You are on page 1of 3

Kod Sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN BALAI BESARTelefon


Faksimili
23000 DUNGUN
8423721
TERENGGANU DARUL IMAN

: TBA1035
: 09-8453424
: 09-

Email: tba_1035@yahoo.com.my

MINIT MESYUARAT PANITIA REKABENTUK & TEKNOLOGI


KALI PERTAMA 2016
Tarikh

Rabu (30 Disember 2015)

Masa

8.45 pagi

Tempat

Kehadiran

Bengkel Rekabentuk & Teknologi

Semua AJK hadir

1. Ucapan Pengerusi
1.1

Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih dengan kehadiran


semua AJK.

Tindakan personalia :
Makluman
2. Ucapan GPK Akademik
2.1

GPK Akademik menyatakan tujuan mesyuarat adalah untuk pelarasan kerja


tahun 2016.

2.2

GPK Akademik turut menekankan agar semua AJK Panitia Rekabentuk &
Teknologi memberi komitmen penuh dan kerjasama dengan Ketua Panitia
bagi memastikan pengurusan panitia berjalan dengan baik .

3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


3.1

Pn. Izati binti Daud mengesahkan minit mesyuarat tanpa pindaan dan

disokong oleh Puan


Roselina binti Musa.
4. Perkara Berbangkit
4.1

Taklimat DSKP Tahun 6 telah diberikan kepada semua guru ketika LADAP pada
bulan Disember 2015.

Tindakan personalia :
Makluman
5. Penyelarasan Buku Rekod Mengajar
5.1

Pengerusi membentangkan cara menulis Rancangan Pelajaran Harian (format)

supaya dapat diselaraskan oleh semua guru Rekabentuk & Teknologi untuk tahun
2016.

Tajuk:
Bidang:

5.2

Objektif:
Aktiviti:
Impak/refleksi:
Rancangan pelajaran tahunan Rekabentuk & Teknologi telah diagihkan kepada

semua guru matapelajaran dan berharap semua guru terbabit dapat


menggunakannya dengan baik.
5.3

P&P Rekabentuk & Teknologi sangat seronok sekiranya guru tersebut

merancang pengajaran yang akan dijalankan terlebih dahulu dan bahan bolehlah
didapati di bengkel Rekabentuk & Teknologi.
5.4

Guru mesti menghabiskan silibus Rekabentuk & Teknologi Tahun 6 sebelum

jadual anjal bermula.

Tindakan personalia :
Makluman
6. Peruntukan Kewangan
6.1 Peruntukan kewangan bagi tahun 2016 sebanyak RM4506.60. Sebahagian kecil akan
digunakan untuk kos cetakan. Bakinya akan digunakan untuk membeli bahan projek dan
alatan yang diperlukan seperti bahan-bahan penghasilan projek, teknologi pertanian,
sains rumahtangga dan alatan tangan.

Tindakan personalia :
Makluman
7. Perancangan Tahun 2016
7.1 Pengerusi mengedarkan Rancangan Tahunan tahunan Rekabentuk & Teknologi
kepada semua guru.
7.2

Pengerusi mengingatkan setiap projek harus diberikan markah penilaian

kerana markah projek sebanyak 60% ini akan dicampurkan bersama dengan markah
peperiksaan sebanyak 40%. Sebarang masalah mengenai projek boleh dirujuk kepada
pengerusi.
7.3

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana telah

menyerahkan borang maklumat guru dan jadual waktu dengan segera. Ini dapat
memudahkan penyusunan jadual waktu penggunaan bengkel.
7.4 Pengerusi menekankan tentang buku Rekod Penggunaan Bilik tahunan Rekabentuk &
Teknologi yang perlu ditulis setiap kali guru dan murid-murid menggunakan bengkel
Rekabentuk & Teknologi. Buku Rekod Kecederaan juga disediakan jika terdapat muridmurid yang tercedera ketika melakukan kerja di bengkel Rekabentuk & Teknologi.
Sebarang pinjaman alatan tangan di bengkel Rekabentuk & Teknologi mestilah
dicatatkan di dalam Buku Rekod Pinjaman. Jika terdapat alatan yang hilang atau rosak,
sila catatkan di dalam Buku Kehilangan/Kerosakan Alatan.
7.5 Pengerusi menegaskan murid-murid hanya menggunakan fail untuk menyimpan
latihan murid. Jika memerlukan buku rujukan dan buku panduan guru boleh pinjam
daripada pengerusi.

Tindakan Personelia : Semua


ahli
8. Hal-hal lain
8.1 Pn. Roselina binti Musa mencadangkan agar sebuah buku latihan yang bercetak
disediakan untuk kegunaan murid-murid di dalam kelas.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.45 pagi.
Disediakan oleh:
( En. Muhammad bin Tahir

Disemak oleh :
)

Setiausaha Panitia Rekabentuk & Teknologi

( Pn. Aishah binti Ibrahim)


Ketua Panitia Rekabentuk & Teknologi

You might also like