You are on page 1of 4

Kepada

Semua Guru
Tuan,
MESYUARAT PANATIA KH / RBT / TMK KALI PERTAMA 2014
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup pertama akan
diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh
Masa
Tempat
2.

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut :


2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7
2.8

3.

: 25 Januari 2014
: 2.00 Petang
: Makmal Komputer SKSP

Ucapan Pengerusi.
Ucapan Penasihat.
Perlantikan AJK Panitia
Laporan Analisis Mata Pelajaran Kemahiran Hidup / Reka Bentuk
dan Teknologi / Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Perancangan Program Panitia Tahun 2014
Pencerapan guru dan buku latihan murid.
Hal-hal lain.
Penangguhan

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih


BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN
Saya yang menurut perintah,
.............................................
(EN MOHMMAD B YAACOB)
PENGERUSI PANITIA

..................................................
(EN MOHAMAD SALJI B YUNUS)
GURU BESAR

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP / REKA BENTUK &


TEKNOLOGI / TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI 2014
Minit Mesyuarat Kali ke
Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi
Kehadiran

Bil.Tidak Hadir

:1
: 25 Januari 2014
: 2.00 Petang
: Makmal Komputer SKSP
: En Mohammad Bin Yaacob
: En Mohamad Salji Bin Yunus
(Guru Besar)
Pn Hjh Seniah Binti Yob
(PK Pentadbiran)
Pn Fahimah Binti Mokhtar
(PK HEM)
Pn Norhasikin Binti Kariman
(Pemangku PKKO)
En Abdul Rahim Bin Abu Hassan
En Mohd Ali Hanafiah Bin Hamzah
: Tiada

Agenda Mesyuarat :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Ucapan Pengerusi
Ucapan Penasihat.
Perlantikan AJK Panitia
Laporan Analisis Mata Pelajaran Kemahiran Hidup / Reka Bentuk dan Teknologi /
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Perancangan Program Panitia Tahun 2014
Pencerapan guru dan buku latihan murid
Hal-hal lain
Penangguhan

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Mengalu-alukan kehadiran guru-guru pada Mesyuarat Panatia Kemahiran

Hidup / Reka Bentuk dan Teknologi / Teknologi Maklumat dan Komunikasi


1.2 Memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk memantapkan
pengurusan Panatia KH / RBT / TMK
1.3 Memohon jasa baik guru-guru untuk meneruskan semangat kerjasama dan
menyumbang idea untuk kepentingan panatia.
Tindakan : Semua guru
2. Ucapan Penasihat
2.1 Ucapan tahniah di atas kejayaan Panatia KH / RBT / TMK dalam segala
Program yang telah dijlankan sepanjang tahun lepas.
2.2 Diharap Panatia KH / RBT / TMK akan terus mengekalkan kecemerlangan
dalam dalam program yang akan dilaksanakan pada tahun 2014.

Tindakan : Semua guru


3. Pengesahan Perlantikan AJK
3.1 Mesyuarat telah mengesahkan perlantikan bagi AJK Panatia KH / RBT / TMK
dengan beberapa pindaan pada nama-nama AJK berikutan pindaan tugas
guru dan jadual waktu.
3.2 Rujuk lampiran senarai AJK Panitia Mata Pelajaran.
Tindakan : Semua guru
4. Laporan Analisis Audit Kurikulum Peperiksaan Akhir Tahun 2013 Tahun 4 & 5
4.1 Mengikut analisis yang dikemukakan dari setiausaha peperiksaan sekolah,
secara kesimpulan dirumuskan bahawa peratus lulus bagi :
Tahun
4
5

Menguasai ABC (%)


100
87.5

GPS
1.81
2.29

Catatan
Cemerlang
Baik

4.2 Secara keseluruhan, pencapaian adalah baik. Pengerusi telah mengucapkan


tahniah kepada semua Guru KH / RBT / TMK.
4.4 Pengerusi berharap guru-guru akan mengekalkan tahap pencapaian mata
pelajaran Panatia KH / RBT / TMK pada tahun 2014.
Tindakan : Semua guru
5. Perancangan Strategik
5.1 Perancangan Strategik panitia telah dirangka berdasarkan analisis SWOT
mata pelajaran KH / RBT / TMK di sekolah.
5.2 Pelan Taktikal dan Pelan Operasi mestilah dirancang mengikut Program
Kecemerlangan Sekolah, Latihan Dalam Perkhidmatan.
5.3 AJK dikehendaki memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk merancang
dan menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang.
5.4 Pelan Operasi perlu disediakan setelah melaksanakan sebarang aktiviti yang
dirancang dengan bahan bukti seperti gambar foto dan sebagainya.
Tindakan : Semua guru
6. Pemantauan/ Pencerapan P&P dan Buku Latihan
6.1 Pemantauan / pencerapan guru dan buku latihan murid adalah merujuk
kepada Takwim.
6.2 Pencerapan akan dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali dalam tahun ini.

6.3 Pengerusi mencadangkan guru-guru menggunakan Journal sebagai buku


latihan harian.
Tindakan : Semua guru
7. Hal-Hal Lain
7.1 Guru-guru mesti menyediakan satu fail Sukatan Pelajaran dan Rancangan
Tahunan. Rancangan tahunan mestilah dikemaskini untuk tahun ini.
7.2 Borang Biodata Guru dan Rekod Senarai Buku Rujukan Guru dan Murid
yang telah diedarkan mestilah dipulangkan kepada Pihak Pengurusan
panitia dalam tempoh yang telah ditetapkan.
7.3 LDP pertama iaitu Bengkel Penulisan Rancangan Harian, LDP kedua iaitu
Bengkel Membuat Bahan Bantu Mengajar, LDP ketiga iaitu Bengkel Kajian
Tindakan akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan pada kemudian
hari.
7.4 Mesyuarat dalam panitia yang seterusnya akan membincangkan tentang
Membuat Kraf dengan bahan buangan akan diadakan pada hujung tahun ini.
7.5 Guru-guru boleh mendapatkan ABM dengan mengisi borang peminjaman
dan pemulangan di PSS.
Tindakan : Semua guru
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang dengan bacaan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh,

(MOHAMMAD BIN YAACOB)


Pengerusi Panitia KH / RBT / TMK
Sekolah Kebangsaan Seri Pinang

You might also like