You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LANCHANG

MINIT MESYUARAT PERSATUAN TUNAS PUTERI BIL.1/2016

Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi

:
:
:
:

Kehadiran

Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

1.0

31 Disember 2015 (Khamis )


1:00 petang
Bilik Guru
Cik Lee Yeong Yong

Nama
Pn Chuah Tze Huey
Pn Hafizah Bt Mohamad Sofian
Pn Maizatul Asfarini Bt Kasri
Cik Noraziah Bt Abdullah
Pn Premalatha A/p Shamuganathan
Pn Siti Noor Bt Ibrahim
Pn Radiah Bt Salleh
Pn Siti Nazariah Bt Samsudin

Jawatan
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Guru Penasihat

Ucapan Pengerusi
1.1

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru Tunas Puteri serta mengucapkan


terima kasih atas kehadiran mesyuarat kali ini.

2.0

Perlantikan Setiausaha

3.0

2.1 Jawatankuasa bagi tahun 2016 sebulat suara bersetuju melantik Pn Siti Nazariah Bt Samsudin
sebagai setiausha.
Tindakan : Makluman
Pengesahan Minit Mesyuarat
3.1

4.0

Pn Siti Noor mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn
Hafizah.

Perkara Berbangkit
Tiada

5.0 Hal-hal Profesional


5.1

6.0

Pengurusan Unit Beruniform


5.1.1

Pengerusi memaklumkan perjumpaan aktiviti kali pertama akan bermula pada


13 Januari 2016, iaitu setiap hari Rabu pada jam 2:40 sehingga 3:40 petang.
Tindakan : Makluman

5.1.2

Semua guru diwajibkan hadir pada setiap kali perjumpaan. Guru yang tidak dapat
hadir disebabkan sakit atau masalah peribadi dikehendaki memberitahu Guru Besar
atau Penolong Kanan Kokurikulum, En. Ahamd Anuar sekurang-kurangnya sehari
sebelum hari perjumpaan aktiviti atau sekiranya ada kecemasan boleh hubungi
sekolah secepat mungkin.
Tindakan : Semua Guru Penasihat

5.1.3

Guru perlu memastikan semua murid yang hadir aktiviti mempunyai Buku Kehadiran
Kokurikulum dan menandatangani buku tersebut pada setiap kali perjumpaan. Guru
perlu tegas tentang kehadiran, ketetapan masa dan penglibatan semua murid serta
mengambil tindakan yang sepatutnya sekiranya murid tersebut ponteng. Ahli yang
tidak hadir sebanyak 3 kali tanpa sebab akan diberikan surat tunjuk sebab dan satu
salinan diberikan kepada Encik Anuar dan satu lagi disimpan di dalam fail.
Tindakan : Semua Guru Penasihat

5.1.4

Guru perlu peka terhadap penglibatan murid dalam sebarang aktiviti samada luar atau
di dalam sekolah dan perlu membuat laporan mengenai penglibatan murid tersebut
terutamanya bagi murid tahun 6.
Tindakan : Semua Guru Penasihat

5.1.5

Buku laporan aktiviti perlu ditulis dan perlu disertakan bersama 4 keping gambar
berwarna yang dicetak di atas kertas A4 80 gm. Buku laporan juga perlu dihantar
selewat- lewatnya pada hari Jumaat pada setiap minggu.
Tindakan : Semua Guru Penasihat

5.1.6

Pengerusi memaklumkan bahawa bagi murid yang mahu menukar ke Unit


Beruniform yang lain, murid tersebut perlulah menulis surat bagi memaklumkan
kepada pengerusi terlebih dahulu.

5.1.7

Pengerusi memaklumkan bahawa melalui Kokurikulum sikap kepimpinan dapat


dipupuk dalam diri setiap murid. Sistem penyampaian maklumat samada kepada guru
atau murid juga perlulah disampaikan secara berperingkat dan maklumat yang
disampaikan perlulah jelas.
Tindakan : Makluman

Hal-hal Lain
6.1 Pengerusi juga mengingatkan supaya guru yang terlibat dalam menyediakan sijil
penghargaan kepada murid supaya menyiapkannya pada bulan Jun dan menyerahkannya
kepada Guru Besar untuk ditandatangani.
Tindakan : Semua Guru Penasihat

7.0

6.2

Semua guru sangat digalakkan memakai pakaian beruniform lengkap dan murid perlu
diingatkan supaya memberi tabik hormat kepada komanden apabila memakai pakaian
uniform lengkap.

6.3

Hasil mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tunas Puteri, semua ahli sebulat suara ingin memohon
peruntukkan bagi membeli peralatan jahitan, khemah dan gajet. Semua ahli berharap
peruntukkan tersebut dapat diluluskan oleh pihak pentadbir.
Tindakan : Semua Guru Penasihat

Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir serta memberi kerjasama
sepanjang masa. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:00 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

________________________
(SITI NAZARIAH BT SAMSUDIN)
Setiausaha Tunas Puteri,
SK Batu Lanchang,
Pulau Pinang.

______________________
( LEE YEONG YONG )
Pengerusi Tunas Puteri,
SK Batu Lanchang,
Pulau Pinang.

You might also like