You are on page 1of 5

TAKLIMAT IBU BAPA

PRASEKOLAH 2013
SK (LKTP) KERATONG 4
26900 Bandar Tun Razak
Pahang Darul Makmur

Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

Kehadiran

29 Disember 2012
Sabtu
10.00 am
Prasekolah, SKK4

1. Pn. Fazila binti Zakaria ( Guru Prasekolah )


2. Pn. Nurhaslinda binti Abd Patah ( PPM Prasekolah )
3. Pn. Noraini Bt. Kamarudin
4. En. Abd. Halim B. Hasan
5. Pn. Noor Hasliza Binti Hashim
6. Pn. Azlina Binti Mohd Shaffie
7. En Ahmad Suhairi bin Yaacub
8. En Mohamad Rodzi B. Abdul Wahab
9. Pn. Norliana Binti Abdul Wahab
10. Pn. Rulbhlqisaini Binti Shafie
11. Pn. Siti Nurain Binti Hassan
12. Pn. Nurul Hafizah Binti Mohamad Arshad
13. En Mohd Faizal B. Suid
14. Pn. Massitah Bt. Abdul Karim
15. Pn. Norhidayah Bt. Jamahari
16. Pn. Junaini Bt. Jamil
17. Pn. Norhayati Binti Mohd Umar
18. Pn. Norazora Binti Zolkiptly
19. Pn. Chow Im Binti Chow Kait
20. Pn. Suhaili Binti Che Kamal
21. Pn. Siti Rohana Binti Ismail
22. En Hazlan B. Ludin
Agenda
1.
2.
3.
4.
BIL
1

Ucapan pengerusi
Taklimat oleh guru prasekolah
Perlantikan Jawatankuasa Pewaris 2013
Hal-hal lain
PERKARA
1.0 Ucapan Pengerusi

TINDAKAN

1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah


1.2 Pengerusi mengucapkan selamat datang
2

kepada

semua ibu bapa


2.0 Taklimat prasekolah
2.1 Pn. Fazila mengucapkan tahniah kepada semua ibu
bapa yang hadir kerana anak-anak mereka terpilih
untuk kemasukan prasekolah 2013.
2.2 Pn. Fazila mengigatkan tentang masalah ponteng

Ibu bapa

yang sering terjadi di mana-mana sekolah kerana


ada segelintir yang sering tidak hadir ke sekolah
dan beliau berharap agar perkara ini tidak lagi
berlaku di pra SK K4.
2.3 Beliau juga berharap supaya ibu bapa tidak hanya

Ibu bapa

bergantung kepada pembelajaran di sekolah sahaja


tetapi turut membimbing murid di rumah. Ibu bapa
juga diingatkan supaya tidak menyelesaikan
tugasan murid tetapi membantu menyelesaikan
tugasan murid untuk melihat mereka maju dalam
pelajaran.
2.4 Pn. Fazila menerangkan tentang sesi persekolahan

Makluman

yang bermula pada pukul 7.30 pagi manakala


pembelajaran bermula jam 8.00 pagi dan tamat
pada 12.00 tengah hari setiap hari. Sarapan akan
disediakan pada pukul 7.30 pagi. Pada hari Isnin,
murid dikehendaki hadir awal kerana terdapat
perhimpunan. Ibu bapa dikehendaki menjemput
anak pada pukul 12.00 tengah hari. Pembantu
Pengurusan Murid (PPM) akan menghantar murid
hingga ke pintu pagar dan akan menunggu selama
10minit sahaja. Jika lewat, murid akan ditinggalkan
di pondok pengawal keselamatan.
2.5 Pn. Fazila juga menerangkan tentang Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK ) dan
matapelajaran yang akan dipelajari.

Makluman

2.6 Beliau juga memaklumkan mengenai aktiviti-aktiviti

Makluman

yang akan diadakan sepanjang tahun seperti


sambutan dan jamuan, sukan, karnival,
persembahan dan Program Bijak Prasekolah.
2.7 Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak berada di kelas

Ibu bapa

semasa minggu pertama persekolahn. Ibu bapa


juga diingatkan tentang peraturan sekolah seperti
barangan yang dilarang, pakaian semasa
persekolahan sebelum uniform dibekalkan dan etika
kekemasan murid.
2.8 Pn. Fazila menerangkan tentang bayaran keperluan

Makluman

murid berjumlah RM 120.00 bagi murid lelaki dan


RM 130.00 bagi murid perempuan. Beliau juga
menerangkan tentang kegunaan wang sumbangan
dan ia adalah tertakluk kepada persetujuan ibu
bapa. Ibu bapa bersetuju sebulat suara untuk
mengekalkan pemberian wang sumbangan dan
jumlahnya sama seperti tahun 2012 iaitu RM 5.00
sebulan.
2.9 Beliau juga memaklumkan buku aktiviti akan

Ibu bapa

dibekalkan hari ini dan jasa baik ibu bapa


diperlukan untuk menulis nama dan membalut buku
murid. Buku komunikasi juga akan dibekalkan untuk
menampal sebarang informasi mengenai
persekolahan.
2.10 Ibu bapa juga dimaklumkan tentang keperluan

Ibu bapa

murid yang perlu dibawa seperti sapu tangan,


selipar dan berus gigi. Ibu bapa dinasihatkan
menulis nama pada barangan tersebut.
2.11 Bagi murid yang mempunyai masalah kesihatan

Ibu bapa

atau alahan, ibu bapa diminta memaklumkannya


kepada guru dan membekalkan ubat jika perlu.
2.12 Pn. Fazila meminta maklumbalas ibu bapa
mengenai program lawatan sambil belajar. Ibu bapa

Semua yang hadir

memberitahu bahawa mereka berminat dengan


aktiviti ini.
2.13 Ibu bapa dingatkan tentang pendaftaran tahun 1

Ibu bapa

secara dalam talian dan ia bukanlah secara


automatik. Ibu bapa dikehendaki membuat
3

pendaftaran sendiri di pejabat.


3.0 Perlatikan jawatankuasa pewaris 2013
3.1 Pn. Fazila menerangkan tentang kepentingan

Makluman

jawatankuasa pewaris dalam pengurusan


prasekolah.
3.2 Beliau membuka pencalonan bagi jawatan
pengerusi dan naib pengerusi.
3.3 Pn. Noraini Bt. Kamarudin mencadangkan En. Abd.
Halim b Hassan dilantik menjadi pengerusi dan
disokong oleh En. Mohd Rodzi bin Abd Wahab. Ibu
bapa menyokong sebulat suara cadangan ini.
3.4 En. Mohd Faizal bin Suid mencadangkan Pn
Noraini binti Kamarudin dilantik sebagai naib
pengerusi dan disokong oleh Pn. Siti Rohana binti
Ismail. Cadangan ini disokong sebulat suara oleh
semua ibu bapa.
3.5 Bagi Ahli jawatankuasa Kecil, wakil diminta dari
setiap kawasan iaitu Keratong 4, Keratong 5 dan
wakil guru.
3.6 En Hazlan bin Ludin , Pn Siti Rohana Ismail dan En
Mohd Rodzi bin Abdul Wahab dicadangkan bagi
wakil setiap kawasan dan cadangan ini disokong
4

sebulat suara.
4.0 Hal-hal lain
4.1 Pn. Siti Rohana bertanyakan sama ada sapu

Makluman

tangan perlu dibawa setiap hari ke sekolah. Pn


Fazila memaklumkan bahwa sapu tangan
ditinggalkan di prasekolah dan akan dibawa pulang
pada setiap Jumaat untuk dicuci.
4.2 Pn. Siti Rohana juga menegur mengenai kesilapan

Semua yang hadir

jumlah pembayaran keperluan yang lebih RM 20.00


dari yang sepatutnya. Pn Fazila memaklumkan
terdapat kesilapan pengiraan dan jumlah ditukar
dari RM 140.00 kepada RM 120.00.
4.3 Pn. Rubhlqisaini bt Shafie mencadangkan agar

Guru

sapu tangan dibeli oleh guru dan ibu bapa akan


membayar untuk pembelian tersebut. Cadangan ini
diterima oleh semua ibu bapa dan guru bersetuju
untuk membeli sapu tangan murid.
4.4 En Mohd Rodzi bin Abdul wahab bertanyakan

Ibu bapa

mengenai warna kasut sekolah. Pn. Fazila


memaklumkan bahawa murid dikehendaki memakai
5

kasut bewarna putih.


5.0 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi

Disediakan oleh ;

Disahkan oleh ;

.
(Pn. Fazila binti Zakaria)
Guru Prasekolah,
SK (LKTP) Keratong 4

( Pn Hajah Endon binti Muda)


Guru Penolong Kanan 1,
SK (LKTP) Keratong 4

You might also like