You are on page 1of 2

Kelemahan Merancang Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Pelatih

Pendidikan Islam Semasa Menjalani Praktikum


Md Zuki Bin Hashim
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah, Malaysia
tadsuki@msn.com
Kajian ini bertujuan untuk mengesan kelemahan merancang pengajaran dan
puncanya dalam kalangan guru pelatih praktikum. Reka bentuk kajian ini
berasaskan pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah kajian kes ke atas
sembilan orang guru pelatih Pendidikan Islam. Data kajian diperoleh daripada
analisis ke atas dokumen Buku Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan
oleh guru pelatih, pemerhatian ke atas amalan pengajaran di bilik darjah dan
temu bual dengan guru pelatih. Data dianalisis menggunakan perisian NVIVO8.
Kajian ini mendapati antara kelemahan merancang pengajaran yang dikesan
ialah kurang prihatin merancang kemahiran berfikir yang wajar diterapkan,
kurang teliti merancang nilai murni yang wajar diterapkan, kurang cermat
merancang aras hasil pembelajaran, kurang rapi merancang set induksi dan
kurang mahir merancang kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran.
Semua tema dipilih berasaskan potensi untuk menjejaskan pelaksanaan dasar
pendidikan kebangsaan terutama aplikasi Pendidikan Abad Ke 21. Kajian ini juga
mendapati antara punca kelemahan merancang pengajaran ialah kekurangan
pengetahuan, pengurusan masa yang kurang cekap, bimbingan semasa interaksi
bersemuka yang kurang berkesan, kurang keselarasan format penulisan
rancangan pengajaran dan proses penyeliaan yang tidak berfokus. Penyelidik
mencadangkan penyelidikan lanjutan berasaskan setiap kelemahan dan puncanya
yang telah dizahirkan dalam kajian ini. Kajian ini diharapkan dapat membantu
meningkatkan keberkesanan latihan praktikum melalui kesedaran kendiri,
bimbingan berfokus dan penyeliaan berfokus.
Kata Kunci: praktikum, teknik pengajaran, kemahiran berfikir, Rancangan Pengajaran
Harian, set induksi, nilai murni

You might also like