You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AJK PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUPANG KALI 3/2015

Hari

: Rabu

Tarikh

: 05.08.2015

Masa

: 1.15 tengah hari

Tempat

: Bilik Mesyuarat SK Kuala Kupang

Kehadiran

: En Abu Hassan b Mad Dom


En Allias b Ismail
Tn Hj Zakiyuddin b Ahmad
En Mohamad Nor b Hamid
En Md Osman b Ishak
En Mohd Amiruddin b Abdullah
En Atikullah b Abd Ghani
Tn Hj Mustafa Kamal b Abd Manaf
Pn Norhasyidah bt Mat Salleh
Pn Salmiah bt Md Zain
Pn Siti Marina bt Abd Rahim
Pn Azizah bt Darus
Pn Tryphena

Tidak hadir

: En Omar b Ismail (Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)

1.0 Ucapan Pengerusi


Mesyuarat dipengerusikan oleh Penyelaras Program Kecemerlangan UPSR SKKK, Cikgu
Allias b Ismail.
1.1

Beliau mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru tahun 6 yang


sudi melapangkan masa untuk hadir ke mesyurat kali ini.

1.2

Mesyuarat kali ini diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara


seperti program pecutan terakhir, analisis Peperiksaan Percubaan Negeri , kelas
anjal dan kelas tambahan pada waktu malam.

2.0

Ucapan PK Pentadbiran

2.1

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Allias selaku Penyelaras Program

2.2

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru tahun 6 kerana telah berjaya menyusun
beberapa program peningkatan UPSR serta bekerja keras demi kecemerlangan
anak-anak didik iaitu murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan
UPSR tidak lama lagi. Beliau berharap agar guru-guru tahun 6 meneruskan usaha
sehingga mencapai sasaran seperti yang dirancang iaitu peratus keseluruhan
77.78% dan 20 orang murid 5A.

2.3

Beliau memaklumkan bahawa sekolah kita telah dilawati oleh dua orang pegawai
dari PPD Baling/Sik iaitu SIP+ dan Tuan PPD iaitu pada 04.08.2015 (Selasa).

2.4

Lawatan daripada Tn Hj Hishamuddin(SIP+) adalah berfokus kepada UPSR. Beliau


meminta untuk diadakan dialog akademik dalam masa terdekat.

2.5

Lawatan daripada Tuan Pegawai PPD, Tuan Hj Mohd Fauzi Abd Hamid juga
berfokus kepada UPSR. Beliau meminta gambaran keseluruhan tentang pencapaian
murid murid tahun 6 iaitu dalam Peperiksaan Percubaan Peringkat Negeri. Beliau
juga meminta agar guru-guru memainkan peranan untuk meningkatkan pencapaian
murid-murid terutamanya murid-murid yang lemah.

2.5.1

Beliau mengingatkan supaya guru-guru yang akan mengerjakan fardhu haji


supaya meninggalkan bahan-bahan pengajaran mereka supaya mudah untuk guruguru yang akan menggantikan mereka memandangkan mereka terlibat dengan
kelas peperiksaan.

2.5.2

Memberi perhatian kepada murid-murid yang gagal silang.

2.5.3

Mengadakan kelas tambahan yang lebih berfokus.

2.5.4

Membuat analisis item supaya dapat mengesan kesalahan murid dan mengenal
pasti kelemahan murid. Dengan ini, guru-guru lebih memberi fokus kepada muridmurid yang lemah.

2.5.5

Membantu murid yang lemah untuk lulus dan murid yang lulus menjadi cemerlang.

2.5.6

Perbanyakkan soalan-soalan KBAT.

2.5.7

Beliau memberi cadangan supaya membuat surat kepada waris untuk memberitahu
tentang peperiksaan UPSR supaya mereka dapat mengingatkan anak-anak mereka
agar tidak leka dan sentiasa mengawasi anak-anak mereka.

2.5.8

Kaunselor sekolah memainkan peranan sentiasa memberi motivasi, semangat dan


juga sentiasa mengingatkan murid-murid tahun 6 tentang peperiksaan.

2.5.9

Guru-guru hendaklah sentiasa memberi latihan serta ujian dan dijalankan seperti
waktu sebenar iaitu penegasan tentang masa.

2.5.10 Beliau mengingatkan bahawa semua guru bertanggungjawab terhadap pencapaian


UPSR dan bukan hanya terbeban kepada guru-guru tahun 6 sahaja.
2.6

Memaklumkan bahawa beberapa orang murid telah dihantar ke SMKAB untuk


program pecutan akhir.

2.7

Program bersama MRSM Baling yang akan diadakan pada 13.8.2015 di MRSM
Baling. Seramai 10 orang murid terdiri daripada lima orang murid lelaki dan lima
orang murid perempuan dipilih untuk menyertai program tersebut.

3.0

Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

3.1

Cikgu Marina mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan.

3.2

Disokong oleh Cikgu Mustafa Kamal.

4.0

Perkara berbangkit

4.1

Cikgu Osman menyatakan tentang program mento mente yang telah dan sedang
dijalankan.Terima kasih kepada semua mento

5.0

Analisa Peperiksaan Percubaan Peringkat Negeri

5.1

Telah dibentangkan oleh Cikgu Allias selaku Setiausaha/Penyelaras Program


Kecemerlangan UPSR.

5.2

Keputusan Peperiksaan Percubaan Negeri:

5.2.1

Bilangan calon yang mendapat lulus dalam semua subjek adalah seramai 53 orang
dengan peratus kelulusan iaitu 65.4%.

5.2.2

Bilangan calon yang mendapat 5A seramai tiga orang, 4A dua orang, 3A empat
orang, 2A empat orang dan 1A seramai 26 orang.

5.3

Antara permasalahan murid-murid yang di ketengahkan oleh guru-guru, rata-rata


menyuarakan tentang sikap murid-murid yang masih bersikap sambil lewa serta tidak
membuat dan menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

5.4

Antara permasalahan yang dilakukan oleh murid:


- kesilapan menulis soalan bagi matematik kertas 2
- tidak dapat menjawab soalan sehingga selesai bagi matematik kertas 2.
- masalah tentang menjawab soalan yang melibatkan ayat( soalan 2 dan 3
markah) yang memerlukan pemahaman tentang kehendak soalan.
- murid tidak dapat menterjemahkan soalan berbentuk ayat iaitu penyelesaian
masalah kepada jalan penyelesaian iaitu operasi apa yang dikehendaki
untuk menyelesaikan soalan tersebut.
- bagi mata pelajaran B.Melayu pula, ada murid yang tidak menjawab soalan
bahagian B dan C dengan lengkap
- masalah ejaan dan membina ayat
- soalan Pemahaman aras tinggi

- Sains peratus lulus meningkat dari 64.2% (ujian bulan Jun) kepada
81.5% (Percubaan Negeri)
- masih terdapat kelemahan menjawab soalan bahagian A
- bagi mata pelajaran B.Inggeris pula, kelemahan dalam menjawab bahagian
A dan C, walaupun sudah diingatkan dan diberi petua oleh guru-guru
tentang teknik menjawab tetapi masih lagi melakukan kesilapan yang sama.
Namun begitu, terdapat juga peningkatan pencapaian bagi murid-murid
kelas kedua.

5.4.2

Antara langkah penyelesaian yang diambil:


- penekanan tentang masa terutamanya menjawab soalan matematik kertas
2
- memberi tumpuan kepada murid yang lemah
- memperbanyakkan soalan-soalan yang merupakan masalah kepada murid
berdasarkan analisis item yang telah dibuat,
- bimbingan secara individu
- memperbanyakkan soalan tatabahasa (B.Melayu), perbendaharaan kata,
peribahasa
- memperbanyakkan latihan
- program motivasi diri setiap pagi Selasa dan Rabu

6.0

Kelas Anjal

6.1

Bermula pada 9 Ogos 2015.

6.2

Melibatkan subjek UPSR sahaja.

6.3

Guru-guru bukan subjek teras dikehendaki menggantikan kelas jika terdapat


pertindihan jadual waktu tindakan PK1

6.4

Cikgu Allias akan mengedarkan jadual waktu anjal berdasarkan waktu dan subjek
yang telah dibincangkan

7.0

Kelas Tambahan Malam

7.1

Bermula pada 17.08.2015.

7.2

Masa : 8:30 malam 10:00 malam

7.3

Waris dikehendaki menghantar dan menjemput anak mereka

7.4

Minuman dan biskut akan disediakan untuk murid-murid selepas selesai kelas.

7.5

Agihan mata pelajaran:

7.5.1

Isnin - Sains

7.5.2

Selasa - B.Melayu

7.5.3

Rabu - Matematik

7.5.4

Khamis B.Inggeris

8.0

Hal-hal lain

8.1

Cikgu Osman mengingatkan agar guru-guru sebagai mento memainkan peranan


memotivasikan mente melalui Program Mento Mente yang dijalankan

8.2

Cikgu Salmiah mencadangkan agar pihak pentadbir mengambil berat murid-murid


kelas 6K supaya mereka juga rasa dihargai.

8.3

Cikgu Azizah menyuarakan tentang masalah ponteng murid-murid tahun 6R dan


meminta supaya pihak pentadbir masuk kelas memberi motivasi kepada muridmurid.

8.4

Kutipan RM150. Masih terdapat waris yang belum membayarnya dan perlu diberi
surat peringatan supaya dapat menyelesaikannya sebelum peperiksaan UPSR.

8.5

Cikgu Marina mencadangkan agar mengadakan perjumpaan waris murid-murid yang


HALUS (Harapan Lulus).

8.6

Ustaz Zakiyuddin menyatakan tentang lawatan ke KL Putrajaya, akan diadakan


selepas peperiksaan UPSR. Tarikh dan masa akan dibincangkan kemudian.

8.6

Cikgu Allias meminta guru-guru menyimpan analisis yang telah diedarkan.

8.7

PK 1 meminta agar semua guru terus bekerjasama dan bertungkus lumus demi
meningkatkan pencapaian 5A sehingga mencapai target dan berdoa agar apa
yang diharapkan akan mencapai sasarannya.

8.8

Cikgu Allias sekali lagi merakamkan terima kasih kepada semua guru yang telah
hadir pada mesyurat kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dan disudahi dengan tasbih kifarah.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..

(PN NORHASYIDAH BT MAT SALLEH)

(EN ALLIAS B ISMAIL)

Pencatat.

Setiausaha/Penyelaras Program.

You might also like