You are on page 1of 2

Tarikh

: 25 Februari 2011

Tuan Kedai Sunville Sdn.Berhad ,


36700 langkap ,
Perak.
Melalui :
YM Pn. Raja Saidatul
Penasihat Program Career Prospect
Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Fakulti Hotel dan Pelancongan
Universiti Teknologi Mara
40100 Shah Alam, Selangor.

Tuan,
MEMOHON PENAJAAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM ILMIAH CAREER
PROSPECT
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, saya Adib bin Mohd selaku pengarah
program Career Prospect pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Perkhidmatan Makanan ingin memohon budi baik pihak puan untuk menaja program ini.
2. Sukacita dimaklumkan butiran program tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh: 19 Mac 2011
Tempat: DK 500, UiTM Puncak Alam
Masa: 8.30 pagi 1.30 tengahari
3. Untuk makluman pihak puan, objektif utama program ini adalah :
i.

Memberi pendedahan kepada bakal graduan tentang cabaran dalam industri


hospitaliti.

ii.

Meningkatkan ilmu pengetahuan untuk diaplikasikan di alam pekerjaan.

iii.

Melahirkan bakal graduan yang lebih peka tentang isu- isu semasa industri
hospitaliti.

iv.

Memberi informasi tentang hala tuju selepas graduan menamatkan pengajian.

v.

Melahirkan para graduan yang memenuhi kehendak dan keperluan industri.

4. Sehubungan dengan itu, saya amat berterima kasih sekiranya pihak puan sudi untuk memberi
sumbangan berupa A4 paper dan juga pensel 2B atau pen sebanyak 270. untuk menjayakan
program ini. Bersama-sama surat ini, dilampirkan dokumen berkaitan untuk perhatian dan
tindakan daripada pihak puan.

5. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya Adib bin Mohd di talian 019-2950027 atau 0176642083. Kami juga amat mengalu-alukan sebarang cadangan bernas daripada pihak puan dalam
menjayakan program ini.

6. Segala jasa baik dan perhatian daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

Adib bin Mohd


Pengarah
Program ilmiah Career Intention
Pengurusan Perkhidmatan Makanan (HM222)
UiTM Puncak Alam sesi 2010/ 2011

You might also like