You are on page 1of 16

LAMPIRAN A

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM MINDA SIHAT
MENANGANI TEKANAN EMOSI (STRES) DALAM KALANGAN
MURID DI SEKOLAH

1.

PENGENALAN
Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah,
kanak-kanak dan remaja warga sekolah tidak akan terlepas daripada
mengalami kecelaruan emosi (stres). Persekitaran sosial sekolah amat
penting bagi melahirkan individu yang sihat serta suasana yang ceria
bagi merangsang kecemerlangan pembelajaran murid. Sekolah
merupakan
institusi
yang
berpotensi
untuk
menggalakkan
perkembangan psikososial yang sihat bagi menyediakan kesejahteraan
mental. Justeru, kesihatan mental amat penting untuk dipromosikan.
Kesihatan mental yang baik akan dapat membentuk persekitaran
sekolah yang menyokong kesejahteraan murid-murid amnya dan
warga sekolah khasnya di samping mempunyai implikasi sosial dan
akademik.
Kesihatan Mental boleh didefinisikan sebagai satu situasi di mana
seseorang individu itu mengenali potensi dirinya, dapat berdaya tindak
terhadap tekanan emosi (stres) dalam kehidupan sehari-hari, boleh
bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat
(Pertubuhan Kesihatan Sedunia : 2001). Di dalam konteks kalangan
murid sekolah, seseorang murid yang sihat dari segi mental akan
dapat
Memulakan dan mengekalkan perhubungan peribadi yang
memberi kepuasan kepada pihak lain yang berkomunikasi
dengannya misalnya rakan sebaya, guru-guru dan kakitangan
sekolah.
Berupaya untuk menangani cabaran tekanan emosi (stres) sehari
hari
Berupaya terus maju dari segi psikososial
Belajar dan bermain disamping dapat meraih pencapaian yang
setaraf dengan umur dan tahap inteleknya.

2.

Berupaya membezakan apa yang betul dan salah dari segi nilai
dan etika yang telah dibentuk oleh komuniti sekolah (Peraturan
Disiplin Sekolah).

KONSEP
Pelaksanaan Program Minda Sihat dapat mengatasi sebahagian
masalah kesihatan mental yang semakin meningkat dalam kalangan
kanak-kanak dan remaja dewasa ini. Statistik telah menunjukkan
bahawa masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan
remaja Malaysia telah meningkat daripada 19.3% pada tahun 2006
kepada 20.0% pada tahun 2011 (Kajian Kesihatan Morbiditi
Kebangsaan 2006 & 2011). Stres yang berterusan dan tidak dapat
ditangani boleh menyumbang kepada masalah kesihatan mental dan
kemurungan. Oleh itu, memperkasakan pelajar menangani stres
cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran
daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu
menangani gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes
histeria dan kemurungan dalam kalangan murid.
Memandangkan statistik masalah kesihatan mental kian meningkat,
satu program perlu dilaksanakan dengan memfokuskan kepada
mempromosikan minda sihat dan menangani tekanan emosi (stres)
dalam kalangan murid. Guru-guru dan murid perlu diberi pendedahan
bagaimana untuk mengenalpasti murid atau warga sekolah yang
mempunyai masalah kesihatan mental dan tanda-tanda penyakit
mental. Ini akan dapat membantu guru-guru mengendalikan muridmurid yang mempunyai permasalahan emosi, tingkah laku dan mental
dengan cara yang betul dan seterusnya juga dapat mencegah
penyakit mental. Kesedaran untuk mengenalpasti murid-murid yang
mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan berterusan,
kemurungan dan masalah emosi serta tingkah laku) akan dapat
membentuk kesejahteraan murid.

3.

OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga sekolah


tentang kepentingan kesihatan mental
3.2 Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid
melalui pelaksanaan saringan minda sihat bagi tahap stres,
keresahan dan kemurungan
3.3 Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada guru-guru untuk
mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah mental
contohnya tekanan perasaan yang berterusan, kemurungan dan
masalah emosi serta tingkah laku.

3.4 Memberi kemahiran psikologi dan kaunseling kepada guru-guru


untuk mengendalikan murid yang mengalami masalah emosi dan
tingkah laku
3.5 Memberi kemahiran kepada murid sekolah tentang cara-cara
menangani stres dan mengendalikan masalah emosi dan tingkah
laku.
3.6 Melaksanakan intervensi stres bagi mengurangkan tahap stres
dalam kalangan murid
3.7 Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan
mental kepada pihak bertanggungjawab dengan prosedur yang
betul.

4.

PELAKSANAAN PROGRAM

4.1

Program ini dilaksanakan secara kerjasama di antara Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM). Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Peluasan Minda Sihat pada
16 Januari 2014 membuat ketetapan agar program ini diperluaskan
kepada semua murid Tingkatan 4 di sekolah menengah KPM.
Di dalam program ini, saringan kesihatan mental akan dilaksanakan
bagi mengenalpasti tahap stres, keresahan dan kemurungan dalam
kalangan murid. Alat saringan yang digunakan adalah Borang
Saringan Minda Sihat Soal Selidik DASS (Depression, Anxiety, Stress
Scale) dan Soal Selidik Gaya Daya Tindak. Pelaksanaan saringan ini
akan diintegrasikan ke dalam peranan Unit Bimbingan dan
Kaunseling, Hal Ehwal Murid di Sekolah. Intervensi Minda Sihat akan
menggunakan Modul Kemahiran Kesihatan Mental Remaja dan Modul
Pendidikan Kesihatan Remaja. Pelaksanaan dibahagikan kepada dua
strategi :
4.1.1 Promosi Minda Sihat
Melaksanakan promosi minda sihat di sekolah melalui aktiviti
berikut:
Tarikh
Aktiviti Promosi
Pelaksana
Perlaksanaan
1. Ceramah Minda Sihat
Sepanjang
GBKSM
2. Kuiz
tahun
Guru Kesihatan
3. Lawatan
Jawatankuasa
4. Pameran
Kantin
5. Sukaneka
Jawatankuasa
6. Eksplorasi Minda Sihat
Sekolah
7. Program 5 minit minda
Selamat
sihat
SLAD
8. Pengucapan awam
9. Brosur
3

10.

Pertandingan :
4.2 Melukis poster
4.3 Kain rentang
4.4 Buku skrap

PIBG
Unit Beruniform
Sekolah

4.1.2 Mengesan Gejala Awal MindaTidak Sihat


Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid
(carta alir-Lampiran 1). Aktiviti yang dilaksanakan adalah:
a. Menjalankan Saringan DASS (Lampiran 2)
b. Menjalankan Soal Selidik Gaya Daya Tindak (Lampiran 3)
c. Intervensi Perkhidmatan Kaunseling dan Pelaksanaan
Modul Intervensi Minda Sihat.
d. Pemantauan dan penilaian
4.2 Pendekatan Program Minda Sihat

Empat pendekatan program Minda Sihat yang akan turut dilaksanakan


melalui pendekatan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah adalah:
4.2.1 Pendekatan Pencegahan
Guru bimbingan dan kaunseling akan memberikan bimbingan
dan kaunseling bagaimana mempunyai imej kendiri yang positif
dan kesihatan mental yang baik. Maklumat-maklumat ini akan
disampaikan melalui slot taklimat 5 10 minit dalam sesi
perhimpunan pagi, perhimpunan mingguan dan sebagainya.
Selain itu, edaran risalah risalah bertajuk bagaimana
menangani stres, berkongsi perasaan dan latihan pernafasan
akan diedarkan di samping poster poster berkaitan kesihatan
mental dan minda sihat di papan kenyataan serta mewujudkan
sudut pameran bagi tujuan meningkatkan kesedaran warga
sekolah tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan
mencegah penyakit mental.
4.2.2

Pendekatan Perkembangan
Murid sekolah akan dibimbing bagaimana membentuk teknik
berfikir secara sihat, logik dan kreatif melalui aktiviti-aktiviti
seperti ceramah, bimbingan kelompok dan sesi mentor-mentee
dengan pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah.
Aspek kesihatan mental yang ditekankan melalui pendekatan
ini adalah keperluan kasih sayang, membina keyakinan dan
harga diri, kemahiran berinteraksi dengan rakan sebaya,
kemahiran membina disiplin diri dan kemahiran memilih dan
membentuk persekitaran hidup yang sihat dan selamat.

Murid juga akan diberi sesi-sesi secara berkala tentang


kemahiran menangani stres misalnya berfikir secara positif,
berkomunikasi berkesan, mengendalikan tekanan rakan sebaya,
kemahiran asertif, kemahiran menyelesaikan masalah dan
konflik dan mengawal kemarahan. Modul yang akan digunakan
adalah Modul Kemahiran Kesihatan Mental Remaja dan Modul
Minda Sihat.
4.2.3

Pendekatan Pemulihan
Bagi murid yang dikenalpasti mempunyai masalah kesihatan
mental melalui saringan, mereka akan di berikan perkhidmatan
kaunseling. Proses kaunseling akan menggunakan teori-teori
kaunseling yang sesuai dengan murid berkenaan. Proses ini
termasuklah meliputi peringkat membina hubungan, peringkat
penerokaan, peringkat mengenal pasti masalah dan puncanya,
peringkat membincangkan alternatif, peringkat membuat
keputusan dan peringkat penilaian sejauh mana keberkesanan
tindakan yang telah dibuat.

4.2.4 Pendekatan Krisis


Sekiranya didapati bahawa melalui saringan atau murid
dikenalpasti mengalami tanda-tanda kemurungan yang teruk
atau mengalami tanda tanda awal penyakit mental
(skizofrenia, kecelaruan bipolar), maka Guru Bimbingan dan
Kaunseling akan mencadangkan kepada pentadbir sekolah dan
penjaga untuk merujuk murid berkenaan kepada Pakar Psikiatri
Hospital atau Klinik-klink Kesihatan Kementerian Kesihatan
Malaysia melalui Unit Sekolah, KKM.
4.3 Pelaksanaan, Pemantauan dan Penilaian

Guru BDK melaksana, memantau dan membuat penilaian berdasarkan


tentatif pelaksanaan Program Minda Sihat seperti dinyatakan dalam
Lampiran 4. Semua data hendaklah diklasifikasikan mengikut jantina,
umur dan kaum dengan menggunakan format seperti di Lampiran 5
berdasarkan pernyataan berikut:
4.3.4 Jumlah murid yang dikesan mempunyai masalah kesihatan
mental (stres, keresahan dan kemurungan)
4.3.5 Jumlah murid yang dirujuk kepada Guru Bimbingan dan
Kaunseling
4.3.6 Jumlah murid yang dirujuk kepada Pegawai Perubatan / Pakar
Psikiatri (KKM)
4.4Pelaporan

4.4.4 Guru Bimbingan dan Kaunseling menghantar laporan ke Pejabat


Pelajaran Daerah selepas melaksanakan saringan kali pertama
dan kedua.
4.4.5 Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
menyelaras laporan dan dihantar ke Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (KPM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).
5. PENUTUP
Pengetahuan mengurus stres dalam kalangan murid dilihat sebagai
cara untuk meningkatkan kebolehan daya tindak dalam menghadapi
permasalahan. Justeru , kemahiran mengurus stres wajar diketahui
dan dipelajari oleh murid untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang
kondusif di sekolah. Melalui program ini murid sekolah dan guru-guru
didedahkan
dengan
keupayaan
untuk
mengenalpasti
murid
mempunyai masalah emosi dan mental di samping murid-murid dapat
diberi kemahiran dalam menangani stres cabaran kehidupan seharian.
Ini akan dapat meningkatkan kesejahteraan mental warga sekolah
secara amnya.

Lampiran 1

CARTA ALIR PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT


MULA

DASS 1

GAYA DAYA TINDAK 1

TERUK
LAPORA
LAPORA
N
N

RINGAN /
SEDERHANA / BAIK

INTERVENSI
KHUSUS

INTERVENSI UMUM

DASS 2

GAYA DAYA TINDAK 2

TERUK

RINGAN /
SEDERHANA / BAIK

DIRUJUK
KK

INTERVENSI UMUM

SUSULAN /
MAKLUM
BALAS

Lampiran 2
SARINGAN DASS
NAMA

: ___________________________

KAD PENGENALAN : _______________________

UMUR

: ___________________________

JANTINA

BANGSA :

Lain-Lain Nyatakan

: L

_____________________________________
TINGKATAN / KELAS : _________________ NO. TELEFON
_______________________
SOAL SELIDIK DASS

SMS

1a
BAHAGIAN 1
Sila baca setiap kenyataan dan bulatkan jawapan (skala markah 0, 1, 2, 3) yang
menggambarkan keadaan anda SEMINGGU YANG LEPAS. Tidak ada jawapan
betul atau salah. JANGAN guna terlalu banyak masa untuk mana-mana

kenyataan.
Skala markah adalah seperti berikut :
0 = Tidak pernah sama sekali
1 = Jarang 2 = Kerap
Kerap
S
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
1
0.
1
1.
1
2.
1
3.
1
4.
1
5.
1
6.
1
7.
1
8.
1
9.
2
0.
2
1.

Saya rasa susah untuk bertenang


Saya sedar mulut saya rasa kering
Saya seolah-olah tidak dapat mengalami
perasaan positif sama sekali
Saya mengalami kesukaran bernafas
(contohnya bernafas terlalu cepat, tercungapcungap walaupun tidak melakukan aktiviti
fizikal)
Saya rasa tidak bersemangat untuk memulakan
sesuatu keadaan
Saya cenderung bertindak secara berlebihan
kepada sesuatu keadaan
Saya pernah menggeletar (contohnya tangan)
Saya rasa saya terlalu gelisah
Saya risau akan berlaku keadaan di mana panik
dan berkelakuan bodoh
Saya rasa tidak ada apa yang saya harapkan
(putus harapan)
Saya dapati saya mudah resah
Saya merasa sukar untuk relaks
Saya rasa muram dan sedih
Saya tidak boleh terima apa jua yang
menghalangi saya daripada meneruskan apa
yang saya sedang lakukan
Saya rasa hampir panik
Saya tidak bersemangat langsung
Saya rasa diri saya tidak berharga
Saya mudah tersinggung
Walaupun saya tidak melakukan aktiviti fizikal,
saya sedar akan debaran jantung saya (contoh
degupan jantung lebih cepat)
Saya rasa takut tanpa sebab
Saya rasa hidup ini tidak bererti lagi

3 = Sangat

Tidak
Perna
h

Jaran
g

Kera
p

0
0

1
1

2
2

Sang
at
Kera
p
3
3

0
0

1
1

2
2

3
3

Panduan Mengira Skor Saringan DASS


Masukkan skala markah jawapan bagi soalan (S) bagi setiap kategori.

Soalan

S1

S6

S8

STRES
S11

S12

S14

S18

Jumlah

S7

ANZIETI
S9

S15

S19

S20

Jumlah

KEMURUNGAN
S10
S13
S16

S17

S21

Jumlah

Marka
h

Soalan

S2

S4

Marka
h

Soalan

S3

S5

Marka
h

KEPUTUSAN UJIAN DASS

UJIAN

TAHAP

STRES
ANZIETI
KEMURUNGAN

SKALA
NORMAL
RINGAN
SEDERHANA
TERUK
SANGAT
TERUK

SKOR SARINGAN
KEMURUNGAN
ANZIETI
0-5
0-4
6-7
5-6
8-10
7-8
11-14
9-10
15+
11+

STRES
0-7
8-9
10-13
14-17
18+

STATUS
INTERVENSI
UMUM
INTERVENSI
KHUSUS

Lampiran
3

SOAL SELIDIK GAYA DAYA TINDAK


BAHAGIAN 3
Sila baca setiap kenyataan dan Bulatkan jawapan (skala markah 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6)
Selal
Tidak
u
S
Guna
Guna
Merujuk kepada orang lain (kawan, ahli keluarga, dsb)
0 1 2 3 4 5 6
1.
untuk membincangkan masalah.
Mendapatkan seseorang untuk mengadu nasib dan
0 1 2 3 4 5 6
2.
juga mendapat sokongan emosi dan keselesaan.
Cuba melihat kepada perkara yang paling baik dalam
0 1 2 3 4 5 6
3.
situasi.
Tidak melakukan sesuatu secara terus untuk
mengubah situasi, mengundurkan diri dan melihat
6 5 4 3 2 1 0
4.
kepada situasi daripada sudut lain untuk
menjadikannya kelihatan baik.
Menyedari bahawa sesuatu dapat dilakukan untuk
0 1 2 3 4 5 6
5.
mengubah situasi lalu melaksanakannya.
Samada merokok, minum alkohol, mendengar muzik
yang kuat, menonton TV, makan atau hanya duduk6 5 4 3 2 1 0
6.
duduk sahaja,tetapi tidak berhadapan dengan
masalah secara terus.
Menggunakan teknik-teknik relaksasi dan meditasi
0 1 2 3 4 5 6
7. (seperti meditasi dan latihan pernafasan) untuk
menenangkan diri.
Membuatkan diri sibuk supaya tidak memikirkan
6 5 4 3 2 1 0
8.
masalah yang dihadapi.
Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain yang anda
mahir (seperti sukan, melukis, memasak, dll) dalam
0 1 2 3 4 5 6
9.
usaha untuk membuatkan dirinya merasa baik sebelum
cuba menangani masalah yang dihadapi.
Mengambil masa untuk membuat rancangan untuk
10
menyelesaikan masalah yang dihadapi (ini termasuk
0 1 2 3 4 5 6
. meninjau balik pengalaman lepas)
11 Bercakap dengan diri sendiri untuk memberi semangat
0 1 2 3 4 5 6
. bagi menghadapi situasi.
12 Enggan mempercayai bahawa perkara itu telah
6 5 4 3 2 1 0
. berlaku.
13 Melepaskan kemarahan dan perasaan (seperti menjerit
6 5 4 3 2 1 0
. dan memusnahkan barang).
Merujuk kepada orang yang lebih mahir (seperti
14
pensyarah, tokoh agama, doktor, peguam, dll) untuk
0 1 2 3 4 5 6
. nasihat terperinci mengenai cara menangani masalah.
Melihat kepada sudut yang baik iaitu mempercayai
15
perkara akan menjadi lebih baik dan akan dapat
0 1 2 3 4 5 6
. diselesaikan pada masa depan.
16 Mengabaikan gangguan lain dan hanya menumpukan
0 1 2 3 4 5 6
. pada masalah yang dihadapi.
6 5 4 3 2 1 0
17 Membandingkan diri dengan seseorang, samada

10

.
18
.
19
.
20
.
21
.
22
.

secara nyata atau bayangan.


Beralih kepada agama dan pengalaman agama untuk
membantu dalam memahami dan menghadapi situasi.
Mengasingkan diri dari orang lain.
Mengasingkan diri (meninggalkan situasi bermasalah)
Menerima situasi seperti mana yang terjadi dan tidak
melakukan sesuatu untuk mengubatnya.
Tidak melakukan apa-apa berkenaan dengan masalah
dengan segera, tetapi menunggu untuk masa yang
lebih sesuai untuk bertindak.
Hanya terikut-terikut dengan apa yang terjadi.

23
.
24 Meninjau balik tindakan dan prosedur sebelumnya
. untuk meluhat samada kesilapan telah dilakukan.

SKOR SOAL SELIDIK


GAYA DAYA TINDAK

SKOR SARINGAN
Teruk
Ringan
Sederhana
Baik

18
19 72
73 96
97

KEPUTUSAN
Jumlah Keseluruhan Skor : ___________________
Gaya Daya Tindak

: ___________________

11

Lampiran 4
TENTATIF PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT 2014
TARIKH/
MASA
MINGGU 3
JUN

MINGGU 4
JUN

MINGGU 1
JULAI

MINGGU 1
SEPTEMBER

MINGGU 2
SEPTEMBER

MINGGU 3
SEPTEMBER

AKTIVITI
Murid-murid menjawab Saringan
Dass kali pertama
Murid-murid menjawab Ujian Gaya
Daya Tindak kali pertama
Menganalisis Saringan DASS kali
pertama; sangat teruk, teruk,
sederhana, ringan dan normal
Menganalisis Ujian Gaya Daya
Tindak kali pertama; teruk, ringan,
sederhana dan baik
Murid-murid menjalani Intervensi
Umum.
Murid-murid
perlu
menjalani
Intervensi Khusus.
Intervensi Khusus dilaksanakan
mengikut 10 modul Minda Sihat
yang disediakan oleh KPM
Intervensi Khusus yang dijalankan
berbentuk sesi kaunseling individu
atau sesi kaunseling kelompok
Murid-murid menjawab Saringan
Dass kali kedua
Murid-murid menjawab Ujian Gaya
Daya Tindak kali kedua
Menganalisis Saringan DASS kali
kedua ; sangat teruk, teruk,
sederhana, ringan dan normal
Menganalisis Ujian Gaya Daya
Tindak kali kedua; teruk, ringan,
sederhana dan baik
Murid dirujuk ke Klinik Kesihatan
Murid yang tidak dirujuk mengikuti
Intervensi Umum

SASARAN

PERSONALI
A

Tingkatan 4

GBKSM

Tingkatan 4

GBKSM

Murid baik,
sederhana, ringan
(Dapatan UGDT)
Murid teruk
(Dapatan UGDT)

GBKSM

Murid teruk
(Dapatan UGDT)
Murid sederhana,
teruk dan sangat
teruk
Murid teruk
Murid sederhana,
teruk dan sangat
teruk

GBKSM

GBKSM

Murid teruk
Murid teruk
Murid Baik,
sederhana dan
ringan

GBKSM,
Pengetua,
Ibu bapa/
Penjaga,
Pegawai
Perubatan
GBKSM,
Pengetua

12

MINGGU 4
SEPTEMBER

Menghantar laporan ke Pejabat


Pelajaran Daerah (PPD)

GBKSM

10
OKTOBER

Menghantar laporan ke Jabatan


Pendidikan Negeri (JPN)

Pegawai
Kaunseling
PPD

Menghantar laporan ke Jabatan


Pegawai
Kaunseling
Kesihatan Negeri (JKN) dan
17 OKTOBER
JPN
Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM)
PROSEDUR PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT 2015 DAN
SETERUSNYA
TARIKH/
MASA
MINGGU 1
MAC

MINGGU 3
MAC

MINGGU 2
APRIL

AKTIVITI
Murid-murid menjawab Saringan
Dass kali pertama
Murid-murid menjawab Ujian Gaya
Daya Tindak kali pertama
Menganalisis Saringan DASS kali
pertama; sangat teruk, teruk,
sederhana, ringan dan normal
Menganalisis Ujian Gaya Daya
Tindak kali pertama; teruk, ringan,
sederhana dan baik
Murid-murid menjalani Intervensi
Umum.
Murid-murid
perlu
menjalani
Intervensi Khusus.
Intervensi
Khusus
dilaksanakan
mengikut 10 modul Minda Sihat
yang disediakan oleh KPM
Intervensi Khusus yang dijalankan
berbentuk sesi kaunseling individu
atau sesi kaunseling kelompok

Murid-murid menjawab
Dass kali kedua

Saringan

MINGGU 1
OGOS

MINGGU 1
SEPTEMBE
R
MINGGU 3
SEPTEMBE
R

Murid-murid menjawab Ujian Gaya


Daya Tindak kali kedua
Menganalisis Saringan DASS kali
kedua ; sangat teruk, teruk,
sederhana, ringan dan normal
Menganalisis Ujian Gaya Daya
Tindak kali kedua; teruk, ringan,
sederhana dan baik
Murid dirujuk ke Klinik Kesihatan

13

SASARAN

PERSONALI
A

Tingkatan 4

GBKSM

Tingkatan 4

GBKSM

Murid baik,
sederhana,
ringan
(Dapatan
UGDT)
Murid teruk
(Dapatan
UGDT)
Murid teruk
(Dapatan
UGDT)
Murid
sederhana,
teruk dan
sangat teruk
Murid teruk
Murid
sederhana,
teruk dan
sangat teruk

GBKSM

GBKSM

GBKSM

Murid teruk
Murid teruk

GBKSM,
Pengetua,
Ibu bapa/
Penjaga,

Murid yang tidak dirujuk mengikuti


Intervensi Umum

Murid Baik,
sederhana dan
ringan

Pegawai
Perubatan
GBKSM,
Pengetua

MINGGU 4
SEPTEMBE
R

Menghantar laporan ke Pejabat


Pelajaran Daerah (PPD)

GBKSM

10
OKTOBER

Menghantar laporan ke Jabatan


Pendidikan Negeri (JPN)

Pegawai
Kaunseling
PPD

17
OKTOBER

Menghantar laporan ke Jabatan


Kesihatan Negeri (JKN) dan
Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM)

14

Pegawai
Kaunseling
JPN

Lampiran 5
LAPORAN SARINGAN MINDA SIHAT
(SEKOLAH KE PPD)
SEKOLAH: .....................................................

15

16

You might also like