You are on page 1of 1

Ucapan Wakil Pelajar : Afif Syazwan

Terima kasih diucapkan kepada Pengacara Majlis. Yang dihormati Tuan Guru Besar SK
Semangar, En M. Azmi bin Suliman, GPK 1, En Mohd Razip bin Mohd. Din, GPK HEM, Puan
Sarah binti Tahir, GPK KO-Kurikulum Encik Sulaini bin Mohd Amin, barisan guru serta rakanrakan seperjuangan sekalian. Assalamualaikum dan Salam Lebaran saya ucapkan.
Bersempena ketibaan bulan Syawal yang bakal menjelma tidak lama sahaja lagi, saya sebagai
wakil murid SK Semangar dengan tulus ikhlas ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin kepada semua guru dan rakan-rakan yang dikasihi.
Kemaafan dipinta terutamanya kepada semua guru SK Semangar yang telah banyak menabur
jasa dan bakti dalam mendidik dan mengajar kami semua di sekolah ini.
Kepada semua guru, maafkan kesalahan kami semua dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Jika ingin dinyatakan kesalahan dan kesilapan kami, sudah tentu tidak dapat diungkapkan
secara lisan mahupun bertulis. Dengan itu, keampunan dipohon dengan ikhlas daripada semua
guru SK Semangar. Halalkan semua ilmu yang telah dicurahkan kepada kami. Hanya Allah
yang dapat membalas jasa semua guru.
Tidak dilupakan juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan sekalian. Jagalah keselamatan
diri sepanjang cuti Hari Raya ini. Sambutlah lebaran yang bakal tiba ini dengan meriah tanpa
melupakan keselamatan diri sendiri. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang
mendatangkan bahaya seperti bermain mercun, meriam dan sebagainya.
Sampai di sini sahaja ucapan saya pada tengahari ini. Saya sudahi ucapan saya dengan
serangkap pantun.
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.
Salam Aidilfitri, Maaf zahir batin. Sekian Terima Kasih

You might also like