You are on page 1of 14

PERJUANGAN TOKOH

TEMPATAN

NAMA MURID : DANIAL AMSYAR BIN ROSTAM AFFANDI


KELAS : 5 EFEKTIF
NAMA GURU: NURIZA BINTI MAT ISA
SEJARAH : PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN.

ISI KANDUNGAN
1. Tok Janggut. (3-4)
2. Haji Abdul Rahman Limbong. (5-7)
3. Dol Said (8-7)
4. Dato, Bahaman. (10-11)
5. Yamtuan Antah. (12-13)
6. Penutup. (14)

TOK JANGGUT

BIODATA

Nama sebenar : Haji Mat Hassan Bin Munas.


Nama gelaran : Tok Janggut.
Tahun kelahiran : Pada tahun1853.
Tempat lahir : Kampung Saring Daerah Jeram, Kelantan.
Kematian: 1915 (berusia 65 tahun.)
Sumbangan: Perjuang untuk kelantan.
Pendidikan: Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Mekkah.
Jawatan/pekerjaan: Sebagai petani dan perniaga.

PERJUANGAN TOK JANGGUT


28 April 1915
Encik Abdul Latif ,Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk
3

menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai.Perbalahan telah berlaku dan
menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut.

29 April 1915
Tok Janggut, Ungku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbok mengetuai
angkatan untuk melancar serangan di Pasir Puteh . Mereka menduduki Pasir Puteh selama
tiga hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada cengkaman British. Ungku Besar
Jeram,Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh dan Tok Janggut sebagai Perdana
Menteri.

9 Mei 1915
British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya
menangkap Tok Janggut dan pemimpin

23 Mei 1915
British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri.
Tindakan British itu telah menyebabkan Tok Janggut menyerang Pasir Puteh.

24 Mei 1915
British menyerang Tok Janggut yang berkubu di kampung Dalam Pupuh, Saring.
Dalam pertempuran tersebut Tok Janggut terkorban. Mayat Tok Janggut diarak dari Pasir
Puteh ke Kota Bharu, kemudiannya digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu
selama empat jam. Mayat beliau kemudiannya dikebumikan di Pasir Puteh

HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

BIODATA

Nama seberna:Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid.


Nama gelaran:Haji Abdul Rahman Limbong.
Tahun kelahiran: Pada tahun 1285 H/1868M.
Tempat lahir: Kampung Jengut,Beladau Kolam, Kuala Terengganu
Kematian: Meninggal di Mekkah 1347 H/1929M.
Sumbangan: Perjuang untuk Terengganu.
Pendidik: Mendapat pendidikan asas di mekah.
Jawatan/pekerjaan: Menjadi tokoh perjuangan Terengganu.

PERJUANGAN HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

Tahun 1922
Petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan tanah
tanpa mengambil pas kebenaran.

Tahun 1925
Seramai 300-500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong untuk bercucuk
taman. Mereka membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar
tanah kerajaan. Tindakan itu dilakukan setelah mengetahui British akan memberi konsesi
tanah tersebut kepada saudagar cina
British telah mengkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah.
Haji Abdul Rahman Limbong bertidak sebagai peguam. Pihak British gagal melemahkan
hujahnya bahawa tanah adalah hak Allah dan bukan hak negeri. Mahkamah menerima hujah
tersebut dan membebaskan mereka.
British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindakan terhadap Haji Abdul Rahman
Limbong. Haji Abdul Raham Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran
British di daerah Kuala Berang telah menindas rakyat.

Tahun 1928
British mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap petani yang
6

enggan membayar cukai.Ancaman itu menyebabkan seramai 1000 orang petani berhimpun
di Marang,Kuala Telemong dan Kuala Berang.Mereka mengisytiharkan perang tehadap
British.Mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang serta
mengibarkan bendera merah.
British meminta bantuan tentera dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pertempuran
berlaku di Padang Kacong. Seramai 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin petani
termasuk Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap.Mereka dibicarakan di Kuala Terengganu.
Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke makkah atas tuduhan
menghasut serta mencetuskan kebangkitan

DOL SAID

BIODATA

Nama seberna : Dato Naning Abdul Said bin Omar.


Nama gelaran : Dol Said.
Tahun kelahiran: Pada tahun1773
Kematian : Pada 1849( berusia 76 tahun.)
Sumbangan : Perjuang untuk melaka.
Pendidik : Mula belajar silat ketika 6 tahun.
Jawatan/pekerjaan : Penghulu Naning yang ke sembilan

PERJUANGAN DOL SAID

Tahun 1824
Perjuangan Dol Said adalah mempertahankan kemerdekaan Nanin. British dan
Belanda telah mendatangani perjanjian Inggeris-Belanda. Menurut perjanjian ini, Melaka
diserahkan kepada British. British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada
Melaka. Oleh itu, British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetepkan
di Melaka. Dakwaan British tidak dapat diterima oleh penghulu Dol Said dan rakyat Naning.

Dol Said juga menentang bayaran cukai. Melalui Undang-undang 1830, British
memaksa Naning membayar cukai satu per sepuluh daripada hasil keluaran pertanian. Arahan
ini dibuat setelah pihak British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan.

DATO BAHAMAN

BIODATA

Nama sebenar : Abdul Rahman bin Iman Noh.


Nama gelaran : Dato Bahaman.
Sumbangan : Perjuangan untuk Pahang.
Jawatan/pekerjaan : Dilantik sebagai Pembesar Temerloh, Pahang

PERJUANGAN DATO BAHAMAN

10

Pada 16 Disember 1891


British menangkap tiga orang pengikut Dato,Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa
kebernaran.Tindakan British itu menyebabkan Dato,Bahaman dan pengikutnya menyerang
Balai Polis Lubuk Terua.Peristiwa ini mencetuskan perang.

Pada 26 Disember 1891


Hugh Clifford mengetuai pasukan yang terdiri daripa 200 anggota tentera untuk menawan
semula Lubuk Terua tetapi beliau tewas dalam pertempuran di Kelubi.Clifford berundur dan
mminta bantuan dari singapura.

Pada Januari1892
British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkn Gelaran Sultan ditubuhkan.Sultan Wan
Ahmand dilantik mengetahuai gerakan ini.Gerakan Sultan telah menawan 11 buah kubu
Dato,Bahaman di Bentong.

Pada Mac 1892


Dato Bahaman menawan semula Lubuk Terau.Perjuangan Dato,Bahaman menjadi lebih hebat
kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya,Mat Kilau

Pada 8 Mei 1892


British sekali lagi menyerang Lubuk Terua.Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan
Terengganu.Di Terengganu,Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang
berjihad menentang British.

YAMTUAN ANTAH

11

BIODATA

Nama seberna: Tunku Laksama Antah ibni Almarhum Raja Jadin.


Nama gelaran: Yamtuan Antah.
Sumbangan : Perjuangan untuk Negeri Sembilan.
Jawatan/pekerjaan : Sebagai Yamtun Seri Menanti.

PERJUANGAN YAMTUAN ANTAH

12

Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato, Kelana Syed Abdul Rahman
di Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British. Tindakan Dato,Kelana
mengeruhkan hubungan antara mereka berdua. Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf
Dato,Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Hubungan antara Yamtuan Antah dengan
Dato,Kelana bertambah runcing apabila Dato,Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai
wilayahnya. Dibantah oleh Yamtuan Antah kerana menganggap Terachi sebahagian jajahan
Seri Menanti. Residen British di Sungai Ujong iaitu P.J.Murray menghantar tentera dan
juru ukur untuk membuat siasatan

Berlaku pertikaian antara kedua-duanya yang mencetuskan pertempuran. Kebangkitan


Yamtuan Antah disokong oleh Dato,Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin, penduduk
Rembau, Jelebu dan Johol.Disember 1875 pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi
dan membina kubu di situ. British berjaya menawan semula Paroi apabila dibantu oleh
tentera Negeri-NegeriSelat. Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke
Johor. Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British
menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah.

KESIMPULAN

13

Dalam bab ini, kita telah dapat mengetahui bahawa penjajahan British menyebabkan
penderitaan dan penghina. Kekayaan tanah air telah dibolot oleh penjajah dan penduduknya
pula ditindas. Demi mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara,pahalawan tanah
air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah,tetapi British
telah menggunakan tipu helah,kekuatan tentera dan perjuang mereka. Perjuang-perjuang
negara dijatuhi hukuman mati,dibuang negara,dipenjara,harta benda dirampas dan
perkampungan mereka dibakar. British juga mengisytiharkan pejuang tanah air sebagai
pemberontak dan penderhaka. Walaupun perjuangan mereka gagal,namun semangat dan
keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada perjuangan
seterusnya. Penjajahan British telah meninggalkan kesan yang pahit kepada seluruh
rakyat. Kita perlulah belajar daripada sejarah, jika kita lupa dan leka kita akan dijajah
semul. Oleh itu untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat
adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa dan
negara.

14

You might also like