You are on page 1of 2

MODUL 5: HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

SUBMODUL 5.1: MEMBANGUN KAPASITI


TOPIK 1: Pembangunan Profesional Guru Berasaskan Sekolah
(PPGBS)
AKTIVITI 1: Pembangunan Sumber Manusia
5.1 JURNAL: Pembangunan Sumber Manusia Di Sekolah
Berdasarkan kerangka Latihan Dan Pembangunan Berasaskan
Pertumbuhan (GOTD), Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam,
pihak sekolah perlu mengambil tindakan untuk membangunkan
modal insan bagi mencapai kecemerlangan organisasi mengikut
kerangka tersebut. Pelbagai langkah telah diambil untuk
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber
manusia. Menurut model Lima Fasa perancangan sumber manusia
Casletter W.B (1996) pula, fungsi perancangan pengurusan sumber
manusia melibatkan fasa-fasa berikut;
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Menyatakan misi, matlamat, strategi dan nilai sistem


sekolah.
Menilai keadaan sumber manusia.
Membina dan membangunkan pelan strategik
Melaksanakan pelan strategik
Mengawalselia, menilai dan menyesuaikan pelan strategik.

Pihak pengurusan sekolah boleh menyusun semula struktur


organisasi berdasarkan DG yang diperolehi. Tugas-tugas yang
mencabar seperti menjadi ketua panitia, ketua unit dalam
pengurusan dan sebagainya diagihkan berdasarkan DG yang
diperolehi oleh individu tertentu. Dalam pembelajaran dan
pengajaran, semua guru diberi tanggungjawab mengajar mengikut
opsyen dan diberi peluang mengajar mata pelajar lain seprti
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan
Pendidikan Moral. Walaupun mereka bukan opsyen tetapi mereka
akan diberikan latihan dan tunjuk ajar daripada guru opsyen atau
berpengalaman. Semua maklumat dan data guru dianalisis untuk
pengagihan tugas yang sesuai dengan kemahiran masing-masing.
Latihan yang diberikan kepada guru bersesuaian mengikut DG
yang mereka miliki. Guru DG 44 yang kompeten dengan bidang
masing-masing akan menjadi mentor kepada guru DG 41, DGA34,
DGA32 dan DGA29. Di sini perlunya LADAP di mana perancangan

tentang pengurusan manusia dalam kemajuan kerjaya dilaksanakan


mengikut keperluan. Kepimpinan pengurusan perlu meningkatkan
motivasi dan kompetensi guru supaya mereka sentiasa bersemangat
menjalankan tugas.
Dengan memahami kerangka GOTD ini, pengurusan sekolah
dapat mengenalpasti keupayaan sumber manusia yang ada di
sekolah bagi menyikong organisasi mencapai hala tuju yang
ditetapkan. Kegagalan dalam mengurus sumber manusia boleh
menyebabkan kegagalan perkhidmatan yang dikehendaki.

You might also like