You are on page 1of 2

Abstrak Kajian :

GIS APPLICATION IN SCHOOL LOCATION ALLOCATION EVALUATION:


KOTA INABALU PERSPECTIVES.
EBON GANSOI
gibuts@yahoo.com
DR. GAIM @ JAMES LUNKAPIS
gaim.ums@gmail.com
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah
Phone: +60-88-320000 x1823, Fax: +60-88-320242

Kata Kunci : Sistem Maklumat Geografi, Penilaian, Tapak Sekolah

Kajian ini adalah untuk melihat aplikasi Sistem Maklumat Geografi dalam
penilaian kedudukan tapak sekolah baharu di Sabah khususnya Bandar
Kota Kinabalu. Keperluan kaedah penilaian kesesuaian tapak sekolah
dengan lebih moden dan komprehensif amat diperlukan di Malaysia
khususnya di Sabah. Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan
membina pengkalan data Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi sekolahsekolah di bandar Kota Kinabalu. Kerangka komprehensif ini dijadikan alat
dalam penilaian kesesuaian lokasi tapak sekolah baharu. Kajian ini turut
menggunakan model seperti Multi-Criteria Decision Support System
(MCDSS) dan Analytical Hierachy Process (AHP) dalam analisis.
Sistem ini diharapkan akan menjadi kaedah dalam penilaian tapak
berbanding dengan kaedah konvensional yang digunakan sekarang
dengan mengharapkan laporan daripada agensi-agensi kerajaan dan
pemantauan tapak sekolah tanpa teknik penilaian yang komprehensif.
Pemetaan sekolah dan semua maklumat berkaitan akan dihuraikan dan
dipaparkan dengan terperinci bagi membantu pihak terbabit dalam
membuat keputusan. Keberkesanan model menyediakan kaedah yang
lebih efisien dan secara tidak langsung mengurangkan kesilapan dalam
menentukan

kedudukan

kemudahan

awam

secara

tidak

langsung

mengurangkan pembaziran kerajaan. Keberkesanan pemilihan tapak dan


penyampaian kemudahan awam yang tepat dan sesuai meningkatkan
taraf hidup serta kemudahan kepada orang ramai terutamanya kepada
kepada golongan sasar.

You might also like