You are on page 1of 6

SMK SERI PENGKALAN

78000 ALOR GAJAH, MELAKA


Minit Mesyuarat AJK PIBG
Kali Ke 1 Sesi 2016-2017
Tarikh
:
3 Ogos 2016
Masa
:
3.00 ptg
Tempat:
Bilik Gerakan SMK Seri Pengkalan
Kehadiran
:
1. En Jasmin b. Jasin (YDP PIBG)
2. En Hazmi Ali (Penasihat)
3. Pn Rozita Sidek (Bendahari)
4. Tn Hj Nubahari b. Md Yusof
5. Pn Tai Moy Lee
6. Tn Hj Saharin Barun
7. En Mohamad Wazir b Saidin
8. En Damalingan A/L Arumugam
9. En Abd. Rashid Adam
10. Pn Nazatushima Mohamad Shah
Tidak Hadir Bersebab:
1. En Alias b. Nayan (NYDP PIBG)
2. En Abdullah bin Suleiman
3. Pn Nurul Aini Sidek (Setiausaha)
4. Pn Nurulhuda Hashim ( Naib Setiausaha)
5. En. Anbarasan A/L Naiyanar
6. Pn Nora bt Aton
7. Pn Parimalar A/P Sinnathampy
8. Pn Gan Choo Hua
9. En Tan Lee Siang
10. Pn Zaharah binti Mohd Sharif
11. Pn Mardziah Abd Rahman
12. En Jamalluddin bin Daud
Kehadiran Ex-Officio:
1. Pn Rosni bt Daud
2. Pn Tunzilah Rahani
3. Pn Hjh Fauziah Md Sharif
4. Pn Jahrah Md Jali
5. En Jasni b. Talib
6. Pn Kamisah bt Mohd Taha

BIL
1

PERKARA
Ucapan Pengerusi (En Jasmin bin Jasin)
1.1
Mengucapkan salam dan sejahtera kepada semua AJK yang hadir dan
mengalu-alukan kehadiran kepada semua AJK PIBG yang hadir pada
mesyuarat AJK kali pertama sesi 2016/2017
1.2
Merupakan mesyuarat yang pertama selepas mesyuarat Agung diadakan.
1.3
Memohon hadirin membaca Ummul Kitab memohon keberkatan majlis dan
pengerusi mengucapkan selamat Hari Raya kepada AJK yang beragama
Islam
1.4
Memohon sekolah agar tahun hadapan diadakan Majlis Sambutan Hari Raya
peringkat sekolah
Tindakan : Makluman

02

Ucapan Penasihat (En Hazmi bin Ali)


2.1
Penasihat mengucapkan salam dan sejahtera serta terima kepada semua ahli
AJK PIBG yang hadir setiap kali mesyuarat kecuali jika ada hal-hal yang tidak
dapat dielakkan
2.2
Enrolmen murid sehingga tarikh 31 Julai 2016 ialah seramai 1159 orang iaitu
pelajar lelaki seramai 625 orang dan pelajar perempuan seramai 534 orang.
2.3
Enrolmen guru sehingga tarikh 31 Julai 2016 ialah seramai 97 orang,
kakitangan sokongan 17 orang,pekerja pembersihan 11 orang dan pengawal
keselamatan 4 orang
2.4
Laporan Jemaah Nazir Persekutuan :
2.4.1 Ranking Sekolah Peringkat Kebangsaan 2014 (1519)
2.4.2 Ranking Sekolah Peringkat Kebangsaan 2015 (2002) jatuh sebanyak
483
2.4.3 Skor komposit 2014 (58.31)
2.4.4 Skor komposit 2015 (51.76)
2.5
Sekolah mendapat Band 5
Tindakan : Makluman

03

Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat.


3.1 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
Cadangan
:
En Mohamad Wazir b. Saidin
Sokongan
:
En Abd Rashid bin Adam

04

Bangkitan Minit
4.1
Rujuk perkara 8.2: papan kenyataan sekolah telah dibeli berharga RM1100
dengan menggunakan duit sekolah dan sebanyak RM500 yang telah
diluluskan oleh PIBG digunakan untuk membaiki papan putih di kelas-kelas
yang papan putihnya rosak.
Laporan Pengurusan Sekolah (En Hazmi Ali)
5.1
Bulan Ogos ini akan diadakan Peperiksaan Awam iaitu Percubaan PT3 dan
Percubaan SPM serta peperiksaan Dalaman Sekolah iaitu Ujian 2
5.2
Kehadiran online murid tidak capai target Kementerian iaitu 90% dan masalah
ketidakhadiran murid ke sekolah agak kritikal

05

5.3
5.4
5.5
5.6
5.7
5.8
5.9

6.0
6.1

6.2

6.3
6.4

Menerangkan mengenai program kecemerlangan (RUJUK LAMPIRAN )


Kehadiran ibubapa kurang memberangsangkan dalam program anjuran
sekolah.
Mohon YDP dan AJK ibu bapa mewar-warkan kepada semua ibu bapa supaya
melibatkan diri dalam program anjuran sekolah
Program Korban 3 ekor lembu-daging akan disumbangkan kepada Program
Solat Hajat dan Bacaan Yaasin pada 29 September 2016.
Penasihat mengharapkan ramai ibu bapa yang melibatkan diri bersama sama
dengan pihak sekolah dalam program ini
Menjelaskan tindakan sekolah bagi membantu Murid Cemerlang dan Harapan
(RUJUK LAMPIRAN )
Bekas murid King George V memberi sumbangan pakaian kepada 145 murid
sekolah ini yang kurang berkemampuan dan penasihat merakamkan ucapan
terima kasih
Kokurikulum telah dijalankan semula selepas ditangguhkan kerana fenomena
El-Nino
Shankar A/L Ghanais (4PDG3) terpilih ke Kelab Bayern Munich , Jerman dan
mendapat tawaran dari kelab JDT untuk Piala Presiden. Penasihat berharap
pihak PIBG dapat memberikan sedikit sumbangan (RM300) kepada pelajar
berkenaan
Pada 5 Oktober 2016, akan diadakan Majlis Hari Kualiti dan Hari Graduasi.
Majlis ini khas untuk pelajar tingkatan 5 sahaja. Semua Murid tingkatan 5
yang mendapat 5A ke atas dan lulus semua mata pelajaran.Pn Hjh Rosni binti
Daud mencadangkan agar syarat dapat dilonggarkan sedikit .Maklum balas
dari AJK PIBG-Tn Hj Shaharin mencadangkan supaya syarat 5A dikekalkan
dan kalau tidak memadai boleh diubah kemudian. Cadangan diterima
6.2.1 Sewa jubah ialah sebanyak RM 25 jubah setiap satu. Jubah ini akan
dipakai sempena Majlis Hari Kualiti dan Hari Graduasi
Penasihat menjelaskan bahawa beliau menyuruh supaya pintu pagar ditutup
pada hari Rabu petang iaitu semasa waktu Kokurikulu bukannya dikunci
Penasihat tidak pernah memindahkan murid yang tidak hadir ke kelas
Bimbingan Lestari ke sekolah lain
6.4.1 Pn Hjh Rosni binti Daud meminta bantuan PIBG supaya mengatasi
masalah murid yang tidak mengikuti Kelas Bimbingan Lestari kerana masalah
bas pada jam 3.30 petang.
6.4.2 En Abd Rashid bin Adam meminta sekolah menghantar surat kepada
syarikat bas supaya diubah jadual perjalanan bas pada jam 3.30 petang
Tindakan :Makluman

06

Hal Ehwal Murid (HEM)-Rujuk Lampiran


3

07

Ko Kurikulum
7.1
En Jasni bin Talib mencadangkan dilantik wakil sesuatu kawasan bagi
mengatasi masalah ponteng pelajar
7.2
Penasihat mencadangkan supaya dijemput tokoh luar untuk memberikan
kesedaran kepada ibu bapa dan murid

08

a)Pembentangan Laporan Kewangan (Pn Rozita Sidek)


8.1 Laporan kewangan berakhir 30 Jun 2016 dibacakan oleh Bendahari secara
menyeluruh dan memaklumkan baki kewangan semasa PIBG seperti berikut:
Baki keseluruhan tabung sehingga bulan Jun 2016
-Tabung Kewangan PIBG
-RM
-Tabung Kewangan Kecemerlangan
-RM
-Tabung Kewangan Kebajikan
-RM
Baki Keseluruhan Tabung
RM
8.2
8.3
8.4
8.5

17990.75
36015.05
13976.25
67973.05

YDP mencadangkan dimasukkan tarikh dalam laporan kewangan akan datang


En Abd Rashid bin Adam mencadangkan dihantar surat peringatan kepada ibu
bapa yang belum membuat bayaran PIBG
YDP menjelaskan perlu gunakan aplikasi SYNC untuk memberitahu ibu bapa
mengenai yuran PIBG yang perlu dijelaskan
Mengesahkan laporan kewangan Berakhir 30 Jun 2016
Cadangan
:
En Mohamad Wazir b. Saidin
Sokongan
:
En Abd Rashid bin Adam
Tindakan : Makluman,Bendahari

b)Perbincangan Peruntukan dari PIBG


8.6
Senarai peruntukan yang diluluskan dari Tabung Kecemerlangan
8.6.1 Memohon sumbangan untuk program Kecemerlangan Bahasa Melayu
dan Sejarah sebanyak RM700
8.6.2 Memohon sumbangan program Kecemerlangan Ilmu Sains Tulen
tingkatan 5 sains 2016 siri ke 11 sebanyak RM 600
8.6.3 Memohon sumbangan Kelas Latih Tubi Sains Tulen tingkatan 5 Sains
Tulen sebanyak RM1000
8.6.4 Memohon sumbangan program Kecemerlangan Ilmu Sains Tulen
tingkatan 5 Sains 2016 siri ke 12 sebanyak RM 800
8.6.5 Memohon sumbangan untuk master Riso sebanyak RM4400
8.6.6 Memohon sumbangan untuk membaiki papan putih sebanyak RM500

8.7

Senarai peruntukan yang diluluskan dari Tabung PIBG


8.7.1 Memohon sumbangan bagi membeli alas meja pelajar di bilik tayang
sebanyak RM360
8.7.2 Memohon sumbangan bagi membaikpulih peralatan sukan sekolah
4

sebanyak RM 1500 dan diluluskan sebanyak RM1000. Baki RM500


dari koperasi sekolah.
Tindakan : Makluman,Bendahari
09

Hal-hal Lain
9.1
Pasukan Tarian Sekolah ada membuat permohonan untuk pembelian aksesori
pasukan tarian namun permohonan mereka akan diberikan kemudian
9.2
Usul Mesyuarat Agung PIBG mengenai telefon bimbit yang telah dirampas
dan tidak dituntut oleh ibu bapa perlu dilelong akan diambil tindakan
kemudian
9.3
En Jasni bin Talib menjelaskan pintu pagar sekolah terlalu hampir dengan
lampu isyarat yang banyak memberi masalah kepada warga seri
keseluruhannya
9.4
En Abd Rashid bin Adam mencadangkan pihak sekolah menyediakan satu
lapangan khas bas di hadapan sekolah yang bertujuan untuk mengambil dan
menurunkan pelajar
9.5
Penasihat menerangkan masalah rambut berfesyen di kalangan murid dan
memohon pihak PIBG sedia menampung kos gunting rambut. PIBG akan
menyokong tindakan yang diambil oleh pihak sekolah sekiranya ada pihak
yang menyoal kewajaran pihak sekolah berbuat sedemikian.
9.6
YDP memaklumkan ada ibu bapa yang merungut mengenai pihak sekolah
tidak memaklumkan awal mengenai pembatalan sesuatu program di sekolah
9.7
En Abd Rashid bin Adam mencadangkan pihak sekolah supaya peraturan
sekolah dipapar di pintu pagar sekolah
9.8
En Abd Rashid bin Adam meminta pihak sekolah mengenal pasti ibu bapa
yang boleh bertukang
9.9
Penasihat menjelaskan bahawa peruntukan untuk Majlis Hari Kualiti
akan mengikut budjet tahun lepas dan akan dibincangkan pada mesyuarat akan
Dating. Cadangan Perasmi Hari Kualiti ialah Datuk Ghafar Atan
10.0 Penasihat meminta agar untuk Majlis Qiamullai dan bacaan Yaasin minta
carikan imam dan bilal
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.40 petang.

Dicatatkan oleh:

Disemak oleh:
5

.....................................
(TN HJ NUBAHARI B. MD YUSOF)
AJK PIBG
SMK Seri Pengkalan

.......................................
(EN JASMIN BIN JASIN)
YDP PIBG
SMK Seri Pengkalan

Disediakan oleh:
.....................................
(PN NURULHUDA HASHIM)
Naib Setiausaha PIBG
SMK Seri Pengkalan

You might also like