You are on page 1of 5

Kepada

Semua Guru
Tuan,
MESYUARAT PANATIA KH / RBT / TMK KALI PERTAMA 2015
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup pertama akan
diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh
Masa
Tempat
2.

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut :


2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7
2.8
2.9

3.

: 05 Februari 2015
: 2.00 Petang
: Makmal Komputer SKSP

Ucapan Pengerusi.
Ucapan Penasihat.
Laporan Panitia dan Kewangan
Perancangan Proram Panitia 2015
Perlaksanaan Pengajaran dan Pelajaran
Pengurusan Bengkel / Makmal Komputer
Peraturan Bengkel / Makmal Komputer
Hal-hal Lain
Penangguhan

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih


BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN
Saya yang menurut perintah,

.............................................
(EN MOHMMAD B YAACOB)
PENGERUSI PANITIA

..................................................
(EN MOHAMAD SALJI B YUNUS)
GURU BESAR

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP / REKA BENTUK &


TEKNOLOGI / TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI 2015
Minit Mesyuarat Kali ke
Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi
Kehadiran

Bil.Tidak Hadir

:1
: 05 Februari 2015
: 2.00 Petang
: Makmal Komputer SKSP
: En Mohammad Bin Yaacob
: En Mohamad Salji Bin Yunus
(Guru Besar)
Pn Fahimah Binti Mokhtar
(PK Pentadbiran)
Pn Lila Binti Amri
(PK HEM)
Pn Siti Sanisah Binti Husain
(PK KO)
En Abdul Rahim Bin Abu Hassan
En Noharuddin Bin Ishak
: Tiada

Agenda Mesyuarat :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Ucapan Pengerusi.
Ucapan Penasihat.
Laporan Panitia dan Kewangan
Perancangan Proram Panitia 2015
Perlaksanaan Pengajaran dan Pelajaran
Pengurusan Bengkel / Makmal Komputer
Peraturan Bengkel / Makmal Komputer
Hal-hal Lain
Penangguhan

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Mengalu-alukan kehadiran guru-guru pada Mesyuarat Panatia Kemahiran

Hidup / Reka Bentuk dan Teknologi / Teknologi Maklumat dan Komunikasi


1.2 Memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk memantapkan
pengurusan Panatia KH / RBT / TMK.
1.3 Memohon jasa baik guru-guru untuk meneruskan semangat kerjasama dan
menyumbang idea untuk kepentingan panatia.
Tindakan : Semua guru

2. Ucapan Penasihat
2.1 Tuan pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan
kedatangan semua guru atas kesudian menghadiri Mesyuarat Panitia
Kemahiran Hidup kali yang pertama tahun ini.
2.2 Tuan pengerusi mengalu-alukan kedatangan ajk baru selaku ahli baru
Panitia KH / RBT / TMK.
2.3 Tuan pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia
yang telah menjalankan tugas dengan baik selama ini.
Tindakan : Semua guru
3. Laporan Panitia dan Kewangan
3.1 Tuan Pengerusi memaklumkan kepada guru, semua aktiviti dan program
yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014 boleh dirujuk dalam fail panitia.
3.2 Pengerusi memaklumkan perbelanjaan kewangan 2014. Guru-guru boleh
merujuk fail kewangan untuk maklumat lebih terperinci
3.3 Baki kewangan sehingga 31 Disember 2014 ialah (Rujuk Fail keewangan
sekolah)
3.4 Panitia merancang untuk membeli pelbagai kelengkapan ABM dan BBM
dengan baki wang tersebut.
Tindakan : Semua guru
4. Perancangan Program Panitia 2015
Program-program yang dirancang dan akan dilaksanakan pada tahun ini:
4.1 Menyasarkan kelulusan 100% pada Peperiksaan Akhir Tahun
4.2 Program lawatan sambil belajar
4.3 Pertandingan dalaman
4.4 Keceriaan bengkel (cat bahagian dalam bengkel / makmal komputer)
4.5 Sudut infomasi (pameran di dalam bengkel / makmal komputer)
Tindakan : Semua guru

5. Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran


5.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru mesti menghabiskan sukatan
pelajaran.
5.2 Pengerusi memaklumkan bahawa semua kerja Khusus mesti difailkan.
5.3 Pengerusi juga memaklumkan kepada semua guru supaya merekodkan
markah kerja khusus murid dalam buku ringkasan mengajar.
Tindakan : Semua guru
6. Pengurusan Bengkel / Makmal Komputer
6.1 Pengerusi meminta kerjasama semua guru supaya memastikan bengkel /
makmal komputer berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
6.2 Pengerusi berharap agar guru memastikan murid mengemas dan
membersihkan bengkel / makmal komputer sebelum menamatkan sesi pdp.
6.3 Pengerusi juga menasihati guru untuk memantau tingkah laku murid semasa
berada di bengkel / makmal komputer untuk mengelakan sebarang
kemalangan dan kecurian.
Tindakan : Semua guru
7. Peraturan Bengkel / Makmal Komputer
7.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa satu sistem baru akan
dipraktikkan di bengkel / makmal komputer iaitu guru mestilah merekodkan
waktu penggunaan.
7.2 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru supaya tidak membenarkan
murid meletakkan beg bersama-sama dengan mereka.
7.3 Guru mesti menasihatkan pelajar supaya datang awal ke bengkel / makmal
komputer.
7.4 Guru juga mestilah sentiasa ingatkan murid supaya mematuhi peraturan
bengkel / makmal komputer dan sentiasa menjaga keselamatan mereka sendiri.
Tindakan : Semua guru
8. Hal-Hal Lain

8.1 Semua guru hendaklah menggunakan peralatan bengkel dan juga makmal
komputer secara berhemah dengan menyimpan dan menyusun semula
selepas menggunakannya.
Tindakan : Semua guru
Mesyuarat Panitia KH / RBT / TMK kali pertama 2015 ditangguhkan pada jam 3.30
petang dengan ucapaan terima kasih daripada pengerusi majlis dan bacaan Surah AlAsr.

Disediakan oleh,

(MOHAMMAD BIN YAACOB)


Pengerusi Panitia KH / RBT / TMK
Sekolah Kebangsaan Seri Pinang

You might also like