You are on page 1of 26

TUGASAN MODUL 5

1. SUBMODUL 5.1 MEMBINA KAPASITI


a)

Perkembangan profesional ialah perkembangan profesionalisme sepanjang karier seseorang. Ia

melibatkan kedua-dua aspek iaitu aspek deskriptif dan preskriptif. Bagi aspek deskriptif, perkembangan
profesional merujuk kepada cara bagaimana evolusi seorang guru mengambil tempat atau berperanan
sepanjang kariernya. Sebaliknya, aspek preskriptif menghubungkan faktor latihan dalam mencorak
sikap profesionalisme sebagaimana yang kita inginkan (Kelchtermans, 1993). Day (1999) menakrifkan
profesionalisme diri sebagai hasil dari suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam
pembelajaran sepanjang hayat. Proses ini melibatkan penyemakan semula, pembaharuan dan
peningkatan dalam komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran.
Pembangunan profesional juga dilihat sebagai suatu proses yang intensif, berterusan dan
sistematik untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan persekitaran sekolah (Ferst &
Berliner,1985). Pembangunan profesional juga boleh dilihat sebagai suatu proses kesedaran dalaman
yang membawa kepada pemikiran yang kritis dan usaha untuk menyelesaikan masalah (Boon P.Y,
2002).
Perkembangan profesional juga merupakan suatu proses yang berterusan berserta latihan
yangmembina yang membolehkan guru menyelesaikan pelbagai masalah dalam pemdidikan. Ia
jugamembolehkan guru mendidik pelajar sehingga pelajar mampu berdepan denagn cabaran hidup di
luarsekolah dan juga memikul tanggungjawab di zaman kerjanya nanti pada tahap yang
membanggakan(AFT, 2000).
Perkembangan profesional guru juga boleh dinyatakan sebagai pembangunan gurudalam
profesionnya yang bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka sebagaiahli
akademik

bagi mencapai

kecemerlangan untuk memenuhi

sepenuhnya

keperluan mereka

danmasyarakat (Ramaiah, 1992). Mogana (1996) menyatakan keberkesanan pembangunan professional


guru dapat dilihat dalam proses membaiki pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan profesional boleh dilihat sebagai perkembangan dalam aspek penyuburan
diriguru

dalam

pekerjaan

mereka,

mengukuhkan

keyakinan,

memupuk

kemahiran,

mengemaskinipengetahuan secara berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas apa yang
mereka ajar danmenambah kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu di dalam bilik darjah
(Perry, 1980).

Menurut Kathryn et al. (2008), pembangunan profesional ialah suatu proses yang intensif,
berterusandan bersistematik yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan suasana
sekolah.Tambahan lagi, beliau berpendapat bahawa melalui proses ini juga, guru akan diberi peluang
untuk meningkatkan ilmu dan skil dalam kandungan dan pengajaran mereka. Dengan peningkatan
inidiharap dapat meningkatkan pembelajaran matematik dan sains di semua sekolah di seluruh dunia.

b)

Perkembangan profesional guru sepatutnya mampu membawa perubahan kepada organisasi

sekolah dan meningkatkan sistem perguruan. Dalam menghadapi zaman yang teknologinya
berkembang dengan begitu pesat dewasa ini, guru harus mempersiapkan diri mereka dengan
profesionalisme diri supaya seiring dengan perkembangan zaman.
Di antara strategi khusus yang membolehkan perkembangan profesionalisma seorang guru
dalam membangunkan modal insan mereka termasuklah aktiviti pementoran, melibatkan diri dalam
latihan dalam perkhidmatan, kursus dan seminar, amalan refleksi, amalan penyelidikan tindakan,
latihan profesional berterusan, perkembangan profesional online dan penglibatan dalam aktiviti Pusat
Kegiatan Guru.

Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma di kalangan guru ialah sistem

pementoran di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru yang lebih
berpengalaman bertindak sebagai role model, penasihat dan pembimbing kepada guru lain yang
kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan profesional dan peribadinya. Ini
dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih sayang di sepanjang waktu (Anderson & Shannon,
1995). Proses pementoran melibatkan pengajaran, bimbingan, memberi galakan, kaunseling dan
membina

persahabatan

dengan

guru

yang

lebih

berpengalaman.

Guru

juga

sepatutnya

bertanggungjawab bukan sahaja dalam peningkatan profesional guru dibawahnya, malah sepatutnya
peningkatan keseluruhan perkembangan guru tersebut. Pada kebiasaannya, seorang guru akan
mempunyai seorang atau beberapa orang mentor untuk membimbingnya.

Konsep belajar seumur hidup memberi peluang kepada guru membaca, menulis dan membuat

penyelidikan tindakan. Ini dapat memahirkan guru, seterusnya dapat meningkatkan profesionalisme
guru tersebut.Hanya dengan ilmu pengetahuan dapat menjadikan manusia bertaqwa dan mengagumi
Tuhannya (Tajul Ariffin & Noraini, 2002).Dengan ilmu jugalah manusia mampu memikul
tanggungjawab mengurus dan mentadbir alam ini.Dunia sekarang semakin maju dan teknologinya juga

cepat berkembang.Kemajuan dalam bidang internet memungkinkan guru di Malaysia dapat


berhubungan dan bertukar maklumat.Bukan itu sahaja, kini dengan konsep dunia tanpa sempadan,
membolehkan ilmu dan pengalaman dapat sampai ke negara kita dengan cepat. Menurut Mohd Amin
(2002), guru-guru bahasa Inggeris sangat bagus dengan dengan penggunaan internet sebagai contohnya
ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center) telah berjaya merangsang guru dalam membina
profesionalisme mereka.

Mengadakan program perkembangan staf.Diantara peranan yang dimainkan oleh

perkembangan staf termasuklah memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, ketrampilan dan
kepakaran staf, membina semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran
di sekolah. Menurut Sani et al. (2008), adalah mustahil untuk meningkatkan keberkesanan sekolah atau
menggerakkan profesionalisme guru tanpa program perkembangan staf. Malah, banyak kajian tentang
perkembangan staf telah membuktikan bahawa penglibatan melalui aktiviti kerjasama dalam pasukan
akan mencetuskan pemikiran dan memberikan perspektif baru yang penting kepada perkembangan
profesional staf (Little, 1982).

Bagi sesebuah negara, untuk mendapatkan pendidikan sesuatu subjek yang lebih baik mestilah

dengan mendapatkan guru yang lebih baik. Pihak kerajaan seharusnya menyusun satu program yang
canggih dan tersusun untuk melatih guru-guru secara berterusan seperti Kursus Pendek Kelolaan
Maktab (KPKM) dan lain-lain kursus. Sepanjang latihan, guru akan didedahkan dengan kemahiran
dalam subjek, mengembangkan kemahiran-kemahiran, memperkaya diri dengan pengetahuan dan
trend-trend pengajaran dan pembelajaran. Setelah menghadiri kursus, guru yang pulang ke sekolah
masing-masing sepatutnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar guru-guru
lain juga dapat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu seperti pembelajaran bestari,
pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, teknologi maklumat dan komunikasi atau
bimbingan dan kaunseling.

Aktiviti-aktiviti dalam Lesson Study melibatkan pelajar, guru dan pensyarah dalam

pembelajaran dan pengajaran matematik, skil kehidupan, aktiviti hands on dan pembinaan silibus.
Objektif sebenarnya adalah untuk meningkatkan pendidik matematik dengan kegiatan pengajaran
matematik yang betul (Hera, 2003). Di Jepun, Lesson Study dibuat dengan guru membina pelan
pengajaran dan membina soalan-soalan dari perspektif pelajar matematik. Dengan menganalisa soalan
matematik tersebut, guru dikatakan boleh membina soalan matematik yang lebih bagus.Ia ternyata
dapat meningkatkan profesional guru dari segi pengajaran dan pelbagai metod pengajaran. Para

pensyarah pula dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru dengan lebih jelas. Lebih dari itu,
banyak bahan-bahan alat bantu mengajar telah dihasilkan oleh guru-guru dan pensyarah matematik
(Marsigit, 2007). Dengan bertambahnya pelbagai bahan mengajar, ini akan menjadikan proses
pengajaran dan pendidikan lebih efisien.

Pihak pentadbir sekolah perlu menggalakkan amalan reflektif di kalangan guru di sekolah.

Tan et al. (2003) merujuk amalan reflektif dalam perguruan sebagai guru tahu apa yang dilakukannya,
mengapa melakukannya dan menilai kesan dari apa yang dilakukan.Selain itu guru juga dapat
mengaplikasikan ilmu berkaitan pendidikan dan penyelidikan dalam membina hipotesis berkaitan
dengan keberkesanan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mana hal
ini sangat diamalkan, dinilai dan disemak dari semasa ke semasa. Dr Abd Yusof (2007) melihat amalan
reflektif sebagai satu proses ingin tahu terhadap sesuatu secara mendalam dan sentiasa menambah nilai
baik terhadapnya. Guru yang berjaya adalah guru yang menjadikan amalan reflektif sebahagian amalan
hariannya.

Pihak sekolah juga sepatutnya mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja. Ia adalah

satu program untuk melatih guru yang dapat membantu guru lain disekolah melalui pengintegrasian
teknologi maklumat dan komunikasi melalui sokongan, perbincangan dan perkongsian amalan
pengajaran. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu kaedah peningkatan profesional yang dapat
meningkatkan mutu pengajaran. Ianya satu program dimana guru berkongsi kemahiran dan
menyumbang kepada sokongan dan bantuan untuk belajar skil-skil pengajaran yang baru dan
menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran (Dalton, 1991).Ia juga dilihat sebagai satu strategi yang
sangat baik untuk meningkatkan profesional seorang guru kerana melalui strategi ini guru dapat
mengemaskini latihan pengajarannya dan meningkatkan pencapaian pelajar (Joyce et al., 1996).
Diantara peranan program ini ialah ia dapat merangsang perkembangan peribadi dan profesionalisme,
berkongsi strategi yang berkesan dalam proses pengajaran, memberi peluang untuk membina dan
mengguna skil bimbingan dan akhirnya membantu dalam melibatkan diri dalam isu peribadi atau
profesional.

Pihak sekolah dicadangkan membudayakan kerja berkumpulan di sekolah masing-masing.

Satu kumpulan terdiri daripada 2 hingga 5 orang guru bekerja bersama untuk merancang,
melaksanakan dan menilai aktiviti pembelajaran untuk sekumpulan pelajar yang sama. Guru dalam satu
kumpulan itu sebaiknya berbeza dari segi subjek yang diajar, minat, perspektif dan tahap pembelajaran.
Ini akan memberi kekuatan pada kumpulan dan perkembangan setiap ahli. Kelebihan cara ini ialah

dapat meningkatkan prestasi pelajar dari sudut bertambahnya tanggungjawab terhadap pembelajaran.
Pendedahan kepada skil dan pandangan dari lebih daripada seorang guru boleh membina kefahaman
yang lebih matang. Pembelajaran juga akan menjadi lebih aktif. Ini boleh membawa pelajar mengarah
kepada kerja berpasukan.Kajian mendapati bahawa pelajar telah menilai yang kerja berkumpulan
benar-benar berkesan dalam pembelajaran mereka (Quinn et al., 1984).

Pihak kementerian atau pihak swasta diharapkan tampil dengan model-model baru dalam

meningkatkan pembangunan profesional guru. Kini, terdapat banyak model baru dari luar negara yang
boleh kita ubahsuai dan adaptasikan dengan budaya masyarakat kita.Contoh yang ada sekarang ini
ialah Model Kitar Penyelesaian Masalah.Didalam model ini terdapat 3 bengkel yang saling berkaitan
untuk guru matematik menyelesaikan masalah matematik. Proses penyelesaian ini akan memberi
peluang guru matematik untuk berkongsi pembelajaran, pelan pengajaran dan pengalaman mengajar.
Disini guru juga akan memikirkan secara mendalam tentang isi kandungan matematik dan arahan
dalam matematik. Guru dan fasilitator akan bekerja bersama untuk memilih matlamat untuk bengkel
pembangunan profesional termasuk matlamat untuk silibus matematik dan meninjau latihan pedagogi
yang baru (Jacob, 2005). Model ini dianggap sangat penting dalam membina profesional guru.Ini
adalah kerana dalam membina masyarakat yang produktif dan bersaing dalam dunia yang semakin
mencabar, pelajar sangat memerlukan penerapan ilmu matematik yang berkesan. Ilmu tentang
matematik sangat besar peranannya dalam pembentukan diri pelajar dimasa akan datang.

Strategi-strategi lain yang boleh digunakan juga dalam meningkatkan profesionalisme guru

ialah dengan menetapkan laluan kerjaya untuk guru-guru dan mengenalpasti guru yang boleh
dilantik sebagai guru cemerlang dan memastikan guru lebih komited kepada matlamat dan nilai
organisasi masing-masing.

c)

Satu kumpulan pendidik professional berkongsi misi biasa,nilai, dan matlamat dan

kerjakolaboratif

menggunakan

inkuiri(penyiasatan),

eksperimen

dan

inovasi

untukmeningkatkanpengajaran dan pembelajaran pelajar(EFTO,2012).PLC ditakrifkan sebagai sebuah


komuniti profesional di sekolah yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru yang sentiasa berusaha
secara berterusan belajar, mencari danberkongsi ilmu untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
mereka, melalui tindakanterhadap perkara yang telah mereka pelajari(Zulkifli Hashim,2011).
Shirley M.Hord (2009) mendefinisikan Komuniti Pembelajaran Profesional sebagai:

Profesional

Individu

yang

bertanggungjawab

dan

dipertanggungjawabkan

untuk

menyampaikan satu program pengajaran afektif kepada pelajar supaya masing-masing belajar dengan
baik. Profesional menunjukkan komitmenyang penuh bersemangat untuk pembelajaran mereka sendiri
dan pelajar serta berkongsi tanggungjawab untuk mencapai tujuan.
Pembelajaran

Aktiviti di mana khidmat profesional terlibat dalam usaha untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.


Komuniti

Individu yang datang bersama-sama dalam satu kumpulan bagi berinteraksi

dalam aktiviti bermakna untuk mempelajari secara mendalam dengan rakan sekerja tentang topik yang
dikenal pasti, untuk membangunkan makna bersama, dan mengenal pasti tujuan yang dikongsi yang
berkaitan dengan topik.
KPP bermakna guru-guru berkongsi,berbincang tentang amalan pengajaran mereka demi
meningkatkan pemerolehan ilmu dalam kalangan murid mereka.Pengetua juga berkongsi kuasa dengan
guru-gurunya (Rahimah Ahmad,2008).
Komuniti pembelajaran profesional dianggap sebagai struktur organisasi sekolah dengan
berorientasikan budaya intelektual(Louis & Marks,1998). Manakala, PLC ditakrifkan sebagai sebuah
sekolah di mana profesional (pentadbiran dan guru) terus mencari dan berkongsi pembelajaran untuk
meningkatkan keberkesanan mereka untuk pelajar, dan bertindak atas apa yang mereka
pelajari(Hord,1997).
Definisi KPP komuniti sebagai koleksi individu yang diikat bersama oleh kehendak semula jadi
dan bersama-sama terikat untuk satu set-set idea yang dikongsi (Sergiovanni,1994).Komuniti sekolah
professional ditakrifkan sebagai berkongsi 5 ciri teras: norma dan nilai dikongsi bersama,dialog
reflektif,amalan

deprivatization,tumpuan

kolektif

terhadappembelajaran

kerjasama(Newman & Wehlage,1995, Kruse.Louis&Bryk,1995).

d)

pelajar

dan

Strategi Membangunkan Komuniti Pembelajaran Profesional

Bil

(Sumber: Paideia Consulting Group Inc.Canada, 1990)


ElemenKritikal
Strategi PLC
Deskripsi
PLC
Menggunakan Protokol Mesyuarat bulanan untukmembincangkan
Perbincangan
(Using Discussion
Protocols)
Dialog

Kelab Buku (Book Clubs)

Reflektif
(Reflective

Kumpulan Belajar (Study

Dialogue)

Groups)

artikel mengenaipelbagai aspek pengajaran


danpembelajaran.

(Sebagai

contoh

:Protokol Teks Empat A


Sekumpulan
guru
membaca

dan

membincang artikel atau buku setiap bulan.


Belajar atau berbincang suatu topik yang
khusus.

Sebagai

contoh,

kemahiran

berfikir, pelbagai kecerdasan atau kajian


tentang minda.

Kritikan Video
Pengajaran Guru (Video
Critiques of Teaching
Moments)

Menonton dan berbincang klip video


pengajaran guru. (Gunakan kaedah
placemat).
Berjalan

Penswastaan
2

Amalan
(DePrivatization of
Practice)

Fokus Secara

sekeliling

sekolah

Jejak Pembelajaran

danmemerhatikan pengajaran guru laindan

(Learning Walks)

aktiviti bilik darjah denganmenggunakan

Bimbingan Rakan

protokol atau fokus yang spesifik.


Secara sistematik memerhatikan

Sebaya Guru atau

pengajaran guru lain dengan menggunakan

Pembimbing Instruksi
(Peer Coaching/

kitaran prakonferens, pemerhatian dan


pascakonferens(pre-conference,

Instructional Coaches)

observation, post-conference cycle).


Sekumpulan guru secara usahasama

Belajar menggunakan

membina

Rancangan Pengajaran

diikuti dengan pengajaran/memerhatikan

Harian (Lesson Study)

pengajaran,

Sesi Perkongsian Guru

semasa sesi pengajaran.


Sekumpulan guru bertemu secara kerap

(Teacher Sharing
3

di

Sessions)
Analisis Data

untuk
terbaik.
Secara

satu

rancangan

membuat

berkongsi

penambahbaikan

amalan

kolektif

pengajaran;

pengajaran
mengkaji

danmembincangkan

data

agregat

murid.Tujuannya adalah untuk mencari


(Data Analysis)

polaatau

tema

agar

membuatkeputusan

dapat
tentang

penambahbaikandalam bidang kurikulum


ataumengkategorikan

Kolektif

kembali

dalamkumpulan yang berbeza


Membangunkan peta kurikulummengikut

Terhadap
Pembelajaran

Pemetaan Kurikulum

topik, standard dan aktivitiuntuk setiap

Murid

(Curriculum Mapping)

mata pelajaran untukdijadikan panduan

(Collective

instruksi

Focus on

murid danibubapa.
Guru yang mengajar dalam tahun atau

Student
Learning)

Pentaksiran Serentak
(Common Assessments)

tingkatan

sertauntuk

yang

berkongsi

sama

dengan

menyediakan

pentaksiran serentak yang diselaraskan


dengan standard dan indikator. Misalan
dalam bidang kurikulum

Kumpulan Rakan
Kritikal (Critical Friends
Groups)
4

Kolaborasi
(Collaboration)

Menggunakan protokol untuk mengkaji


dan membincangkan hasil kerja murid
Mengelola mesyuarat mengikut tahun atau

Pasukan Melintang &


Menegak (Horizontal and
Vertical Teams)

Induksi Guru Baharu

tingkatan untuk perancangan bersama. Di


samping itu mengendalikan mesyuarat
mengikut panitia agar koordinasi dan
kesinambungan antara tahun dan tingkatan
dapat dicapai.
Memastikan sokongan

dan

panduan

/Pementoran (New

berbentuk pedagogi, prosedur dan peribadi

Teacher Induction /

untuk staf baharu dalam profesion atau

Mentoring)
Unit atau Projek antara
Pelbagai Bidang
(Interdisiciplinary Units
and Projects)
Kumpulan Penyelesai

organisasi
Merangka unit dan projek antara pelbagai
disiplin dan mata pelajaran.
Satu kumpulan guru yang bersama-sama

membincangkan suatu masalah. Seorang


Masalah (Problem
Solving Groups)

guru memberi deskripsi tentang suatu


masalah.

Activity)

Norma dan
Nilai Dikongsi
5

Bersama
(Shared Norms

Panduan Berasaskan
Prinsip (Guiding
Principles)
Aktiviti Nilai

yang

lain

pula

meminta penjelasan dan mengemukakan


cadangan.
Melibatkan

Aktiviti Visi (Vision

Guru-guru

staf

dalam

untukmembangunkan

aktiviti
gambaran

masadepan

organisasi.

Bagaimanakahkeadaan bilik darjah dan


sekolah limatahun dari sekarang?
Membangunkan satu set prinsip 4-6 untuk
dijadikan

panduan

dalam

membuat

keputusan dan mengambil tindakan.


Mengelolakan aktiviti kumpulan kecil

(ValueActivities)

untuk membincangkan nilaiorganisasi.


Bersetuju dengan strategi dan tradisi yang

Strategi &Tradisi yang

dikongsi bersama agar dapat menumpukan

Dikongsi Bersama

focus dan mengukuhkan matlamat serta

and Values)

(Common Rituals and


Strategies)

sasaran.

Sebagai

contoh,

meraikan

kejayaan dan peningkatan prestasi secara


kerap.

SUBMODUL 5.2 KOMUNIKASI


1.

Menangani Gangguan Komunikasi


Salah satu masalah utama yang dihadapi dalam menerapkan komunikasi berkesan di sekolah

adalah gangguan komunikasi.Gangguan dalam komunikasi adalah perkara yang mengganggu dan
menghalang keberkesanan komunikasi, yang mengakibatkan maklumat yang diterima tidak tepat atau
disalah tafsir.Menurut Abdullah dan Ainon (2005) terdapat dua jenis gangguan iaitu gangguan teknikal
dan gangguan makna. Gangguan teknikal ialah faktor-faktor yang dapat menyebabkan pendengar
tersalah faham ataupun tidak faham sama sekali mesej yang didengarnya. Contohnya adalah seperti

penutur bercakap gagap atau terdapat bunyi-bunyi bising yang lain. Gangguan makna atau juga disebut
sebagai gangguan semantik pula berlaku apabila si pendengar dan sipenutur tidak sama sependapat
berkenaan makna yang dimaksudkan. Contohnya adalah seperti orang Kedah dan orang Terengganu
mempunyai maksud yang berbeza apabila menggunakan perkataan segan.
Namun begitu menurut Ab. Aziz (2003), gangguan komunikasi ini boleh dikaitkan dengan
faktor jarak, masa, bahasa, sistem dan peraturan yang wujud di sekolah semasa komunikasi
dilaksanakan. Oleh itu, pentadbir sekolah seharusnya dapat berhubungan dengan subordinatnya secara
langsung seperti dalam mesyuarat sekolah dalam usaha mengatasi masalah berkaitan faktor jarak
semasa proses berkomunikasi. Semakin jauh jarak semasa berkomunikasi maka semakin banyaklah
maklumat akan menjadi kabur atau hilang, maka adalah sangat penting kepada pentadbir untuk berada
hampir dengan subordinatnya semasa berkomunikasi. Pentadbir juga perlu menentukan masa paling
sesuai untuk menyampaikan maklumat seperti mengambil masa perjumpaan selama lima minit selepas
setiap perhimpunan pagi bagi menyampaikan maklumat kepada subordinatnya.
Penggunaan bahasa yang seragam dan mudah difahami semasa menyampaikan maklumat akan
membantu pentadbir menambahkan keberkesanan komunikasinya. Dalam hal ini penggunaan Bahasa
Melayu rasmi yang standard seharusnya ditekankan dalam usaha menyeragamkan penggunaannya di
seluruh sekolah di Malaysia.Sistem dan peraturan yang digunakan di sekolah seharusnya menyokong
penyampaian ketiga-tiga bentuk komunikasi iaitu secara lisan, bertulis dan bukan lisan.Oleh itu,
pentadbir sekolah seharusnya mewujudkan ruang dan peluang untuk subordinatnya mengemukakan
maklumat secara lisan, bertulis dan bukan lisan. Sebagai contoh, subordinat di sekolah seharusnya
bebas mengemukakan maklumat secara perbualan terus (lisan) atau melalui surat rasmi (bertulis).
Peraturan yang khusus dalam mengemukakan maklumat tersebut seharusnya ditekankan oleh pentadbir
sekolah di dalam mesyuarat guru atau surat pemberitahuan kepada semua subordinatnya.
Kesimpulannya faktor jarak, masa, bahasa, sistem dan peraturan yang wujud di sekolah
seharusnya diteliti oleh pentadbir sekolah dalam usaha mewujudkan komunikasi berkesan. Jika
gangguan di atas dapat ditangani dengan baik, subordinat di sekolah tidak akan kabur dan tidak akan
keliru dengan maklumat yang disampaikan. Hal ini akan dapat mewujudkan keseragaman dalam
kefahaman terhadap maklumat yang disampaikan. Justeru itu mereka akan dapat bekerjasama
membentuk pasukan kerja yang dinamik kerana semua tindakan yang dilaksanakan adalah berasaskan
kepada kefahaman yang sama.

2.

Menggunakan Teknologi Terkini


Komunikasi berkesan bukan sahaja perlu memindahkan maklumat yang difahami dengan tepat

dan jelas, tetapi mestilah cepat serta pantas. Penggunaan telefon, mesin faks, khidmat pesanan ringkas
(Short Messages Service SMS) dan mel elektronik (e-mel) di sekolah mampu membantu pentadbir
menyampaikan maklumat dengan lebih pantas. Semakin singkat masa yang digunakan untuk
menyampaikan maklumat, semakin baik kesannya.Ini adalah kerana masa selebihnya boleh digunakan
untuk penumpuan kepada kerja-kerja pelaksanaan sesuatu tindakan yang berpunca daripada maklumat
tersebut.Tegasnya di sini, masa lebihan dapat digunakan oleh kumpulan subordinat menjalankan
aktiviti seperti yang dikehendaki oleh maklumat yang disampaikan oleh pentadbir. Secara langsung,
situasi ini akan membantu mewujudkan kerjasama antara individu yang lebih progresif kerana mereka
bertindak ke atas maklumat yang sama. Dengan itu, pasukan kerja yang dinamik dapat dibentuk oleh
pihak pentadbir sekolah.
Keadaan sekolah yang mempunyai kawasan yang sangat luas di mana kedudukan guru amat
terserak, sistem pembesar suara yang sesuai, persidangan audio, persidangan komputer dan telesidang
boleh digunakan.Namun demikian, faktor kemudahan infrastruktur perlu diberi tumpuan terlebih
dahulu kerana sistem pembesar suara, penggunaan persidangan audio, persidangan komputer dan
telesidang memerlukan perbelanjaan yang agak mahal.Teknologi yang terkini seperti ini sememangnya
dapat meningkatkan tahap keberkesanan komunikasi di sekolah. Menyedari kepentingan ini, adalah
menjadi tanggungjawab pihak pentadbir agar dapat memikirkan tentang keperluan dan kebaikan
penggunaan terknologi sebegini dalam mewujudkan impak komunikasi kepada seluruh warga sekolah..
Kesimpulannya di sini, penggunaan teknologi terkini ternyata menjadikan komunikasi lebih
berkesan kerana maklumat dapat disampaikan secara pantas dan tepat.Ketirisan maklumat dapat
dikurangkan jika pihak pentadbir dapat menggunakan teknolgi tersebut.Kemampuan sekolah
menggunakan peralatan berteknologi terkini sudah pasti mampu menghasilkan kumpulan kerja yang
dinamik di sekolah mereka.Hal ini sudah pasti dapat melahirkan sekolah yang bertindak selari dengan
hasrat misi dan visi yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir.

3.

Melibatkan Pengurus Atasan


Semasa proses komunikasi dilaksanakan, pentadbir sekolah perlu sedar bahawa beliaulah

merupakan seorang pengurus atasan yang berpengaruh dan memainkan peranan paling penting dalam

proses tersebut. Kajian mendapati manusia suka dan mudah terpengaruh oleh kata-kata, percakapan dan
perbualan individu-individu yang sudah berjaya (Abdullah dan Ainon, 2005).Kejayaan pengetua atau
guru besar dalam mempertingkatkan pengurusan diri dan mampu menterjemahkannya dalam budaya
kerja sudah pasti menjadi aset penting kepada mereka dalam membentuk pasukan kerja yang
dinamik.Di samping itu pengetua dan guru besar juga perlu bertanggungjawab membuat pemantauan
dan memastikan subordinatnya menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. Pemantauan
dan pemastian ini adalah penting dalam usaha menentukan matlamat akhir daripada proses komunikasi
dapat dilaksanakan dengan tepat dan betul.
Berdasarkan kajian Ariffin dan Robiah (2002), hanya komunikasi penerangan kerja, maklum
balas dan ekspresi positif mempengaruhi kepuasan kerja guru.Pentadbir seharusnya mengurangkan
komunikasi yang berbentuk penglibatan, rasional kerja, arahan kerja dan ekspresi negatif.kerana telah
didapati kurang berkesan. Komunikasi sebegini kurang berkesan kerana ianya menekankan konsep
komunikasi satu hala sahaja.Oleh itu, dapatan kajian ini boleh dijadikan asas kepada pentadbir untuk
melaksanakan komunikasi berkesan dengan melibatkan semua warganya. Komunikasi yang berkesan
akan melibatkan guru-guru dalam membuat keputusan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sekolah.
Guru-guru yang diajak berunding dan melibatkan diri secara langsung biasanya merasai diri dan
sumbangan mereka dihargai; mereka juga mendapat kuasa untuk mengambil inisiatif dan bertindak
secara terbaik sesuai dengan kepakaran dan pengalaman tersendiri yang ada dalam diri masing-masing
(Arifin & Robiah,2002).
Pentadbir sekolah perlu memastikan perhubungan dalam kalangan guru-guru penolong kanan
(GPK), ketua-ketua bidang, ketua-ketua panitia, guru-guru mata pelajaran dan staf sokongan sekolah
berada dalam kedaan baik (Norman Affendi dan Kamaruzaman, 2010).Semua warga sekolah mampu
menyampaikan pendapat, idea dan komen dalam suasana yang harmoni dan terkawal.Hal ini penting
dalam usaha memastikan organisasi sekolah dapat melaksanakan sebarang tindakan dengan baik dan
berkesan. Perhubungan yang baik dalam kalangan warga sekolah akan membolehkan pihak sekolah
mewujudkan kumpulan kerja yang dinamik.
Tegasnya di sini boleh kita rumuskan bahawa peranan pentadbir sekolah amat penting dalam
proses komunikasi berkesan. Justeru itu, penglibatan beliau secara langsung sebagai pengurus atasan
amatlah dituntut dalam memastikan komunikasi berkesan dapat dicapai. Secara tidak langsung, hal ini
akan menjadikan sekolah tersebut mempunyai kumpulan-kumpulan kerja yang dinamik kerana
warganya dapat memahami hala tuju yang dikehendaki oleh pihak pentadbir sekolah.

4.

Pertemuan Secara Tidak Rasmi


Sesi pertemuan secara tidak rasmi dalam kalangan warga sekolah merupakan salah satu wadah

penting dalam usaha mewujudkan komunikasi berkesan. Sesi seperti jamuan bulanan atau jamuan Hari
Guru dapat digunakan sebagai medan menyampaikan maklumat dalam suasana tidak formal. Warga
sekolah boleh membincangkan masalah sekolah di samping dapat bertemu, berinteraksi dan berkongsi
tentang banyak perkara dalam suasana gembira, menarik dan ceria. Begitu juga, pertemuan di kantin
sekolah sewaktu sarapan, minum pagi atau makan tengahari akan mewujudkan suasana mesra dan
akrab, tanpa terikat dengan agenda formal seperti yang terdapat dalam mesyuarat rasmi. Pengurus
sekolah juga dapat menyampaikan maklumat secara langsung kepada subordinatnya secara individu
kerana terdapat banyak ruang dan peluang untuk beliau berbuat demikian dalam majlis yang tidak
rasmi seperti ini. Ini dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan ke atas 97 orang pengetua sekolah
agama yang mendapati bahawa pengetua yang mengamalkan komunikasi terbuka di dalam pergaulan
dengan guru

dan pelajar serta sikap pengetua yang mudah bergaul; akan memudahkan dan

memberanikan setiap warga sekolah untuk berbincang tentang apa jua masalah. Kewujudan suasana
sebegini akan mengurangkan rasa tertekan dan akan membantu meningkatkan motivasi.
Secara tidak langsung, pertemuan tidak rasmi yang diadakan akan dapat mewujudkan
kepercayaan dalam kalangan warga sekolah. Nilai kepercayaan ini akan menyebabkan konflik sesama
individu berkurangan dan akan merapatkan jurang perbezaan sikap, kefahaman dan pendirian sesama
mereka. Dengan demikian, terbentuklah kumpulan kerja yang dinamik yang mampu mengangkat
kecemerlangan sesebuah sekolah tersebut.
Kesimpulannya, pertemuan secara tidak rasmi akan membuatkan warga sekolah berasa lebih
selesa untuk berkomunikasi kerana tidak terikat dengan agenda formal. Agenda formal kadang-kadang
menyebabkan idea, komen, cadangan mereka tidak dapat disampaikan dengan berkesan kerana tidak
mempunyai ruang dan peluang untuk berbuat demikian.Melalui pertemuan secara tidak rasmi, mereka
berpeluang untuk menyampaikan maklumat yang secara berkesan kerana mereka tidak terikat dengan
etika dan protokol sebagaimana yang terdapat dalam mesyuarat formal.

5.

Menggunakan Perantara atau Orang Ketiga

Ada ketikanya pengurus sekolah tidak dapat menyampaikan maklumat kepada guru-guru
dengan

berkesan

disebabkan

terdapatnya

pertelingkahan

atau

konflik

dalaman

warga

sekolah.Contohnya seperti terdapat beberapa kumpulan yang seringkali tidak bersependapat dalam apaapa aktiviti sekolah yang mahu dilaksanakan. Kumpulan ini sering mempunyai idea, pendekatan dan
pengikut tidak formal yang akan membangkang dan menafikan idea dan pendekatan kumpulan lain.
Oleh itu perantara atau orang ketiga amat diperlukan dalam hal ini untuk mengurangkan pertelingkahan
dan konflik yang dihadapi dalam komunikasi. Sungguhpun kehadiran pihak ketiga adalah secara tidak
aktif tetapi tetap memberikan kesan yang khusus dan baik terhadap proses komunikasi (Mohd Foad,
2005).
Perantara atau orang ketiga akan bertindak mendapatkan kepercayaan bagi setiap kumpulan dan
membimbing setiap kumpulan untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Perantara biasanya dilantik
daripada kalangan warga sekolah yang neutral, adil dan dipercayai oleh kumpulan yang berkonflik.
Kefahaman perantara terhadap masalah sekolah akan mewujudkan sesi perbincangan dan mencari jalan
penyelesaian terbaik agar setiap kumpulan boleh bekerjasama antara satu sama lain.
Penggunaan perantara atau orang ketiga adalah sangat diperlukan lebih-lebih lagi jika terdapat
konflik dalaman di sesebuah sekolah.Pentadbir sekolah boleh menggunakan teknik ini dalam usaha
mewujudkan komunikasi berkesan dalam usaha membentuk pasukan kerja yang dinamik.Matlamat
untuk menjadikan sesebuah sekolah itu cemerlang boleh dicapai dengan lebih mudah jika sekiranya
terdapat banyak kumpulan kerja yang dinamik di sesebuah sekolah tersebut.Adalah menjadi
tanggungjawab pentadbir untuk memastikan keadaan ini berlaku di sekolah.

6.

Kebebasan Mengemukakan Pandangan


Pentadbir sekolah seharusnya memberikan kebebasan kepada warga sekolah untuk

mengemukakan pandangan dan komen dalam mewujudkan komunikasi berkesan.Idea-idea baru yang
dikemukakan oleh warga sekolah mampu mencetus prestasi kerja yang cemerlang. Galakan dan
motivasi seharusnya diberikan semasa proses komunikasi untuk menunjukkan betapa idea yang
dikemukakan, amat dihargai oleh pihak sekolah. Persaingan yang sihat dalam kalangan warga sekolah
dengan cetusan idea baru akan mampu membentuk kumpulan kerja yang dinamik. Mereka akan
terdedah kepada situasi, kefahaman dan tindakan baru yang akan memacu kecemerlangan sekolah.
Secara tidak langsung, inovasi dan kreativiti akan terbentuk dalam kalangan warga sekolah. Seterusnya,

produktiviti dan kualiti prestasi mereka akan bertambah selari dengan usaha sekolah menuju matlamat
yang diinginkan.
Sekiranya kebebasan memberikan pandangan disekat akan menjadikan warga sekolah berasa
takut memberikan pandangan dan komen. Mereka akan merasakan pandangan dan komen tidak akan
dihargai oleh pihak sekolah. Halangan komunikasi seperti ini akan membuatkan mereka jumud dan
seringkali berdiam diri apabila perbincangan dua hala dilaksanakan. Sekolah akan mengalami kerugian
kerana potensi dan keupayaan warga sekolah tidak mampu digembleng sepenuhnya.
Dapat dirumuskan di sini bahawa kebebasan mengemukakan pandangan merupakan satu
elemen penting dalam menjayakan komunikasi berkesan. Warga sekolah akan terasa dihargai apabila
mereka bebas memberikan pandangan lalu membentuk prestasi kerja yang cemerlang. Selain itu,
kebebasan ini akan mampu mewujudkan pasukan kerja yang dinamik kerana mereka berpeluang
bersaing secara sihat melalui aktiviti yang mereka lakukan.

7.

Menstruktur Semula Organisasi


Menstruktur semula organisasi dalam konteks komunikasi berkesan adalah untuk mempastikan

maklumat dapat disampaikan dengan lebih cekap dan cepat.Antara struktur penting yang perlu diberi
perhatian adalah latihan komunikasi serta saluran komunikasi.Latihan komunikasi secara berkesan
dalam kalangan warga sekolah, perlu dinilai semula untuk melihat aspek yang boleh dipertingkatkan
keberkesanannya.Latihan komunikasi yang memberikan penekanan kepada komunikasi lisan dan
bukan lisan dilihat sebagai satu keperluan khusus yang menumpukan kepada kemahiran soft skills.
Teknik penggunaan bahasa badan seperti bertentangan muka dan lenggok badan perlu dikuasai oleh
warga sekolah kerana kesannya terhadap komunikasi berkesan menjangkau nilai sebanyak 55%
berbanding nada suara (38%) dan pertuturan biasa (7%) (Institut Aminuddin Baki, 2002). Teknik
berkomunikasi secara bukan lisan seperti menggunakan surat rasmi, memo, minit mesyuarat, e-mel,
kertas cadangan, laporan, kertas kritik dan artikel juga seharusnya dikuasai oleh warga sekolah dalam
usaha meningkatkan keberkesanan komunikasi.
Sehubungan dengan perkara di atas, latihan komunikasi silang budaya perlu diberikan
penekanan khusus jika sekolah mempunyai lebih daripada satu etnik bagi komposisi guru, staf
sokongan atau muridnya. Latihan komunikasi silang budaya akan membantu sekolah yang mempunyai
lebih daripada satu etnik seperti Melayu, Cina dan India. Ini adalah kerana etnik yang berbeza

mempunyai persepsi yang berbeza terhadap sesuatu maklumat disebabkan kepercayaan dan sistem nilai
yang diamalkan mereka berbeza di antara satu sama lain. Apabila mereka berkomunikasi, mereka akan
membawa bersama pengalaman, nilai dan makna tersendiri. Sehubungan dengan itu, maklumat, tanda
dan simbol boleh diertikan secara berlainan berdasarkan pengalaman dan latar belakang masingmasing. Oleh itu, latihan komunikasi silang budaya ini akan dapat mengemukakan idea yang universal,
yang boleh diterima oleh semua etnik yang terlibat.
Saluran komunikasi yang formal di sekolah seharusnya dipastikan berfungsi dengan baik dalam
semua arah atau situasi. Komunikasi atas ke bawah, bawah ke atas, komunikasi mendatar dan
komunikasi daripada luar ke dalam seharusnya berkesan dalam apa sahaja situasi yang diahadapi oleh
pihak sekolah. Aktiviti seperti perhimpunan pagi, mesyuarat guru, mesyuarat panitia, mesyuarat kelab
sukan dan mesyuarat persatuan sekolah seharusnya menampakkan keberkesanan komunikasi yang
tinggi.Seterusnya, saluran komunikasi secara formal atau tidak formal yang terdapat di sekolah
seharusnya dipertingkatkan keupayaannya dengan mengoptimumkan penggunaannya.
Dapat dirumuskan di sini bahawa, menstruktur semula organisasi dalam konteks komunikasi
berkesan akan mendorong semua pihak bertingkah laku seperti mana yang dihasratkan oleh pihak
sekolah. Secara tidak langsung, kumpulan-kumpulan kecil yang bertindak dengan hala tuju yang sama
akan mampu membentuk kumpulan kerja dinamik di sekolah.

8.

Menambah baik Hubungan Interpersonal


Hubungan interpersonal yang baik antara pentadbir sekolah dan subordinatnya akan

menghasilkan tahap komunikasi yang berkesan. Jika subordinat dapat merasakan bahawa pentadbir
merupakan orang yang sama taraf dalam proses komunikasi, aliran maklumat akan disalurkan dengan
lebih mudah. Komunikasi bukan lagi berbentuk pengarahan atau penghakiman tetapi lebih merupakan
kepada keputusan perbincangan dua hala.Subordinat bebas mengemukakan pendapat tanpa rasa takut
dalam membahaskan maklumat yang diberikan. Kefahaman akan mudah terjalin lalu hasil akhir dapat
dicapai tanpa rasa paksaan. Subordinat akan melakukan sesuatu aktiviti atau tindakan dengan penuh
kerelaan dan keikhlasan.
Hubungan interpersonal yang baik antara individu dalam kalangan warga sekolah juga perlu
ditingkatkan agar maklumat dapat disalurkan dengan cekap dan berkesan. Jika semua warga sekolah
dapat merasakan bahawa maklumat yang mereka perolehi daripada pentadbir adalah merupakan

tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, maka pencapaian matlamat akhir komunikasi akan menjadi
lebih mudah. Hubungan interpersonal yang baik akan menggerakkan warga sekolah secara
berkumpulan ke arah matlamat akhir yang ditetapkan. Hal ini menjelaskan mengapa wujudnya
kumpulan kerja yang dinamik di sekolah berdasarkan prosos komunikasi yang berkesan.
Rumusnya, penambahbaikan hubungan interpersonal antara pentadbir sekolah dengan
subordinatnya atau subordinat dengan subordinat akan menyebabkan proses komunikasi akan lebih
berkesan. Proses komunikasi berkesan ini akan menghasilkan kumpulan kerja yang dinamik di sekolah.

9.

Memperbaiki Saluran Komunikasi Tidak Rasmi


Bentuk komunikasi tidak rasmi yang boleh digunakan di sekolah adalah grapevine dan

management by walking around (Ab. Aziz, 2003).Grapevine merupakan keadaan di mana maklumat
disampaikan kepada ramai orang atau daripada satu kumpulan kepada satu kumpulan yang lain dalam
suasana tidak rasmi. Perbualan tidak rasmi di kantin, di makmal atau di padang sekolah merupakan
contoh di mana konsep grapevine ini boleh dilaksanakan. Maklumat akan dapat disalurkan segera tanpa
mengira waktu. Sehubungan dengan perkara ini, adalah paling baik jika warga sekolah dilatih dengan
baik untuk melaksanakan konsep grapevine ini.Pihak pentadbir juga boleh menambah bilangan aktiviti
yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam usaha meningkatkan peranan dan fungsi grapevine ini.
Dengan pengetahuan dan kemahiran akibat daripada latihan, maklumat akan dihantar secara cekap dan
berkesan oleh warga sekolah.

Manakala management by walking aroundakan membolehkan pentadbir sekolah berinteraksi


dan bertukar-tukar pendapat semasa membuat pemantauan secara tidak rasmi di dalam kawasan
sekolah. Pentadbir akan dapat menjalinkan hubungan yang positif dengan subordinatnya dengan
berbual secara langsung. Komunikasi secara empat mata dapat dilaksanakan dan perkara ini
merupakan salah satu ciri penting dalam komunikasi berkesan.
Dapat dirumuskan di sini bahawa saluran komunikasi secara tidak rasmi akan membantu
pentadbir sekolah mewujudkan hubungan yang baik sama ada antara pentadbir dengan subordinat atau
subordinat dengan subordinat. Hubungan yang baik antara subordinat dengan subordinat akan dapat

membentuk kumpulan kerja yang dinamik. Oleh itu adalah sangat penting bagi seseorang pentadbir,
memperbaiki saluran komunikasi tidak rasmi ini.

10.

Menetapkan Polisi dan Prosedur


Polisi dan prosedur merupakan garis panduan yang digunakan untuk menyeragamkan kaedah

dan cara bagi pelaksanaan sesuatu tindakan dalam sesebuah organisasi seperti di sekolah. Dalam
konteks komunikasi berkesan, polisi dan prosedur digunakan untuk meningkatkan kelicinan operasi
dan perjalanan aktiviti sekolah.Sehubungan dengan itu, peranan pentadbir adalah sangat penting dalam
menentapkan polisi dan prosedur yang perlu diikuti oleh setiap subordinatnya. Sama ada menggunakan
telefon, faks, e-mel, SMS, persidangan audio, persidangan komputer atau telesidang; memerlukan
polisi dan prosedur yang khusus agar keberkesanan komunikasi berada pada aras yang sangat optimum.
Oleh itu, penguatkuasaan polisi dan prosedur perlu dipatuhi oleh semua warga sekolah dalam
usaha mengoptimumkan keberkesanan proses komunikasi yang berlangsung. Pentadbir sekolah
seharusnya memastikan subordinat mematuhi peraturan yang ditetapkan.Kesalahan subordinat yang
tidak mematuhi peraturan seharusnya diambil tindakan yang bersesuaian. Dengan ini, semua subordinat
akan sentiasa berwaspada agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Seterusnya, setiap individu di
sekolah akan bertindak berdasarkan peraturan yang sama. Keseragaman tindakan ini akan
membolehkan mereka membentuk kumpulan kerja yang dinamik dalam usaha mencapai matlamat yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Dapat dirumuskan di sini bahawa penetapan polisi dan prosedur akan menyebabkan semua
warga sekolah dapat bertindak di bawah kawalan peraturan yang sama. Faktor keseragaman ini
akanmembuatkan tindakan yang dilaksanakan adalah selari dengan peraturan yang ditetapkan. Justeru
itu, kumpulan kerja yang dinamik dapat diwujudkan di sekolah, sama ada disedari atau tidak.

SUBMODUL 5.3 MENJALIN HUBUNGAN DENGAN PIHAK LUAR


MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA/ KOMUNITI OLEH JOYCE EPSTEIN
Penglibatan keluarga dapat dilihat dalam pelbagai cara bergantung kepada konteks. Epstein
mencadangkan enam jenis penglibatan ibu bapa.Teori Epstein yang menggambarkan kerjasama yang

perlu wujud antara sekolah, keluarga dan masyarakat. Jenis penglibatan bukan hierarki tetapi ia adalah
satu rangka kerja untuk menghubungkan keluarga, anggota masyarakat dan profesional pendidikan
awal kanak-kanak.
Enam Jenis Kerjasama yang Digariskan :
1. Keibubapaan (Parenting)

Merangkumi semua aktiviti yang ibu bapa melibatkan diri dalam meningkatkan gembira,
kanak-kanak yang sihat yang menjadi pelajar yang berkebolehan.Tidak seperti guru, pengaruh yang
atas kanak-kanak yang agak terhad, ibu bapa mengekalkan komitmen sepanjang hayat kepada anakanak mereka.Aktiviti yang menyokong ini jenis penglibatan memberi maklumat kepada ibu bapa
mengenai keadaan pembangunan, kesihatan, keselamatan, atau rumah anak mereka yang boleh
menyokong pembelajaran pelajar.Oleh itu pihak sekolah perlu membantu ibu bapa menyediakan
persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah.Aktiviti yang dianjurkan oleh ibu bapa di rumah
mampu tingkatkan kesediaan murid untuk belajar di sekolah.Contohnya, membantu keluarga dengan
kemahiran keibubapaan, sokongan keluarga, memahami kanak-kanak dan perkembangan remaja, dan
menetapkan syarat-syarat di rumah untuk menyokong pembelajaran pada setiap peringkat umur dan
gred.Membantu sekolah dalam memahami latar belakang keluarga, budaya, dan matlamat untuk kanakkanak.
2. Berkomunikasi (Communication)

Keluarga dan sekolah perlu berkomunikasi antara satu sama lain dalam pelbagai cara. Sekolah
menghantar nota rumah dan risalah mengenai peristiwa-peristiwa dan aktiviti-aktiviti penting.Ibu bapa
juga perlu memberi guru maklumat tentang kesihatan anak mereka dan sejarah pendidikan.Sebuah
laman web sekolah ialah medium tambahan komunikasi dengan ibu bapa dan keluarga. Contohnya, ibu
bapa boleh melanggan kemas kini kalendar dinamik menggunakan iCal atau suapan RSS yang lain
hanya menyemak kalendar laman web secara kerap (Piper, 2012). Dari perspektif penglibatan yang
positif, komunikasi mesti dua hala, sekolah kepada ibu bapa dan ibu bapa kepada sekolah, untuk
menjadi yang paling berkesan.Selain itu juga, berkomunikasi dengan keluarga mengenai programprogram sekolah dan kemajuan pelajar.Mewujudkan saluran komunikasi dua hala antara sekolah dan
rumah.
3. Sukarelawan (Volunteering)

Sekolah mengalu-alukan bantuan ibu bapa disekolah.Penglibatan ibu bapa secara tidak
langsung semasa pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah dan persekitaran sekolah. Terdapat tiga cara
asas bahawa individu secara sukarela dalam bidang pendidikan. Pertama, mereka mungkin secara
sukarela di sekolah atau bilik darjah dengan membantu guru-guru dan pengkritik/juri sebagai tutor atau
pembantu. Kedua, mereka mungkin menawarkan diri untuk sekolah misalnya, mengumpul dana untuk
acara atau mempromosikan sekolah di masyarakat. Akhirnya, mereka mungkin menawarkan diri
sebagai ahli penonton, menghadiri program-program sekolah atau persembahan.
4. Pembelajaran Di Rumah (Learning At Home)

Apabila ibu bapa membantu anak-anak mereka dengan kerja rumah atau membawa mereka ke
muzium, mereka yang mengambil bahagian dalam jenis empat penglibatan.Aktiviti ini menghasilkan
sebuah keluarga seperti sekolah dan menggalakkan ibu bapa untuk berinteraksi dengan kurikulum
sekolah. Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pembelajaran di rumah menyediakan ibu bapa dengan
maklumat tentang apa yang kanak-kanak lakukan di dalam kelas dan bagaimana untuk membantu
mereka dengan kerja rumah. Contohnya, melibatkan keluarga dengan anak-anak mereka dalam
pembelajaran akademik di rumah, termasuk kerja rumah, penetapan matlamat, dan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan kurikulum yang lain. Menggalakkan guru-guru untuk mereka bentuk kerja rumah yang
membolehkan pelajar untuk berkongsi dan membincangkan tugas yang menarik.
5. Pembuat Keputusan (Decision making)

Ibu bapa mengambil bahagian dalam sekolah membuat keputusan apabila mereka menjadi
sebahagian daripada jawatankuasa tadbir sekolah atau menyertai organisasi, seperti ibu bapa atau guru
persatuan. Lain-lain aktiviti membuat keputusan termasuk mengambil peranan kepimpinan yang
melibatkan menyebarkan maklumat kepada ibu bapa lain.
6. Bekerjasama dengan Komuniti (Colaboration With Community)

Pihak sekolah mewujudkan kerjasama dengan komuniti sekitar.Kerjasama ini harus membawa
kebaikan kepada pihak yang terlibat terutama pelajar.Penglibatan individu-individu berjaya dalam
bidang tertentu supaya pelajar dapat manfaat dan meningkatkan motivasi mereka.Contohnya,
melaksanakan program mentor-mentee antara komuniti dengan pelajar.Menyelaras sumber dan
perkhidmatan untuk keluarga, pelajar dan sekolah dengan kumpulan masyarakat, termasuk perniagaan,
agensi, pertubuhan kebudayaan dan sivik, dan kolej atau universiti.Membolehkan semua untuk
menyumbang perkhidmatan kepada masyarakat.

SUBMODUL 5.4-KERJA SEPASUKAN


Pengetua dan guru besar mempunyai peranan yang mencakupi pelbagai aspek dalam
memastikan pasukannya bergerak ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.Apabila pemimpin
melaksanakan peranannya secara kreatif dan inovatif, beliau dapat mengorganisasikan pasukannya
dengan baik. Antara peranan pemimpin pasukan adalah :
1)

Perancang
Pengetua yang baik perlu bijak merancang dan menyusun perancangan.Perancangan yang

dibuat perlu diteliti dan mempunyai tujuan yang jelas.Dalam merancang kerja, pengetua perlu
mendapatkan idea-idea daripada ahlinya supaya kualiti kerja dapat ditingkatkan lagi. Beliau juga perlu
bertindak dengan berkesan bagi menggerakkan ahli-ahli yang lain supaya bekerja secara aktif baik dari
aspek menjana idea, tenaga dan sebagainya. Dalam perancangan, banyak perkara yang perlu difikirkan,
diurus dan ditadbir dengan dimensi dan perspektif yang baru oleh ketua dan pasukannya. Warga
sekolah perlu memikirkan berkenaan perjalanan, kos sama ada dalam bentuk kewangan, ataupun bukan
kewangan serta risiko yang bakal dihadapi kemudian hari.
2)

Pelaksana
Pengetua sebaik-baiknya tidak menggunakan kuasa yang diperolehi bagi memaksa ahli-ahlinya

melaksanakan kehendaknya yang bersifat peribadi.Sebagai pelaksana, pengetua perlu berusaha


menjalankan ataupun memenuhi kehendak ahli-ahlinya.Mereka juga perlu melaksanakan program yang
ditetapkan bersama.Dalam aspek ini, pengetua perlu mengambil kira susunan tugas ahli kumpulan
mengikut keperluan dan kepakaran masing-masing selarasdengan matlamat organisasi.Bagi
meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja, faktor-faktor seperti minat, kepakaran dan kemahiran
setiap ahli kumpulan perlu diambil kira dalam menstrukturkan tugasan. Melalui cara ini, pasukan kerja
itu akan memperoleh kejayaan.
3)

Ahli ataupun sebahagian daripada ahli kumpulan


Pengetua tidak dapat berdiri dengan sendiri tanpa ahli-ahli dibelakangnya.Warga sekolah adalah

sebahagian yang tidak terpisah daripada kumpulannya.Walaupun sebagai ketua, pengetua juga perlu
bertindak sebagai ahli dalam pasukan kerja itu.

Pengetua perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ahli-ahli kumpulan yang
lain. Beliau tidak sepatutnya mewujudkan jurang perbezaan bagi mengasingkan diri daripada bergaul
dan berinteraksi dengan orang bawahannya.Ketua yang baik bukan memberi arahan, tetapi bersamasama dengan ahli pasukannya memberi tunjuk ajar dan melaksanakan tugas.
4)

Mengawasi hubungan antara ahli kumpulan


Dalam pasukan kerja di sekolah, terdapat pelbagai ragam dan perbezaan sifat atau tingkah laku

antara setiap ahli.Perbezaan ini mewujudkan pelbagai pendapat dan menimbulkan konflik sehingga
mencetuskan suasana tegang dalam pasukan kerja itu.Tugas pengetua adalah menjaga ahlinya supaya
tidak berlaku perselisihan dan berusaha membangunkan hubungan yang harmoni serta semangat
bekerjasama antara setiap ahlinya.
5)

Pemberi ganjaran, pujian ataupun hukuman


Pengetua sebaik-baiknya dapat menggembirakan hati ahli-ahlinya yang kuat bekerja serta

memberi banyak sumbangan kepada kempulannya melalui ganjaran.Pengetua boleh memberikan


ganjaran berbentuk pujian apabila ahli kumpulannya melaksanakan tugas dengan jayanya.Apabila
pengetua menunjukkan sikap menghargai sumbangan para ahlinya, secara tidak langsung beliau
mendapat kerjasama yang padu daripada orang bawahannya. Orang bawahan juga akan terus
meningkatkan sumbangan kerana hasil penat lelah warga sekolah selama ini dihargai oleh pihak
pentadbir. Melalui cara ini, tidak timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan. Di samping
itu, pengetua juga perlu berani dan bertindak tegas ke atas ahli-ahli yang merugikan kumpulan
kerja.Namun, hukuman tidak digalakkan dikenakan ke atas ahli yang melanggar arahan dan tidak
melaksanakan tugasan.Pengetua perlu menggunakan jalan penyelesaian dan pendekatan yang berhemah
bagi mengatasi masalah ini.Contohnya, pengetua perlu menegur orang bawahannya terlebih dahulu di
samping membimbing warga sekolah membetulkan kesilapan yang dilakukan.Jika jalan penyelesaian
yang diambil tidak mampu mengatasi masalah itu, maka tindakan tegas perlu diambil.
6)

Pengantara
Dalam menyelesaikan perselisihan atau menerima aduan daripada anggota kumpulannya,

pengetua perlu bertindak tegas, tidak pilih kasih ataupun hanya mementingkan satu pihak
sahaja.Pengetua sebagai pengantara mampu membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi oleh ahli
pasukan itu.Konflik yang berlaku dalam pasukan kerja yang tidak dapat diselesaikan memerlukan
bantuan daripada pihak ketiga untuk mengatasinya.Konflik menjejaskan semangat kerjasama setiap

ahli dan merugikan pasukan. Apabila konflik tidak di atasi dengan cara yang bijak, pembentukan kerja
berpasukan menjadi sia-sia. Peranan pengetua adalah bertindak sebagai orang tengah dalam menjaga
keharmonian pasukan kerja, seterusnya dapat menyumbang kepada kecemerlangan pasukan
itu.Pengetua juga perlu bertindak sebagai pengantara kepada orang bawahannya dengan pihak
atasan.Sebarang maklumat daripada pihak atasan perlu disampaikan kepada ahlinya.
7)

Pemegang tanggungjawab ahli


Pengetua perlu bertanggungjawab ke atas perbuatan ahlinya yang dilakukan atas nama

kumpulannya. Ini kerana, pengetua sudah diamanahkan bagi menjaga ahli-ahli di bawah
pimpinannya.Apabila sesuatu berlaku pada ahlinya, pengetua harus bertanggungjawab bagi
memastikan ahli-ahlinya berada dalam keadaan baik.
8)

Bertindak sebagai ayah atau ibu


Tindakan pengetua kepada anak buah atau kumpulannya perlu menggambarkan seolah-olah

tindakan ayah ataupun ibu kepada anggota keluarganya.Begitu juga perumpamaan yang diberikan
kepada pengetua dalam pasukan kerja.Pengetua perlu menganggap orang bawahannya seperti ahli
keluarga yang perlu diberi perhatian sepenuhnya.Pengetua perlu mengambil berat hal ehwal ahli
pasukannya seperti kebajikan, penyediaan kemudahan dan sebagainya.Hubungan sesama ahli juga
perlu dititikberatkan. Pemimpin kerja berpasukan perlu berusaha mewujudkan hubungan bersikap
kekeluargaan yang mesra antara satu sama lain. Ini bertujuan bagi menjamin sifat kerukunan pasukan
itu sepanjang masa.

9)

Penanggung risiko
Sama ada pasukan yang dipimpin berjaya atau tidak, pemimpin perlu menanggung setiap risiko

yang bakal dihadapinya.Warga sekolah perlu menyedari dirinya adalah tempat melemparkan kesalahan
dan keburukan yang terjadi dalam kumpulannya. Warga sekolah perlu berani bertanggungjawab atas
kesalahan orang lain. Para pengetua perlu mengetahui ciri-ciri keterampilan dan peranan masingmasing sekiranya ingin menjadi pemimpin yang efektif.Apabila pengetua dapat memupuk sifat-sifat
kepimpinan yang positif dan melaksanakan peranan warga sekolah dengan sebaiknya, warga sekolah
mempunyai peratus kejayaan yang tinggi bagi memimpin pasukannya melangkah ke arah yang lebih

berdaya saing.Ini kerana pengetua adalah individu paling penting bagi mengemudi dan mencorakkan
pasukannya mengikut acuan yang sudah dibentuk.Pengetua perlu mencari kaedah yang berkesan bagi
berurusan dan berhadapan dengan perubahan bagi mengekalkan keberkesanan organisasi.Pengetua
perlu menghormati dan mengintegrasikan faktor persekitaran seperti individu, kumpulan, organisasi
dan komuniti dalam meningkatkan pencapaian matlamat demi keuntungan bersama.
Peranan pengetua sebagai pemimpin dalam kehidupan seseorang guru haruslah diserlahkan
melalui peranan role model atau mentor. Pengetua boleh bertindak dalam pelbagai cara agar warga
sekolah dapat melabel mereka sebagai tempat rujukan yang boleh dicontohi atau dijadikan idola. Ini
secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai mentor yang boleh diteladani oleh seluruh warga
sekolah. Pengetua juga perlu mentranformasikan kepimpinan melalui kerja berpasukan terlebih dahulu
dalam membentuk wawasan dan matlamat yang jelas.Wawasan ini perlulah mempunyai gambaran yang
realistik dan mampu menaikkan semangat serta komitmen setiap warga sekolah.
Kepimpinan seorang pengetua perlu mencakupi pelbagai aspek dalam memastikan pasukannya
bergerak ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.Apabila pemimpin melaksanakan peranannya
dengan berkesan, beliau dapat mencapai matlamat pasukannya dengan baik.Selain itu, setiap pengetua
perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang lengkap dari segi fizikal dan teknikal kerana sebagai
pengetua, mereka perlu bersikap proaktif dan bersedia mengambil risiko serta berani keluar daripada
kepompong keselesaan. Pengetua yang melakukan transformasi kepimpinan seharusnya sentiasa
memahami dan melibatkan orang lain dalam apa jua keadaan sekali pun kerana di sinilah mereka
mendapat mandat dan kepercayaan daripada setiap ahli dalam organisasi. Proses pengagihan
kepimpinan ini tidak boleh bergantung pada arahan dan kawalan sahaja tetapi perlulah mendapat
kerjasama dan persefahaman bersama. Jika guru mampu mentadbir dan mengurus secara sendiri, ini
dapat

meningkatkan

profesionalisme

guru sekaligus

mengurangkan

pergantungan terhadap

kepimpinan.

SUBMODUL 5.5 PROTOKOL DAN ETIKET


Protokol berasal dari perkataan Yunani, iaitu cantuman dua perkataan dasar, Protos -yang
Pertama dan Kolla Pelekat.Oleh itu protokol membawa maksud pelekat yang pertama iaitu satu
tanda taraf atau status . Protokol juga dapat ditakrifkan sebagai tatacara atau tatatertib dalam
istiadat rasmi (pegawai kerajaan),peraturan-peraturan dan istiadat rasmi seperti penyambutan tetamu-

tetamu dan lain-lain,peraturan-peraturan upacara di istana ketua negara atau berkenaan dengan
penyambutan tetamu-tetamu negara dan sebagainya.Ia juga merupakan satu sistem upacara tentang
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tingkahlaku oleh wakil-wakil kerajaan di dalam upacara
rasmi.Protokol juga melambangkan sebagai imej di mana imej seseorang Pegawai Perkhidmatan Awam
dibentuk dari cara pegawai itu menguruskan dirinya dari segi pakaian, cara menyimpan rambut dan
misai, bagi setengah pegawai cara bertutur, gerakgeri, sopan santun dan budi bahasa serta kesihatan
diri.Ia juga merupakan kepatuhan terhadap peraturan dan etika rasmi.
Kepentingan protokol :
Menjaga status dan kedudukan Orang Orang Kenamaan.
Menjaga sensitiviti dan perasaan.
Memastikan kelancaran dan keharmonian majlis.
Memastikan supaya keutamaan dan penghormatan diberi setimpal dengan jawatan seseorangVIP.
Pengetahuan dan kemahiran tentang protokol boleh membawa kepada suatu tahap hidup yang
sempurna dalam sesuatu kelompok keluarga. Seseorang itu tidak boleh secara persendirian,ia perlu
hidup dalam masyarakat.Jika dalam masyarakat hendak ia mengikut amalan masyarakat itu supaya
tidak dipencilkan. Dalam masyarakat ketertiban dan kesopanan amatlah penting kerana itulah cermin
keperibadian seseorang yang menjadi pengukur sama ada seseorang itu boleh diterima dalam
masyarakat yang berkenaan.Dalam majlis, ia dapat menyesuaikan diri jika ia tahu protokol sama dari
segi pergaulan, perbualan, tingkah laku, pakaian dan sebagainya. Protokol penting bagi pengendalian
sesuatu majlis untuk menjamin kelicinan perjalanan majlis.
Manakala etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud cara, rutin,
kebiasaaan, adat resam dan budi pekerti. Di dalam Islam maksud etika menghampiri dengan apa yang
digariskan di dalam perbicaraan akhlak Islam. Etika adalah suatu aturan yang dicipta dengan tujuan
untuk menjaga hubungan dengan orang lain agar terjalin komunikasi yang baik dan akrab.
Kepentingan etiket sosial :
Mengambarkan betapa murni baiknya tatacara manusia.
Tidak menyinggung mana-mana tetamu atau pihak di dalam majlis.

Menjaga kemuliaan dan kedudukan seseorang yang menghadiri majlis.


Mengutamakan dan memuliakan tuan rumah atau penganjur majlis.

You might also like