You are on page 1of 4

SMK JUBLI PERAK SULTAN HAJI AHMAD SHAH,

KUALA TAHAN, 27000 JERANTUT PAHANG

MINIT MESYURAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BIL 1 /2015


Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran

Agenda
1.

: 19 JANUARI 2015
: 3.00 petang
: Bilik Gerakan SMK JPSHAS
:
Razmi bin Omar
Haji Izman bin Idrus
Abu Zahid bin Awang Besari
Lily Fairuz binti Ismail
Norsyahida binti Zulkifli
Rahimah binti Sabtu
Siti Asadihah binti Abdullah
Rosilawati binti Jaapar
Suzilawati binti Jusoh
Norhasikin binti Ahmad
Muhammad Nazarul Hazwan bin Abdul Razak
Mohd Zulkalnain bin Abdullah
Muhammad Faez bin Hanaf
Norfadzlan bin Zakaria
Nik Asrul bin Nik Yusof
Mohd Irwan bin Abdul Rahman
Mohd Azri bin Said
Efenddy bin Ariffin
Muhammad Izzul bin Amiruddin
Muhammad Mahsal bin Ibrahim
Anis Farhana binti Abdul Malek
Nor Faizahaishah binti Othaman
Siti Asiah binti Mat Zin
Mashaini binti Che Mat
Nur Zawatil Aqmar binti Ismail
Nor Hazwani binti Hashim
Nordalillah binti Sharifuddin
:
Aluan Pengerusi
1

2.
3.
4.
5.
6.
5.

PBS Overview dan Penjaminan Kualiti


pembudayaan PBS - Sarana Ibu bapa
PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra kokurikulum
Penubuhan Jawatankuasa PBS
Bidang tugas Jawatankuasa / Pengoperasian
Hal-hal lain

1. Aluan pengerusi
1.1Majlis telah dipengerusikan oleh En Osman bin Lah
1.2Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-fatihah.
1.3Pengerusi berharap semua guru-guru dapat memberikan tumpuan
sepenuhnya supaya maklumat dapat disampaikan.

2. PBS Overview dan Penjaminan Kualiti


2.1Encik Osman bin Lah menyatakan kepentingan Penjaminan Kualiti.
Penjaminan kualiti diuruskan oleh Pengurusan Sekolah
2.2Encik Osman bin Lah menayangkan slaid Powerpoint kepada guru dan
staf. Kandungan yang ada dalam slaid tersebut ialah:
2.2.1 Pengenalan PBS PBS terbahagi kepada 2 iaitu Akademik dan
bukan Akademik. Akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah
(PS) dan Pentaksiran Pusat (PP). Bukan Akademik pula terdiri
daripada PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan
Kokurikulum) dan Pentaksiran Psikometrik.
2.2.2 Penjaminan kualiti terdiri daripada 4 komponen iaitu
Pemantauan, Pengesanan, Pementoran dan Penyelarasan. Ke
empat-empat komponen ini saling berkaitan.
2.2.3 Sebarang permasalahan berkaitan dengan PBS, guru-guru dan
staf boleh merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan PBS yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran
Malaysia.
3. Pembudayaan PBS Sarana Ibu bapa.
3.1Haji Izman bin Idrus meminta agar, guru-guru / komuniti sekolah
amnya
memainkan
peranan
bersama
pentadbir
sekolah
membudayakan PBS. Ini memandangkan masih ramai yang belum
faham mengenai PBS / PT3. Haji Izman meminta cadangan-cadangan
dari guru.
3.2Cikgu Mohd Izzul bin Amiruddin mencadangkan agar apabila
perjumpaan yang akan diadakan bersama PIBG nanti, pihak sekolah
(Pengurusan) menghebahkan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai
PBS.
3.3Cikgu Suzilawati mencadangkan maklumat PBS dimasukkan dalam
Facebook Sekolah, Laman Web Sekolah dan Pamplet Sekolah.
3.4Haji Izman bin Idrus memaklumkan bahawa, pada mesyuarat Agung
PIBG kali pertama, pihak Sekolah telahpun memaklumkan kepada ibu
bapa dan penjaga mengenai PBS.
2

3.5Cadangan dari Cikgu Mohd Izzul bin Amiruddin diterima dan akan
dilaksanakan apabila ada perjumpaan dengan ibu bapa. Mengenai PBS
ini, Pihak pengurusan akan sentiasa memaklumkan kepada ibu bapa
dan penjaga
3.6Haji Izman bin Idrus meminta Admin Facebook sekolah memasukkan
segala maklumat mengenai PBS supaya info mengenai dapat
disampaikan dengan cepat sebagai respon kepada cadangan Cikgu
Suzilawati.
4. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum
4.1Segak perlu dilaksanakan sebanyak 2 penggal - Penggal 1 awal tahun,
penggal 2 akhir tahun. Tempoh masa untuk Segak Penggal 1 ialah dari
januari hingga Mac. Untuk Segak Penggal 2 ialah dari Jun hingga Ogos.
4.2Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum pula dinilai sepanjang tahun.
Bahagian ini akan diisi dan disiapkan pada akhir persekolahan.
5. Pentaksiran Psikometrik
5.1Kaunselor Sekolah iaitu Encik Mohd Nazarul Hazwan bin Abdul Razak
menerangkan bagaimana pentaksiran Psikometrik dijalankan.
5.2Beliau memaklumkan pentaksiran ini melibatkan aptitud dan
personaliti.
Pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 akan ditaksir
sepanjang tahun.
5.3Encik Mohd Nazarul Hazwan bin Abdul Razak memaklumkan bahawa,
pentaksiran ini dijalankan samaada pada hari persekolahan dan bukan
hari persekolahan. Untuk itu, beliau meminta kerjasama pihak sekolah
bagi menjayakan pentaksiran ini.
6. Penubuhan Jawatankuasa PBS
6.1Setiausaha PBS Puan Mashaini binti Che Mat menayangkan Slaid
Jawatankuasa PBS 2015.
6.2Beliau harap ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas masing-masing
dengan bersungguh-sungguh agar dapat memenuhi kehendak dasar
kementerian.
6.3Carta organisasi ini akan dipaparkan / ditampal di papan kenyataan
PBS.

7. Bidang tugas Jawatankuasa PBS / Pengoperasian


7.1Setiausaha PBS Puan Mashaini menerangkan bagaimana sistem
penyimpanan evidens bagi setiap tingkatan.
7.2Evidens dan perekodan disimpan oleh guru matapelajaran.
7.3Perekodan PBS perlulah dikemaskini sepanjang masa.
7.4Puan Mashaini memaklumkan kepada guru bahawa, perekodan boleh
diperoleh melalui laman web KPM atau boleh mendapatkannya dari
P/SU PBS Encik Mohd Mahsal.
7.5Perekodan Gabungan adalah perekodan baharu yang dikeluarkan oleh
KPM. Perekodan gabungan diuruskan oleh Guru kelas dan dbuat pada
akhir tahun nanti.

8. Hal hal lain


5.1 Tiada

Mesyuarat di tangguh pada pukul 5.00 petang

Di sediakan oleh :
semak oleh :

Di

..
..
MASHAINI CHE MAT
BIN OMAR
(Setiausaha PBS )
Kurikulum dan Pentadbiran)

RAZMI
(GPK

You might also like