You are on page 1of 14

Ana Ahtaj ila al-ilmi...Aku perlu ilmu...Ask Why!

THURSDAY, FEBRUARY 27, 2014


AL-MADAD DARI SISI PANDANG TASAWWUF
Oleh: Hauriyah Bin Qadah (Pengkaji di Markaz Imam Junaid, Persatuan Ulama
Muhammadiyyah, Wujdah-Morocco)
Banyak kekeliruan dan bahaya terjadi kepada orang awam yang jahil tentang
istilah ahli sufi apabila mereka cuba untuk merungkai dan memahami kalimahkalimah tersebut. kejahilan mereka berkenaan hal tersebut menyebabkan mereka
susah untuk memahami kalam sufi dengan pemahaman yang mendalam, dan
terkadang mereka melihat kata-kata tersebut bertentangan dengan nas-nas
syariat dan hukum agama. Ketahuilah, sesungguhnya bagi setiap bidang ilmu itu
ada istilah khas yang tidak dapat difahami melainkan bagi ahlinya.
Lafaz-lafaz yang digunakan oleh para sufi dalam percakapan mereka ini adalah
suatu bentuk isyarat, kinayah dan majaz. Ia banyak terdapat di dalam bahasa
Arab dan bukanlah perkara yang asing (dan sudah menjadi satu kewajipan untuk
kita menguasai bahasa Arab bagi memahami perkara yang sedang dibincangkan
ini). Bahkan kita dapat lihat dengan jelas di dalam Al-Quran juga terdapat kalam
majazi, seperti firman Allah :
[1]
[2]
[3]
dan ayat-ayat lain..
Sebahagian istilah tasawwuf digunakan sebagai kata pinjaman dan ibarat atau
ungkapan bagi menggambarkan idrak mereka yang tidak dapat diterjemah
dengan bahasa biasa. Oleh itu, orang yang ingin memahaminya hendaklah
mendampingi mereka sehingga jelas baginya ungkapan mereka serta dia dapat
mengerti isyarat dan istilah mereka. Seterusnya, dia akan menyedari bahawa
ahli-ahli sufi ini tidak pernah keluar dari panduan kitab dan sunnah, serta tidak
terpesong dari jalan syariat yang mulia, mereka itulah golongan yang arif akan
perihal syariat ini, yang berdiri di atas hakikatnya, dan yang menjaga akan
legasinya.
Berkata sebahagian para arifin: Kami adalah suatu kaum yang diharamkan
kitab-kitab kami dari diteliti oleh orang-orang yang bukan ahli dalam jalan
kami.[4] Ini kerana tujuan pembukuan ilmu-ilmu ini adalah untuk
menyampaikannya kepada ahlinya. Maka orang yang bukan ahlinya, tatkala
menelaah kitab-kitab ini, mereka tidak memahami isi kandungannya, kemudian
mereka menentang dan memusuhinya, kerana manusia itu memusuhi perkara
yang dia tidak ketahui. Oleh hal yang demikian, berkata Sayyid Ali ibn Wafa
rahimahullah: Sesungguhnya orang yang membukukan ilmu makrifah dan asrar
tidaklah dia membukukannya bagi sekalian manusia, bahkan jika dia mendapati
orang yang menelaah kitab tersebut bukan dari ahlinya, sudah pasti dia
menegah orang itu dari perkara tersebut.[5]

Wajib diketahui bahawa kalam ahli sufi yang melarang pembacaan kitab-kitab
mereka oleh orang awam bukanlah bertujuan menutup dan menyembunyikan
ilmu, tetapi kerana ditakuti tersalah faham dan terjadi tafsiran yang menyalahi
hakikat kata-kata itu. Maka sudah tentu orang awam itu akan mengingkari dan
menyanggah kalam tersebut, inilah halnya orang yang jahil terhadap sesuatu
ilmu. Larangan ini juga bertepatan dengan tuntutan agama agar mukmin yang
ingin berbicara menyampaikan apa yang bersesuaian dengan tahap ilmu,
kefahaman dan persediaan pendengarnya. Oleh sebab inilah Imam Al-Bukhari
menyusun suatu bab khas di dalam kitab sohih beliau bertajuk:
[6]
Antara mustholah tasawwuf yang mempunyai takwilan atau tafsiran yang benar
dan bertepatan dengan syariat adalah kalimahal-madad (). Ia sering
terdengar di bibir para sufi, sering digunakan di dalam doa dan seruan mereka
kepada Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam.
Penentang para sufi berhujah dengan mengatakan bahawa kalimah ini bererti
memohon pertolongan kepada selain Allah, dan tidaklah dibolehkan memohon
bantuan serta meminta pertolongan melainkan kepada Allah. Sepertimana yang
disabdakan oleh baginda Nabi :
[7]
Allah juga telah menerangkan di dalam Al-Quran bahawasanya segala bantuan
adalah dari-Nya:
[8]
Sekumpulan manusia benar-benar tidak mengetahui bahawa pembesarpembesar sufi itu, merekalah ahli tauhid yang sejati, yang memimpin tangantangan muridin agar dapat mengecapi kemanisan iman, dan kemurnian yakin.
Pertama sekali, untuk memahami kalimah madad, kita perlulah menelitinya dari
sudut bahasa asal perkataan ini, iaitu bahasa arab. Makna kalimah madad
berbeza berdasarkan niat orang yang menyebutnya. Tertulis di dalam lisanul
Arab:
[9] :
Juga dinyatakan kata-kata Sibawayh di dalam kitab tersebut:
" :
:


: : .. :
: . : .
. : .
[10]...
Dan perkara penting yang kita dapat fahami daripada takrif madad itu tadi,
sesungguhnya madad yang bererti bantuan/pertolangan, berbeza maknanya
apabila ia di sandarkan kepada Allah dan apabila disandarkan kepada makhluk
(bantuan Allah/bantuan makhluk). Maka kalimat madad yang bermakna

pertolongan dan bantuan ini, merupakan suatu perkara yang dianjurkan oleh
syariat untuk dilakukan dalam kehidupan kita, firman Allah Taala:
[11]
Oleh itu, orang yang memohon bantuan dari orang lain tidaklah sama seperti
permohonannya kepada Allah, kerana permohonan kepada makhluk itu dengan
erti memohon bantuan dan kekuatan yang Allah kurniakan kepada orang
tersebut.
Bagi menghilangkan kesamaran berkenaan kalimah madad, individu mukmin
mestilah melihat sesuatu perkara di hadapannya dengan pandangan zahir dan
pandangan hati.
Pandangan hati yang mengakui keesaan Allah meyakini bahawa Allah adalah
tuhan yang berkuasa mutlak atas segala-galanya, yang terjadi sesuatu kejadian
kerana kehendakNya, dan tidak sama sekali mensyirikkanNya dengan Nabi atau
wali atau selainnya.
Pandangan zahir yang Allah kurniakan pula digunakan untuk meneliti sebabsebab yang Allah jadikan ia sebagai satu sunnah yang mempunyai hikmah di
dalam kehidupan.
Sesungguhnya, Allah Taala telah menetapkan tugas-tugas dan pekerjaan yang
bersifat zahiriyyah dan batiniyyah/ruhiyyah bagi sebilangan manusia yang
terpilih di atas muka bumi ini. Dia juga telah mengurniakan bantuan dan
kekuatan nurani kepada golongan ini yang terdiri daripada para rasul, anbiya
dan awliya. Allah Taala telah membukakan bagi mereka rahsia-rahsia sehingga
mereka teguh berdiri untuk membantu agamaNya, mengibarkankan panjipanjinya, dan mampu memberi bantuan kepada sesiapa yang mereka kehendaki
dengan izin Allah.
Maka kita dapati para mukmin itu, mereka mengambil kira sebab-sebab
terjadinya sesuatu, tetapi mereka tidak bergantung harap kepada sebabmusabab tersebut, dan tidak pula berkeyakinan terjadinya sesuatu semata-mata
kerana ada sebab. Kerana jika seseorang yang melihat kepada sebab, dan dia
berkeyakinan bahawa sebab itulah yang memberi kesan dengan sendirinya,
bukan kerana kehendak Allah, maka dia telah mensyirikkan Allah dengan perkara
tersebut. Dan jikalau dia melihat kepada Yang menjadikan sebab (Allah), tetapi
pada masa yang sama dia tidak menghiraukan sebab, maka dia telah menyalahi
sunnatullah kerana Allah Taala telah menjadikan sebab bagi setiap sesuatu. Oleh
itu, mukmin yang sempurna kefahamannya, pasti akan memanfaatkan kedua-dua
pandangan (pandangan hati dan pandangan zahir) yang dikurniakan kepadanya.
Di sini disertakan beberapa contoh bagi menerangkan perkara ini:
Allah Taala ialah tuhan yang esa yang menjadikan manusia dengan kehendak dan
kekuasaanNya. Namun Dia juga telah menjadikan sebab tabie bagi penciptaan
manusia iaitu pertemuan suami isteri, terhasilnya janin, dan kelahiran. Inilah

sebab-sebab tabie yang berlaku mengikut sunnatullah. Demikian juga Dia telah
menjadikan mati mempunyai sebab iaitu malaikat maut. Apabila kita melihat
kepada Yang menjadikan sebab, maka kita katakan: Allah yang mematikan setiap
yang bernyawa. Firman Allah: [12]
Dan apabila kita mengatakan: si fulan telah dicabut nyawanya oleh malaikat
tidaklah bererti kita mensyirikkan Allah, kerana pada ketika ini, kita memandang
kepada sebab. Firman Allah:

[13]
Begitu juga halnya bagi istianah (minta pertolongan). Tatkala kita memandang
kepada Yang menjadikan sebab maka kita katakan: [14] . Dan
apabila kita melihat kepada sebab maka kita katakan: [15] .
Kerana Allah sentiasa membantu hambaNya selama hamba itu membantu
saudaranya. Mafhum hadis:
[16]
Oleh itu, tatkala seorang mukmin mengatakan kepada saudaranya: bantulah
aku untuk mengangkat barangan ini, tidaklah dia terjerumus ke lembah syirik,
dan tidak juga bererti meminta pertolongan kepada selain Allah. Ini kerana orang
yang beriman memandang dengan kedua-dua matanya, mata hati yang
memandang Allah, tuhan yang menjadikan sebab, dan mata zahir yang
memandang sebab sesuatu kejadian. Maka setiap orang yang mendakwa
mukmin yang meminta pertolongan itu tadi kafir, merekalah golongan yang sesat
lagi menyesatkan.
Memohon bantuan atau madad adalah perkara yang makruf di dalam Islam, AlImam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali telah berkata: Sesungguhnya jika
dimasukkan sekumpulan mukmin ke dalam neraka, maka Allah Taala dengan
keagungan dan kerahmatanNya, Dia akan menerima bantuan syafaat terhadap
mukmin itu, sama ada syafaat tersebut dari para nabi, siddiqin, ulama atau
solihin. Bahkan setiap hamba yang mempunyai kedudukan di sisiNya, dan baik
hubungan dengan tuhannya, boleh memberikan syafaat kepada ahli keluarga,
kaum kerabat, teman serta orang yang dikenalinya. Oleh itu, jadikanlah dirimu
sebagai orang yang bersungguh-sungguh mencari syafaat di sisi mereka.[17]
Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim telah berkata: Sesungguhnya memohon doa
atau syafaat dari orang yang masih hidup atau roh orang yang telah meninggal
dunia adalah suatu permintaan yang bersifat ubudiyyah kepada Allah. Dan ia
dibolehkan di dalam Islam. Meminta pertolongan daripada orang yang masih
hidup bererti memohon doa, nasihat dan petunjuk, serta mengambil berkat
darinya. Manakala memohon bantuan dari orang yang telah mati pula bererti
meminta pertolongan dari ruhnya yang hidup di alam barzakh, yang boleh
mendengar kata-kata manusia yang masih hidup, yang dikurniakan kepadanya
keistimewaan dan diberikan apa yang diingininya.[18]

Maka makna madad (mohon bantuan) dengan yang telah wafat ialah bertawasul
dan memohon syafaat agar ditunaikan hajat dengan keberkatan darjatnya di sisi
Allah, serta memohon dikurniakan pertolongan dari Allah. Firman Allah:
[19]
Dan tawasul pula bukanlah bererti bertawasul dengan zat seseorang yang
terbentuk dari ketulan-ketulan daging dan darah, akan tetapi ia bermaksud
bertawasul dengan amal kebaikan orang tersebut. Dan amal kebaikan seseorang
itu senantiasa bersama ruhnya dan menjadi bekalannya sama ada ruh itu masih
di badan atau telah menetap di alam barzakh.[20]
Maka tidaklah hanya dengan lafaz al-madad itu sahaja boleh menjadi tiket untuk
mengkafirkan seseorang yang telah melafazkan dua kalimah syahadah. Kerana
masalah keimanan seseorang bukan hanya dilihat dari luaran, bahkan wajib juga
diteliti pada niat dan itiqadnya.
Dan perihal niat dan itiqad tidak boleh sama sekali dihakimi dengan sangkaan
atau zhon. Firman Allah :
[21]
Inilah prinsip ahli-ahli sufi berkenaan masalah keimanan. Ia adalah intisari dari
hadis Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam tatkala Nabi mengingkari perbuatan Ibn
Abi Syaibah yang telah membunuh seorang lelaki di dalam peperangan setelah
dia mengucap kalimah syahadah, ini kerana pada sangkaannya (radhiyallahu
anhu) lelaki tersebut mengucap kerana takut dibunuh.
: :
: ..
[22]
Firman Allah Taala yang menceritakan kata-kata malaikat Jibril kepada Maryam:
[23]


Di dalam ayat tersebut malaikat Jibril menisbahkan pemberian anak tersebut
kepada dirinya sedangkan hakikatnya yang memberi pemberian tersebut adalah
Allah. Firman Allah:


[24]
Di dalam tafsir At-Thobari diterangkan bahawa Allah, Jibril, para mukmin yang
soleh serta para malaikat adalah pembantu (yang membantu) Rasulullah bagi
menghadapi orang-orang yang menyakiti dan ingin berbuat jahat terhadap
baginda.[25]Ayat ini adalah nas yang sorih yang membolehkan memohon
pertolongan dari Jibril, para malaikat, ulama dan para mukmin yang soleh. Selain
itu, terdapat juga hadis yang menyokong kenyataan ini:
" : - -


"][26
:
[27]".
" :
Inilah dalil-dalil yang menetapkan bahawa memohon bantuan (madad) dari Allah
melalui perantaraan hamba-hambaNya yang soleh serta wali-waliNya yang
muttaqin adalah perkara yang dibolehkan lagi disyariatkan. Dan kesemua ini
bergantung kepada niat dan itiqad seseorang. Wallahualam.
Tamat.
*Sebuah terjemahan dan olahan dari kajian ilmiah Markaz Imam Junaid, Rabithah
Muhammadiyyah lilulama, Maghribi.
*Ayat Al-Quran dalam artikel ini menggunakan riwayat Warsy An Nafi
*Rujuk artikel asal: http://www.aljounaid.ma/article.aspx?c=5877
* Diterjemahkan oleh Zainul Abidin (Pelajar Sarjana Muda University Qadhi Iyadl,
)Marakesh, Maghribi

[1] 93 :
[2] 82 :
[3] 122 :
1424 12003- [4] 30 :
[5] Rujukan yang sama. Al-Yawaqit Al-Jawahir.
[6] 1/46
][7
2516 :
[8] 20 :
: [9] 2
2009 :3/488
[10] Rujukan yang sama.
[11] 2 :
[12] 42 :
[13] 11 :
][14
2516 :
[15] 2 :
][16
2699 :
: 1425 :[17] -
20045/205
: ][18
1426 52005- 224 :

[19] 21 :
[20] 224 :
[21] 12 :
" : " [22] :
96
[23] 19 :
[24] 4 :
: ][25
1430 12009-
26/129
: ][26
1422 12001- 10/138 17104 :
. [27] 489 :


. :



...
...



: [1]. . : [2].
. : [3]. .
...



.
" : " [4].


" :
"[5].




" :
"[6].
: ][
.

" :
" [7]. :
[8].


.
: ][
][ " : :


" [9]. " :
: :
:
.. : : . :
. : . :
. ]."...
[10



: ]
[11
.
: ][ " :


.
" [12].



.



.
:


: [13].
:
:
[14].
" : " [15].
: " [16].

"[17]. :

.
" :


"[18].
.
.


"[19].

.
[20].

.
[21]...

"
" : :
. . :
"[22].

:
[23].
[24].

:
...
:

[25].

[26].

- -
" :
"[27].
:
" [28].
. " :

...
:
. [1]- 93 :
. [2]- 82 :
. [3]- 122 :
. 1424 12003- [4]- 30 :
. [5]-
. [6]- 1/46
[7]-
.2516 :
. [8]- 20 :
: [9]- 2
2009. :3/488
. : [10]-
. [11]- 2 :

1426 :2005- [12]- :


341.
. [13]- 42 :
. [14]- 11 :
[15]-
.2516 :
. [16]- 2 :
[17]-
. 2699 :
: 1425 :[18]- -
2004.5/205
: [19]-
. 1426 52005- 224 :
. [20]- 21 :
. [21]- 224 :
" : " [22]- :
96.
. [23]- 12 :
. [24]- 19 :
. [25]- 4 :
: [26]-
1430 12009-
26/129.
: [27]-
. 1422 12001- 10/138 17104 :
. . [28]- 489 :
Posted by akitiano at 4:21 PM
Labels: Morocco, Sufi, Takwil, Tawassul
No comments:
Post a Comment
Newer PostOlder PostHome
)Subscribe to: Post Comments (Atom
!!KUMPULAN HASIL BAHTSUL MASAIL FBMPP PARE...SEGERA DAPATKAN

Telah terbit hasil-hasil FBMPP se Eks Kawedanan Pare dari mulai 2001-2009...Sila
hubungi pemilik blog kalau anda ingin memiliki. Mengandung hasil-hasil
permasalahan yang menarik dan kontemporer!! Jangan lewatkan

THE YELLOW RIBBON

Marilah memperjuangkan kedaulatan sultan


OTTOMAN EMPIRE

In Ottoman, I Admire
SOLIDARISTAS PALESTINA

Mari Kita Bangkitkan Palestina


BLOG ARCHIVE
2014 (7)
March (2)
February (2)
AL-MADAD DARI SISI PANDANG TASAWWUF
Cetakan Terbaik Rihlah Ibn Batutah
January (3)
2013 (20)

2012 (23)
2011 (28)
2010 (25)
2009 (35)
2008 (9)
2007 (13)
LINK KU
Link Abim
Link Akhienaim
Link almukminun
Link Alraufi
Link Anak Alam
Link Aswaja Indonesia
Link Bahru al-Shoffa
Link Blog Rajamukhlis
Link Counter Salafi Wahabi
Link Dar al-Murtadza
Link Darul Mustafa
Link Dedepermana
Link Dr. Omar Abd Allah Kamil
Link epondok
Link Forum Sufi Hadramaut
Link Gagasan Ulama Aswaja
Link Halaqah
Link Ibnunafis
Link ICOP Rukyat
Link Jabatan Mufti Brunei
Link Jom Faham
Link Kolej Islam Darul Rudzuan
Link Kubu Buku
Link Lamppost
Link Living Islam
Link Madrasah al-Hidayah
Link Majalah Misykat
Link Majlis Ulama Indonesia
Link Markaz Abi Hasan Asy'ari
Link Markaz Abi Hasan Asy'ari
Link Masud UK
Link Mbakdloh
Link Mullah LBM
Link Naqshabandi
Link NU
Link PCINU Maroko
Link PMMM
Link Pondok Buntet
Link Pondok Lirboyo
Link Pondok Ploso

Link Pondok Raudladul Ulum Kencong - My Pondok


Link Pondok Sidogiri
Link Pusat Rujukan Persuratan Melayu
Link Qarawiyyin Syariah Agadir
Link Qarawiyyin Syariah Fes
Link Qarawiyyin Usuludin
Link Simply Islam
Link Stain Kediri
Link Sufi Web
Link Suhaib Webb
Link Surat Kabar Utusan
Link Syaikh Ali Jum'ah
Link Syamsu al-Syumus al-Haqqani
Link Tontonfilem
Link Univeristy Hassan Tsani Ain Chouk Casablanca
Link Ust. Nik
Link Ust. Rahdian Jakim
Link Ust. Yusri
Link Ustaz Aizam Jakim
Link Ustaz Raja Mukhlis
Link Wadod Manuscript
Link Wahbah al-Zuhayli
Link Web Syaikh al-Syinqithi
Link Yayasan Haqqani Indonesia
Link Zamihan
Link Zaytuna
ABOUT ME

akitiano
Seorang pelajar/santri full time yang berkomitmen untuk mencari ilmu walau
sudah sampai liang lahad. Ingin memiliki gelar apapun yang pastinya gelar yang
layak dan membuat aku lebih tawaddhu'. Suka dengan pendidikan pesantren
(tradisional/ta'lim atiq) bukan modern, walaupun aku terpaksa kuliah modern.
Mendapatkan pendidikan diniyah dari Ibtida' sampai lulus di Madrasah
Nidhomiyah; Pondok Pesantren Raudlatul Ulum, Kencong-Kepung-Kediri-Jawa
Timur-Indonesia dan lulusan al-Jamiah al-Islamiyah al-Hukumiyah Kediri dengan
title Sarjana Hukum Islam (S.HI.). Sekarang melanjutkan study di Jami'
Qarawiyyin, Fes-Morocco dan di University Hasan Tsani, Ain Chouk Casablanca.
Anti memodernisasi pesantren traditional ( ) seperti G-P.
Memperjuangkan karya ulama salaf walaupun berfikiran modern seperti Dr.
Wahbah al-Zuhayli. Suka dengan sufism hanya saja belum mampu
mengamalkannya. Hobby nonton film-film yang membawa pendidikan kepada
kita terutama sejarah. Memiliki beberapa karya tulis dan akan segera diedit
untuk dipublikasikan ooleh suwuk aswaja yonianwar. Amin.

You might also like