat dapat memberi faedah kepada kita antaranya dapat melatih kita untuk simpan harta iaitu
duit agar kita tidak membazir membeli juadah di bulan Ramadhan. Selain itu, apabila kita
membeli makanan yang berlebihan kita hendaklah bersedekah kepada orang yang memerlukan
dengan itu kita dapat pahala di bulan Ramadhan. Sebagai umat islam kita hendaklah saling
bantu-membantu sesama saudara islam dan mengelakkan berlakunya pembaziran di bulan
Ramadhan.

KESIMPULAN

Hai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa surah Al-baqarah (ayat183). Oleh itu,
elakkan pembaziran harta iaitu duit di bulan Ramadhan, jauhi amalan syaitan jangan jadikan
bazar Ramadhan jadi bazir Ramadhan.

DUA 2022: PENGURUSAN DALAM ISLAM (E-FOLIO 2)

NAMA PENSYARAH: USTAZAH SYARIFAH KHUZAIMAH BINTI WAN


YUSUP
NAMA

:MOHD SHAHRIL HAKIM BIN TAMRIN

(05DAT152996)
TAJUK E-FOLIO 2

: MEMAHAMI PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

BERDASARKAN ARTIKEL
(MEETING CAN LOWER IQ. MAKE YOU BRAIN-DEAD)

Dalam objektif dan Prinsip Pengurusan Islam iaitu Al-Syura, Meetings can lower IQ ,
make your brain dead berdasarkan artikel adalah tidak bersesuaian dengan prinsip Al-Syura.
Menurut artikel tersebut IQ seseorang yang melakukan mesyuarat atau kerja berkumpulan adalah
rendah berbanding mereka yang membuat keputusan untuk melakukan tugasan secara
perseorangan adalah tidak bertepatan dengan prinsip Al-Syura kerana amalan syura menjadikan
keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logic akal. Keputusan yang dibuat
mengikut pandangan orang ramai lebih baik daripada pandangan seorang. Dengan ini jelaslah
bahawa IQ seseorang yang bekerja secara berkumpulan tidak serendah yang disangka kerana
mereka menggunakan akal fikiran mereka untuk membuat keputusan yang terbaik untuk tugasan
yang diberikan dengan mempertibangkan cadangan ahli kumpulan yang lain.

Seterusnya, Islam sering menyeru supaya kita hidup dalam berjemaah. Ini jelas dibuktikan
dalam hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud seseorang yang solat berjemaah lebih baik
daripada solat berseorangan. Imbasan daripada sejarah-sejarah islam membuktikan bahawa
kerja berpasukan amat penting seperti peristiwa perang Uhud. Tentera- tentera muslim berjaya
mengalahkan pihak musuh, apabila mereka bertindak secara berkumpulan dan mempunyai
perancangan teliti. Dengan ini jelaslah membuktikan bahawa artikel tersebut yang mengatakan
individu yang mereka tempatkan di dalam kumpulan kecil untuk melihat sejauh mana hasil kerja
mereka dan mereka mendapati keupayaan individu-individu tersebut dalam menyelesaikan
masalah adalah sangat lemah dan tidak boleh diterima sepenuhnya kerana semasa perang Uhud
tentera Islam berjaya mengalahkan pihak musuh apabila mereka bertindak secara berkumpulan
dan mempunyai perancangan yang teliti, dengan ini terbukti bahawa berkumpulan boleh
menyelesaikan masalah dengan lebih baik.

Banyak kelebihan yang boleh seseorang itu dapatkan dengan mengamalkan syura atau
kerja secara berkumpulan. Antaranya ialah syura dapat memantapkan keputusan yang dibuat
hasil perbincangan yang lebih matang dan mendalam. Seterusnya, syura juga akan dapat
mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana sesuatu perkara itu dibincangkan dengan
teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai. Melalui syura, kesalahan yang besar dapat
dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara bersama. Dengan ini, mereka
akan merasakan keputusan yang dibuat itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan
individu sahaja. Syura merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu,
berpengalaman dan berkemahiran.dengan itu, setiap mereka yang berpotensi akan merasakan diri
mereka dihormati dan dihargai terutama apabila berbincang dan membuat keputusan bersama.
Dengan kelebihan-kelebihan ini, jelas membuktikan mereka yang melakukan tugasan secara
berkumpulan menggunakan akal fikiran mereka dengan baik untuk berfikir dengan lebih teliti
dan mendalam untuk mempertimbangkan semua aspek agar dapat mencapai keputusan yang
terbaik dan dipersetujui ramai, ini membuktikan IQ mereka berkembang dan bukannya lemah.
Berdasarkan artikel yang mengatakan mesyuarat atau kerja berkumpulan akan
merendahkan IQ, dan membuatkan seseorang itu mati akal adalah berkemungkinan kerana
mereka tidak mengamalkan prinsip Al-Syura dengan betul kerana mereka yang ingin menjadi
ahli Syura perlu mempunyai sifat yang baik. Menurut Rasid et al. (2008), antara sifat-sifat baik
yang disyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib ialah seorang yang pintar atau bijaksana,
berpandangan jauh dan berhati suci. Selain itu, seseorang yang tidak melakukan kezaliman dan
tidak membantu orang-orang yang zalim dan tidak melakukan kejahatan. Seterusnya, seorang
yang jujur dan bertakwa. Seorang yang tidak kedekut dan tamak. Seorang yang adil. Seorang
yang berilmu dan terpelajar dan akhir sekali seorang yang tekun dan sabar dalam menjadikan
tugas dan amanah. Dalam kerja berkumpulan juga terdapat beberapa kaedah yang perlu diambil
kira antaranya, anggota di dalam kumpulan tersebut mesti boleh menyumbang dan mempunyai

sifat kepimpinan. Dengan ini, jelaslah bahawa untuk mencapai keputusan yang baik dan untuk
mencapai kejayaan secara berkumpulan memerlukan setiap individu di dalam kumpulan tersebut
mengamalkan sifat-sifat yang baik dan haruslah mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi
agar tidak berlaku salah faham antara ahli kumpulan sekaligus, membuktikan kerja berkumpulan
lebih bagus berbanding berseorangan.
Kesimpulannya, prinsip pengurusan Islam Al-Syura adalah sangat penting dalam
kehidupan kita iaitu hamba kepada Allah S.W.T., kerana dengan mengamalkan Al-Syura yang
berpandukan ajaran Islam dapat menjadikan kita seorang muslim yang melakukan perintah Allah
S.W.T. berlandaskan ajaran Islam. Seterusnya, menjadikan kita sebagai seorang pemimpin yang
boleh memimpin kejalan yang Allah S.W.T. redhai. Dengan mengamalkan Al-Syura mereka yang
mengamalkannya akan mendapatkan satu keputusan yang terbaik dengan mendengar semua
cadangan ahlinya kerana dengan persepakatan itu kesalahan yang besar dan salah faham antara
satu sama lain dapat dielakkan sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli
syura berbeza pula dengan melakukan tugasan atau mnyelesaikan masalah secara berseorangan
kerana dengan melakukannya perseorangan tiada siapa akan dapat menegur kesalahan yang
dilakukan jika berhadapan dengan tugasan yang sukar. Oleh itu, melakukan kerja secara
berkumpulan mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding perseorangan dan melakukan kerja
berkumpulan bukannya melemahkan IQ seseorang ibu malahan mengembangkannya jika
mengamalkan prinsip Al-Syura yang berlandaskan ajaran Islam.

DUA 2022: PENGURUSAN DALAM ISLAM (E-FOLIO 2)

NAMA PENSYARAH: USTAZAH SYARIFAH KHUZAIMAH BINTI WAN


YUSUP
NAMA

:MOHD SHAHRIL HAKIM BIN TAMRIN

(05DAT152996)
TAJUK E-FOLIO 3

: MEMAHAMI PRINSIP WALA DALAM ORGANISASI

Mengikut prinsip wala dalam organisasi yang diamalkan oleh orang islam bermaksud
kesetiaan seorang muslim kepada saudara seagamanya samada sebagai seorang ketua, pemimpin,
imam atau kawan. Begitu juga dengan urusan musafir. Manusia digalakkan bermusafir secara
berjemaah dan melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua. Begitu jugalah dengan
amalan lain, yang menunjukkan betapa pentingnya hidup berorganisasi.
Selain itu, kewajipan memberi wala kepada pemimpin di dalam saf perjuangan islam amat
penting dan sekaligus ianya sebagai neraca untuk menentukan masa depan gelaran islam itu
sendiri. Allah memerintahkan manusia supaya mentaati pemimpin dan sekaligus memberikan
wala dan ketaatan kepadanya. Taat kepada pemimpin adalah wajib berdasar kan firman Allah
s.w.t.:

Maksudnya: Wahai orang yang beriman taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan
pemimpin dalam kalangan kamu. Jika kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka rujuklah
kepada Allah dan Rasul (al-Quran dan Hadis) jika kamu benar-benar beriman dengan Allah
dan Hari Akhirat, demikian lebih baik dan sebaik-baik tindakan. (Surah al-Nisa: 59). Oleh itu,
jelas bahawa kehidupan berorganisasi ini merupakan ciri yang penting dalam masyarakat
manusia yang bertamadun (Rasid et al 2008).

Dengan mematuhi arahan pemimpin merangkumi seluruh bidang arahan, selagi mana tidak
bercanggah dengan nilai dan dasar yang ditentukan oleh Allah S.W.T. dan rasul-Nya. Dalam hal
ini Rasulullah S.A.W. menegaskan melalui sabda baginda yang bermaksud Kewajipan
seseorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang disukai atau tidak disukai, selama
iaa tidak disuruh melakukan maksiat. Jikalau disuruh untuk mengerjakan maksat, maka tidaklah
menjadi kewajipan untuk didengar dan ditaati (Hadis Riwayat Muslim). Dalam berorganisasi
juga orang yang dipimpin perlulah memberikan wala hanya kepada seorang pemimpin. Ini
penting bagi memastikan perjalanan sesebuah organisasi dapat berjalan dengan baik.
Di samping itu, kepentingan prinsip ketaatan dalam sesebuah organisasi amat jelas.
Bahkan dalam pentadbiran kepimpinan tertinggi sistem khalifah atau negara islam. Islam
mengharuskan untuk memerangi pemimpin lain yang ingin memecahkan kesatuan umat islam
yang bersatu di bawah sebuah kepimpinan. Melaluinya, seseorang pemimpin dapat
menggunakan arahannya untuk membawa sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan.
Seseorang pemimpin juga hendaklah mengamalkan konsep syura dalam berorganisasi iaitu
berbincang dan bermesyuarat dengan mereka yang dipimpinnya bagi mencapai keputusan terbaik
dalam sesuatu perkara. Dengan cara ini dapat mengukuhkan wala atau taat setia kepada
seseorang pemimpin.
Kesimpulan dari artikrel berdasarkan prinsip wala, mana-mana organisasi yang tidak
mendisiplinkan pendukungnya dengan prinsip wala sudah tentu akan terdedah kepada pelbagai
bentuk konflik yang mampu menghancurkan sebuah institusi dan organisasi. Permasalahan ini
menjadi bahan pentarbiyyahan sekiranya pendokong Islam itu benar yakin kepada Allah. Allah
akan sentiasa bersama orang-orang yang menolong agamanya. Firman Allah S.W.T. yang
bermaksud : wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya jika kamu menolong agama
Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan memperkukuhkan kedudukanmu.

Rujukan

Artikel
Google

Buku Teks

You might also like