You are on page 1of 1

AMALAN DAN CARA MAKAN

Doa sebelum makan













Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah
kami makanan yang lebih baik darinya.
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang
selesai makan, kemudian menyebut, Alhamdulillah- illazi athamani
haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin, akan
diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)
Makan dengan tangan kanan
Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan
kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata,
Rasulullah SAW bersabda: Jangan engkau makan dengan (tangan)
kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan)
kirinya. (HR Muslim)
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah
menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10
kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan
tanpanya makanan tidak hadam).
Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia
menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada
makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya,
sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta
manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan
janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga
menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan
itu mengandungi berkat. (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat Pada makanannya yang
mana yang diberkahi. Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang
dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak
mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada
sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di
dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia
menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

You might also like