You are on page 1of 4

JURNAL : PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Sejak tahun 1980an, kepentingan pengurusan pembangunan sumber manusia


dipertingkatkan oleh semua organisasi. Amalan pengurusan tenaga kerja yang baik
sering dikaitkan dengan konsep pengurusan sumber manusia. Konsep ini
merupakan hasil daripada perbincangan dan penyelidikan di Barat, khususnya
Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kajian-kajian yang terbaharu dalam bidang
ini mula mempersoalkan idea-idea utama di dalam konsep ini. Ia mempunyai
implikasi penting terhadap keutuhan teori pengurusan sumber manusia dan masa
depan penyelidikan disiplin ini. Di negara kita sektor kerajaan amat penting dalam
membangunkan negara ke arah kerajaan cekap dan bersih dalam perkhidmatanya.
Penjawat awam merupakan kakitangan kerajaan ataupun pekerja yang
bekerja dalam sector awam. Penjawat awam dilantik oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan dan Suruhanjaya Pelajaran Malaysia. Penjawat awam akan melalui
fasa pelantikan, disahkan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen,
pertukaran perkhidmatan, kenaikan pangkat, dan terikat kepada kawalan tatatertib.
Oleh itu seseorang penjawat awam perlulah berintegriti tinggi.Dengan kata lain,
perkhidmatan awam berintegriti teras kejayaan program transformasi kerajaan.

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam


Prestasi seseorang penjawat awam akan meningkat sekiranya beliau mempunyai
pengetahuan, kemahiran, atau ciri-ciri peribadi yang harus dipunyai dalam
melaksanakan sesuatu tugasan atau tanggungjawab. Peningkatan kemahiran ,
kebolehan dan kerjaya dapat dicapai dengan mempraktikkan pengetahuan,
pendedahan kepada pelbagai idea dan pengalaman melalui coaching and
mentoring. Dasar Wawasan Negara yang ingin menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara maju menjelang 2020 amat memerlukan penjawat awam yang
kompeten.

Setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri dengan sikap,


kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian melalui program pembangunan
sumber manusia yang terancang berdasarkan pembangunan kompetensi dan
pembelajaran berterusan.

Objektif Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam


Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005, antara objektif
yang ingin dicapai melalui Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam adalah
seperti berikut :

1. Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi.


2. Mencapai hasil kerja yang berkualiti / bermutu tinggi.
3. Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif.
4. Mewujudkan nilai cipta (value-creation) dan nilai tambah (value-added) di
dalam sector awam dan
5. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.

Hasrat murni ini adalah bertujuan untuk melahirkan penjawat awam sebagai
modal insan yang mempunyai wawasan dalam menentukan hala tuju kerjaya
mereka hingga mampu berdaya saing dalam segala hal ke arah perubahan yang
positif.

Strategi Pelaksanaan Dasar Latihan :


Berdasarkan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam dalam Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005, telah menggariskan beberapa strategi
pelaksanaan dasar latihan seperti berikut :
1. Setiap
kementerian/jabatan hendaklah menyediakan peruntukan tahunan
bersamaan atau sekurang-kurangnya 1% daripada peruntukan emolument
untuk tujuan latihan.
2. Setiap Ketua Setiausaha Kementerian /Ketua Jabatan hendaklah memastikan
anggota masing-masing di setiap peringkat mengikuti kursus sekurangkurangnya 7 hari setahun.
3. Penubuhan Majlis Latihan Sektor Awam yang dipengerusikan oleh Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam bagi pelaksanaan di peringkat pusat dan
4. Penubuhan Panel Pembangunan Sumber Manuasia yang dipengerusikan
Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Jabatan bagi pelaksanaan di peringkat
Kementarian/Jabatan

Namun begitu, usaha murni Sektor Perkhidmatan Awam kini menghadapi


kekangan atas kegawatan ekonomi di mana langkah penjimatan dijalankan di semua
kementerian/jabatan. Sehubungan dengan itu, usaha pembangunan modal insan
masih diteruskan dengan menjalankan kursus yang strategic dan penting, malah
melaksanakan usaha murni dengan menggunakan pendekatan yang lebih jimat dan
relevan. Contohnya, pendekatan strategik dan inovatif dalam penyampaian latihan

melalui pendekatan secara blended approach. Institut Lstihan Awam seluruh negara
menawarkan pelbagai kursus dan kemudahan latihan serta kaedah-kaedah lain
yang bersesuaian dilaksanakan oleh kementerian/Jabatan masin-masing.

Setiap anggota Perkhidmatan Awam bertanggungjawab dalam merancang


keperluan kursus yang bersesuaian dengan tugas, objektif jabatan dan
pembangunan diri serta menghadiri dan mengikuti kursus yang diluluskan atau
ditetapkan dengan penuh komitmen.Di samping itu, anggota Perkhidmatan Awam
juga perlu menyediakan dan mengemukakan laporan kursus kepada Ketua Jabatan
masing-masing setelah selesai menjalani kursus berkaitan serta mengemukakan
salinan sijil/dokumen berkaitan bagi tujuan rekod kepada Ketua Jabatan masingmasing sebaik sahaja tamat menghadiri kursus.

Rujukan : 1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005


2. KP(PP)002/252(8) bertarikh 22 Mac 2010
3. JPA(L)s.175/4/1-Kit.8(26) bertarikh 23 Julai 2009

You might also like