You are on page 1of 20

1

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

PEMARKAHAN
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

TAJUK: KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

MOHAMMAD AZSBBA BIN JAAFAR

D20112053844

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-A07 (A122PJJ)


NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALI
TARIKH SERAH: 28 APRIL 2013

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

PENGENALAN
Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih
tinggi berbanding rakan sebaya mereka. Maka, mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya
sistem pendidikan yang sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka
berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini
menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka.
Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak pintar
cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek yang luar
biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sama, kelebihan ini menimbulkan pula
beberapa masalah lain dalam hidup mereka. Sebagai golongan minoriti, masalah mereka
mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Masalah ini sebenarnya
berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri mereka. Antaranya ialah konsep kendiri, fobia,
perkembangan nilai/moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan
masalah mengembangkan potensi. Selain itu, faktor persekitaran seperti masalah komunikasi,
diskriminasi terhadap golongan ini, masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka
yang sedia ada ini semakin bertambah.

DEFINISI

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

Mengikut Kamus Dewan, istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai. Cerdas pula
didefinisikan sebagai sempurna akal.
Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh
seseorang individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan
persekitaran.
Pakar psikologi mendefinisikan istilah pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya
melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi
kognitif yang hebat. Kanak-kanak pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab
musabab terhadap sesuatu fenomena yang abstrak.
Munirah (2008) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai satu amanah dan rahmat
daripada Allah yang perlu dikembangkan dan dimanfaatkan demi kebaikan umum. Mereka ini
mempunyai darjah kecerdasan yang luar biasa, oleh itu ramai di kalangan ahli pendidik
menyarankan agar kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini didedahkan kepada program
pendidikan yang khusus yang sesuai dengan kebolehan mereka. Kanak-kanak yang mempunyai
darjah kecerdasan (IQ) yang tinggi daripada 150 didapati tidak dapat menyesuaikan diri dengan
program pendidikan biasa. Ini kerana apabila kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini berada
dalam sistem pendidikan biasa, mereka bukan sahaja gagal untuk mencapai keputusan yang
memuaskan tetapi mereka juga sering kali gagal untuk mencapai tahap prestasi yang dicapai oleh
kebanyakkan rakan sebaya mereka. Sekiranya bakat dan kepintaran ini tidak dikembangkan
melalui pendidikan khas, maka daya kepintaran yang dipunyai oleh seseorang kanak-kanak akan
lenyap begitu sahaja.

Menurut United States Office of Education, pintar cerdas adalah :

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by
virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require
differentiated educational programs and services beyond those normally provided by regular
school programs in order to realize their contribution to self and society. (Davis & Rimm, 1998,
ms. 18)
Definisi di atas menekankan dua perkara : 1) Kebolehan pencapaian kanak-kanak pintar cerdas
yang tinggi dan 2) Mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkan
potensi yang ada pada mereka.
Definisi kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (1983) adalah :
An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one
or more cultural setting.
Bermaksud kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk
menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan
output yang efektif.
Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu
manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan ke
semua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang
dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri
dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut beliau, kecerdasan tidak
boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran,
peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai
yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan
psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

Antara ciri-ciri positif kanak-kanak pintar cerdas ialah :

Mereka dapat mempelajari sesuatu perkara dengan cepat.

Mereka mempunyai tahap imaginasi yang tinggi dan kurang mengikut idea orang lain.

Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan banyak bertanya soalan. Mereka juga
berminat mengetahui pelbagai hal.

Memerhati dengan teliti dan peka dengan persekitaran.

Mereka boleh memberi sebab, berfikir dengan jelas, mengenali perkaitan dan memahami
makna.

Mereka juga mempunyai sifat kelakar.

Boleh menggunakan alat-alat, perkataan dan idea dengan cara yang baru.

Sangat berminat dengan bahan-bahan bacaan terutama bahan di peringkat yang tinggi.

Mempunyai perbendaharaan kata yang luas dan dapat menggunakannya dengan tepat.

Boleh mencipta banyak generalisasi dan menggunakannya dalam situasi yang baru.

Mempunyai konsentrasi yang lama dalam satu-satu bahan yang menarik minat mereka.

Mempunyai kemahuan untuk mencapai yang terbaik.

Mempunyai watak kepimpinan dalam pelbagai aktiviti dan selalu meminta pendapat serta
idea orang lain.

Antara ciri-ciri negatif kanak-kanak pintar cerdas pula ialah :

Mudah berasa bosan jika diberi tugasan yang sama sahaja.

Mahu membuat sesuatu perkara mengikut caranya sendiri. Sekiranya tidak dibenarkan
mereka akan mempersoalkan mengapa tidak boleh?

Kadangkala boleh menjadi seorang pengacau atau suka menimbulkan masalah.

Mereka juga dapat melihat sesuatu perkaitan yang orang lain tidak dapat lihat dan mahu
menggunakan masa yang banyak untuk membincangkan hal tersebut.

Kadangkala mereka tidak mahu memberhentikan sesuatu aktiviti dan memulakan aktiviti
yang lain.

Boleh terlalu bersikap autokratik.

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

Kadangkala terlalu inovatif.

Mereka juga biasanya tidak mendengar sesuatu arahan dengan teliti.

Mereka juga bersikap seolah-olah sentiasa tahu mengenai sesebuah buku tetapi
pengetahuan itu tidak berkaitan langsung dengan topik perbincangan di dalam kelas.

Mereka juga bersikap terlalu terganggu dengan sesuatu kegagalan yang diterima (sukar
menerima kegagalan).

Boleh menjadi terlalu mengarah dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.

Boleh menghasilkan kelakar yang boleh mengena pada orang dewasa tetapi tidak
semua menghargainya.

Apabila melihat seorang guru yang tidak konsisten dengan arahannya maka dia akan
berkata, Tapi, cikgu selalu kata.

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

TEORI KECERDASAN PELBAGAI OLEH HOWARD GARDNER


Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau
merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Universiti Harvard. Menurut Gardner, kaedah
lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu
terhad. Justeru itu, beliau telah mengemukakan lapan jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu
cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.
Kecerdasan-kecerdasan yang telah diperkenalkannya adalah:
Kinestetik
Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan
masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan
keseimbangan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek
dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal
seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor.
Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan
dan membina model. Pelakon, pereka/pencipta, penari, mekanik, atlit dan pelumba kereta
individu yang mempunyai kecerdasan kinestetik.
Logik Matematik
Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka
menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan
masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan keduadua kebolehan matematik dan saintifik. Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan
masalah yang abstrak dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli sains, walau bagaimana pun,
didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang nyata. Kumpulan ini belajar dengan
lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran
koperatif. Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan pengaturcara komputer
menunjukkan darjah kecerdasan logikal-matematik yang tinggi.

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

Naturalis
Kebolehan mengenal, mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan
haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang
mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang rapat antara
alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan. Murid yang mempunyai kecerdasan naturalis
belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani, doktor
haiwan, nelayan, pengkaji bintang, pendaki gunung, ahli ekologi dan aktivis persekitaran
mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi.
Muzik
Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan
mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan
ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai
kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang
lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan
menghayati pengalaman muzik. Murid yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih
gemar belajar melalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta
berlatarkan muzik. Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor muzik dan
komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi.
Verbal Linguistik
Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Seseorang
dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka
juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca,
menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari
segi kebolehannya untuk merangsang emosi. Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan
ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan
lisan. Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik mempunyai
kecerdasan verbal-linguistik

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

Visual-Ruang
Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, mempersembahkan
idea visual dan ruang secara grafik. Seorang yang mempunyai kecerdasan ini boleh membentuk
gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni
dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat.
Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh
memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah. Pelukis, pelayar,
jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik mempunyai kecerdasan visual-ruang
yang tinggi.
Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang
mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi
secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain. Kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang
kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada mood orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran
interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain
walaupun secara tersirat. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan
lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan
dalam perbincangan kelas. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi seperti
pemimpin agama dan politik, guru, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat dan pekerja sosial.
Intrapersonal
Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan
termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan tahu mengawal
perasaan. Mereka ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri,
mempunyai pegangan/prinsip/azam yang kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh
memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka
lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang
baik. Contoh-contoh kecerdasan intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis novel, ahli
psikologi, tok guru dan ahli falsafah.

10

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBANTU KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Ibu bapa harus menekankan betapa pentingnya pelajaran kepada anak-anak pintar cerdas.
Ibu bapa haruslah menghormati pendapat orang lain dan sentiasa bertolak-ansur.
Ibu bapa juga perlu melakukan aktiviti riadah dan rekreasi kepada anak-anak mereka
seimbang dengan waktu pelajaran mereka. Jangan desak anak-anak untuk belajar

berterusan.
Jika anak-anak berjaya melakukan sesuatu dengan betul, beri pujian, manakala jika

mereka melakukan kesilapan tegur secara baik.


Jangan terlalu memberi keistimewaan kepada kanak-kanak pintar cerdas dan kenakan

denda jika mereka melakukan kesilapan.


Beri anak anda kasih sayang dan membentuk ikatan emosi yang kuat dengan mereka.
Memberikan peluang yang aman bagi anak anda untuk 'gagal' dari masa ke masa.
Komitmen berperingkat tetapi terus cuba pengalaman baru (makanan baru, teman baru,

tempat baru untuk melawat atau kemahiran baru).


Mendorong anak anda untuk menjadi seorang yang suka meneroka secara terus-menerus
bagi membantu mereka mencuba sesuatu yang baru dan menjadikan kesalahan sebagai

pengalaman semasa belajar sebagai satu kejayaan.


Ibu bapa perlulah menjadi model yang baik. Biarkan anak anda melihat anda gagal dan
bangkit kembali. Ini bagi menunjukkan bahawa anda mempunyai batas anda sendiri dan

menumpukan pada kekuatan anda.


Penglibatan dalam pelbagai aktiviti kompetitif dapat membantu anak-anak belajar untuk
menghadapi persaingan dengan cara yang lebih santai. Pengalaman yang ada dapat

membantu mengurangkan persaingan.


Mendorong anak anda untuk memberi perhatian yang lebih dalam penyertaan satu-satu

acara tersebut.
Membolehkan anak-anak untuk bercakap secara terbuka tentang ketakutan mereka dan
kegelisahan tentang persaingan. Mengelakkan daripada memberi anak mendedahkan
perasaan negatif terhadap orang lain.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PINTAR


CERDAS

11

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan


daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas
untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.
Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-kanak
pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan
pengelompokan.
Program Pengayaan
Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan
penyelidikan masalah sebenar.
Aktiviti pendedahan
Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu sudut
yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di dalam kelas. Maklumatmaklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut, dari mana boleh
mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini, akan
disediakan. Selain daripada majalah, risalah dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan
aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti pendedahan.
Latihan berkelompok
Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara
aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan
inkuiri-penemuan.

Penyelidikan masalah sebenar


Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil. Mereka diberi latihan
dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini menggunakan
teknik inkuiri-penemuan iaitu bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami
masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan

12

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan
yang mantap.
Program Percepatan
Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan
dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang
lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian
daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi
(mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti
kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa itu digunakan untuk
mempelajari kurikulum yang lebih tinggi.
Program Pengelompokan
Program ini dilaksanakan dengan cara mengumpulkan kanak-kanak pintar cerdas dalam satu
kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan ini
memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas.
Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati
pembelajaran yang lebih sempurna.

KOMPUTER DAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, Personal Computers Help Gifted Students Work
Smart telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluan belajar
kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah :

Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat
individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium

yang memberi keselesaan kepada pelajar.


Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk
membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors dapat

13

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang


berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan
yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai

skills mereka.
Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat
bersabar dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer
juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia

untuk menggunakannya.
Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan
komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk
masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan

dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap.


Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar
boleh didapati daripada komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui software,
papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah
kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini.

MASALAH SOSIO DAN EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


Semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang
patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm, 1998). Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu
golongan yang heterogeneous. Mereka lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak
lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain (Bee, 1999). Keadaan
ini hanya akan dapat difahami apabila kita lebih kerap mendampingi mereka. Contohnya, jika

14

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

anda adalah seorang yang bersikap mengharapkan sesuatu hasil kerja yang dilakukan adalah
tinggi (kerja yang lakukan memperoleh hasil yang maksimum) dan anda juga seorang yang
menghargai kesungguhan, anda akan merasa janggal ketika berada dalam sebuah organisasi di
mana budaya anggota-anggota organisasi tersebut bercanggah dengan sikap anda. Ketika
berdepan dengan masalah perbezaan tersebut, kanak-kanak jenis ini mungkin menggunakan
pelbagai strategi termasuk menafikan kecerdasan mereka, mengelak bergaul dengan orang lain,
dan meninggalkan keperluan sosialnya (Chan, 2003). Keadaan ini membawa kepada satu
masalah sosial/pendidikan iaitu golongan pintar cerdas juga adalah golongan yang berpotensi
memberi sumbangan besar kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagaimana yang
kita fahami, fungsi pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi yang ada pada setiap
pelajar selain memenuhi keperluan setiap individu pelajar untuk berkembang. Jika kita melihat
dari perspektif pendidikan Berpusatkan-pelajar (student-centered), kita akan mendapati
pendidikan adalah usaha-usaha untuk memenuhi keperluan perkembangan diri pelajar dan dalam
aspek inilah pelajar pintar cerdas memerlukan bantuan dan bimbingan pendidik.
Leta Hollingworth, pengkaji yang telah memberi sumbangan penting di dalam pendidikan pintar
cerdas khususnya, pendidikan emosi golongan tersebut, telah memberi gambaran terperinci lima
masalah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak ini (Gallagher & Gallagher, 1994)
iaitu :
1. Mendapatkan tugasan yang mencabar di sekolah.
2. Bersabar dengan orang yang tidak secerdiknya (to suffer fools gladly).
3. Mengelakkan sikap sinis/negatif terhadap autoriti.
4. Menentang kecenderungan mengasingkan diri (daripada orang lain yang tidak
secerdiknya).
5. Mengelakkan pembentukan sikap suka menipu dan memanipulasikan orang lain.
Tidak terdapat bukti yang kukuh bahawa kanak-kanak pintar cerdas ini banyak mengalami
masalah tingkah laku (Gallucci, Middleton, & Kline, 1999). Nik Azis Nik Pa (1990)
menyarankan supaya golongan ini diberi bimbingan dalam perkembangan nilai dan moral.
Golongan ini tidak semestinya memiliki keyakinan, apatah lagi, perasaan rendah diri bukannya

15

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

satu masalah luar biasa (Gallagher & Gallagher, 1994) kerana sikap ini boleh difahami dimana
kebolehan yang tidak seimbang menjadi punca kepada masalah mereka. Contohnya, seorang
yang kreatif selalunya tidak teratur. Oleh itu, seorang yang pintar cerdas perlu memahami
masalah dirinya selain cuba mengatasi cabaran ini kerana kelebihan yang ada pada mereka tidak
banyak membantu keyakinan diri mereka. "Saya masih belum cukup lagi" dan rasa bersalah
adalah dua perkara yang menguasai diri mereka. Oleh itu, mereka mungkin menganggap mereka
perlu memikul lebih tanggungjawab. Keadaan ini adalah petanda sikap idealistik wujud dalam
diri mereka. Mereka menjangka tinggi terhadap hasil kerja mereka dan ekstrim yang satu lagi
juga mungkin berlaku apabila mereka menganggap semua masalah yang mereka hadapi adalah
akibat tindakan orang lain. Contohnya, mereka sukar menerima kritikan orang lain dan faktor
inilah yang menyebabkan mereka boleh menyerang orang lain atas kegagalan dan masalah
mereka sendiri. Sikap terlampau kritikal juga telah menjadikan mereka menafikan nilai yang ada
pada diri mereka (Davis & Rimm, 1998).
Pada kebiasaannya, pihak sekolah gagal memberi perhatian yang wajar kepada pelajar pintar
cerdas kerana menganggap mereka tidak perlu diberi program pendidikan dan bimbingan yang
khusus (Gallagher & Gallagher, 1994). Berikut adalah gambaran keadaan guru yang merasa
tertekan untuk mengakui keupayaan kanak-kanak pintar cerdas. Guru biasanya berasa ragu-ragu
kepada kemahiran matematik yang luar biasa pada tahap ini. Mereka mungkin menganggap
kebolehan memanipulasikan nombor ini tidak berpadanan dengan pemahaman yang secukupnya.
Mereka juga berasa gelisah tidak menyediakan latihan secukupnya kepada pelajar tersebut dan
takut dipersoalkan oleh ibu bapa. lni menjadikan guru hanya memberi latihan yang sama kepada
semua pelajar. Ini bermakna pelajar pintar cerdas hanya mengulangi sesuatu yang telah sedia
dikuasai (Leyden, 1998, ms. 36) Kebanyakan masalah emosi kanak-kanak pintar cerdas sama
ada dalam bidang akademik mahupun persekolahan adalah disebabkan kegagalan pendekatan
pendidikan sedia ada dan juga kurangnya kesedaran guru. Biasanya, guru kurang senang
terhadap kanak-kanak yang kreatif. Oleh itu, jika kanak-kanak pintar cerdas tidak diberi
pendedahan yang sepatutnya bermakna potensi yang ada pada mereka sukar untuk
dikembangkan. Di sekolah, terdapat sebilangan guru tidak memiliki semangat akademik yang
baik, antaranya, guru tersebut mungkin memberi golongan pelajar ini maklumat-maklumat yang
tidak berkaitan dan tidak memberangsangkan, selain tugasan yang diberi menjadikan golongan

16

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

pelajar ini lebih derita seperti kerja salin-menyalin dan menghafal fakta yang tidak dapat
dikaitkan dengan pengalaman pelajar. Tugasan salin-menyalin sebenarnya merupakan suatu
bentuk penyeksaan mental yang baharu terhadap golongan pelajar tersebut kerana tugasan
seumpama itu hanya melatih kemahiran-motor-halus mereka dan bukannya kemahiran berfikir
mereka. Kadang-kadang, tugasan yang diberi guru tidak sesuai dengan keperluan (motivasi
intrinsik) mereka yang sentiasa ingin tahu/mengkaji sesuatu topik dengan lebih mendalam.
Faktor tersebut menjadikan pelajar pintar cerdas tidak suka kepada sekolah. Kadang-kadang,
guru menambah jumlah tugasan pelajar lebih daripada biasa. Sebenarnya, cara ini tidak sesuai
dilakukan terhadap golongan pelajar ini kerana mereka memerlukan cabaran kualiti (antaranya,
sesuatu konsep yang lebih mencabar) dan bukannya cabaran kuantiti. Contohnya, jika guru
meminta pelajar ini menulis lima artikel mengenai lima topic, sudah pasti tugasan sebegini
membosankan dan menjadikan mereka serba salah kerana mereka perlu memberi fokus terhadap
setiap topik, selain terpaksa membuat kajian terperinci atau intensif. Bagaimanapun, tugasan
yang lebih sesuai antaranya meminta mereka menulis satu artikel mengenai satu tajuk yang
memang menarik minat mereka. Dalam soal menyiapkan tugasan, selain memberi mereka
galakan supaya menyiapkan tugasan mereka dengan sebaik mungkin, golongan pelajar ini perlu
diberi kebebasan dalam menentukan had masa menyiapkan tugasan. Ini kerana motivasi intrinsik
adalah pendorong yang kuat terhadap tingkah laku mereka: "Kanak-kanak pintar cerdas perlu
menikmati autonomi, autoriti dan kebebasan untuk membuat keputusan sendiri. Namun
kebebasan ini perlu digabungkan dengan amanah" (NikAzis Nik Pa, 1990, ms. 61).
Di negara-negara timor, biasanya hubungan kekeluargaan adalah rapat dan ini menyebabkan ibu
bapa lebih cenderung untuk mengawal kebebasan anak-anak mereka. Ciri-ciri masyarakat timur
juga lebih mementingkan pencapaian akademik, misalnya, dalam budaya Asia Timur, pelajar
didesak oleh ibu bapa supaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dengan kata
lain, mengawal kebebasan anak-anak supaya mereka memperoleh keputusan cemerlang dalarn
peperiksaan bertujuan memenuhi kehendak ibu bapa. Sementara ibu bapa kepada kanak-kanak
pintar cerdas yang tidak memiliki kesedaran mengenai keadaan anak-anak mereka mungkin
lepas tangan dalam mengikuti perkembangan anak mereka. Keadaan mungkin lebih serius di
kalangan kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang rendah.
Kanak-kanak sebegini mungkin juga menghadapi masalah dengan adik-beradik. Ini berlaku

17

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

terutamanya dalam budaya/keluarga yang lebih mementingkan persaingan dan individualistik.


Kanak-kanak sebegini akan menghadapi masalah dengan keluarga mereka sekiranya keluarga
mereka amat berbeza dengan lain-lain keluarga. Contohnya, perkembangan moral dan nilai
universal yang matang awal (precocious) mungkin mendorong seorang kanak-kanak menjadi
vegetarian (orang yang tidak makan sumber makanan daripada haiwan) yang mungkin menjadi
punca konflik dalam keluarga. Sementara pencapaian akademik yang tinggi kanak-kanak
sebegini menjadikan adik-beradik yang lain merasa rendah diri. Kebanyakan konflik seumpama
itu belaku kerana wujud salah faham orang lain terhadap golongan kanak-kanak ini disebabkan
hanya wujud sedikit kesedaran masyarakat terhadap golongan kanak-kanak ini selain faktor salah
faham golongan ini terhadap diri mereka sendiri.
Sebilangan besar golongan pintar cerdas tidak memahami diri mereka sendiri kerana ibu bapa
mereka dan guru-guru tidak mendapat pendedahan mengenai golongan ini. Misalnya, kita selalu
mengaitkan golongan pintar cerdas dengan pencapaian akademik yang tinggi sedangkan
sebahagian daripada mereka tidak menunjukkan pencapaian yang baik dalam pelajaran
berbanding dengan potensi yang sedia ada pada mereka. Oleh itu, pencapaian mereka menjadi di
bawah-pencapaian-pintar-cerdas (gifted underachiever). Satu lagi tanggapan yang salah dewasa
ini ialah dakwaan kononnya golongan ini sangat jarang ditemui. Sebenarnya, jika kita
menggunakan kiraan statistik yang terperinci dan konservatif iaitu: 0.01% darab dengan 26 juta
penduduk Malaysia bermakna kini terdapat lebih kurang 2500 individu pintar cerdas di negara
ini. Apatah lagi, jika kita mengikut kriteria yang lebih longgar iaitu 2%, misalnya, kriteria
keahlian MENSA adalah 2%. lni bermakna mana-mana negara di mana 2% populasinya
berkecerdasan lQ lebih tinggi daripada 98% boleh menjadi ahli MENSA. Bagi mereka yang
memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi dan menyedari apa yang berlaku terhadap diri
mereka sentiasa berusaha mengatasi masalah tersebut walaupun perubahan yang mereka alami
hanya sedikit.
Kesunyian menjadi perkara biasa dalam hidup mereka kerana idea-idea mereka tidak dapat
dikongsi atau diterangkan oleh orang lain. Masalah komunikasi yang serius seperti ini berlaku
terutamanya pada mereka yang sangat berlainan daripada orang kebanyakan Biasanya, idea-idea
radikal mereka yang menjadikan orang lain terpaku apabila mendengarnya, sukar diterima orang

18

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

lain. Kelainan mereka menyebabkan orang ramai menjauhi mereka. Sebenarnya, golongan pintar
cerdas adalah tergolong dalam kalangan heterogeneous, mereka tidak semestinya boleh cepat
menjadi kawan walaupun di kalangan golongan mereka sendiri, sekalipun mereka mungkin lebih
memahami satu sama lain. Sebagai golongan heterogeneous, kanak-kanak pintar cerdas yang
berada dalam kategori yang lain (sub-kategori heterogeneous) menghadapi masalah yang berbeza
daripada apa yang telah dibincangkan sebelum ini. Misalnya, seorang kanak-kanak pintar cerdas
yang kurang upaya dari aspek fizikal mungkin kecerdikan yang dimilikinya tidak dipedulikan
orang lain kerana dilabel orang kurang upaya. Begitu juga keadaan seorang kanak-kanak yang
pintar cerdas dalam bidang seni visual mungkin dia tidak diberi bimbingan dan galakan yang
sewajarnya kerana ia mengalami masalah ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).
Apatah lagi, bagi kanak-kanak pintar cergas yang memiliki kepelbagaian kepintaran, sudah pasti
merumitkan lagi keadaan. Kepintarcerdasan telah memburukkan lagi masalah sosial/emosi yang
ada kaitannya dengan ADHD. Satu lagi sub-kategori heterogeneous di kalangan pelajar pintar
cerdas adalah mereka yang mengalami masalah pembelajaran (learning disability) bahasa
(disleksia) atau matematik. Guru mungkin menganggap pelajar sebegini lembab. Ini
menyebabkan bakat yang sedia ada pada mereka terkubur begitu sahaja sedangkan seorang
pelajar yang bermasalah dalam pengiraan matematik mungkin pada masa yang sarna memiliki
kefahaman yang tinggi dalam matematik.
Sekiranya, pendekatan mengatasi masalah pembelajaran sebegini tidak didedahkan kepada ibu
bapa dan guru-guru bermakna akan hilanglah seorang pakar dalam bidang matematik. Sementara
seorang kanak-kanak yang bermasalah ejaan pula mungkin memiliki bakat yang tinggi dalam
bidang kesusasteraan.
RUMUSAN
1. Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada
makhlukNya. Peranan ibu bapa, pendidik dan masyarakat amat diperlukan untuk
membentuk kanak-kanak pintar cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga dalam
masyarakat. Kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak ini bukan hanya dibangunkan dari
aspek intelek semata-mata, malah pembangunan akhlak atau spiritual jua.

19

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

2. Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan menentukan
jatuh bangun sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi
penekanan yang sesuai untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu dapat
menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan mereka
meneraju masa depan negara dengan baik.
3. Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner adalah merupakan
satu bentuk teori yang memperjuangkan keadilan dalam pendidikan. Ini kerana kita dapat
melihat dengan jelas betapa teori ini memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang
dan peluang untuk berjaya dalam bidang-bidang tertentu.
4. Pengetahuan yang ada kaitannya dengan kanak-kanak pintar cerdas ini wajar disalurkan
kepada ibu bapa, guru-guru dan bakal guru supaya mereka lebih sensitif terhadap
keperluan unik golongan ini.

RUJUKAN
Azman Kanil @ Konil. 2004. Kanak-kanak Pintar Cerdas : Masalah dan Program Pendidikan.
http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/01azman.htm
(akses pada 18 April 2013).
Berman, S. 1995. Multiple Intelligences Road To A Quality Classroom. Illinois : IRI/Skylight
Training and Publishing.

20

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS oleh Mohammad Azsbba bin Jaafar

Chua, T. T., & Koh, B. B. 1992. Pendidikan Khas dan Pendidikan Pemulihan : Bacaan Asas.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Faizal Yusof. 2011. Teori Kecerdasan Pelbagai.
http://faizalhjyusof.blogspot.com/2011/11/teori-kecerdasan-pelbagai.html
(akses pada 12 April 2013).
Gardner, H. 1983. Frame Of Mind : The Theory Of Multiple Intelligence. New York : Basic
Books.
Gardner, H. 2006. Multiple Intelligences : New Horizons. London : Basic Books.
Hasan Hj. Mohd Ali. 1996. Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publications
and Distributors Sdn. Bhd.
Hasnah Udin. 1992. Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2011. Pedagogi : Asas Pendidikan. Kuala
Lumpur : Kayazano Enterprise.
Nik Azis Nik Pa. 1990. Program Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas : Teori dan Praktik. Petaling
Jaya : Pustaka Islam.
Noor Aini Khalifah dan Nik Azis Nik Pa. 1989. Kanak-kanak Pintar Cerdas : Satu Perspektif
Bersepadu Tentang Konsep, Masalah dan Program Pendidikan dalam Jurnal
Pendidikan, Universiti Malaya.
Normala Mehat. 2011. Kecerdasan Pelbagai.
http://www.slideshare.net/normalaprasekolah/kecerdasan-pelbagai-8791485
(akses pada 16 April 2013).

You might also like