You are on page 1of 6

KETAATAN KEPADA ORGANISASI

PENGENALAN

Dalam perspektif islam,setiap manusia di galakkan untuk sentiasa mengamalkan


prinsip dan juga semangat berorganisasi. Contoh, setiap umat islam di tuntut
untuk mengerjakan solat secara berjemaah dengan melantik seorang ketua iaini
(imam). Begitu juga dengan urusan musafir. Setiap manusia di galakkan
bermusafir secara berjemaah dan melantik salah seorang dari mereka untuk
menjadi ketua. Begitu jugalah dengan amalan lain. Ini menunjukkan betapa
pentingnya hidup dalam berorganisasi. Oleh itu,sangat jelas bahawa kehidupan
berorganisasi ini sangat bermanfaat kerana mempunyai ciri-ciri penting dalam
membentuk masyarakat yang bertamadun.

DEFINISI ORGANISASI

Organisasi merupakan satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang saling
berkerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai
matlamat individu dan juga kumpulan serta organisasi.

Dalam buku 'Mengurus secara islam', Yusof Ismail mengungkapkan,organisasi di


definasikan sebagai'struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan"(Jack
dan Mussemen,108), kumpulan dua atau lebih orang yang wujud dan beroperasi
untuk mencapai objektif yang di nyatakan dan di persetujui bersama.

Objektif pengurusan Islam merangkumi empat perkara berikut :

1. Melaksanakan undang-undang Islam dalam semua aktiviti berbentuk


ibadah muamalat dan perlaksanaan hukum .
2. Memakmurkan bumi dengan menggunakan sepenuh masa , fikiran
dan kewangan bagi menggali segala rezeki dan nikmat pemberian Allah dari
perut bumi dan laut .

3. Melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di atas bumi termasuklah


menegakkan undang-undang , melaksanakan pengurusan pentadbiran yang adil
serta menyusun perhubungan baik antara manusia .
4. Melahirkan masyarakat yang berwibawa dan adil dalam sesebuah
kerajaan Islam dan menjadikan matlamat terakhir di mana setiap individu
mempunyai keupayaan maksimum yang seimbang dari segi rohani dan jasmani,
meneruskan ibadah menurut ketetapan ummah .

Manakala dalam kontek pengurusan organisasi pula , objektif utama


pengurusan Islam adalah seperti yang berikut :

Objektif Umum :

Menyediakan maklumat , panduan dan arahan kepada pekerja-pekerja


dalam sesebuah organisasi .
Menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada pekerja-pekerja dalam
sesebuah organisasi .

Kriteria terpenting dalam mengukur pencapaian origanisasi serta


melakukan pengawalan

KETAATAN KEPADA ORGANISASI

Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada


seorang pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya. Prinsip utama
ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak
bercanggah dengan islam,maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan
yang di keluarkan oleh majikannya.

Faktor yang mesti di ambil kira bersama bagi menjadikan arahan tersebut
sebagai sesuatu yang mesti di terima iaitu:

1) Arahan tersebut mestilah berada dalam bidang tersebut

2) Kerja yang di suruh tersebut terdapat dalam deskripsi kerja


3) Kerja tersebut boleh di lakukan mengikut keupayaan mental dan fizikal pekerja

Ketaatan dalam organisasi melibatkan pelbagai bentuk arahan


keorganisasian.Ianya merupakan aspek paling penting untuk melicinkan
perjalanan sesebuah organisasi.Dengan itu,matlamat yang hendak di capai oleh
sesebuah organisasi dapat di realisasikan.Ketaatan tersebut melibatkan arahan
yang tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang di tentukan oleh
syarak.Ketaatan terhadap pemimpin dapat di contohi melalui firman Allah s.w.t:

Wahai orang-orang Yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepadaUlil-Amri(orang-orang yang berkuasa)dari
kalangan kamu.kemudian jika kamu berbantah-bantah(berselisihan)dalam
sesuatu perkara,maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah
(Al Quran) dan (Sunnah) rasulnya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah
dan hari akhirat.Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah
dan taatlah kamu kepada Rasulullah, demikian adalah lebih baik (bagi kamu) ,
dan lebih elok pula kesudahannya.
(an-Nisa : 59)

Ayat ini telah mengisyaratkan bahawa ,ketaatan kepada Allah dan Rasul
merupakan ketaatan yang mutlak dan tidak mempunyai syarat. Sementara,
ketaatan kepada yang lainnya mempunyai syarat yang tersendiri selama mana
ia tidak bercanggah dengan arahan Allah dan Rasulnya. Soal ketaatan ini
seringkali di nyatakan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda. Di antara
sabda baginda yang membawa maksud:

Sesiapa yang mentaati perintahku,maka sesungguhnya ia mematuhi perintah


Allah.Sesiapa yang mematuhi perintah amir(ketua)sesungguhnya bererti
mematuhi perintahku,dan sesiapa yang melanggar perintah amir(ketua)bererti
ia melanggari perintahku.(Riwayat Muslim)

Konsep ketaatan ini melibatkan semua keadaan sama ada dalam keadaan
senang mahupun susah. Hal ini di tegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda
baginda yang bermaksud:

Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam
keadaan susah atau senang,atau dalam keadaan perkara yang atau kurang di

sukai atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu.(Riwayat


Muslim)

Ketaatan kepada arahan pemimpin merangkumi seluruh bidang arahan selagi


mana ia tidak bercanggah dengan nilai dan dasar yang di tentukan oleh Allah
SWT dan rasulnya.Dalam hal ini Rasulullah SAW menegaskan melalui sabda
baginda yang bermaksud:

Kewajipan seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang di sukai
atau tidak di sukai,selama mana ia tidak di suruh melakukan maksiat.Jikalau di
suruh untuk mengerjakan maksiat maka tidak adalah menjadi kewajipan untuk
di dengar dan di taati.(Riwayat muslim)

Kepentingan prinsip ketaatan dalam sesebuah organisasi sangat jelas.


Melaluinya,seseorang pemimpin dapat menggunakan arahannya untuk
membawa organisasi ke arah kecemerlangan.

Dengan adanya ketaatan,ia akan mendisiplinkan warga organisasi agar boleh


akur dan menurut segala arahan yang melibatkan kegiatan organisasi,samaada
ia disukai ataupun tidak selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Ketaatan kepada organisasi dapat di bahagikan kepada dua bentuk,iaitu


kesetiaan kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin.

KESETIAAN KEPADA ORGANISASI

Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinnya. Beliau TIDAK BOLEH :

1) Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepaada


organisasinya.
2) Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian

3) Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasinya


yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada organisasi
pesaing.

KEPATUHAN KEPADA DISIPLIN

1) Kepentingan disiplin sememangnya tidak di nafikan bagi memastikan operasi


organisasi berjalan lancar.
2) Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya di patuhi oleh
setiap individu yang bekerja di dalamnya.
3) Tanpa disiplin,operasi organisasi akan jadi kacau bilau yang akibatnya akan
memusnahkan organisasi akhirnya.

KESIMPULAN

1) Sebagai manusia kita hendaklah sentiasa mengamalkan prinsip kesetiaan


kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin untuk membentuk masyarakat
yang bertamadun , ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda
yang bermaksud

Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam
keadaan susah atau senang,atau dalam keadaan perkara yang atau kurang di
sukai atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu.(Riwayat
Muslim) .

2) Kita mestilah taat kepada sesebuah organisasi bagi mencapai matlamat ,


mampu merealisasikan matlamat sesebuah syarikat .
3) Sebagai pelajar kami menyarankan sesebuah organisasi itu mementingkan
sifat mahmudah dalam menjalankan tugas, seperti jujur , amanah ,

bertanggungjawab dan berdisiplin dalam melaksanakan pekerjaan yang diberi


oleh pengurus (Organisasi) .

http://pengurusandalamislamdpm.blogspot.my/2015/10/kesetiaan-kepadaorganisasi.html

You might also like